Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (25 APRIL 2022) – The Children’s Commissioner (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened by the recent news that six Rohingya refugees from Myanmar, including two children were killed as they attempted to cross a highway as hundreds fled an immigration detention center where a riot has broken out early morning on 20 April 2022.
Based on the CC’s observations during her monitoring visits to immigration detention centers in Lenggeng, the depot was overcrowded with detainees, and in Lenggeng, Langkawi and Belantik, the depots were understaffed. While most immigrant detainees are deported back to their countries of origin through the intervention of the embassy of their respective countries, the Rohingya refugees in Malaysia are unable to return back to Myanmar based on international customary law – principle of non-refoulment that guarantees that no one should be returned to their country where they are subjected to persecution.
Malaysia is not a signatory to the 1951 Refugee Convention, Malaysia is, however a party to the 1989 Convention on the Rights of the Child (CRC). Article 22 of the CRC states that the State must ensure that a child who is seeking refugee status or who has been determined to be a refugee shall receive appropriate protection and humanitarian assistance. In addition, children who are seeking asylum or who have been granted refugee status are entitled to the full enjoyment of their rights under the four basic principles of the CRC which states that children should not be discriminated against, be treated with humanity and respect, have their voices heard and to prioritise the best interests of the child.
The CC urged the Government:
- to consider allowing UNHCR to issue UNHCR cards to all Rohingya refugees, particularly those who were involved in the riot. The UNHCR’s resettlement programme is proposed to also prioritise Rohingyas in an aspiration towards a durable solution in the form of resettlement to a third country;
- to establish an independent body consisting of representatives other than the Ministry of Home Ministry to investigate the incident;
- not to reprimand those re-arrested or to instill fears or hatred amongst the local in Relau towards the Rohingyas who are still at large;
- to include Rohingya children in the alternative to detention pilot project as these children need to be given the opportunity to live in a more secure and conducive environment; and
- to add more staff to understaffed immigration depots.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
25 April 2022
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (25 APRIL 2022) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) berasa dukacita dengan berita baru-baru ini berhubung enam orang pelarian dari Myanmar termasuk dua kanak-kanak yang maut ketika mereka cuba menyeberangi lebuh raya semasa ratusan jumlah pelarian melarikan diri daripada pusat tahanan imigresen di mana satu rusuhan tercetus pada awal pagi 20 April 2022.
Berdasarkan pemerhatian CC semasa lawatan pemantauannya di pusat tahanan imigresen di Lenggeng, depot didapati sesak dengan tahanan, dan di Lenggeng, Langkawi dan Belantik, depot didapati kekurangan kakitangan. Kebanyakan tahanan migran dihantar pulang ke negara asal melalui campur tangan wakil kedutaan negara masing-masing, namun pelarian Rohingya di Malaysia tidak boleh dihantar pulang ke Myanmar kerana peruntukan di bawah undang-undang adat antarabangsa, prinsip non-refoulement memberi jaminan bahawa tiada sesiapa harus dihantar pulang ke negara asal mereka di mana mereka akan mengalami penindasan.
Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951, tetapi Malaysia merupakan sebuah negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC). Perkara 22 CRC menyatakan bahawa negara pihak harus memastikan kanak-kanak yang mencari status pelarian, atau kanak-kanak yang telah disahkan sebagai pelarian hendaklah diberikan perlindungan dan bantuan kemanusiaan yang sewajarnya. Di samping itu, kanak-kanak pencari suaka atau yang telah diberikan status pelarian berhak untuk mendapat hak mereka di bawah empat prinsip utama CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh didiskriminasi, perlu dilayan dengan kemanusiaan dan rasa hormat, suara mereka harus didengari dan kepentingan terbaik kanak-kanak harus diberi keutamaan.
Oleh itu, CC menggesa pihak Kerajaan:
- untuk memberi kebenaran kepada UNHCR untuk mengeluarkan kad UNHCR kepada semua pelarian Rohingya, terutamanya mereka yang terlibat dalam rusuhan tersebut. Program penempatan semula UNHCR dicadangkan untuk mengutamakan pelarian Rohingya dalam aspirasi ke arah penyelesaian jangka panjang, dalam bentuk penempatan semula ke negara ketiga;
- menubuhkan badan bebas yang terdiri daripada wakil-wakil selain daripada Kementerian Dalam Negeri bagi menyiasat kejadian tersebut;
- tidak menghukum pelarian Rohingya yang ditangkap semula atau menimbulkan ketakutan atau kebencian dalam kalangan penduduk tempatan di Relau terhadap pelarian Rohingya yang masih bebas;
- melibatkan kanak-kanak Rohingya dalam projek rintis alternatif kepada penahanan kerana kanak-kanak ini mempunyai hak untuk hidup dalam persekitaran yang lebih selamat dan kondusif; dan
- menambah lebih ramai kakitangan di depot imigresen yang kekurangan kakitangan.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
25 April 2022
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my