HAK KANAK-KANAK
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak Malaysia (CC) pada Ogos 2019 bertujuan untuk meningkatkan hak kanak-kanak di Malaysia. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia adalah sebuah pejabat bebas yang bertanggungjawab untuk memperkasakan dan melindungi hak kanak-kanak seperti yang termaktub dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Peranan utama CC adalah melindungi dan mempromosikan hak asasi manusia semua kanak-kanak di bawah 18 tahun di seluruh Malaysia, tanpa mengira status mereka.
CC memberi tumpuan kepada promosi dan perlindungan hak kanak-kanak, seperti yang digariskan oleh CRC. CC bertanggungjawab untuk memastikan bahawa empat (4) prinsip teras CRC iaitu: tidak diskriminasi; komited untuk kepentingan terbaik kanak-kanak; hak untuk hidup, kelangsungan dan perkembangan; dan hormat terhadap pandangan kanak-kanak, diperhatikan. Selanjutnya, peranan CC adalah untuk memperkukuhkan undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak melalui mandat yang diperuntukkan di bawah Akta 597 (Akta).
Sejak pejabat ini mula beroperasi secara penuh pada Mei 2020, OCC telah mengatur banyak program dan aktiviti seperti dialog dalam talian dan konsultasi dengan pertubuhan bukan kerajaan dan agensi kerajaan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia; telah menghadiri mesyuarat-mesyuarat dengan beberapa Menteri di Putrajaya dan Kuching; dan melakukan lawatan-lawatan pemantauan ke rumah-rumah kebajikan kanak-kanak dan sekolah- sekolah alternatif di Sarawak dan pusat perlindungan bayi-bayi ditinggalkan di Petaling Jaya. Berdasarkan dapatan daripada semua dialog dan rundingan atas talian, mesyuarat-mesyuarat dan lawatan-lawatan, OCC telah berjaya memanjangkan semua isu dan cadangan yang dikumpulkan kepada Menteri berkaitan untuk tindakan lanjut mereka. OCC akan memantau jika Kementerian-kementerian tersebut telah menangani isu-isu yang dibangkitkan sepenuhnya, dan untuk selanjutnya melakukan advokasi kepada Kerajaan dan menasihati kementerian untuk memberikan komitmen mereka terhadap isu hak kanak-kanak.
OCC seterusnya berhasrat menubuhkan Majlis Konsultasi Kanak-kanak, dalam masa terdekat, yang terdiri daripada kanak-kanak sendiri, yang akan memaklumkan kepada CC mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak dan rungutan mereka.
Untuk visi jangka panjangnya, OCC berharap untuk lahir satu polisi "pendidikan untuk semua kanak-kanak" yang akan dilaksanakan pada tahun 2025. Untuk itu terlaksana, OCC perlu memastikan semua kanak-kanak yang berhak di sisi undang-undang untuk memiliki kewarganegaraan Malaysia diberi hak tersebut sebelum 2023.
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) adalah bahagian khusus di bawah SUHAKAM yang menjaga dan membawa mandat berkenaan hak kanak-kanak di Malaysia. OCC telah ditubuhkan pada suku terakhir tahun 2019 lanjutan daripada pelantikan Pesuruhjaya Kanak-kanak (CC) SUHAKAM pada bulan Ogos 2019. Idea untuk melantik CC datang dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2018.
Kerana keperluan untuk segera bertindak dan merealisasikan keperluan tertubuhnya satu organisasi hak asasi manusia yang memfokuskan isu kanak-kanak, CC telah dilantik dan ditempatkan dalam struktur sedia ada SUHAKAM. Kuasa-kuasa dan fungsi-fungsi CC adalah berdasarkan Akta SUHAKAM 1999 (Akta 597). Prof Dato’ Noor Aziah Binti Mohd Awal sebagai CC telah dilantik pada 23 Ogos 2019, dan tempoh masa telah ditarik kebelakang, dimana bermula dari 27 April 2019.
Pelantikan CC bertujuan untuk meningkatkan hak kanak-kanak di Malaysia. Peranan utama CC adalah untuk melindungi dan mempromosi hak asasi manusia semua kanak-kanak di bawah 18 tahun di seluruh Malaysia, tanpa mengira status mereka. CC memberi tumpuan kepada promosi dan perlindungan hak kanak-kanak, seperti yang termaktub di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC).
CC bertanggungjawab untuk memastikan bahawa empat (4) prinsip teras CRC iaitu: tidak diskriminasi; komited untuk kepentingan terbaik kanak-kanak; hak untuk hidup, kelangsungan dan perkembangan; dan rasa hormat terhadap pandangan kanak-kanak, adalah dipatuhi. Selanjutnya, peranan CC adalah untuk memperkasakan undang-undang yang berkaitan dengan kanak-kanak melalui mandat yang diperuntukkan di bawah Akta 597 (Akta SUHAKAM).
Fungsi OCC terbahagi kepada tiga: yang pertama, advokasi dan penasihat; kedua, pendidikan dan promosi; dan ketiga, aduan dan pemantauan, menyerupai struktur organisasi dan bahagian kerja SUHAKAM.
Dari suku terakhir tahun 2019 hingga April 2020, OCC telah beroperasi dengan hanya Pesuruhjaya dan dua pegawainya. Ia mula berfungsi sebagai pejabat dengan kekuatan penuh sejak Mei 2020 apabila OCC mempunyai tiga pegawai sepenuh masa dan seorang kakitangan (seorang pegawai dengan gred N48, dua orang pegawai dengan gred N41 dan seorang kerani dengan gred N19).
Walaupun bidang tugas OCC terbahagi kepada tiga bahagian, fungsi-fungsinya adalah dijalankan mengikut isu tematik dan bukannya berdasarkan pembahagian seperti di atas. Di antara isu-isu tematik yang menjadi tumpuan OCC ketika ini adalah kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, pendidikan, perkahwinan kanak-kanak, penarikan semula reservasi di CRC, pindaan Akta Kanak-kanak, alternatif kepada penahanan (ATD), pendidikan kesihatan seksual dan keselamatan di sekolah-sekolah Tahfiz, penubuhan Majlis Konsultatif Kanak-kanak, dan aduan dan pemantauan.
Sejak Pejabat beroperasi penuh pada Mei 2020, OCC telah mengadakan banyak program dan aktiviti seperti dialog-dialog atas talian dan rundingan-rundingan dengan pertubuhan-pertubungan bukan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia; telah menghadiri perjumpaan-perjumpaan dengan beberapa Menteri di Putrajaya dan Kuching; dan melakukan lawatan-lawatan pemantauan ke rumah-rumah kebajikan kanak-kanak dan sekolah-sekolah alternatif di Sarawak dan pusat penjagaan bayi-bayi yang ditinggalkan di Petaling Jaya.
Hasil daripada semua dialog dan rundingan dalam talian, pertemuan dan lawatan, OCC telah berjaya memanjangkan semua masalah dan cadangan yang dikumpulkan kepada Menteri-menteri berkaitan untuk tindakan lanjut mereka. OCC akan memantau samada Kementerian-Kementerian tersebut telah menangani isu-isu yang dibangkitkan sepenuhnya, dan untuk lanjut membuat advokasi kepada Kerajaan dan menasihati kementerian-kementerian untuk memberikan komitmen mereka terhadap isu hak kanak-kanak.
Visi OCC menjelang 2025, adalah "pendidikan untuk semua kanak-kanak". Agar ianya dapat dicapai, OCC perlu memastikan semua kanak-kanak yang berhak di sisi undang-undang untuk memiliki kewarganegaraan Malaysia diberi hak sebelum 2023.