WgWy-oBP_400x400

PEMANSUHAN HUKUMAN MATI MANDATORI DI MALAYSIA

Putrajaya, 10 Jun 2022 – Kerajaan telah bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk budi bicara Mahkamah.

Keputusan ini dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 8 Jun 2022.

Kerajaan juga secara prinsipnya menerima dan mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian tersebut.

Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Mantan Ketua Hakim Negara, Y.Bhg Tun Richard Malanjum dan dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang perundangan seperti bekas Hakim Besar Malaya, bekas Peguam Cara Negara, pengamal undangundang, pensyarah undang-undang daripada Institusi Pengajian Awam terkemuka dan pakar kajian jenayah (criminologist).

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi mengesahkan bahawa Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu (1) kesalahan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] 2 dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara
Mahkamah.

Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain Kementerian/Jabatan berkepentingan.

Tindakan ini adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip ‘proportionality’ dan keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada Kerajaan nanti.

Kerajaan juga akan turut mengkaji kebolehlaksanaan berkaitan hala tuju sistem keadilan jenayah (Criminal Justice System) di negara ini, antaranya seperti pewujudan prosedur pra penghukuman (pre-sentencing procedure), penubuhan Majlis Penghukuman (Sentencing Council), pembangunan Garis Panduan
Penghukuman (Sentencing Guideline), penubuhan Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang (Law Commission), pembaharuan institusi kepenjaraan (Prison Reform) dan pelaksanaan hukuman berdasarkan restorative justice.

YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi menjelaskan bahawa “keputusan berkaitan perkara ini menunjukkan keutamaan Kerajaan untuk memastikan hak semua pihak adalah terpelihara dan terjamin sekali gus mencerminkan ketelusan barisan kepimpinan negara ini dalam menambahbaik sistem keadilan jenayah negara yang serba dinamik”.

Kerajaan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas komitmen yang telah diberikan Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori dalam penghasilan laporan kajian ini yang menjadi asas kepada perubahan sistem keadilan jenayah negara yang lebih sistematik dan efektif.


YB DATO SRI DR. HAJI WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
(PARLIMEN DAN UNDANG-UNDANG)
10 JUN 2022

Poster FOE 2022

Launch: #ThereIsHelp FOE in Malaysia

SUHAKAM, Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) and Lawyers for Liberty (LFL) will be launching a #ThereIsHelp Search Prompt for Freedom of Expression as an effort to provide access to information to important resources in a timely manner when it is needed the most via Twitter platform.

The launch will be held today at 9.00am and feel free to join the discussion to discuss about  #ThereIsHelp freedom of expression via Twitter Spaces, with CIJ, LFL and Twitter representative at the following date and time:

Date: 30 May 2022

Time: 4.00PM (MY time)Link : https://twitter.com/i/spaces/1djxXPpwQAXxZ?s=20

PS

Press Statement No. 5-2022_SUHAKAM Expresses Grave Disappointment with the Remarks by Dr. MAZA on Muslim Lawyers

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (26 APRIL 2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses grave disappointment with the remarks by the Mufti of Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (also known as Dr Maza), on Muslim lawyers “that Islam forbade them from protecting wrongdoers or sinners, adding that it was sinful and haram for them to accept service payment from offenders”.

The law is that Article 5(3) of the Federal Constitution guarantees the right to be represented by a legal practitioner of a person’s choice, and Article 8 provides constitutional protection, whereby all persons are equal and are entitled to equal protection by the law. Access to justice is a basic human right and an important element in any legal system.

SUHAKAM supports the statement by the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament & Law), YB Dato’ Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar that “lawyers had no power to declare whether a person was guilty or innocent” and “only judges have the authority on the matter”.

In furtherance to this, SUHAKAM reiterates its call that necessary steps should be taken to ensure that the fundamental, and constitutionally guaranteed, right to legal representation is upheld.  Access to legal counsel is a cornerstone of our criminal justice system, and a crucial safeguard for the rights of a detained person. The right to be represented by a legal practitioner of a person’s choice, is a basic human right that needs to be respected. A person is presumed to be innocent until proven guilty and as such he is entitled to legal representation and the right to be defended in a court of law.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 April 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 4-2022_SUHAKAM is Deeply Distressed and Concerned Over the MACC Investigation Against YA Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (26 APRIL 2022)  –  The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply distressed and concerned over the recent news that the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will commence an investigation into a report of an allegation of corruption against YA Dato’ Mohd Nazlan Mohd Ghazali, JCA (“YA Dato’ Nazlan”), an action that is unconstitutional and unprecedented by MACC, given that there are specific provisions under the Federal Constitution, to deal with allegations of wrong doing against superior court  judges.

Article 125(3A) of the Federal Constitution provides that where a superior court judge has allegedly committed a breach of any of the provisions of the Code of Ethics and the Chief Justice is of the opinion that the breach does not warrant the superior court judge to be referred to a tribunal for removal from office pursuant to Clause (4), then the Chief Justice can refer the matter to the Judges’ Ethics Committee established pursuant to the Judges’ Ethics Committee Act 2010 [Act 703].  SUHAKAM subscribes to and supports the principle of separation of powers to ensure the integrity and independence of the Judiciary is protected and to avoid any interference and political pressure against any member of the Judiciary at any time.

SUHAKAM questions the motive of MACC in launching the investigation and is of the view that MACC’s proposed investigation will set a negative and dangerous precedent that may undermine the Judiciary as an institution and as one of the pillars of a democratic Government. This may also open the floodgate to frivolous and vexatious charges and abuse of process by enforcement agencies against the Judiciary.

SUHAKAM supports the view that all judges must have the proper space to discharge their judicial duties in a manner apparent to all, and that the judicial process and decision is independent, free of any interference, considered, reasoned and honest.  Above all that, it is vital for justice not only to be seen to be done but must be done according to the law.

Accordingly, SUHAKAM calls upon the MACC to stop all investigations against YA Dato’ Nazlan, immediately.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 April 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

HARI ANTARABANGSA MENGENAI PENGHAPUSAN SEGALA BENTUK DISKRIMINASI KAUM

Diskriminasi kaum, perkauman dan xenophobia

Diskriminasi kaum merupakan isu yang telah lama berlarutan dan memberi kesan kepada orang ramai di seluruh dunia. Kemunculan pandemik COVID-19 pada awal 2020 menyaksikan peningkatan diskriminasi kaum terhadap bukan warganegara dan minoriti di banyak tempat di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Artikel 1 Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) mentakrifkan "diskriminasi kaum" sebagai sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan kaum, warna kulit, keturunan, atau asal usul kebangsaan atau etnik yang mempunyai tujuan atau kesan membatalkan atau menjejaskan pengiktirafan, kenikmatan atau pelaksanaan, atas landasan hak asasi manusia yang sama dan kebebasan asasi dalam politik, ekonomi, sosial, budaya atau mana-mana bidang kehidupan awam yang lain.

Diskriminasi kaum adalah bertentangan dengan prinsip kesaksamaan di bawah Seksyen 8(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan bahawa Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

Diskriminasi kaum tertumpu kepada tindakan diskriminasi, perkauman pula cenderung kepada sikap berat sebelah, prasangka, diskriminasi atau kebencian yang dicerminkan dalam sikap, amalan dan kepercayaan seseorang yang boleh menjurus kepada diskriminasi dan pengecualian disebabkan oleh warna kulit, etnik atau asal usul bangsa mereka.

“Kata-kata perkauman dan tindak balas xenofobia di Malaysia”

Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik. Berdasarkan data kebangsaan 2021, penduduk Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta orang termasuk 2.7 juta bukan warganegara.[1] UNHCR telah melaporkan bahawa sehingga akhir Januari 2022, terdapat kira-kira 181,510 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Ketika Malaysia bergelut dengan penularan wabak COVID-19 pada tahun 2020, kita menyaksikan pelbagai kenyataan berbaur perkauman dan sentimen xenofobia terhadap warga asing di Malaysia termasuk desakan agar mereka pulang ke negara asal. Ada kalanya orang awam dan ahli politik sering menggambarkan pekerja asing dan pelarian berpotensi sebagai ancaman kepada keselamatan negara serta boleh menjejaskan pembangunan sosial dan ekonomi negara. Namun begitu, tindakan positif Kerajaan dalam menangani COVID-19 termasuk menyediakan ujian dan rawatan COVID-19 secara percuma kepada pendatang asing, pekerja tanpa izin, pelarian dan pencari suaka serta mengagihkan bekalan makanan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan CSO telah membantu mengurangkan sentimen xenofobia orang ramai terhadap mereka.

"Mengapa Diskriminasi Perkauman, Perkauman dan Xenophobia bertentangan dengan hak asasi manusia"

Perkauman, xenofobia, diskriminasi dan sikap tidak bertoleransi telah menjejaskan masyarakat di mana-mana sahaja. Perkauman bukan sahaja memudaratkan kehidupan mereka yang mengalaminya, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan dan ia meningkatkan rasa tidak percaya kerana ia menimbulkan syak wasangka antara satu sama lain dan memecah belahkan perpaduan sosial. Perkauman dan diskriminasi kaum wujud dalam pelbagai bentuk dan memberi kesan kepada banyak aspek kehidupan seseorang termasuk keupayaan untuk mencari pekerjaan, akses sama rata kepada pendidikan, perumahan kesihatan, makanan, air atau mendapatkan layanan yang adil dalam perundangan.

“Menuju ke arah Perpaduan Negara dan Kesepaduan Sosial”

Menurut Indeks Keamanan Global (GPI) 2020, yang dikendalikan oleh Institut Ekonomi & Keamanan (IEP), Malaysia berada di kedudukan ke-23 negara paling aman di dunia. Memandangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan pelbagai agama dan etnik, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengakui bahawa terdapat cabaran dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan negara.

Namun begitu, kepelbagaian yang kita ada di sini boleh dianggap sebagai salah satu kekuatan negara, dengan syarat kita diteguhkan oleh empat komponen utama iaitu hubungan sosial, kebersamaan, orientasi ke arah kebaikan bersama dan kesaksamaan. Komponen ini memerlukan tadbir urus yang baik dan rasa hormat terhadap hak asasi manusia.[2]

SUHAKAM memuji tindakan Kerajaan menerima kesemua saranan yang dikemukakan kepada Malaysia melalui Penilaian Berkala Sejagat (UPR) ketiga oleh Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) pada 2018 mengenai perpaduan nasional bagi mengekalkan perpaduan sosial di negara ini diikuti dengan pelancaran Dasar dan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 pada 2021.[3]

Dasar itu menggariskan antara lain, usaha berterusan untuk memperkukuh perpaduan dan integrasi nasional berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara (Falsafah Kebangsaan) yang bertujuan membentuk identiti nasional yang berteraskan semangat patriotisme, mengambil berat, saling hormat-menghormati dan bertanggungjawab, serta penghayatan untuk memupuk dan mengukuhkan perpaduan rakyat. Selaras dengan Keluarga Malaysia aspirasi, kita harus berusaha ke arah kebersamaan, memastikan standard kewarganegaraan dan menghormati maruah sesama kita, berbanding hanya membiarkan kehidupan kita ditentukan oleh peraturan majoriti sehingga mengetepikan orang lain.  

Membangunkan aspirasi dan dasar adalah penting. Namun begitu, apa yang lebih kritikal ialah keberkesanan pelaksanaan yang harus dipantau dengan baik bagi menggalakkan keharmonian negara, perpaduan, perdamaian, integrasi dan tanpa diskriminasi. Ini termasuk penggubalan undang-undang berkaitan yang memberi fokus kepada penambahbaikan, melindungi dan menggalakkan hubungan kaum/etnik yang bermanfaat.

“Semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi maruah dan hak”

Ini adalah masa yang tepat untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia hakikat yang menyedihkan bahawa perkauman yang menebal, pelbagai bentuk diskriminasi kaum dan sikap tidak bertoleransi sememangnya berlaku di Malaysia. Kita mesti bangkit untuk menghapuskan perkara ini daripada masyarakat kita.  

Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertolak ansur boleh menimbulkan kebencian dan ketidakpercayaan, sekali gus menghalang sebarang percubaan untuk memahami keadaan mereka yang terkesan, dan juga boleh menghalang usaha untuk mewujudkan masyarakat yang empati dan harmoni.

Sudah tiba masanya untuk bergerak melangkaui aras perpaduan dan membasmi diskriminasi kaum yang telah berdekad menjadi sistemik. Perkara 1 dan 2 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR)[4] mengisytiharkan bahawa semua manusia dilahirkan bebas dan sama rata dari segi maruah dan hak, dan setiap orang berhak mendapat semua hak dan kebebasan yang ditetapkan di dalamnya, tanpa sebarang perbezaan. Ucapan kebencian, stereotaip kaum, politik perkauman serta menyasarkan pelarian dan pekerja asing dalam serangan media sosial dan petisyen yang menggesa penghantaran pulang mereka mesti dihentikan.

SUHAKAM berpegang teguh pada pendiriannya bahawa semua manusia, tanpa mengira latar belakang, bangsa dan negara, layak dilayan dengan penuh hormat dan bermaruah. Dalam memperingati Hari Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum yang disambut setiap tahun pada 22 Mac, kita haruslah menentang prasangka perkauman dan sikap tidak bertoleransi kerana pada dasarnya, perkauman adalah salah dari segi moral. Keupayaan untuk menilai sesuatu melangkaui agama, bangsa, keturunan atau tempat lahir adalah satu perkara yang perlu dipupuk dalam masyarakat berbilang kaum yang harmoni seperti di Malaysia. Perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia tidak mempunyai tempat dalam mana-mana masyarakat.  


[1] Current Population Estimates Malaysia, 2021 https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=155&bul_id=ZjJOSnpJR21sQWVUcUp6ODRudm5JZz09&menu_id=L0pheU43NWJwRWVSZklWdzQ4TlhUUT09

[2] Search for Common Ground global training modules, the United Nations Development Program

[3] A national policy on unity will be introduced to promote social cohesiveness and harmony as well as capitalise on diversity as an asset to strengthen national unity.

[4] The Universal Declaration of Human Rights is a historic document which outlined the rights and freedoms everyone is entitled to

PS

Press Statement No. 6-2022 (OCC) _Riot Refugees from Myanmar

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (25 APRIL 2022)   –   The Children’s Commissioner (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened by the recent news that six Rohingya refugees from Myanmar, including two children were killed as they attempted to cross a highway as hundreds fled an immigration detention center where a riot has broken out early morning on 20 April 2022.

Based on the CC’s observations during her monitoring visits to immigration detention centers in Lenggeng, the depot was overcrowded with detainees, and in Lenggeng, Langkawi and Belantik, the depots were understaffed. While most immigrant detainees are deported back to their countries of origin through the intervention of the embassy of their respective countries, the Rohingya refugees in Malaysia are unable to return back to Myanmar based on international customary law – principle of non-refoulment that guarantees that no one should be returned to their country where they are subjected to persecution.

Malaysia is not a signatory to the 1951 Refugee Convention, Malaysia is, however a party to the 1989 Convention on the Rights of the Child (CRC). Article 22 of the CRC states that the State must ensure that a child who is seeking refugee status or who has been determined to be a refugee shall receive appropriate protection and humanitarian assistance. In addition, children who are seeking asylum or who have been granted refugee status are entitled to the full enjoyment of their rights under the four basic principles of the CRC which states that children should not be discriminated against, be treated with humanity and respect, have their voices heard and to prioritise the best interests of the child.

The CC urged the Government:

  1. to consider allowing UNHCR to issue UNHCR cards to all Rohingya refugees, particularly those who were involved in the riot. The UNHCR’s resettlement programme is proposed to also prioritise Rohingyas in an aspiration towards a durable solution in the form of resettlement to a third country;
  2. to establish an independent body consisting of representatives other than the Ministry of Home Ministry to investigate the incident;
  3. not to reprimand those re-arrested or to instill fears or hatred amongst the local in Relau towards the Rohingyas who are still at large;
  4. to include Rohingya children in the alternative to detention pilot project as these children need to be given the opportunity to live in a more secure and conducive environment; and
  5. to add more staff to understaffed immigration depots.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

25 April 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (25 APRIL 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) berasa dukacita dengan berita baru-baru ini berhubung enam orang pelarian dari Myanmar termasuk dua kanak-kanak yang maut ketika mereka cuba menyeberangi lebuh raya semasa ratusan jumlah pelarian melarikan diri daripada pusat tahanan imigresen di mana satu rusuhan tercetus pada awal pagi 20 April 2022.

Berdasarkan pemerhatian CC semasa lawatan pemantauannya di pusat tahanan imigresen di Lenggeng, depot didapati sesak dengan tahanan, dan di Lenggeng, Langkawi dan Belantik, depot didapati kekurangan kakitangan. Kebanyakan tahanan migran dihantar pulang ke negara asal melalui campur tangan wakil kedutaan negara masing-masing, namun pelarian Rohingya di Malaysia tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana peruntukan di bawah undang-undang adat antarabangsa, prinsip non-refoulement memberi jaminan bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal mereka di mana mereka akan mengalami penindasan.

Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, tetapi Malaysia merupakan sebuah negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC). Perkara 22 CRC menyatakan bahawa negara pihak harus memastikan kanak-kanak yang mencari status pelarian, atau kanak-kanak yang telah disahkan sebagai pelarian hendaklah diberikan perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya. Di samping itu, kanak-kanak pencari suaka atau yang telah diberikan status pelarian berhak untuk mendapat hak mereka di bawah empat prinsip utama CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh didiskriminasi, perlu dilayan dengan kemanusiaan dan rasa hormat, suara mereka harus didengari dan kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.

Oleh itu, CC menggesa pihak Kerajaan:

  1. untuk memberi kebenaran kepada UNHCR untuk mengeluarkan kad UNHCR kepada semua pelarian Rohingya, terutamanya mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut. Program penempatan semula UNHCR dicadangkan untuk mengutamakan pelarian Rohingya dalam aspirasi ke arah penyelesaian jangka panjang, dalam bentuk penempatan semula ke negara ketiga;
  2. menubuhkan badan bebas yang terdiri daripada wakil-wakil selain daripada Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat kejadian tersebut;
  3. tidak menghukum pelarian Rohingya yang ditangkap semula atau menimbulkan ketakutan atau kebencian dalam kalangan penduduk tempatan di Relau terhadap pelarian Rohingya yang masih bebas;
  4. melibatkan kanak-kanak Rohingya dalam projek rintis alternatif kepada penahanan kerana kanak-kanak ini mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selamat dan kondusif; dan
  5. menambah lebih ramai kakitangan di depot imigresen yang kekurangan kakitangan.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

25 April 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Kenyataan Media Bersama: PDRM dan SUHAKAM Melancarkan Modul Hak Asasi Manusia untuk Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR (18 APRIL 2022) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada hari ini melancarkan “Modul Hak Asasi Manusia untuk Polis Diraja Malaysia” di satu majlis pelancaran yang telah dirasmikan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani di Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur.

Modul tersebut telah mula dibangunkan secara usahasama oleh SUHAKAM dan PDRM pada tahun 2018 sebagai salah satu inisiatif kedua-dua pihak bagi memperkukuh latihan pegawai dan anggota PDRM mengenai standard-standard hak asasi manusia domestik dan antarabangsa dalam tugas-tugas kepolisan. Khususnya, modul ini akan menjadi panduan kepada tenaga pengajar dalam menyampaikan kursus hak asasi manusia kepada semua pegawai dan anggota PDRM di samping menambah baik kursus hak asasi manusia yang sedia ada di institusi latihan PDRM dengan mengintegrasikan topik-topik dalam modul yang sesuai ke dalam kursus tersebut.

Melalui Modul ini, warga PDRM akan dilatih mengenai perkara-perkara kritikal bagi memastikan perlindungan hak asasi manusia sentiasa diberi perhatian semasa menjalankan tugas-tugas kepolisan antaranya:

  1. Standard antarabangsa hak asasi manusia dan kepolisan;
  2. Hak Asasi Manusia Pegawai dan Anggota Polis;
  3. Aplikasi prinsip hak asasi manusia dalam penahanan, penangkapan, penggunaan kekerasan dan senjata api;
  4. Larangan diskriminasi;
  5. Keperluan khusus tahanan OKU, kanak-kanak, Wanita; dan
  6. Larangan Penyeksaan dan Layanan serta Hukuman Kejam, Tidak Berperikemanusiaan serta Menjatuhkan Maruah.

Semasa Majlis Pelancaran tersebut, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani dalam ucapan perasmian menyatakan lebih banyak lagi program- program yang akan disertai oleh warga PDRM, yang bukan sahaja bertujuan menambahkan ilmu pengetahuan mengenai hak asasi manusia, tetapi juga sebagai tanda sokongan PDRM terhadap hak asasi manusia.

Pengerusi SUHAKAM, Tan Sri Othman Hashim dalam ucapan alu-aluan menzahirkan harapan agar modul tersebut bukan sahaja dapat memperkukuh pembelajaran hak asasi manusia dalam PDRM, tetapi juga, sekaligus dapat “memastikan hak asasi manusia dapat diterapkan dalam setiap tugas penguatkuasaan oleh pegawai dan anggota PDRM”.

Majlis pelancaran tersebut telah dihadiri oleh seramai 300 hadirin yang terdiri daripada barisan pengurusan tertinggi PDRM, barisan Pesuruhjaya SUHAKAM, Penyelaras Residen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia, Singapura dan Brunei, wakil-wakil Kedutaan Luar di Malaysia serta pegawai dan anggota PDRM.

-TAMAT-