Press Statement No.37-2023_SUHAKAM’s Call to Safeguard Children Safety with Child Restraint Systems

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (20 OCTOBER 2023) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is dismayed with the footage from a dashboard video showing a child fall unexpectedly fell out of the back door of a moving car in Kota Bharu. This incident may be attributed to the absence of safety features in the vehicle.

Emphasizing the use of Child Restraint System (CRS) could prevent such incidents and possibly reduce the number of road fatalities involving children. The incontestable fact that a child restraining system greatly reduced road fatalities involving children should be accepted and normalised irrespective of existing solvable hurdles.

In the recent Budget 2024, the Government has announced that a total of 100,000 helmets, including for children will be supplied and distributed to underprivileged families. This is one of the proactive measures taken by the Ministry of Transport towards reducing the rate of death rate and fatalities in motor vehicle accidents. SUHAKAM also commends the Government’s initiative providing a 50% subsidy for low-income families to acquire child safety seats as allocated in Budget 2022. Nevertheless, more needs to be done to increase the awareness on the importance of car seats for children.

The Children’s Commissioner urges the Ministry of Transport and relevant enforcement agencies to enforce the usage of child safety seats as this is a life-saving measure that cannot be compromised. Parents and drivers are urged to remove any foreseeable hazards and always ensure a safe environment for children.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

20 October 2023

——————-

SUHAKAM Seru Tingkat Perlindungan dengan Penggunaan Kerusi Keselamatan Kanak-kanak

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 OKTOBER 2023)   – Rakaman saat seorang kanak-kanak lelaki yang tercampak keluar daripada sebuah kenderaan yang sedang bergerak di Kota Bharu amat mengejutkan Pesuruhjaya Kanak-kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). Kejadian ini dikhuatiri berpunca daripada kurangnya ciri-ciri keselamatan semasa kanak-kanak berada di dalam kenderaan.

Insiden tersebut dapat dielakkan sekiranya penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak atau Child Restraint System (CRS) dititikberatkan di dalam kenderaan. Tidak dapat dinafikan penggunaan CRS ini dapat dapat mengurangkan jumlah kematian di jalanraya yang melibatkan kanak-kanak. Perkara ini sepatutnya dijadikan amalan namun tidak diendahkan tanpa mengira kemungkinan kemalangan yang akan berlaku.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 baru-baru ini, sebanyak 100 ribu topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan dibekal dan diagihkan secara percuma kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Ini merupakan salah satu langkah proaktif yang diambil oleh Kementerian Pengangkutan dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian dan impak kecederaan kanak-kanak dalam kemalangan kenderaan bermotor. SUHAKAM turut memuji usaha dalam Belanjawan 2022 yang menyediakan subsidi 50% untuk keluarga berpendapatan rendah mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak namun lebih banyak perlu dilakukan dalam usaha untuk meningkatkan kepentingan penggunaannya.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menggesa Kementerian Pengangkutan dan agensi penguatkuasaan yang berkaitan untuk segera menguatkuasakan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak. Ini adalah satu langkah untuk menyelamatkan nyawa dan ia tidak boleh dikompromi. Ibu bapa dan pemandu kenderaan diingatkan untuk sentiasa memastikan persekitaran yang selamat untuk kanak-kanak.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 Oktober 2023

Tags: No tags

Comments are closed.