PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (14 OCTOBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) warmly welcomes the government’s Budget 2024, themed ‘Reforming the Economy, Empowering the Rakyat’. SUHAKAM notes that the Budget 2024 places strong emphasis on various human rights aspects which include, among others, environment, education, health, laws and legal reforms, food security, jobs and community support and social security.
While aiming to strengthen the national economy, Budget 2024 also seek to empower a number of vulnerable groups by including allocations to bolster women’s participation in the labour force, strengthen protection system coverage involving senior citizens, enhance children’s access to education, and increase provision of special needs support equipment and facilities for persons with disabilities.
Nonetheless, SUHAKAM is concerned whether the budget can sufficiently address the continuing impact of COVID-19, rise of urban poor, shrinking of middle class and rising cost of living. In addition, SUHAKAM strongly recommends that the Government include adequate provision to facilitate comprehensive data collection, planning and implementation of programmes to effectively address issues relating to statelessness, preferably under the portfolio of a specific Government agency.
SUHAKAM also commends the Ministry of Finance’s initiative in organizing the ‘Jelajah Belanjawan 2024.’ The tour, which took place from 21 August to 22 September 2023, involved numerous states and included valuable engagement sessions with pivotal industry sectors, non-governmental organizations, and local communities. SUHAKAM hopes the engagement in budget planning will be an ongoing initiative in the years to come and we look forward to the potential of being actively involved in the process. This level of involvement in the national financial blueprint underpins the fight for social justice, empowering the civil economy, and places a significant emphasis on an inclusive growth strategy.
The national budget is the Government’s most significant economic policy document and central to the realization of human rights. It should reflect the government’s commitment to inclusive economic growth and social justice. SUHAKAM anticipates the budget is executed and provisioned amicably, in a way that respects, protects, and fulfills the enjoyment of human rights of all people, leaving no one behind.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
14 October 2023
———————–
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (14 OKTOBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyambut baik pembentangan Belanjawan 2024 yang bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasakan Rakyat’. SUHAKAM maklum bahawa Belanjawan 2024 memberi penekanan kepada pelbagai aspek hak asasi manusia termasuk alam sekitar, pendidikan, kesihatan, undang-undang dan pembaharuan undang-undang, jaminan makanan, pekerjaan dan sokongan komuniti, dan keselamatan sosial.
Selain mensasarkan untuk mengukuhkan ekonomi negara, Belanjawan 2024 juga turut memperuntukkan bajet untuk memperkasakan kumpulan rentan antaranya meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita, mengukuhkan sistem perlindungan yang melibatkan warga emas, meningkatkan akses kanak-kanak kepada pendidikan dan penyediaan peralatan dan kemudahan sokongan dan keperluan khas untuk orang kurang upaya.
Walau bagaimanapun, dikhuatiri sama ada bajet ini memadai untuk menangani kesan berterusan COVID-19, peningkatan golongan miskin bandar, ketidakseimbangan golongan pertengahan dan peningkatan kos sara hidup. Di samping itu, SUHAKAM mengesyorkan agar Kerajaan memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk memudah cara pengumpulan data, merancang dan melaksanakan program yang komprehensif untuk menangani isu-isu berkaitan tanpa kewarganegaraan dengan lebih efektif, sebaik-baiknya portfolio ini dikendalikan oleh agensi Kerajaan yang khusus.
SUHAKAM turut memuji inisiatif Kementerian Kewangan menganjurkan ‘Jelajah Belanjawan 2024’ yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 22 September 2023 di seluruh negara. Jelajah Belanjawan ini meliputi sesi libat urus dengan sektor industri penting, pertubuhan bukan kerajaan dan komuniti setempat. Adalah diharapkan agar inisiatif ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang dan SUHAKAM dapat turut serta menyumbang dalam proses tersebut. Penglibatan dalam pelan tindakan kewangan negara ini dapat menyokong perjuangan ke arah keadilan sosial, memperkasa ekonomi sivil, dan penumpuan kepada strategi pertumbuhan negara yang lebih inklusif.
Belanjawan negara adalah dokumen dasar ekonomi kerajaan yang penting dan teras dalam merealisasikan hak asasi manusia. Ia harus mencerminkan komitmen kerajaan terhadap pertumbuhan ekonomi yang inklusif serta membawa kepada keadilan sosial. SUHAKAM berharap Belanjawan 2024 dapat dilaksanakan dengan baik dan peruntukan ini diurus tadbir demi menghormati, melindungi, dan memenuhi hak asasi manusia untuk semua tanpa ada sesiapa yang ketinggalan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
14 Oktober 2023