Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (20 JUNE 2021) – The World Refugee Day is commemorated on June 20 annually, to remind and honour the strength and courage of people who have been forced to flee their home country to escape conflict or persecution. The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) supports this year’s theme “Together we heal, learn and shine”, reminding us that the world cannot overcome COVID-19 if it overlooks refugees, or anyone for that matter, as no one is safe until everyone is safe.
According to the data from the United Nations High Commission for Refugees (UNHCR) in Malaysia, as of May 2021, there were 179,570 registered refugees and asylum-seekers, of whom 45,980 of them are children below the age of 18. Their vulnerabilities remain, as their access to basic needs such as education, healthcare, and social protection are still not a given, even for UNHCR card holders. SUHAKAM recognizes the need for cooperation between UNHCR in Malaysia, Government agencies and civil society organisations whose combined efforts would allow for refugees to receive the care they need and protection they seek.
In managing the COVID-19 pandemic, SUHAKAM hopes that the Government will uphold the principles of leaving no one behind, by ensuring refugees are included in the national vaccination programme and provided safe spaces to receive it. SUHAKAM urges the Government to adopt comprehensive, inclusive, non-discriminatory, and long-term refugee protection policies in the country; while maintaining its international leadership, in terms of deepening cooperation with regional and international communities including ASEAN, the United Nation’s agencies and its special procedures, and the OIC, among others, to identify lasting solutions to the longstanding refugee issues in Southeast Asia.
Whilst vowing to continue its efforts to advocate for the accession of the 1951 Convention Relating to the Status of Refugees and its Optional Protocol of 1967, SUHAKAM appeals to Malaysians to understand the unfortunate circumstances faced by refugees, who are forced to flee from their home country to our shores, seeking a temporary place for their safety and survival. Malaysians, as a whole, should undertake to ensure the refugee community in the country will be treated with dignity and have their basic needs met, ultimately leading to a more humane, just, inclusive, and equal society.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
20 June 2021
_________________
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (20 JUN 2021) – Hari Pelarian Sedunia diraikan pada 20 Jun setiap tahun sebagai memperingati dan memberikan penghormatan kepada kekuatan dan keberanian mereka yang telah terpaksa meninggalkan negara asal mereka untuk menyelamatkan diri daripada konflik atau penganiayaan. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersama-sama mendukung tema tahun ini “Together we heal, learn and shine”, yang mengingatkan kita bahawa dunia tidak akan dapat mengatasi COVID-19 sekiranya pelarian atau sesiapa jua diabaikan kerana tiada siapa yang selamat sehingga semuanya selamat.
Menurut data Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Pelarian (UNHCR) di Malaysia, sehingga Mei 2021, terdapat 179,570 pelarian dan pencari suaka yang berdaftar di mana 45,980 daripadanya adalah kanak-kanak di bawah usia 18 tahun. Kerentanan masih berlaku kerana akses kepada keperluan asas seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, dan perlindungan sosial masih belum diberikan, walaupun kepada pemegang kad UNHCR. SUHAKAM menekankan akan keperluan kerjasama antara UNHCR di Malaysia, agensi Kerajaan dan organisasi masyarakat sivil kerana usaha sama seperti ini dapat memastikan agar pelarian mendapat layanan dan perlindungan yang diperlukan oleh mereka.
Dalam menangani pandemik COVID-19, SUHAKAM berharap agar Kerajaan dapat menegakkan prinsip tiada sesiapa yang ketinggalan, dengan memastikan pelarian turut dimasukkan ke dalam program vaksinasi kebangsaan dan penyediaan tempat yang selamat untuk mereka menerimanya. SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk menerima pakai dasar perlindungan pelarian yang komprehensif, inklusif, tidak mendiskriminasi dan berjangka panjang di negara ini; sementara itu turut mengekalkan kepimpinannya pada peringkat antarabangsa, dari segi mengukuhkan kerjasama dengan komuniti serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN, agensi Bangsa-bangsa Bersatu dan prosedur khasnya dan juga OIC, antara lainnya, bagi mengenal pasti penyelesaian yang menyeluruh terhadap isu-isu pelarian yang telah sekian lama berlarutan di Asia Tenggara.
Di samping berjanji untuk meneruskan usaha advokasi untuk penyertaan Konvensyen Berkaitan Status Pelarian 1951 dan Protokol Pilihan 1967, SUHAKAM turut menyeru rakyat Malaysia untuk memahami situasi buruk yang dihadapi oleh pelarian yang terpaksa melarikan diri dari negara asal ke perairan negara ini, yang mencari tempat berlindung sementara waktu demi keselamatan dan kelangsungan hidup mereka. Seluruh rakyat Malaysia harus memastikan komuniti pelarian di negara ini dilayan dengan bermaruah dan mendapat keperluan asas mereka kerana pada akhirnya, inilah yang dapat membawa kita menuju ke arah masyarakat yang lebih berperikemanusiaan, adil, inklusif, dan saksama.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
20 Jun 2021