Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (24 JUNE 2021) – The Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is pleased with the recent government’s decision to allow children aged 12 to 17 to be vaccinated with the Comirnaty vaccine produced by Pfizer-BioNTech.
On 31st May 2021, The Star online reported that over 82,000 children had been tested positive for Covid-19 in Malaysia. According to the Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba, of the total number of infections amongst children, 19,851 cases were children below four years old; 8,237 cases between five to six years old; 26,851 (seven to 12 years old) and 27,402 (13 to 17 years old) who were Covid-19 patients in categories 1, 2 and 3.
The Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah had, earlier this month, reported that three children under the age of five had died and 27 children had been admitted to paediatric intensive care units in 2021, with 19 of them aged under five. The rising number of cases of children being infected with Covid-19 and even several deaths due to the virus is indeed very worrying.
By virtue of Article 24 of Convention on the Rights of the Child (CRC), it is the duty of a state party to take appropriate measures to diminish infant and child mortality. Government is, in some ways, fulfilling its responsibility under the CRC, by allowing children aged 12 to 17 to be vaccinated, as less children would be at risk of being infected with the disease and contribute towards achieving herd immunity in the country.
Vaccination is a critical tool to stop the continued spread of Covid-19. The CC appeals to all parents to register their children aged 12 years and above for Covid-19 vaccination, as this would enhance individual and community protection against the virus. People, in this case children who are fully vaccinated would likely be able to resume normal activities, including going to school, to play and have recreational activities.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
24 June 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (24 JUN 2021) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berasa sukacita dengan keputusan kerajaan baru-baru ini yang membenarkan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun untuk diberi Vaksin Comirnaty yang dihasilkan oleh Pfizer-BioNTech.
Pada 31 Mei 2021, The Star secara atas talian telah melaporkan bahawa lebih 82,000 kanak-kanak telah didapati positif untuk Covid-19 di Malaysia. Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, daripada jumlah yang dinyatakan, 19,851 kes adalah kanak-kanak di bawah umur empat tahun; 8,237 kes adalah berumur antara lima hingga enam tahun; 26,851 kes (tujuh hingga 12 tahun) dan 27,402 (13 hingga 17 tahun), di mana mereka merupakan pesakit Covid-19 dalam kategori 1, 2 dan 3.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah pada awal bulan ini melaporkan bahawa tiga kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah meninggal dunia dan 27 kanak-kanak telah dimasukkan ke unit rawatan intensif pediatrik pada tahun 2021, dengan 19 daripadanya berusia di bawah lima tahun. Peningkatan jumlah kes kanak-kanak dijangkiti Covid-19 yang turut melibatkan beberapa kematian akibat virus itu adalah amat membimbangkan.
Berdasarkan Perkara 24 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), adalah menjadi kewajiban sesebuah negara pihak untuk mengambil langkah-langkah yang sesuai dalam mengurangkan kes kematian bayi dan kanak-kanak. Pihak kerajaan adalah, dalam situasi ini, memenuhi tanggungjawabnya di bawah CRC, dengan membenarkan kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun diberi vaksin, kerana lebih kurang jumlah kanak-kanak yang akan terdedah kepada jangkitan penyakit ini, sekaligus menyumbang kepada pencapaian kawalan imuniti di dalam negara.
Vaksinasi adalah mekanisme yang amat penting untuk menghentikan penyebaran berterusan Covid-19. CC memohon kepada semua ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang berusia 12 tahun ke atas untuk vaksinasi Covid-19, kerana ini akan meningkatkan perlindungan individu dan masyarakat terhadap virus tersebut. Masyarakat, dalam hal ini, kanak-kanak yang telah diberi vaksin sepenuhnya akan dapat kembali menjalankan aktiviti normal mereka, termasuk pergi ke sekolah, bermain dan melakukan aktiviti rekreasi.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
24 Jun 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my