KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) strongly condemns the Israeli government’s heavy handed and grossly disproportionate attack on Palestinian civilians. The complete blockade of Gaza depriving the people of Gaza access to basic and vital food and medical supplies is a most serious violation of international humanitarian laws.
The assault on civilians on both sides, continuous killing of Palestinian civilians and the continuing blockade of Gaza supposedly attacking Hamas is shocking and it is genocide. The loss of so many lives in the blast at the Al-Ahli Hospital is a direct result of Israeli assault on Gaza and this irresponsible war crime is totally unacceptable and absurd. We are saddened with the cavalier and shocking lack of condemnation and response on the death of so many Palestinians, exceeding 4,000 lives, from the United States (US) and generally the West, which is akin to a policy supporting genocide.
SUHAKAM notes in utter disbelief and disappointment that powerful nations such as US who have veto powers vested in them to protect the sanctity of human lives and maintain peace, had instead resorted to the use of such power to promote heinous genocide by vetoed a UN Security Council resolution that would have called for humanitarian pauses in delivering aid to millions in Gaza. The US failure to respond even with some semblance of civility to the death of so many civilians in Gaza indicates support of Israel instead of Palestinians and that their support for the annihilation of Palestinians and their right to statehood. The failure to address the root cause of the struggle of the Palestinians for 75 years, the gross violations of even basic rights and of the Palestinians by Israel and the international community is the root cause of the escalation of hostilities and great loss of civilian lives on both sides.
SUHAKAM echoes the statement by the Prime Minister advocating for the immediate cessation of bombardment and the establishment of a humanitarian corridor through the Rafah border crossing. We urge the Malaysian Government to galvanise support and highlight the blatant abuse and complete disregard of the rights of Palestinians at all international fora including the UN.
SUHAKAM stands for rule of law and the right of Palestinians to statehood. The massive strikes on civilian targets and suggesting “minimal civilian deaths” is shocking as it is a blatant violation of the international human rights laws and numerous United Nations (UN) Resolutions.
Our heartfelt condolences goes to the grieving families affected by this heart-wrenching tragedy and we joins all Malaysians in supporting the pledge and stands in solidarity with Palestinians.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
20 October 2023
————————
SUHAKAM Kutuk Serangan Israel, Gesa Tindakan Segera Tangani Krisis Kemanusiaan di Gaza
KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap orang awam Palestin. Sekatan penuh di Gaza yang menghalang akses kepada makanan dan bekalan perubatan adalah satu pelanggaran yang amat serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Serangan berterusan terhadap orang awam dari kedua-dua belah pihak, pembunuhan berterusan orang awam Palestin, dan sekatan Gaza yang berpanjangan, yang dipercayai menyasarkan Hamas, boleh dianggap sebagai satu bentuk pembunuhan beramai-ramai. Kehilangan begitu banyak nyawa dalam letupan di Hospital Al-Ahli yang berpunca daripada serangan Israel ke atas Gaza adalah jenayah perang yang amat tidak bertanggungjawab dan ini sama sekali tidak boleh diterima dan amat tidak munasabah. SUHAKAM amat kecewa dengan kurangnya kecaman dan tindak balas terhadap jumlah kematian rakyat Palestin yang melebihi 4,000 nyawa. Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat seolah-olah menyokong dasar yang menjurus kepada pembunuhan beramai-ramai.
SUHAKAM menzahirkan rasa tidak percaya dan kecewa terhadap negara-negara kuasa besar seperti AS, yang sepatutnya menggunakan kuasa veto yang diberikan untuk melindungi nyawa manusia dan mengekalkan keamanan, namun bertindak sebaliknya menggunakan kuasa tersebut untuk mengalakkan pembunuhan beramai-ramai yang kejam. AS menggunakan kuasa veto untuk menyekat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mendesak serangan di Semenanjung Gaza dihentikan, bagi membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke wilayah itu. Kegagalan AS untuk bertindak balas walaupun dengan sedikit rasa simpati terhadap jumlah kematian orang awam yang begitu banyak di Gaza menunjukkan sokongan kepada Israel dan bukannya Palestin, termasuk sokongan terhadap kemusnahan Palestin dan hak mereka untuk bernegara. Kegagalan dalam menangani punca kepayahan Palestin selama 75 tahun, pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia Palestin oleh Israel dan masyarakat antarabangsa adalah punca utama kepada peningkatan permusuhan dan kehilangan nyawa orang awam di kedua-dua belah pihak.
SUHAKAM menyokong kenyataan Perdana Menteri yang menggesa pengeboman dihentikan dan saranan penubuhan koridor kemanusiaan melalui sempadan Rafah. Kerajaan Malaysia perlu meransang sokongan dan mengetengahkan pencabulan dan pengabaian hak-hak rakyat Palestin di forum antarabangsa termasuk di PBB.
SUHAKAM berdiri teguh atas kedaulatan undang-undang dan pengiktirafan negara untuk rakyat Palestin. Serangan besar-besaran yang mensasarkan orang awam dengan “kematian yang minimum” adalah sesuatu yang dahsyat dan merupakan pencabulan terang-terangan terhadap undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan Resolusi PBB.
SUHAKAM ingin menyatakan penyatuan bersama rakyat Malaysia menyokong solidariti terhadap Palestin dan takziah diucapkan kepada keluarga yang berduka akibat tragedi ini.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
20 Oktober 2023