PS

Press Statement No. 6-2021 (OCC)_Recent Viral Video of a Child Seen Smoking E-cigarette or Vape

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (8 MAY 2021) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is concerned with the recent viral video of a child seen smoking e-cigarette or vape, believed provided by his own father. The Children’s Commissioner is, however, thankful that the police responded quickly to the reports received and had proceeded to arrest the suspect.

It is a known fact that smoking vape exposes individuals to nicotine, as well as the other heavy metals, formaldehyde, and chemical by-products of the heating process, which is detrimental to one’s health. Nicotine liquid if spilled and absorbed through the skin, can lead to poisoning within a matter of minutes. Nicotine is regarded as poisonous substance under the Poisons Act 1952 (Act 366). Parents who vape should be made aware, that exposure to, even small amounts of the liquid nicotine used to refill e-cigarettes, has the capacity to kill a child.

The Children’s Commissioner stresses that the act of vaping or giving a child vape to smoke is an offence under Act 366. Encouraging or supplying a minor the vape, is also in violation of Section 17 of the Act 366 or interpreted as a form of abuse where the father may be sentenced under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001 (Act 364).

The Children’s Commissioner urges the Government to ban or prohibit smoking of vape as it is dangerous to the smoker, as well as people, more so children, in the same space. Police must take action towards any person who deliberately provide these to children. Any child at risk must be rescued by the Department of Social Welfare, to be fostered or cared for, until the parents have been rehabilitated.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Children’s Commissioner
8 May 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (8 MEI 2021) – Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal bimbang dengan satu video viral seorang kanak-kanak yang diberikan menghisap rokok elektronik atau vape, dipercayai diberikan oleh bapanya sendiri. Pesuruhjaya Kanak-kanak, walaubagaimanapun, berterima kasih kerana pihak polis telah bertindak pantas ke atas laporan yang diterima berhubung isu tersebut dan telah menahan suspek.

Umum mengetahui fakta bahawa menghisap vape mendedahkan individu tersebut kepada nikotin, serta logam berat yang lain, formaldehid (atau formalin), dan produk sampingan kimia yang disebabkan oleh proses pemanasan, yang memudaratkan kesihatan seseorang. Cecair nikotin jika tertumpah dan diserap melalui kulit, boleh menyebabkan keracunan dalam beberapa minit. Nikotin dianggap sebagai bahan beracun di bawah Akta Racun 1952 (Akta 366). Ibu bapa yang menghisap vape hendaklah diberi kesedaran bahawa mendedahkan anak kepada vape, walaupun cuma sejumlah kecil nikotin cecair yang digunakan untuk mengisi semula rokok elektronik, boleh menyebabkan kematian anak.

Pesuruhjaya Kanak-kanak menegaskan bahawa perbuatan menghisap vape atau memberi kanak-kanak menghisap vape adalah satu kesalahan di bawah Akta 366. Menggalakkan atau membekalkan kanak-kanak dengan vape, adalah satu pencabulan kepada Seksyen 17 Akta 366, atau boleh juga dianggap sebagai satu bentuk penderaan di mana si bapa boleh dihukum di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 364).

Pesuruhjaya Kanak-kanak menggesa Kerajaan untuk mengharamkan atau melarang menghisap vape kerana ia berbahaya kepada perokok, serta orang ramai, apatah lagi kepada kanak-kanak, yang berada dalam ruang yang sama. Pihak polis mesti mengambil tindakan ke atas sesiapa yang secara sengaja memberikan vape kepada kanak-kanak. Mana-mana kanak-kanak yang berisiko terdedah kepada vape sebegini mesti diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, untuk dipelihara atau dijaga, sehingga ibu bapa mereka menjalani pemulihan.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
8 Mei 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my



PS

Press Statement No. 5-2021 (OCC)_Take Action Against Teachers Using Foul Languages and Sexual Undertones

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (4 MAY 2021)   –   Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with recent reports of poor conduct of some teachers, tinting the image of this noble profession.  These included teachers’ sexually harassing a student activist on social media by using foul language and body shaming her, and the toxic culture of teachers covering up for one another when a complaint arises. A few weeks earlier, the occurrence of “period spot checks” came to light, causing parents and public, alike, much distress and disbelief.

Teachers play an important role in realizing vision of the Education Act 1996 that aims to “develop the potential of individuals in a holistic and integrated manner so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, based on a firm belief in and devotion to God”.

The Commissioner urges the Minister of Education to take action against teachers who sexually harass female students using foul languages and sexual undertones. Action also be taken against teachers who harass students who are brave enough to stand up for their rights. Teachers are role models and must realise that their actions, or non-actions, would impact upon the lives of their students for many years. Teachers must respect children’s rights and treat them with dignity, at all times.

The Children’s Commissioner reminds and insists that schools must be made safe places for children, and more measures should be instituted so that children will enjoy their time learning, gaining useful and wholesome education that will last their lifetime. The Children Commissioner reiterates that the function of schools, the training of teachers and the education system should be reviewed so that vision of the Education Act, as well the principles of the CRC will be achieved.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Children Commissioner

4 May 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (4 MEI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan laporan terbaru berhubung tingkah laku buruk sesetengah guru, yang mencemarkan imej profesion yang mulia ini. Tingkah laku tersebut termasuklah guru memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial dengan menggunakan bahasa yang kotor dan mengejek tubuh pelajar, dan budaya toksik dalam kalangan guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru. Beberapa minggu sebelum ini, kewujudan insiden “pemeriksaan haid” yang telah didedahkan, menyebabkan para ibu bapa dan masyarakat umum, tertekan dan seakan tidak percaya.

Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang telah menganiaya pelajar perempuan secara seksual menggunakan bahasa yang tidak senonoh dan berbaur lucah. Tindakan juga mesti diambil terhadap guru-guru yang mengganggu aktivitis pelajar tersebut yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak. Guru adalah teladan dan mesti menyedari bahawa tindakan mereka atau tiada tindakan oleh mereka akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar mereka selama bertahun-tahun. Guru mesti menghormati hak kanak-kanak dan melayan mereka dengan bermaruah, setiap masa.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan dan menegaskan bahawa sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka. Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengulangi bahawa fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan hendaklah dikaji semula sehingga visi Akta Pendidikan, dan juga prinsip CRC dapat dicapai.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

4 Mei 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 4-2021 (OCC)_Period Spot Checks Issue in Public Schools

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is alarmed by the recent reports on the occurrence of “period spot checks” in public schools.

These acts were purportedly carried out as a form of disciplinary punishment, however, are clearly an invasion of a child’s rights and against the law, with elements of sexual harassment or abuse.  Pursuant to Article 28 of Convention on the Rights of the Child (CRC), which was ratified by Malaysia in 1995, a state party is obliged to ensure that schools implement discipline in accordance with the rights and dignity of children. Under the same Convention, Article 16, 19 and 36 respectively state that the child has a right to privacy; protection from abuse, violence, and neglect; and protection from other forms of exploitation that includes sexual exploitation and harassment.

The Children’s Commissioner reminds the Ministry of Education of its responsibility to protect all Children/students from any form of sexual harassment and exploitation, as stated under Article 34 of the CRC. The Ministry is urged to take stern action upon teachers and schools’ authorities who have violated children’s rights and dignity. Teachers who have committed such acts should be charged under Child Act 2001 or Sexual Offences against Children Act 2017. A clearer disciplinary guideline must be developed to ensure such acts are not repeated. All teachers should be constantly reminded of their duty as an educator, and they must not demean and harass the students during the learning and teaching process.

It is vital for Malaysia to innovate in creating and ensuring a safer environment for our future generations. The Children’ Commissioner appeal to all ministries and stakeholders, including parents and teachers to come together to ensure all schools and boarding schools alike, are safe places for children at all times.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

23 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (23 APRIL 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan kebimbangan dengan laporan baru-baru ini mengenai berlakunya period spot checks di sekolah-sekolah awam di Malaysia.

Perbuatan ini dianggap sebagai satu bentuk hukuman disiplin, walau bagaimanapun, ia jelas merupakan pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang kerana wujudnya unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual. Selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, negara pihak adalah wajib untuk memastikan sekolah- sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak. Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi; perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan, dan pengabaian; dan perlindungan dari segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tanggung jawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC. Kementerian diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini. Guru yang telah melakukan perbuatan tersebut hendaklah didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan tindakan guru salah guna kuasa tidak berulang. Semua guru seringkali diingatkan akan tugas mereka sebagai pendidik, dan mereka tidak boleh memberi layanan buruk dan mengganggu pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.

Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita. Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru semua Kementerian dan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan semua sekolah dan sekolah berasrama penuh seumpamanya, menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

23 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue / Kenyataan Media SUHAKAM: Isu Pajakan Tanah SMK Convent Bukit Nanas (CBN)

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) shares the concerns expressed by various organisations and individuals, in relation to the non-renewal of Convent Bukit Nanas (CBN) land lease and possible need to be relocated.

SUHAKAM is of the view that the operations of the school should remain as status quo and the land lease should be renewed. As one of the country’s high-achieving schools, CBN should be allowed to continue with its educational work as they have done for more than a century. The right to education comes in many forms not only for the students but, also relates to the right to livelihood, as well as method of training for the education providers. As long as, it is in compliance with educational and other legal requirements, no institution should be dictated on how it may conduct its operations.

SUHAKAM urges the authorities, including the National Heritage Department, to preserve CBN and to continue protecting its character and heritage as a historical learning institution that is iconic and have played formative roles in educating Malaysians for 122 years.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

_________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut menzahirkan kebimbangan yang sama dengan pelbagai organisasi dan individu berhubung isu untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) dan berkemungkinan untuk dipindahkan.

SUHAKAM berpandangan bahawa operasi sekolah tersebut perlu dikekalkan sebagai status quo dan pajakan tanah sekolah itu perlu diperbaharui. Sebagai salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi, CBN perlu dibenarkan untuk meneruskan khidmat pendidikannya sebagaimana yang telah dipraktikkannya selama lebih satu abad. Hak kepada pendidikan datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya kepada pelajar namun ia juga berkaitan dengan kelangsungan hidup dan juga kaedah latihan oleh warga pendidik sekolah itu. Selagi mana ia mematuhi keperluan pendidikan dan undang-undang, tiada institusi boleh ditentukan tentang bagaimana ia harus menjalankan operasi mereka.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa, termasuk Jabatan Warisan Negara untuk memelihara CBN dan terus melindungi keistimewaan dan warisan sekolah ini sebagai institusi pendidikan bersejarah yang ikonik dan telah memainkan peranannya dalam mendidik rakyat Malaysia selama 122 tahun.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

PS

Press Statement No. 18-2021_Convent Bukit Nanas (CBN) Land Lease Issue

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) shares the concerns expressed by various organisations and individuals, in relation to the non-renewal of Convent Bukit Nanas (CBN) land lease and possible need to be relocated.

SUHAKAM is of the view that the operations of the school should remain as status quo and the land lease should be renewed. As one of the country’s high-achieving schools, CBN should be allowed to continue with its educational work as they have done for more than a century. The right to education comes in many forms not only for the students but, also relates to the right to livelihood, as well as method of training for the education providers. As long as, it is in compliance with educational and other legal requirements, no institution should be dictated on how it may conduct its operations.

SUHAKAM urges the authorities, including the National Heritage Department, to preserve CBN and to continue protecting its character and heritage as a historical learning institution that is iconic and have played formative roles in educating Malaysians for 122 years.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (22 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) turut menzahirkan kebimbangan yang sama dengan pelbagai organisasi dan individu berhubung isu untuk tidak melanjutkan pajakan tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas (CBN) dan berkemungkinan untuk dipindahkan.

SUHAKAM berpandangan bahawa operasi sekolah tersebut perlu dikekalkan sebagai status quo dan pajakan tanah sekolah itu perlu diperbaharui. Sebagai salah sebuah sekolah yang berprestasi tinggi, CBN perlu dibenarkan untuk meneruskan khidmat pendidikannya sebagaimana yang telah dipraktikkannya selama lebih satu abad. Hak kepada pendidikan datang dalam pelbagai bentuk bukan hanya kepada pelajar namun ia juga berkaitan dengan kelangsungan hidup dan juga kaedah latihan oleh warga pendidik sekolah itu. Selagi mana ia mematuhi keperluan pendidikan dan undang-undang, tiada institusi boleh ditentukan tentang bagaimana ia harus menjalankan operasi mereka.

SUHAKAM menggesa pihak berkuasa, termasuk Jabatan Warisan Negara untuk memelihara CBN dan terus melindungi keistimewaan dan warisan sekolah ini sebagai institusi pendidikan bersejarah yang ikonik dan telah memainkan peranannya dalam mendidik rakyat Malaysia selama 122 tahun.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

22 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 17-2021_“Every Person has the Right to Profess and Practise His Religion”

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled by recent media reports that an employer had allegedly assaulted, tortured as well as having threatened two workers with a weapon, for fasting at the start of Ramadhan this week. Such actions do not motivate workers to work harder, nor does it promote a healthy working environment, instead, reinforces the negative perception about Malaysian employers and companies in terms of the lack of protection and respect for their workers’ rights. SUHAKAM calls for the authorities to conduct a thorough investigation and that the perpetrators ought to be prosecuted for the alleged assault, battery and any other breaches of the law.

In line with Article 11 of the Federal Constitution which states “Every person has the right to profess and practise his religion”, SUHAKAM wishes to highlight the importance of respecting everyone’s freedom to manifest his or her religion or belief in worship, observance, practice and teaching, and that no one deserves to be subjected to any form of assault, insult, or humiliation for doing so.

In this regard, employers should strive to respect and protect freedom of religion or belief, including workers’ rights to profess, practice and propagate their religious beliefs even at the workplace. SUHAKAM strongly urges employers of every sector or industry, to ensure that appropriate measures are put in place to prevent and eliminate all forms of religious intolerance, inequality and discrimination. SUHAKAM wishes to emphasise the need to foster a culture of respect, tolerance, equality and non-discrimination in society and stresses that all quarters have a role in creating an environment that respects and embraces racial and religious diversity.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 APRIL 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan rasa kecewanya dengan laporan media berhubung isu majikan yang didakwa memukul, mendera dan mengancam dua orang pekerjanya dengan senjata kerana mereka berpuasa pada bulan Ramadan yang bermula pada awal minggu ini. Tindakan sebegini sudah tentu tidak memberikan motivasi kepada pekerja untuk bekerja lebih kuat atau mempromosikan persekitaran pekerjaan yang sihat sebaliknya ia meningkatkan lagi persepsi negatif terhadap majikan dan syarikat di Malaysia yang tidak melindungi dan menghormati hak pekerja. SUHAKAM menggesa agar pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci supaya pesalah didakwa atas tuduhan menyerang, memukul dan kesalahan undang-undang yang lain.

Selaras dengan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “Setiap orang mempunyai hak untuk menganuti dan mengamalkan agamanya”, SUHAKAM ingin menjelaskan akan kepentingan untuk menghormati kebebasan setiap orang untuk menjalankan tuntutan atau kepercayaan melalui anutan, amalan serta ajaran agama mereka dan tiada sesiapa yang boleh dipukul, dihina atau diaibkan kerana melaksanakannya.

Dalam hal ini, majikan perlu menghormati kebebasan agama atau kepercayaan, termasuk hak pekerja untuk mengakui, untuk menzahirkan kepercayaan dalam bersembahyang, perayaan, amalan dan ajaran agama mereka walaupun di tempat kerja. SUHAKAM dengan tegas menggesa setiap sektor atau industri untuk memastikan agar langkah-langkah sewajarnya diambil bagi menghalang dan menghapuskan segala bentuk sikap tidak bertoleransi terhadap agama, ketidaksamaan dan diskriminasi. SUHAKAM ingin menekankan akan keperluan untuk kita menyemai budaya hormat menghormati, bertolak ansur, kesaksamaan dan tidak mendiskriminasi dalam masyarakat dan setiap lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk mewujudkan persekitaran yang saling menghormati dan meraikan kepelbagaian agama.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 April 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 16-2021_SUHAKAM is Concerned by IGP’s Statement on Corruption & Abuse of Power among Police Officers

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (30 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned by the Inspector General of Police’s (IGP) recent statement alleging serious corruption and abuse of power among police officers, including the existence of a cartel in the PDRM intending to dominate the force for their own benefit. Dishonest practices, lack of professional ethics and non-compliance with the law, will inadvertently have a negative impact upon the fundamental liberties of the Malaysian people at large.

Whilst SUHAKAM commends the courage of the IGP in disclosing the said misconduct, this is a serious issue deserving immediate investigation to ascertain if there is truth behind the allegation. If found to be valid, firm action must be taken to end such practices within the police force. SUHAKAM reiterates its position that an effective review process by an independent oversight mechanism, and/or a Royal Commission of Inquiry (RCI), that is transparent and free from political interference in all forms, is crucial in the fight against corruption and abuse of power in the police force.

In this regard, SUHAKAM urges the Government to enact the Independent Police Conduct Commission (IPCC) Bill, which ideally, would have incorporated the substantive points of the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) Bill 2019 and the recommendations from the 2005 Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police. The presence of such an independent body should go a long way to imbue a sense of responsibility and accountability amongst the police personnel, provide safeguards against police misconduct and abuse of power, and restore the peoples’ faith and respect for the conduct of the enforcement agency. SUHAKAM expresses its hope, that there will be no further delays in the establishment of the IPCC.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

30 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (30 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) baru-baru ini yang mendakwa wujudnya rasuah dan salah guna kuasa yang serius dalam kalangan pegawai polis, termasuk kewujudan kartel di dalam PDRM yang berniat untuk menguasai pasukan polis atas kepentingan peribadi. Amalan tidak amanah, tidak beretika dan tidak mematuhi undang-undang akan membawa kesan negatif terhadap kebebasan asasi masyarakat Malaysia secara amnya.

SUHAKAM memuji keberanian KPN mendedahkan salah laku serius tersebut yang memerlukan penyiasatan segera bagi memastikan sama ada wujud kebenaran di sebalik dakwaan ini. Sekiranya ia benar, tindakan yang tegas perlu diambil bagi menghentikan amalan sebegini dalam kalangan pasukan polis. SUHAKAM menekankan pendiriannya bahawa proses semakan oleh mekanisma pengawasan bebas dan/atau Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang telus dan bebas daripada penglibatan politik dalam apa jua bentuk amat penting bagi memerangi isu rasuah dan salah guna kuasa dalam pasukan polis.

Dalam hal ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menggubal Rang Undang-undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang merangkumi intipati RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 serta syor-syor Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) 2005. Penubuhan badan bebas ini akan terus meningkatkan rasa kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dalam kalangan polis, menyediakan perlindungan daripada salah laku dan salah guna kuasa serta mengembalikan keyakinan dan penghormatan rakyat kepada agensi penguatkuasaan. SUHAKAM ingin menyatakan harapan agar penubuhan IPCC ini tidak lagi ditangguhkan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

30 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 15-2021_SUHAKAM is Alarmed at the News of Violence by Myanmar’s Military

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (23 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is alarmed at the news of intensifying violence by Myanmar’s military against peaceful protestors. Since Myanmar’s military took control of the country in a coup in February, it has declared a one-year state of emergency with an increasing number of people including political leaders, senior government officials, journalists, political activists and a number of civil society members, being detained.

Special Rapporteur on the situation of human rights in Myanmar, Thomas H. Andrews, in his report, stated that there exist dozens of videos and images showing the Myanmar military using excessive force, including brutal beatings of unarmed individuals, unlawful use of less-lethal weapons such as slingshots, rubber bullets and water cannons. SUHAKAM condemns the act of violence against peaceful protestors, including vulnerable groups such as women, youth and children.

SUHAKAM reiterates the importance of ensuring the rights to freedom of opinion and expression, peaceful assembly and association of the people must be fully respected and upheld. The attempt to delegitimise democratic governance through military force, in any means, must stop. All parties in Myanmar must be involved to resolve any electoral discrepancies through legal mechanisms and inclusive dialogues. The Myanmar military and those wielding power are obligated to prioritize the restoration of peace and stability for all in Myanmar. SUHAKAM urges Myanmar’s military to take definitive action to reinforce security, re-establish safe parameters and commit to avoiding harm and preserving life.

SUHAKAM urges all relevant parties in Myanmar to increase  engagement efforts in the interest of upholding the principles of the ASEAN Charter, notably the principle of democracy, adherence to the rule of law, good governance, the protection of human rights and respect for fundamental freedoms. As a National Human Rights Institution (NHRI) and current Chair of the Southeast Asia NHRI Forum (SEANF), SUHAKAM will continue to advocate for peace, to work in partnership with SEANF Members as a regional mechanism to promote, protect and fulfil human rights of the peoples in the Southeast Asia region.

-TAMAT-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)23 March 2021

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (23 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap berita mengenai keganasan yang semakin meningkat oleh tentera Myanmar terhadap penunjuk perasaan secara aman. Sejak tentera Myanmar menguasai negara itu melalui rampasan kuasa pada bulan Februari, darurat selama setahun telah diisytiharkan dan terdapat peningkatan jumlah orang yang telah ditahan termasuklah pemimpin politik, pegawai kanan kerajaan, wartawan, aktivis politik dan beberapa anggota masyarakat sivil.

Pelapor Khas mengenai situasi hak asasi manusia di Myanmar, Thomas H.Andrews, dalam laporannya menyatakan bahawa terdapat banyak video dan imej yang menunjukkan tentera Myanmar menggunakan kekerasan secara berlebihan, termasuk memukul individu yang tidak bersenjata, penggunaan senjata berbahaya secara haram seperti lastik, peluru getah dan meriam air. SUHAKAM mengecam tindakan keganasan terhadap penunjuk perasaan secara aman, termasuk golongan rentan seperti wanita, belia dan kanak-kanak.

SUHAKAM ingin mengulangi akan kepentingan untuk memastikan hak kepada kebebasan berpendapat dan bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan harus dihormati dan didukung sepenuhnya. Usaha untuk menggulingkan kerajaan yang demokratik melalui kuasa tentera dalam apa cara sekalipun, harus dihentikan. Semua pihak di Myanmar perlu bekerjasama dalam menyelesaikan sebarang percanggahan pilihan raya melalui mekanisme undang-undang dan dialog secara inklusif. Tentera Myanmar dan pihak yang berkuasa adalah bertanggungjawab untuk memberikan keutamaan kepada mengembalikan keamanan dan kestabilan untuk semua di Myanmar. SUHAKAM menggesa tentera Myanmar untuk mengukuhkan keselamatan, mewujudkan kembali parameter yang selamat dan komited dalam mengelakkan kemudaratan dan melindungi nyawa.

SUHAKAM menggesa semua pihak yang terlibat di Myanmar untuk meningkatkan usaha demi menegakkan prinsip Piagam ASEAN, terutamanya prinsip demokrasi, pematuhan terhadap kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, perlindungan hak asasi manusia dan menghormati kebebasan asas. Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI) dan Pengerusi semasa Forum NHRI Asia Tenggara (SEANF), SUHAKAM akan terus menyokong keamanan dan akan bekerjasama dengan Anggota SEANF sebagai mekanisme serantau untuk mempromosi, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia untuk penduduk di rantau Asia Tenggara.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)23 Mac 2021

PS

Press Statement No. 14-2021_International Day for the Elimination of Racial Discrimination

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (21 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commemorates the International Day for the Elimination of Racial Discrimination observed annually on 21 March. This year’s theme is “Youth Standing Up against Racism”, recognising the increasing role of youth in society and in charting the future of the nation.

The use of online technologies has grown exponentially following the COVID-19 pandemic and practice of new norms, as a main mode of communication and dissemination of information amongst all levels of community. Unfortunately, social media was misused, by some quarters, for public shaming and blaming with verbal attacks, racist and xenophobic statements published targeting particular ethnicities and nationalities. Majority of social media users are youths, and without proper guidance, will risk exacerbating racist and intolerant attitudes.

SUHAKAM urges the Government to step up its efforts to implement policies and measures to counter hate speech and intolerance, and to provide open platforms for youths and various groups in society to discuss and address the issue of racial discrimination in Malaysia. This could be in the form of intercultural dialogues with a view to promoting mutual tolerance and respect for human dignity in a multi-ethnic and multicultural Malaysia.

SUHAKAM emphasizes the importance of fostering a culture of tolerance, equality and non-discrimination among youths, where the potential lies to develop a just, peaceful and sustainable society in the future. SUHAKAM reiterates its call to the Government to accede to the ICERD as it will serve as a catalyst for more concerted effort to promote and protect human rights for all regardless of race, colour, descent, nationality or ethnic origin.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (21 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman yang disambut pada tanggal 21 Mac setiap tahun. Tema pada tahun ini “Belia Berdiri Teguh Menentang Perkauman” mengiktiraf peranan belia yang semakin meningkat dalam masyarakat dan dalam menentukan masa depan negara.

Penggunaan teknologi dalam talian meningkat dengan ketara berikutan pandemik COVID-19 dan amalan norma baharu dan ia menjadi medium komunikasi dan penyampaian maklumat utama segenap lapisan masyarakat. Malangnya, media sosial telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak untuk mengaibkan dan menyalahkan orang lain secara umum dengan serangan secara lisan, perkauman dan kenyataan xenofobia terhadap etnik-etnik dan kewarganegaraan tertentu. Majoriti daripada pengguna media sosial merupakan golongan belia dan tanpa bimbingan yang sewajarnya, ia akan memberi risiko memburukkan lagi perkauman dan sikap tidak bertolak ansur.

SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk meningkatkan usaha dalam melaksanakan dasar dan langkah-langkah bagi menangani ucapan berunsur kebencian di Malaysia serta menyediakan platform terbuka untuk belia dan pelbagai lapisan masyarakat untuk berbincang dan menangani isu diskriminasi di Malaysia. Ini boleh dilakukan dalam bentuk dialog antara budaya dengan tujuan untuk mempromosi sikap bertolak ansur dan hormat menghormati bersama dalam masyarakat yang berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

SUHAKAM ingin menekankan akan kepentingan untuk memupuk budaya bertolak ansur, kesaksamaan dan tiada diskriminasi dalam kalangan belia kerana mereka yang akan membina masyarakat yang adil, aman damai dan lestari pada masa hadapan. SUHAKAM mengulangi seruan agar Kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Tentang Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana ia dapat menjadi pemangkin kepada usaha yang lebih bersepadu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira ras, warna kulit, keturunan, kewarganegaraan atau asal keturunan etnik.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 13-2021_Government’s Announcement on the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 [PU (A) 110]

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (16 MARCH 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the Government’s recent announcement that the Emergency (Essential Powers) (No. 2) Ordinance 2021 [PU (A) 110] will be used during the emergency period to deal with misinformation and individuals who create, publish, or circulate fake news on COVID-19 or on the emergency proclamation. SUHAKAM also notes the subsequent statement that the Government would make a differentiation between criticism of the Government and fake news, and take action against the latter.

SUHAKAM is of the view that the imposition of heavy penalties including a fine of up to RM100,000 or imprisonment of up to three years, or both, under the Ordinance may create a chilling effect on the freedom of opinion, expression and speech as enshrined in Article 10(1)(a) of the Federal Constitution, and internationally recognised human rights standards and principles. SUHAKAM hopes that this Ordinance is not an attempt to revive the Anti-Fake News Act 2018 which was repealed in December 2019.

SUHAKAM reminds the Government of its obligation to protect the right to freedom of expression, including the right to seek, receive, and impart information of all kinds. Restrictions on freedom of speech should only be imposed when absolutely necessary, if it is provided by law and is proportionate to achieve a legitimate aim, including the protection of national security, public order, public health or morals, or the rights of others.

In the interest of overcoming inaccurate or false narratives related to COVID-19 vaccines, SUHAKAM calls on the Government to step up its information and awareness raising campaigns. Government should review its decision on the enforcement of the Ordinance, and instead, utilise numerous existing laws which had undergone the necessary Parliamentary legislative process, to address various forms of hate speech and/or unlawful content.

SUHAKAM urges the Government to reconvene Parliament as soon as possible, as stipulated by Article 150(3) of the Federal Constitution, so that laws can be debated before they are passed. It is a check and balance mechanism to ensure that laws passed will not infringe on our fundamental freedoms.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 March 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 MAC 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan dengan pengumuman Kerajaan baru-baru ini bahawa Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 [PU (A) 110] akan digunapakai dalam tempoh darurat untuk mengekang berita tidak benar dan tindakan terhadap individu yang mengadakan, menerbit dan menyebarkan berita tidak benar mengenai COVID-19 atau proklamasi darurat. SUHAKAM juga mengambil maklum kenyataan lanjut Kerajaan bahawa ia akan membezakan antara kritikan kepada Kerajaan dan penyebaran berita palsu sebelum mengambil tindakan.

SUHAKAM berpandangan bahawa pengenaan denda yang tinggi termasuk pengenaan denda sehingga RM100,000, atau penjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali di bawah  Ordinan ini akan menyekat kebebasan memberikan pandangan, bersuara, dan bercakap seperti yang termaktub di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan prinsip serta piawaian hak asasi manusia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. SUHAKAM berharap agar Ordinan ini bukan cubaan untuk mengembalikan Akta Anti-Berita Tidak Benar 2018 yang telah dimansuhkan pada Disember 2019.

SUHAKAM ingin mengingatkan Kerajaan tentang kewajipan untuk melindungi hak kebebasan bersuara, termasuk hak untuk mencari, menerima dan menyampaikan maklumat. Sekatan terhadap kebebasan bersuara hanya boleh dikenakan apabila perlu dan tertakluk kepada undang-undang dan bersekadar bagi memenuhi tujuan yang munasabah, termasuk untuk melindungi keselamatan negara, ketenteraman awam, kesihatan awam atau moral, atau hak individu lain.

Demi kepentingan untuk menangani maklumat yang tidak tepat atau salah mengenai vaksin COVID-19, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk meningkatkan lagi maklumat serta kempen kesedaran. Kerajaan perlu meneliti semula keputusan untuk menguatkuasakan Ordinan ini dan menggunapakai undang-undang sedia ada yang telah melalui proses perundangan di Parlimen bagi menangani pelbagai bentuk ucapan kebencian dan/atau berita tidak benar.

SUHAKAM turut menggesa Kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen dengan kadar segera seperti yang termaktub di bawah Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan agar undang-undang boleh dibahaskan sebelum ia diluluskan. Ini merupakan mekanisma semak imbang bagi memastikan undang-undang yang diluluskan tidak melanggar hak asasi semua.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

16 Mac 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my