Press Statement No. 44-2023_A Decade After National Inquiry – Striding towards Respect and Recognition for the Orang Asal & Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) in 2010, had conducted its first ever National Inquiry on the Land Rights of Orang Asal/Asli (NI) in Malaysia. The NI process was completed in 2012 and the report on its findings was subsequently published in 2013. The report which contains 18 recommendations was presented to the Cabinet on 19 July 2013 and 17 recommendations were then adopted by the Government.

While SUHAKAM welcomes the establishment of the Special Cabinet Committee in 2015 to look into the NI recommendations, SUHAKAM is deeply concerned on the delay of the implementation which resulted in continuous violations of the rights of the Orang Asal/Asli, especially the encroachment on their customary lands for logging, agriculture and development purposes.

Since its inception, SUHAKAM has been a staunch advocate for the rights of the Orang Asal/Asli communities. Our advocacy has always been directed at empowering them to fully exercising their rights. SUHAKAM firmly believe that these communities should enjoy the right to maintain and practice their distinctive culture, occupy and manage their ancestral lands, and determine their development patterns according to their needs and aspirations. Above all, we continue to ensure that their fundamental rights, as with all other citizenry, are upheld and defended.

10 years has passed and on 16 November 2023, SUHAKAM has organised a forum titled: ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. The forum, attended by 150 participants, aims to assess implementation progress of the recommendations, to discuss Orang Asal/Asli’s rights violations and recommendations on ways to address pressing issues related to their fundamental rights. Among other issues highlighted from the forum are:

  1. Parliamentary and/or State level discussion to deliberate the NI recommendations;
  2. Government to re-examine the establishment of a National Commission or Customary Land Tribunal to address issues related to Orang Asal/Asli;
  3. For the court decisions to be codified to ensure legal guarantees;
  4. Legal recognition and protection for Orang Asli/Asal to have proper land ownership, to enjoy their cultural practices and self determination;
  5. SUHAKAM to be involved in the discussions relating to amendments of acts or policies with regard to Orang Asal/Asli;
  6. To transform the current cabinet level committee into a Council with significantly broader authority and capabilities;
  7. To empower the community’s knowledge on their right to ‘customary territories.
  8. To develop a complaint and resolution mechanism that is both transparent and accountable in order to promptly address issues as they arise.

SUHAKAM looks forward for the Government to continue addressing issues concerning Orang Asal/Asli and to take immediate action on the implementation of the NI recommendations. SUHAKAM stands ready to work together with all relevant stakeholders, including JAKOA, to drive initiatives that genuinely promote the well-being and progress of the Orang Asal/Asli communities. Respecting their unique cultural and social identities, survival, dignity and well-being, SUHAKAM calls for the total involvement of Orang Asal/Asli in consultations and discussions on issues relating them.

END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

——————–

Sedekad Selepas Inkuiri Nasional-Melangkah ke Arah Menghormati dan Pengiktirafan Hak Orang Asal& Orang Asli

KUALA LUMPUR (17 NOVEMBER 2023) – Pada tahun 2010, SUHAKAM, buat julung kalinya, telah menjalankan satu Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli (Inkuiri Nasional) di Malaysia. Proses Inkuiri Nasional ini tamat pada tahun 2012 dan laporannya telah diterbitkan pada tahun 2013. Laporan yang mengandungi 18 syor telah dibentangkan kepada Jemaah Menteri pada 19 Julai 2013 dan sebanyak 17 syor telah diterima pakai oleh Kerajaan.

SUHAKAM menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet pada tahun 2015 untuk meneliti syor-syor Inkuiri Nasional. Walaubagaimanapun, SUHAKAM khuatir dengan kelewatan dalam pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional yang mengakibatkan pelanggaran hak asasi yang berterusan terhadap Orang Asal/Asli, terutamanya pencerobohan terhadap tanah adat mereka untuk tujuan pembalakan, pertanian dan pembangunan.

Sejak penubuhannya, SUHAKAM teguh menegakkan hak-hak asasi masyarakat Orang Asal/Asli. Advokasi SUHAKAM sentiasa berpandukan ke arah memperkasakan komuniti ini agar mereka dapat menikmati hak yang sewajarnya. SUHAKAM percaya bahawa mereka mempunyai hak untuk mengekalkan dan mengamalkan budaya, menduduki tanah turun temurun mereka dan menentukan corak pembangunan mereka. SUHAKAM akan terus memastikan hak asasi mereka diperkukuh dan dipertahankan, sama seperti warganegara yang lain.

10 tahun telah berlalu dan pada hari ini, SUHAKAM telah mengadakan sebuah forum bertajuk ‘Sedekad Selepas Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asal/Asli’. Forum yang dihadiri oleh 150 peserta ini bertujuan untuk mengkaji semula status pelaksanaan syor-syor, untuk membincangkan isu-isu pelanggaran hak asasi Orang Asal/Asli dan mengesyorkan tindakan untuk menangani isu berkaitan hak asasi mereka. Antara isu-isu yang dibincangkan dari forum hari ini adalah:

  1. Syor-syor NI perlu dibahaskan di Parlimen , mahupun di perundangan negeri-negeri;
  2. Keperluan untuk meneliti semula penubuhan satu suruhanjaya kebangsaan atau tribunal kebangsaan untuk mengendalikan isu-isu Orang Asal/Asli;
  3. Keputusan kes-kes mahkamah harus dikodifikasikan dalam undang-undang untuk memastikan jaminan undang-undang;
  4. Pengiktirafan undang-undang dan perlindungan hak Orang Asal/Asli untuk memastikan jaminan pemilikan tanah, hak budaya, dan hak menentukan halatuju sendiri;
  5. Melibatkan SUHAKAM dalam pindaan akta atau dasar mengenai Orang Asal/Asli;
  6. Memperkasa pengetahuan masyarakat Orang Asal/Asli mengenai ‘wilayah adat’.
  7. Membangunkan satu mekanisme aduan dan penyelesaian yang telus dan bertanggungjawab untuk menangani isu-isu yang bangkit.

SUHAKAM berharap agar kerajaan meneruskan komitmennya untuk menangani isu-isu Orang Asal/Asli dan mengambil tindakan segera terhadap pelaksanaan syor-syor Inkuiri Nasional. SUHAKAM bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk JAKOA, untuk memacu inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan dan kemajuan masyarakat Orang Asal/Asli. Dalam menghormati identiti budaya dan sosial yang unik, kelangsungan hidup, maruah dan kesejahteraan, SUHAKAM menyeru penglibatan sepenuhnya Orang Asal/Asli dalam perundingan dan perbincangan mengenai isu-isu yang berkaitan dengannya.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 November 2023

Tags: No tags

Comments are closed.