Press Statement No. 35-2023_SUHAKAM Condemns Escalating Violence and Urges Immediate Humanitarian Aid in Israel-Palestine Conflict

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (10 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned over the escalating violence and human rights violations occurring in the conflict between Israel and Palestine. SUHAKAM is deeply alarmed by reports of over 687 Palestinians, including women and children were killed, 900 dead in Israel and over 3,000 were injured in the attacks.

SUHAKAM condemns the violence that has led to the loss of life, invoking fear and despair among innocent civilians in the region. The acts of terror, the killings, destroying public infrastructure including health facilities inside Gaza, residential buildings and places of worship are serious violations of the laws and customs applicable in international armed conflict, within the established framework of international law. Civilians must always be respected and safeguarded, and their infrastructure must never be targeted. It is incumbent upon both parties in the conflict to respect international humanitarian law, including the principles of distinction, proportionality, and precaution in the military operations including the duty to minimize damages and injury.

Given the critical need for humanitarian aid to Palestinian civilians trapped in Gaza, SUHAKAM urges the international community to mobilize immediate humanitarian assistance and all relevant parties to allow the delivery of medical equipment, food, fuel, and other humanitarian supplies to those in need. SUHAKAM also urges restraint on all parties with hostages, emphasizing the potential humanitarian catastrophe that could resulted from the lack of access to water and food. In this light, SUHAKAM strongly urges the international community to look into and immediately tackle the root causes of this humanitarian tragedy that would lead towards a lasting peace. We will continue to support all efforts to ensure that Palestinians are able to live in peace within their own internationally recognized borders, in accordance with UN resolution recognizing the State of Palestine.

SUHAKAM vehemently stands for the protection and preservation of human dignity and rights for every individual, regardless of their race, religion, or nationality, even in times of conflict. Such acts of aggression represent a blatant violation of Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR), which upholds the inviolable rights of every individual to life, liberty, and security of person. The right to life, being the most fundamental of all human rights, remains non-derogable even in times of war and cannot be legitimately suppressed.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

10 October 2023

—————————-

SUHAKAM Mengutuk Keganasan dan Gesa Bantuan Kemanusiaan Konflik Israel-Palestin

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 OKTOBER 2023) -Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang akan peningkatan keganasan dan pelanggaran hak asasi manusia yang berlaku dalam konflik antara Israel dan Palestin. Laporan yang menyatakan lebih daripada 687 warga Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh, 900 kematian direkodkan di Israel dan lebih daripada 3,000 cedera dalam serangan tersebut juga amat membimbangkan.

SUHAKAM mengutuk keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa, ketakutan dan putus asa di kalangan orang awam yang tidak bersalah di wilayah tersebut. Tindakan keganasan, pembunuhan, pemusnahan infrastruktur awam termasuk kemudahan kesihatan di Gaza, bangunan kediaman dan tempat ibadat adalah pelanggaran undang-undang yang serius dalam konflik bersenjata antarabangsa, yang termaktub dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa. Orang awam perlu sentiasa dilindungi dan infrastruktur awam tidak sepatutnya menjadi sasaran. Kedua-dua pihak yang berkonflik bertanggungjawab untuk menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa termasuk prinsip perbezaan, keadilan dan langkah pencegahan dalam operasi ketenteraan termasuk tanggungjawab untuk meminimumkan kerosakan dan kecederaan.

Melihat kepada keperluan kritikal untuk bantuan kemanusiaan mangsa yang terperangkap di Gaza, SUHAKAM menggesa masyarakat antarabangsa untuk menggerakkan bantuan kemanusiaan dengan segera dan pihak yang berkaitan perlu membenarkan penghantaran peralatan perubatan, makanan, bahan api, dan bekalan kemanusiaan lain kepada mereka yang memerlukan. SUHAKAM juga mendesak pihak yang mempunyai tebusan untuk mengawal keadaan yang boleh mendatangkan kemudaratan akibat daripada kekurangan akses kepada air dan makanan. Dalam hal ini, SUHAKAM menyeru kepada masyarakat antarabangsa untuk segera meneliti dan menangani punca-punca konflik kemanusiaan ini ke arah mencapai keamanan yang berkekalan. Kami akan terus menyokong semua usaha untuk memastikan rakyat Palestin dapat hidup dengan aman dalam wilayah sempadan mereka yang diiktiraf antarabangsa, selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf negara Palestin.

SUHAKAM menegaskan kepentingan untuk melindungi dan memelihara maruah dan hak asasi manusia setiap individu, tanpa mengira bangsa, agama, atau kewarganegaraan meskipun dalam keadaan konflik. Tindakan pencerobohan ini merupakan pelanggaran terhadap Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat yang menjunjung penghormatan terhadap hak individu kepada kehidupan, kebebasan dan keselamatan diri. Hak untuk hidup adalah hak asasi manusia yang paling asas dan tidak boleh dicabuli, walaupun semasa berlakunya peperangan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Oktober 2023

Tags: No tags

Comments are closed.