Template PS (15)

Press Statement No. 44-2023_A Decade After National Inquiry – Striding towards Respect and Recognition for the Orang Asal & Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) in 2010, had conducted its first ever National Inquiry on the Land Rights of Orang Asal/Asli (NI) in Malaysia. The NI process was completed in 2012 and the report on its findings was subsequently published in 2013. The report which contains 18 recommendations was presented to the Cabinet on 19 July 2013 and 17 recommendations were then adopted by the Government.

While SUHAKAM welcomes the establishment of the Special Cabinet Committee in 2015 to look into the NI recommendations, SUHAKAM is deeply concerned on the delay of the implementation which resulted in continuous violations of the rights of the Orang Asal/Asli, especially the encroachment on their customary lands for logging, agriculture and development purposes.

Since its inception, SUHAKAM has been a staunch advocate for the rights of the Orang Asal/Asli communities. Our advocacy has always been directed at empowering them to fully exercising their rights. SUHAKAM firmly believe that these communities should enjoy the right to maintain and practice their distinctive culture, occupy and manage their ancestral lands, and determine their development patterns according to their needs and aspirations. Above all, we continue to ensure that their fundamental rights, as with all other citizenry, are upheld and defended.

10 years has passed and on 16 November 2023, SUHAKAM has organised a forum titled: ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. The forum, attended by 150 participants, aims to assess implementation progress of the recommendations, to discuss Orang Asal/Asli’s rights violations and recommendations on ways to address pressing issues related to their fundamental rights. Among other issues highlighted from the forum are:

  1. Parliamentary and/or State level discussion to deliberate the NI recommendations;
  2. Government to re-examine the establishment of a National Commission or Customary Land Tribunal to address issues related to Orang Asal/Asli;
  3. For the court decisions to be codified to ensure legal guarantees;
  4. Legal recognition and protection for Orang Asli/Asal to have proper land ownership, to enjoy their cultural practices and self determination;
  5. SUHAKAM to be involved in the discussions relating to amendments of acts or policies with regard to Orang Asal/Asli;
  6. To transform the current cabinet level committee into a Council with significantly broader authority and capabilities;
  7. To empower the community’s knowledge on their right to ‘customary territories.
  8. To develop a complaint and resolution mechanism that is both transparent and accountable in order to promptly address issues as they arise.

SUHAKAM looks forward for the Government to continue addressing issues concerning Orang Asal/Asli and to take immediate action on the implementation of the NI recommendations. SUHAKAM stands ready to work together with all relevant stakeholders, including JAKOA, to drive initiatives that genuinely promote the well-being and progress of the Orang Asal/Asli communities. Respecting their unique cultural and social identities, survival, dignity and well-being, SUHAKAM calls for the total involvement of Orang Asal/Asli in consultations and discussions on issues relating them.

END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

——————–

Sedekad Selepas Inkuiri Nasional-Melangkah ke Arah Menghormati dan Pengiktirafan Hak Orang Asal& Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – Pada tahun 2010, SUHAKAM, buat julung kalinya, telah menjalankan satu Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli (Inkuiri Nasional) di Malaysia. Proses Inkuiri Nasional ini tamat pada tahun 2012 dan laporannya telah diterbitkan pada tahun 2013. Laporan yang mengandungi 18 syor telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 19 Julai 2013 dan sebanyak 17 syor telah diterima pakai oleh Kerajaan.

SUHAKAM menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2015 untuk meneliti syor-syor Inkuiri Nasional. Walaubagaimanapun, SUHAKAM khuatir dengan kelewatan dalam pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional yang mengakibatkan pelanggaran hak asasi yang berterusan terhadap Orang Asal/Asli, terutamanya pencerobohan terhadap tanah adat mereka untuk tujuan pembalakan, pertanian dan pembangunan.

Sejak penubuhannya, SUHAKAM teguh menegakkan hak-hak asasi masyarakat Orang Asal/Asli. Advokasi SUHAKAM sentiasa berpandukan ke arah memperkasakan komuniti ini agar mereka dapat menikmati hak yang sewajarnya. SUHAKAM percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk mengekalkan dan mengamalkan budaya, menduduki tanah turun temurun mereka dan menentukan corak pembangunan mereka. SUHAKAM akan terus memastikan hak asasi mereka diperkukuh dan dipertahankan, sama seperti warganegara yang lain.

10 tahun telah berlalu dan pada hari ini, SUHAKAM telah mengadakan sebuah forum bertajuk ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. Forum yang dihadiri oleh 150 peserta ini bertujuan untuk mengkaji semula status pelaksanaan syor-syor, untuk membincangkan isu-isu pelanggaran hak asasi Orang Asal/Asli dan mengesyorkan tindakan untuk menangani isu berkaitan hak asasi mereka. Antara isu-isu yang dibincangkan dari forum hari ini adalah:

  1. Syor-syor NI perlu dibahaskan di Parlimen , mahupun di perundangan negeri-negeri;
  2. Keperluan untuk meneliti semula penubuhan satu suruhanjaya kebangsaan atau tribunal kebangsaan untuk mengendalikan isu-isu Orang Asal/Asli;
  3. Keputusan kes-kes mahkamah harus dikodifikasikan dalam undang-undang untuk memastikan jaminan undang-undang;
  4. Pengiktirafan undang-undang dan perlindungan hak Orang Asal/Asli untuk memastikan jaminan pemilikan tanah, hak budaya, dan hak menentukan halatuju sendiri;
  5. Melibatkan SUHAKAM dalam pindaan akta atau dasar mengenai Orang Asal/Asli;
  6. Memperkasa pengetahuan masyarakat Orang Asal/Asli mengenai ‘wilayah adat’.
  7. Membangunkan satu mekanisme aduan dan penyelesaian yang telus dan bertanggungjawab untuk menangani isu-isu yang bangkit.

SUHAKAM berharap agar kerajaan meneruskan komitmennya untuk menangani isu-isu Orang Asal/Asli dan mengambil tindakan segera terhadap pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional. SUHAKAM bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk JAKOA, untuk memacu inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Orang Asal/Asli. Dalam menghormati identiti budaya dan sosial yang unik, kelangsungan hidup, maruah dan kesejahteraan, SUHAKAM menyeru penglibatan sepenuhnya Orang Asal/Asli dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengannya.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

Template PS (13)

Press Statement No. 43-2023_Death Penalty- SUHAKAM Applauds Government’s Commitment to Restorative Justice , Urges Further Reforms for Procedural Fairness

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia

(SUHAKAM) welcomes the Government’s move to review sentences following the Mandatory

Sentencing Abolition Act 2023 [Act 846]. This transformative event underlines the Government’s commitment to embracing and promoting the principles of restorative justice

within our criminal justice system. SUHAKAM believes this step echoes the Government’s  earnest commitment to affirm and protect universal human rights.

SUHAKAM takes this opportunity to extend our appreciation to members of the “Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty” including our former Commissioner, Dato’ Mah Weng Kwai and our Children’s Commissioner, Dr. Farah Nini Dusuki for their relentless efforts and contribution in the preparation of the report that led to the abolition of the mandatory death penalty for 11 mandatory offences earlier this year.

While SUHAKAM commends the historic decision by the Federal Court in hearing the review

applications by convicts on death row and serving natural life imprisonment which resulted in the commutation of their sentences, SUHAKAM is concerned with the limited time allocated for the review application process. In particular, the time frame for the applicant and the lawyer to file a comprehensive review application which includes filing affidavits from family members, obtaining documents of past convictions that may not be readily available, and preparing a strong case for the review.

In addressing these challenges, we urge for the Government to review procedure and the

timeline of filing the cause papers to give ample time for lawyers and applicants to prepare

their case to ensure procedural fairness and due process for all parties involved. SUHAKAM calls for the review process to provide justice not only substantively to the applicant but also procedurally.

While the death penalty still exists within our jurisdiction, this hints at the unmistakable and

progressive strides towards cultivating a more just, balanced, and equitable justice system.

END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

—————

Hukuman Mati-SUHAKAM Puji Komitmen Kerajaan Terhadap Keadilan Restoratif, Juga Gesa Pembaharuan untuk Keadilan Prosedur

KUALA LUMPUR (16 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik keputusan Kerajaan untuk semakan hukuman susulan dari Akta Pemansuhan Hukuman Mandatori 2023 [Akta 846]. Langkah progresif yang bersejarah ini menunjukkan komitmen Kerajaan terhadap prinsip keadilan restoratif dalam sistem keadilan jenayah dan perlindungan kepada hak asasi manusia sejagat.

SUHAKAM mengambil peluang ini untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori termasuk mantan Pesuruhjaya, Dato’ Mah Weng Kwai dan Pesuruhjaya Kanak-Kanak SUHAKAM, Dr. Farah Nini Dusuki atas usaha dan sumbangan mereka yang dalam penyediaan laporan yang membawa kepada pemansuhan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan pada awal tahun ini.

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan semula hukuman mati yang dikemukakan oleh banduan dan digantikan dengan hukuman pemenjaraan sepanjang hayat disambut baik oleh SUHAKAM. Walaubagaimanapun, SUHAKAM bimbang dengan peruntukan tempoh masa yang agak terhad untuk proses permohonan semakan yang dikhuatiri tidak mencukupi bagi pemohon dan peguam untuk memfailkan permohonan semakan komprehensif, termasuk pemfailan afidavit daripada ahli keluarga, mendapatkan dokumen-dokumen sabitan lampau yang mungkin tidak dapat diperolehi dengan segera serta penyediaan kes yang kukuh untuk semakan.

Untuk menangani cabaran ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menilai semula prosedur dan tempoh masa untuk memfailkan kertas kausa bagi memberikan masa yang mencukupi untuk peguam dan pemohon menyediakan kes mereka. Ini bagi memastikan keadilan dari aspek prosedur dan proses undang-undang yang sewajarnya. SUHAKAM menyeru agar proses semakan ini dapat memberikan keadilan, bukan hanya kepada pemohon tetapi juga keadilan dari segi prosedur.

Walaupun hukuman mati masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah, SUHAKAM melihat langkah semakan ini sebagai satu usaha progresif ke arah menyemai sistem keadilan yang lebih seimbang dan saksama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 November 2023

Template PS (9)

Press Statement No. 42-2023_Child Death Left in Cars-Children Commissioner’s Urges Immediate Action and Awareness

KUALA LUMPUR (14 NOVEMBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission (SUHAKAM) is distraught over the recent vehicular-related hyperthermia deaths of children resulting from being left unattended in the car. 

It is prudent to recognise that the over-reliance on advanced child safety features has gradually taken away the innate vigilance and hinders our memories resulting in enhancing the parents’ forgetfulness. Whilst the popularisation of rear-facing car seats has improved the car safety of children, it has collaterally given rise to preventable incidences.

Statistics and studies have shown that these needless deaths of children happen largely to babies below 3 years, taking into account their underdeveloped responses to threats and risks. Parents are warned against complacency and the common belief that incidents alike would never happen to them.

Prevention efforts should be ramped up by all relevant stakeholders especially the Ministry of Transport to create a nationwide campaign warning parents and public on this issue. The automotive and child-care industries including baby stores are encouraged to step up in addressing and advertising the risks of foregoing deaths owing to their potential commercial relationship that allows raising awareness among their clients.

Section 31 of the Child Act 2001 [Act 611] is in place to be enforced on any incidence that negligently places children’s safety and lives at risk. Prosecutors are urged to join forces to educate and mainstream this issue within their informative and prosecutorial role as an agent of deterrent to the communities. Parents are strongly advised to routinely check on the safety and presence of their children and avoid taking granted on safety of the children.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner  14 November 2023

———————-

Kematian Kanak-kanak dalam Kereta-Pesuruhjaya Kanak-kanak Gesa Tindakan Segera untuk Kesedaran dan Penguatkuasaan

KUALA LUMPUR (14 NOVEMBER 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat berdukacita dengan siri tragedi kematian kanak-kanak akhir-akhir ini akibat hipertermia kerana ditinggalkan tanpa pengawasan di dalam kereta.

Kebergantungan kepada kecanggihan ciri keselamatan kanak-kanak dalam kereta dilihat telah mengurangkan sifat waspada dalam diri dan mendorong ibu bapa menjadi lebih alpa. Walaupun penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang meluas dapat meningkatkan keselamatan kanak-kanak dalam kereta, hal ini telah menyumbang kepada peningkatan insiden kecuaian yang seharusnya boleh dielakkan ini.

Statistik dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan kes kematian kanak-kanak dalam kereta berlaku kepada bayi yang berumur 3 tahun ke bawah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya tindak balas mereka terhadap ancaman dan risiko. Ibu bapa diingatkan supaya tidak berasa terlalu selesa dan yakin bahawa tragedi yang sama tidak akan berlaku kepada mereka.

Usaha pencegahan harus diperluaskan lagi oleh semua pihak berkepentingan terutamanya Kementerian Pengangkutan dengan mengadakan kempen untuk memberi peringatan kepada ibu bapa dan orang ramai mengenai isu ini. Selain itu, industri automotif dan mereka yang terlibat dengan penjagaan kanak-kanak termasuklah kedai barangan bayi digalakkan untuk turut tampil menangani isu ini dengan menyebarluas risiko kematian sebegini kepada rangkaian komersial bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelanggan mereka.

Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] perlu dikuatkuasakan terhadap insiden atau kes yang merisikokan keselamatan dan nyawa kanak-kanak disebabkan oleh kecuaian. Pihak pendakwaraya digesa untuk bersama-sama mendidik masyarakat dan mengarusperdanakan isu ini dalam bidang kuasa mereka. Selain itu, ibu bapa diingatkan supaya sentiasa melakukan pemeriksaan rutin terhadap keselamatan serta keberadaan anak-anak dan tidak mengambil mudah mengenai isu keselamatan mereka.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak 14 November 2023

Template PS (2)

Press Statement No. 41-2023_Impact of Palestinian-Israeli War, SUHAKAM Calls for Comprehensive Framework to Address Refugee Issue in Malaysia

KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is devastated with the escalating conflict between Palestine and Israel, which verge upon the act of genocide. During a recent visit to the Embassy of the State of Palestine, SUHAKAM was informed that the daily attacks on Palestine have led to a distressing surge in the loss of lives in just 30 days after the war began. The casualty count in Gaza has now exceeded 10,000 of which 4,800 are children. It is estimated that the remains of approximately 2,660 individuals and 1,270 missing children lay beneath building rubbles.

In light of the above, SUHAKAM wishes to draw attention to the increasingly pressing issue of Palestine refugees fleeing conflict and seeking refuge in Malaysia. There are sizable Palestinian refugees communities including children and young adults in Serdang, Kajang, Gombak, Ampang and Klang Valley who do not have access to education or face prohibitive procedural requirements. The development of a comprehensive and robust framework is needed to better handle the influx of refugees, particularly those fleeing Palestine and other war-torn regions. It is essential for Malaysia to formulate strategies and policies that take into account our humanitarian duty, national interests, and the principle of non-refoulement under international human rights law.

The principle of non-refoulement guarantees that no one should be returned to a country where they would face persecution, torture, cruel, inhuman or degrading treatment, or punishment and other irreparable harm. This principle applies to all refugees and asylum seekers. The framework should ensure refugees’ access to rights and essential services such as healthcare, education, and employment. This involves addressing intricate issues, such as the status of refugees who finish their studies in Malaysia. We need clear guidelines on whether they must leave the country after graduation and the conditions for re-entry. For instance, in higher education, the requirement for refugee students to return to their home country before switching to other Malaysian higher institutions should be removed. In other words, new policies should enable, create bridges, not hurdles, for positive improvements.

It is essential for Malaysia to revise existing policies and formulate strategies that consider the amendment of employment laws and the immigration act to accommodate refugees, enabling them to contribute to our society while upholding their dignity and rights under the umbrella of non-refoulement.

Regardless of Malaysia’s stand on the 1951 Refugee Convention, it is a humanitarian issue that we must all come together to address. It is our collective responsibility as a nation and as global citizens to ensure the wellbeing of all those who find themselves without a homeland, seeking refuge on our land.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

8 November 2023

————————

Kesan Perang Palestin-Israel,SUHAKAM Seru Bangunkan Rangka Kerja Komprehensif untuk Menangani Isu Pelarian di Malaysia

KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat terkesan dengan konflik menyerupai pembunuhan beramai-ramai yang semakin meruncing antara Palestin dan Israel, Semasa lawatan ke Kedutaan negara Palestin baru-baru ini, SUHAKAM dimaklumkan bahawa  serangan harian ke atas Palestin telah menyebabkan lonjakan jumlah kehilangan nyawa hanya dalam 30 hari selepas perang bermula. Jumlah korban di Gaza kini melebihi 10,000 di mana 4,800 adalah kanak-kanak. Dianggarkan bahawa kira-kira 2,660 individu dan 1,270 kanak-kanak masih hilang di bawah runtuhan bangunan.

Oleh yang demikian, SUHAKAM ingin menarik perhatian mengenai isu yang semakin mendesak dalam kalangan pelarian Palestin yang melarikan diri dari konflik dan mencari perlindungan di Malaysia. Terdapat komuniti pelarian Palestin termasuk kanak-kanak dan belia di Serdang, Kajang, Gombak, Ampang dan Lembah Klang yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan atau sedang menghadapi pelbagai kesukaran. Melihat kepada isu ini, satu pembangunan rangka kerja yang komprehensif dan kukuh amat diperlukan untuk menangani kemasukan pelarian, terutamanya mereka yang melarikan diri dari Palestin dan negara lain yang dilanda perang. Adalah penting bagi Malaysia untuk merumuskan satu strategi dan dasar yang mengambil kira aspek kemanusiaan, kepentingan negara, dan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (non-refoulement principle) di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.

Prinsip yang terpakai kepada semua pelarian dan pencari suaka ini menjamin bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal di mana mereka akan mengalami penindasan, penyeksaan, perlakuan kejam, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan termasuk hukuman dan kemudaratan lain. Rangka kerja ini perlu mengutamakan hak berkaitan akses kesihatan, pendidikan, dan pekerjaan. Ini termasuk isu-isu rumit seperti status pelajar pelarian yang tamat pengajian di Malaysia. Sebagai contoh, dalam pendidikan tinggi, pelajar pelarian disyaratkan untuk kembali negara asal mereka sebelum beralih ke institusi  pendidikan tinggi Malaysia yang lain. Syarat ini harus dihapuskan dan garis panduan yang lebih jelas perlu diwujudkan. Dengan erti kata lain, dasar baharu harus lebih mudah dah tidak menyulitkan serta menuju ke arah penambahbaikan yang lebih positif.

Adalah penting bagi Malaysia untuk menyemak semula dasar sedia ada dan merangka strategi yang mempertimbangkan pindaan undang-undang pekerjaan dan Akta Imigresen untuk membantu pelarian, membolehkan mereka menyumbang kepada masyarakat di samping menegakkan maruah dan hak mereka di bawah prinsip tiada penghantaran pulang paksa.

Ini adalah isu kemanusiaan yang harus ditangani bersama tanpa mengambil kira pendirian Malaysia mengenai Konvensyen Pelarian 1951. Sebagai sebuah negara dan warga dunia, adalah menjadi tanggungjawab kolektif untuk kita memastikan kesejahteraan mereka yang mencari perlindungan di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

8 November 2023

Template PS (3)

Press Statement No. 40-2023_SUHAKAM Commends Government’s Progress on Foreign Workers’ Management Report, Urges Swift Action on the Recommendations

KUALA LUMPUR (25 OCTOBER 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the release of the long-awaited ‘Report of the Independent Committee on the Management of Foreign Workers’ which was recently released after it was completed in 2019. SUHAKAM commends the Government’s progressive move by taking this crucial step towards addressing the longstanding issue of forced labour in Malaysia.

SUHAKAM wishes to extend its appreciation to the Independent Committee, led by a retired Judge of the Court of Appeal, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, alongside committee member Mr. Jerald Joseph, both former Commissioners of SUHAKAM who had displayed unwavering commitment in addressing foreign workers management issues and underscored their dedication to resolving human rights concerns. 

With the release of the independent report, SUHAKAM reiterates its call on the Government to expedite implementation of the recommendations which include issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers and to comprehensively reform relevant policies relating to recruitment, employment and monitoring of foreign workers in Malaysia.

In addition to this, SUHAKAM also calls on the Government to expedite the development of Malaysia’s National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR), emphasizing the importance of business entities respecting human rights. The NAPBHR should be guided by the UN Guiding Principles on Business and Human Rights (UNGP BHR), reflecting a commitment to accountability in business practices, benefiting both people and the planet.

SUHAKAM remains dedicated to upholding human rights and supporting initiatives that contribute to a just and ethical society. We look forward to continued collaboration with the Government and other stakeholders in addressing these important issues.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)25 October 2023

——————-

SUHAKAM Puji Usaha Kerajaan dalam Laporan Pengurusan Pekerja Asing, Gesa Pelaksanaan Segera Saranan

KUALA LUMPUR (25 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pendedahan ‘Laporan Jawatankuasa Bebas Pengurusan Pekerja Asing’ kepada umum setelah ia dilengkapkan pada tahun 2019. SUHAKAM memuji langkah progresif kerajaan ke arah menangani isu buruh paksa yang telah sekian lama wujud di Malaysia.

SUHAKAM ingin menzahirkan penghargaan kepada Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus bersama dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa, Encik Jerald Joseph. Kedua-duanya adalah mantan Pesuruhjaya SUHAKAM yang telah menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menangani isu-isu pengurusan pekerja asing dan sentiasa berdedikasi dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia.

Dengan pendedahan laporan bebas ini, SUHAKAM ingin mengulangi seruan kepada Kerajaan untuk mempercepatkan pelaksanaan syor Jawatankuasa yang meliputi isu amalan tidak beretika, tidak sihat dan tidak adil dalam proses pengambilan pekerja asing dan untuk memperbaharui secara menyeluruh, dasar-dasar yang berkaitan dengan proses pengambilan dan pemantauan pekerja asing di Malaysia.

Dalam hal ini, SUHAKAM juga ingin menggesa Kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Nasional Malaysia Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang akan meletakkan tanggungjawab ke atas entiti perniagaan untuk menghormati hak asasi manusia. NAPBHR harus teguh berpandukan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP BHR), yang menekankan komitmen terhadap akauntabiliti amalan perniagaan kepada manusia dan alam.

SUHAKAM kekal teguh menegakkan hak asasi manusia dan menyokong inisiatif yang menyumbang ke arah masyarakat yang adil dan beretika. Kami akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dan pihak berkepentingan lain dalam menangani isu-isu penting ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

25 Oktober 2023

—————————

Template PS (1)

Press Statement No. 39-2023_SUHAKAM Supports Citizenship Amendments , Calls for Comprehensive Research on the Impact to Vulnerable Group

KUALA LUMPUR (24 OCTOBER 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Government’s effort to propose amendments to the Federal Constitution on matters relating to citizenship, which are soon to be presented to the Conference of Rulers.

SUHAKAM commends the proposed progressive amendments to the entire Part III of the Federal Constitution, together with the First Schedule and the Second Schedule of the Federal Constitution covering the issue of children’s citizenship who were born abroad to a Malaysian mother of which, will give effect to the constitutionally guaranteed right to equality under Article 8 of the Constitution.

However, SUHAKAM wishes to draw the Government’s attention to other proposed amendments which may lead to the removal of citizenship rights instead of safeguarding statelessness, perpetuating the cycle of statelessness for vulnerable children such as out-of-wedlock children, stateless children adopted by Malaysian parents, foundlings/ abandoned children as well as other generational stateless children/persons in Malaysia.

SUHAKAM is of the view that the citizenship rights by operation of law and other limiting regressive amendments perpetuating childhood statelessness, which encompass a range of complex and sensitive scenarios, demand a more deliberate approach. Applications on clear cut case of children born abroad to Malaysian mothers should be processed accordingly to ensure that Malaysian women can enjoy equal rights in relation to nationality and citizenship for their children.

In light of the gravity of this matter, SUHAKAM calls on the Government:

  1. to take a holistic approach to address issues relating to citizenship in Malaysia by conducting comprehensive research on the impacts of the amendments;
  2. to approach this matter with careful consideration and disjunctively, considering each amendment’s distinct nature; and
  3. to organize a broad stakeholder consultation by engaging various stakeholders, including civil society organisations and experts working on children’s rights and statelessness.

The right to a nationality is a fundamental human right and the right of every child to acquire a nationality is guaranteed under the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Being a recognised citizen of a country has many legal benefits which may include the right to vote, access to social security, health services, public education, and to engage in employment, amongst others. SUHAKAM stands ready to assist the Government in aligning domestic legislation with Malaysia’s international commitments and obligations to prevent and eradicate statelessness.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

24 October 2023

————————

SUHAKAM Menyokong Pindaan Kewarganegaraan, Menyeru Penyelidikan Menyeluruh Mengenai Impak kepada Golongan Rentan

KUALA LUMPUR (24 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik usaha Kerajaan berkenaan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan mengenai perkara berkaitan kewarganegaraan yang akan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja.

SUHAKAM memuji cadangan pindaan yang progresif kepada keseluruhan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, bersama-sama Jadual Pertama dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mengenai isu kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, yang akan membawa kepada hak kesaksamaan seperti yang dijamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, SUHAKAM ingin menarik perhatian Kerajaan mengenai cadangan pindaan lain yang akan membawa kepada pemansuhan dan bukannya perlindungan kepada hak kewarganegaraan. Ini akan mengekalkan kitaran tanpa kewarganegaraan bagi kanak-kanak rentan seperti anak tidak sah taraf, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia, kanak-kanak yang dijumpai/terabai, serta generasi baru dalam kalangan kanak-kanak/orang tanpa kewarganegaraan di Malaysia.

SUHAKAM berpandangan bahawa hak kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang dan pindaan regresif lain yang mengehadkan dan mengekalkan status tanpa kewarganegaraan kanak-kanak, termasuk yang merangkumi pelbagai situasi yang kompleks dan sensitif ini menuntut pendekatan yang lebih terperinci.  Permohonan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia perlu diproses dengan sewajarnya agar wanita Malaysia juga boleh menikmati hak kewarganegaraan yang sama untuk anak-anak mereka.  

Menyedari keseriusan perkara ini, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk:

  1. mengambil pendekatan secara menyeluruh dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kewarganegaraan di Malaysia dengan menjalankan kajian komprehensif mengenai kesan pindaan;
  2. menangani perkara ini dengan pertimbangan yang teliti dan mempertimbangkan ciri-ciri setiap pindaan yang berbeza; dan
  3. mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi masyarakat sivil dan pakar dalam bidang hak kanak-kanak dan isu tanpa kewarganegaraan.

Hak kewarganegaraan adalah hak asasi manusia dan hak kanak-kanak untuk mendapat kewarganegaraan adalah dijamin di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat. Menjadi warganegara yang diiktiraf di sesebuah negara akan membawa kepada pelbagai jaminan lain termasuk hak untuk mengundi, akses kepada keselamatan sosial, perkhidmatan kesihatan, pendidikan awam, dan pekerjaan. SUHAKAM bersedia untuk membantu kerajaan dari segi menasihati dan membantu Kerajaan agar perundangan domestik adalah selaras dengan komitmen dan kewajipan negara di peringkat antarabangsa dalam mencegah dan membasmi tanpa kewarganegaraan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Oktober 2023

Template PS (6)

Press Statement No. 38-2023_SUHAKAM Condemns Israeli Assaults, Calls for Urgent Action to Address Humanitarian Crisis in Gaza

KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) strongly condemns the Israeli government’s heavy handed and grossly disproportionate attack on Palestinian civilians. The complete blockade of Gaza depriving the people of Gaza access to basic and vital food and medical supplies is a most serious violation of international humanitarian laws.

The assault on civilians on both sides, continuous killing of Palestinian civilians and the continuing blockade of Gaza supposedly attacking Hamas is shocking and it is genocide. The loss of so many lives in the blast at the Al-Ahli Hospital is a direct result of Israeli assault on Gaza and this irresponsible war crime is totally unacceptable and absurd. We are saddened with the cavalier and shocking lack of condemnation and response on the death of so many Palestinians, exceeding 4,000 lives, from the United States (US) and generally the West, which is akin to a policy supporting genocide.

SUHAKAM notes in utter disbelief and disappointment that powerful nations such as US who have veto powers vested in them to protect the sanctity of human lives and maintain peace, had instead resorted to the use of such power to promote heinous genocide by vetoed a UN Security Council resolution that would have called for humanitarian pauses in delivering aid to millions in Gaza.  The US failure to respond even with some semblance of civility to the death of so many civilians in Gaza indicates support of Israel instead of Palestinians and that their support for the annihilation of Palestinians and their right to statehood. The failure to address the root cause of the struggle of the Palestinians for 75 years, the gross violations of even basic rights and of the Palestinians by Israel and the international community is the root cause of the escalation of hostilities and great loss of civilian lives on both sides.

SUHAKAM echoes the statement by the Prime Minister advocating for the immediate cessation of bombardment and the establishment of a humanitarian corridor through the Rafah border crossing. We urge the Malaysian Government to galvanise support and highlight the blatant abuse and complete disregard of the rights of Palestinians at all international fora including the UN.

SUHAKAM stands for rule of law and the right of Palestinians to statehood. The massive strikes on civilian targets and suggesting “minimal civilian deaths” is shocking as it is a blatant violation of the international human rights laws and numerous United Nations (UN) Resolutions.

Our heartfelt condolences goes to the grieving families affected by this heart-wrenching tragedy and we joins all Malaysians in supporting the pledge and stands in solidarity with Palestinians.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

20 October 2023

————————

SUHAKAM Kutuk Serangan Israel, Gesa Tindakan Segera Tangani Krisis Kemanusiaan di Gaza

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam Palestin. Sekatan penuh di Gaza yang menghalang akses kepada makanan dan bekalan perubatan adalah satu pelanggaran yang amat serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

Serangan berterusan terhadap orang awam dari kedua-dua belah pihak, pembunuhan berterusan orang awam Palestin, dan sekatan Gaza yang berpanjangan, yang dipercayai menyasarkan Hamas, boleh dianggap sebagai satu bentuk pembunuhan beramai-ramai. Kehilangan begitu banyak nyawa dalam letupan di Hospital Al-Ahli yang berpunca daripada serangan Israel ke atas Gaza adalah jenayah perang yang amat tidak bertanggungjawab dan ini sama sekali tidak boleh diterima dan amat tidak munasabah. SUHAKAM amat kecewa dengan kurangnya kecaman dan tindak balas terhadap jumlah kematian rakyat Palestin  yang melebihi 4,000 nyawa. Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat seolah-olah menyokong dasar yang menjurus kepada pembunuhan beramai-ramai.

SUHAKAM menzahirkan rasa tidak percaya dan kecewa terhadap negara-negara kuasa besar seperti AS, yang sepatutnya menggunakan kuasa veto yang diberikan untuk melindungi nyawa manusia dan mengekalkan keamanan, namun bertindak sebaliknya menggunakan kuasa tersebut untuk mengalakkan pembunuhan beramai-ramai yang kejam. AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu. Kegagalan AS untuk bertindak balas walaupun dengan sedikit rasa simpati terhadap jumlah kematian orang awam yang begitu  banyak di Gaza menunjukkan sokongan kepada Israel dan bukannya Palestin, termasuk sokongan terhadap kemusnahan Palestin dan hak mereka untuk bernegara.  Kegagalan dalam menangani punca kepayahan Palestin selama 75 tahun, pelanggaran serius terhadap  hak asasi manusia Palestin oleh Israel dan masyarakat antarabangsa adalah punca utama kepada peningkatan permusuhan dan kehilangan nyawa orang awam di kedua-dua belah pihak.

SUHAKAM menyokong kenyataan Perdana Menteri yang menggesa pengeboman dihentikan dan saranan penubuhan koridor kemanusiaan melalui sempadan Rafah.  Kerajaan Malaysia perlu meransang sokongan dan mengetengahkan pencabulan dan pengabaian hak-hak rakyat Palestin di forum antarabangsa termasuk di PBB.

SUHAKAM berdiri teguh atas kedaulatan undang-undang dan pengiktirafan negara untuk rakyat Palestin. Serangan besar-besaran yang mensasarkan orang awam dengan “kematian yang minimum” adalah sesuatu yang dahsyat dan merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan Resolusi PBB.

SUHAKAM ingin menyatakan penyatuan bersama rakyat Malaysia menyokong solidariti terhadap Palestin  dan takziah diucapkan kepada keluarga yang berduka akibat tragedi ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 Oktober 2023

Template PS (4)

Press Statement No.37-2023_SUHAKAM’s Call to Safeguard Children Safety with Child Restraint Systems

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is dismayed with the footage from a dashboard video showing a child fall unexpectedly fell out of the back door of a moving car in Kota Bharu. This incident may be attributed to the absence of safety features in the vehicle.

Emphasizing the use of Child Restraint System (CRS) could prevent such incidents and possibly reduce the number of road fatalities involving children. The incontestable fact that a child restraining system greatly reduced road fatalities involving children should be accepted and normalised irrespective of existing solvable hurdles.

In the recent Budget 2024, the Government has announced that a total of 100,000 helmets, including for children will be supplied and distributed to underprivileged families. This is one of the proactive measures taken by the Ministry of Transport towards reducing the rate of death rate and fatalities in motor vehicle accidents. SUHAKAM also commends the Government’s initiative providing a 50% subsidy for low-income families to acquire child safety seats as allocated in Budget 2022. Nevertheless, more needs to be done to increase the awareness on the importance of car seats for children.

The Children’s Commissioner urges the Ministry of Transport and relevant enforcement agencies to enforce the usage of child safety seats as this is a life-saving measure that cannot be compromised. Parents and drivers are urged to remove any foreseeable hazards and always ensure a safe environment for children.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

20 October 2023

——————-

SUHAKAM Seru Tingkat Perlindungan dengan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023)   – Rakaman saat seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak keluar daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Kota Bharu amat mengejutkan Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kejadian ini dikhuatiri berpunca daripada kurangnya ciri-ciri keselamatan semasa kanak-kanak berada di dalam kenderaan.

Insiden tersebut dapat dielakkan sekiranya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) dititikberatkan di dalam kenderaan. Tidak dapat dinafikan penggunaan CRS ini dapat dapat mengurangkan jumlah kematian di jalanraya yang melibatkan kanak-kanak. Perkara ini sepatutnya dijadikan amalan namun tidak diendahkan tanpa mengira kemungkinan kemalangan yang akan berlaku.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan dibekal dan diagihkan secara percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian dan impak kecederaan kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan bermotor. SUHAKAM turut memuji usaha dalam Belanjawan 2022 yang menyediakan subsidi 50% untuk keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak namun lebih banyak perlu dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kepentingan penggunaannya.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menggesa Kementerian Pengangkutan dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk segera menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Ini adalah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa dan ia tidak boleh dikompromi. Ibu bapa dan pemandu kenderaan diingatkan untuk sentiasa memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 Oktober 2023

3

Press Statement No. 36-2023_SUHAKAM Applauds and Encourages Greater Human Rights Emphasis in Budget 2024

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (14 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) warmly welcomes the government’s Budget 2024, themed ‘Reforming the Economy, Empowering the Rakyat’. SUHAKAM notes that the Budget 2024 places strong emphasis on various human rights aspects which include, among others, environment, education, health, laws and legal reforms, food security, jobs and community support and social security.

While aiming to strengthen the national economy, Budget 2024 also seek to empower a number of vulnerable groups by including allocations to bolster women’s participation in the labour force, strengthen protection system coverage involving senior citizens, enhance children’s access to education, and increase provision of special needs support equipment and facilities for persons with disabilities.

Nonetheless, SUHAKAM is concerned whether the budget can sufficiently address the continuing impact of COVID-19, rise of urban poor, shrinking of middle class and rising cost of living. In addition, SUHAKAM strongly recommends that the Government include adequate provision to facilitate comprehensive data collection, planning and implementation of programmes to effectively address issues relating to statelessness, preferably under the portfolio of a specific Government agency.

SUHAKAM also commends the Ministry of Finance’s initiative in organizing the ‘Jelajah Belanjawan 2024.’ The tour, which took place from 21 August to 22 September 2023, involved numerous states and included valuable engagement sessions with pivotal industry sectors, non-governmental organizations, and local communities. SUHAKAM hopes the engagement in budget planning will be an ongoing initiative in the years to come and we look forward to the potential of being actively involved in the process. This level of involvement in the national financial blueprint underpins the fight for social justice, empowering the civil economy, and places a significant emphasis on an inclusive growth strategy.

The national budget is the Government’s most significant economic policy document and central to the realization of human rights. It should reflect the government’s commitment to inclusive economic growth and social justice. SUHAKAM anticipates the budget is executed and provisioned amicably, in a way that respects, protects, and fulfills the enjoyment of human rights of all people, leaving no one behind.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

14 October 2023

———————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (14 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat’. SUHAKAM maklum bahawa Belanjawan 2024 memberi penekanan kepada pelbagai aspek hak asasi manusia termasuk alam sekitar, pendidikan, kesihatan, undang-undang dan pembaharuan undang-undang, jaminan makanan, pekerjaan dan sokongan komuniti, dan keselamatan sosial.

Selain mensasarkan untuk mengukuhkan ekonomi negara, Belanjawan 2024 juga turut memperuntukkan bajet untuk memperkasakan kumpulan rentan antaranya meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, mengukuhkan sistem perlindungan yang melibatkan warga emas, meningkatkan akses kanak-kanak kepada pendidikan dan  penyediaan peralatan dan kemudahan sokongan dan keperluan khas untuk orang kurang upaya.

Walau bagaimanapun, dikhuatiri sama ada bajet ini memadai untuk menangani kesan berterusan COVID-19, peningkatan golongan miskin bandar, ketidakseimbangan golongan pertengahan dan peningkatan kos sara hidup. Di samping itu, SUHAKAM mengesyorkan agar Kerajaan memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memudah cara pengumpulan data, merancang dan melaksanakan program yang komprehensif untuk menangani isu-isu berkaitan tanpa kewarganegaraan  dengan lebih efektif, sebaik-baiknya portfolio ini dikendalikan oleh agensi Kerajaan yang khusus.

SUHAKAM turut memuji inisiatif Kementerian Kewangan menganjurkan ‘Jelajah Belanjawan 2024’ yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 22 September 2023 di seluruh negara. Jelajah Belanjawan ini meliputi sesi libat urus dengan sektor industri penting, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat. Adalah diharapkan agar inisiatif ini dapat diteruskan  pada tahun-tahun akan datang dan SUHAKAM dapat turut serta menyumbang dalam proses tersebut. Penglibatan dalam pelan tindakan kewangan negara ini dapat menyokong perjuangan ke arah keadilan sosial, memperkasa ekonomi sivil, dan penumpuan kepada strategi pertumbuhan negara yang lebih inklusif.

Belanjawan negara adalah dokumen dasar ekonomi kerajaan yang penting dan teras dalam merealisasikan hak asasi manusia. Ia harus mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta membawa kepada keadilan sosial. SUHAKAM berharap Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan dengan baik dan peruntukan ini diurus tadbir demi menghormati, melindungi, dan memenuhi hak asasi manusia untuk semua tanpa ada sesiapa yang ketinggalan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 Oktober 2023

Template PS

Press Statement No. 35-2023_SUHAKAM Condemns Escalating Violence and Urges Immediate Humanitarian Aid in Israel-Palestine Conflict

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (10 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned over the escalating violence and human rights violations occurring in the conflict between Israel and Palestine. SUHAKAM is deeply alarmed by reports of over 687 Palestinians, including women and children were killed, 900 dead in Israel and over 3,000 were injured in the attacks.

SUHAKAM condemns the violence that has led to the loss of life, invoking fear and despair among innocent civilians in the region. The acts of terror, the killings, destroying public infrastructure including health facilities inside Gaza, residential buildings and places of worship are serious violations of the laws and customs applicable in international armed conflict, within the established framework of international law. Civilians must always be respected and safeguarded, and their infrastructure must never be targeted. It is incumbent upon both parties in the conflict to respect international humanitarian law, including the principles of distinction, proportionality, and precaution in the military operations including the duty to minimize damages and injury.

Given the critical need for humanitarian aid to Palestinian civilians trapped in Gaza, SUHAKAM urges the international community to mobilize immediate humanitarian assistance and all relevant parties to allow the delivery of medical equipment, food, fuel, and other humanitarian supplies to those in need. SUHAKAM also urges restraint on all parties with hostages, emphasizing the potential humanitarian catastrophe that could resulted from the lack of access to water and food. In this light, SUHAKAM strongly urges the international community to look into and immediately tackle the root causes of this humanitarian tragedy that would lead towards a lasting peace. We will continue to support all efforts to ensure that Palestinians are able to live in peace within their own internationally recognized borders, in accordance with UN resolution recognizing the State of Palestine.

SUHAKAM vehemently stands for the protection and preservation of human dignity and rights for every individual, regardless of their race, religion, or nationality, even in times of conflict. Such acts of aggression represent a blatant violation of Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), which upholds the inviolable rights of every individual to life, liberty, and security of person. The right to life, being the most fundamental of all human rights, remains non-derogable even in times of war and cannot be legitimately suppressed.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

10 October 2023

—————————-

SUHAKAM Mengutuk Keganasan dan Gesa Bantuan Kemanusiaan Konflik Israel-Palestin

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 OKTOBER 2023) -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang akan peningkatan keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku dalam konflik antara Israel dan Palestin. Laporan yang menyatakan lebih daripada 687 warga Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, 900 kematian direkodkan di Israel dan lebih daripada 3,000 cedera dalam serangan tersebut juga amat membimbangkan.

SUHAKAM mengutuk keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, ketakutan dan putus asa di kalangan orang awam yang tidak bersalah di wilayah tersebut. Tindakan keganasan, pembunuhan, pemusnahan infrastruktur awam termasuk kemudahan kesihatan di Gaza, bangunan kediaman dan tempat ibadat adalah pelanggaran undang-undang yang serius dalam konflik bersenjata antarabangsa, yang termaktub dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa. Orang awam perlu sentiasa dilindungi dan infrastruktur awam tidak sepatutnya menjadi sasaran. Kedua-dua pihak yang berkonflik bertanggungjawab untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk prinsip perbezaan, keadilan dan langkah pencegahan dalam operasi ketenteraan termasuk tanggungjawab untuk meminimumkan kerosakan dan kecederaan.

Melihat kepada keperluan kritikal untuk bantuan kemanusiaan mangsa yang terperangkap di Gaza, SUHAKAM menggesa masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan bantuan kemanusiaan dengan segera dan pihak yang berkaitan perlu membenarkan penghantaran peralatan perubatan, makanan, bahan api, dan bekalan kemanusiaan lain kepada mereka yang memerlukan. SUHAKAM juga mendesak pihak yang mempunyai tebusan untuk mengawal keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan akibat daripada kekurangan akses kepada air dan makanan. Dalam hal ini, SUHAKAM menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk segera meneliti dan menangani punca-punca konflik kemanusiaan ini ke arah mencapai keamanan yang berkekalan. Kami akan terus menyokong semua usaha untuk memastikan rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dalam wilayah sempadan mereka yang diiktiraf antarabangsa, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf negara Palestin.

SUHAKAM menegaskan kepentingan untuk melindungi dan memelihara maruah dan hak asasi manusia setiap individu, tanpa mengira bangsa, agama, atau kewarganegaraan meskipun dalam keadaan konflik. Tindakan pencerobohan ini merupakan pelanggaran terhadap Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjunjung penghormatan terhadap hak individu kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan diri. Hak untuk hidup adalah hak asasi manusia yang paling asas dan tidak boleh dicabuli, walaupun semasa berlakunya peperangan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Oktober 2023