Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (20 MAY 2021) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is troubled by the arrests of several children in Sentul, Kuala Lumpur and Parit Raja, Batu Pahat, Johor, which occurred on 13 May 2021. According to reports, the children in Sentul were arrested pursuant to Section 506 of the Penal Code and Section 3 (5) of the Minor Offences Act 1955; whilst in Batu Pahat, three (3) children were detained due to their involvement in a demonstration. In both incidences, the children were handcuffed, photographed and detained in police lock-up.
The Children’s Commissioner wishes to highlight that these arrests are in contravention with the Child Act 2001 (Act 611) and Convention on the Rights of Child (CRC). By virtue of Section 83A of Act 611, a child being arrested should not be handcuffed, and the parents or guardian must be informed of the child’s whereabouts. Under the same Act and the CRC, requires that the child’s identity be protected and not be disclosed, and the child’s right to consult with a counsel of his or her choice. In addition, the child shall not to be detained in the police station or places of detention or be associated with an adult who has been charged with an offence.
The Children’s Commissioner stresses that detention of children should be the last resort, as it is adequate for children to be given warnings for minor offences. If an arrest is deemed necessary, the best interests of the child should always be of paramount consideration by the authorities. The rights of children in conflict with the law tend to be neglected or overlooked during arrests. They should be treated as innocent until proven guilty, whilst quite often children are also victims in need of care and protection. The Children’s Commissioner reiterates her call for the police to be more judicious when dealing with children who are in conflict with the law.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
20 May 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (20 MEI 2021) – Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal tidak senang dengan laporan penangkapan beberapa orang kanak-kanak di Sentul, Kuala Lumpur dan Parit Raja, Batu Pahat, Johor, yang berlaku pada 13 Mei 2021. Menurut laporan, kanak-kanak di Sentul telah ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaaan dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955; sementara di Batu Pahat, tiga (3) kanak-kanak telah ditahan kerana terlibat dalam satu demonstrasi. Dalam kedua-dua insiden, kanak-kanak tersebut telah digari, diambil gambar dan ditahan di lokap polis.
Pesuruhjaya Kanak-kanak ingin mengetengahkan bahawa penahanan tersebut adalah bertentangan dengan Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). Berdasarkan Seksyen 83A Akta 611, seorang kanak-kanak yang ditahan tidak boleh digari, dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak hendaklah dimaklumkan berhubung keberadaan kanak-kanak tersebut. Di bawah Akta yang sama dan CRC, ia menyatakan bahawa identiti kanak-kanak perlu dilindungi dan tidak didedahkan, dan hak kanak-kanak untuk berunding dengan peguam pilihannya. Selain itu, kanak-kanak tersebut hendaklah tidak ditahan di balai polis atau tempat tahanan atau bergaul dengan seseorang dewasa yang telah didakwa dengan sesuatu kesalahan.
Pesuruhjaya Kanak-kanak menekankan bahawa penahanan kanak-kanak sepatutnya menjadi langkah terakhir kerana adalah memadai untuk kanak-kanak diberi amaran atas kesalahan kecil yang dilakukan. Jika satu tangkapan terpaksa dibuat, kepentingan terbaik kanak-kanak hendaklah dipertimbangkan sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Hak kanak-kanak yang melanggar undang-undang adalah cenderung diabaikan dan diketepikan semasa tangkapan dibuat. Kanak-kanak sebegini sepatutnya dilayan sebagai tidak bersalah sehinggalah dibuktikan bersalah, yang mana adalah seringkali kanak-kanak sebegini kebiasaannya merupakan mangsa yang memerlukan penjagaan dan perlindungan. Pesuruhjaya Kanak-kanak mengulangi gesaannya agar polis lebih bersikap berhemah ketika menangani kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
20 Mei 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my