KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is devastated with the escalating conflict between Palestine and Israel, which verge upon the act of genocide. During a recent visit to the Embassy of the State of Palestine, SUHAKAM was informed that the daily attacks on Palestine have led to a distressing surge in the loss of lives in just 30 days after the war began. The casualty count in Gaza has now exceeded 10,000 of which 4,800 are children. It is estimated that the remains of approximately 2,660 individuals and 1,270 missing children lay beneath building rubbles.
In light of the above, SUHAKAM wishes to draw attention to the increasingly pressing issue of Palestine refugees fleeing conflict and seeking refuge in Malaysia. There are sizable Palestinian refugees communities including children and young adults in Serdang, Kajang, Gombak, Ampang and Klang Valley who do not have access to education or face prohibitive procedural requirements. The development of a comprehensive and robust framework is needed to better handle the influx of refugees, particularly those fleeing Palestine and other war-torn regions. It is essential for Malaysia to formulate strategies and policies that take into account our humanitarian duty, national interests, and the principle of non-refoulement under international human rights law.
The principle of non-refoulement guarantees that no one should be returned to a country where they would face persecution, torture, cruel, inhuman or degrading treatment, or punishment and other irreparable harm. This principle applies to all refugees and asylum seekers. The framework should ensure refugees’ access to rights and essential services such as healthcare, education, and employment. This involves addressing intricate issues, such as the status of refugees who finish their studies in Malaysia. We need clear guidelines on whether they must leave the country after graduation and the conditions for re-entry. For instance, in higher education, the requirement for refugee students to return to their home country before switching to other Malaysian higher institutions should be removed. In other words, new policies should enable, create bridges, not hurdles, for positive improvements.
It is essential for Malaysia to revise existing policies and formulate strategies that consider the amendment of employment laws and the immigration act to accommodate refugees, enabling them to contribute to our society while upholding their dignity and rights under the umbrella of non-refoulement.
Regardless of Malaysia’s stand on the 1951 Refugee Convention, it is a humanitarian issue that we must all come together to address. It is our collective responsibility as a nation and as global citizens to ensure the wellbeing of all those who find themselves without a homeland, seeking refuge on our land.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
8 November 2023
————————
Kesan Perang Palestin-Israel,SUHAKAM Seru Bangunkan Rangka Kerja Komprehensif untuk Menangani Isu Pelarian di Malaysia
KUALA LUMPUR (8 NOVEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat terkesan dengan konflik menyerupai pembunuhan beramai-ramai yang semakin meruncing antara Palestin dan Israel, Semasa lawatan ke Kedutaan negara Palestin baru-baru ini, SUHAKAM dimaklumkan bahawa serangan harian ke atas Palestin telah menyebabkan lonjakan jumlah kehilangan nyawa hanya dalam 30 hari selepas perang bermula. Jumlah korban di Gaza kini melebihi 10,000 di mana 4,800 adalah kanak-kanak. Dianggarkan bahawa kira-kira 2,660 individu dan 1,270 kanak-kanak masih hilang di bawah runtuhan bangunan.
Oleh yang demikian, SUHAKAM ingin menarik perhatian mengenai isu yang semakin mendesak dalam kalangan pelarian Palestin yang melarikan diri dari konflik dan mencari perlindungan di Malaysia. Terdapat komuniti pelarian Palestin termasuk kanak-kanak dan belia di Serdang, Kajang, Gombak, Ampang dan Lembah Klang yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan atau sedang menghadapi pelbagai kesukaran. Melihat kepada isu ini, satu pembangunan rangka kerja yang komprehensif dan kukuh amat diperlukan untuk menangani kemasukan pelarian, terutamanya mereka yang melarikan diri dari Palestin dan negara lain yang dilanda perang. Adalah penting bagi Malaysia untuk merumuskan satu strategi dan dasar yang mengambil kira aspek kemanusiaan, kepentingan negara, dan prinsip tiada penghantaran pulang paksa (non-refoulement principle) di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa.
Prinsip yang terpakai kepada semua pelarian dan pencari suaka ini menjamin bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal di mana mereka akan mengalami penindasan, penyeksaan, perlakuan kejam, tidak berperikemanusiaan atau merendahkan termasuk hukuman dan kemudaratan lain. Rangka kerja ini perlu mengutamakan hak berkaitan akses kesihatan, pendidikan, dan pekerjaan. Ini termasuk isu-isu rumit seperti status pelajar pelarian yang tamat pengajian di Malaysia. Sebagai contoh, dalam pendidikan tinggi, pelajar pelarian disyaratkan untuk kembali negara asal mereka sebelum beralih ke institusi pendidikan tinggi Malaysia yang lain. Syarat ini harus dihapuskan dan garis panduan yang lebih jelas perlu diwujudkan. Dengan erti kata lain, dasar baharu harus lebih mudah dah tidak menyulitkan serta menuju ke arah penambahbaikan yang lebih positif.
Adalah penting bagi Malaysia untuk menyemak semula dasar sedia ada dan merangka strategi yang mempertimbangkan pindaan undang-undang pekerjaan dan Akta Imigresen untuk membantu pelarian, membolehkan mereka menyumbang kepada masyarakat di samping menegakkan maruah dan hak mereka di bawah prinsip tiada penghantaran pulang paksa.
Ini adalah isu kemanusiaan yang harus ditangani bersama tanpa mengambil kira pendirian Malaysia mengenai Konvensyen Pelarian 1951. Sebagai sebuah negara dan warga dunia, adalah menjadi tanggungjawab kolektif untuk kita memastikan kesejahteraan mereka yang mencari perlindungan di negara ini.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
8 November 2023