PS

(OCC) Press Statement No. 2-2021_Government is Urged to Focus More on Children’s Safety

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (1 FEBRUARY 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened by the recent death of a 7-year-old boy in Taman Krubong Jaya, Melaka due to alleged abuse by his mother and stepfather. It is understood that the case is now under investigation and it is hoped that those responsible parties will be brought to justice and be punished accordingly.

Due to the COVID-19 pandemic and the movement control orders (MCOs), children are already facing difficulties in accessing their basic rights including proper education and leisure. It is frustrating to hear that there are many children who are unable to live in a safe environment. The Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) recorded a total of 4,349 cases of physical, sexual and emotional abuse on children last year, along with 2,287 domestic violence cases. MWFCD further affirmed that the numbers were especially high during the implementation of the various MCOs. It was also reported that there was an increase in the number of child incest cases during the MCOs. In addition, a court in Malaysia had recently sentenced a man to 1,050 years jail with 24 strokes of the cane for raping his 12-year-old stepdaughter 105 times over the period of two years. These cases show that violence against children is still prevalent in our country.

Thus, the Children’s Commissioner urges the MWFCD to revive the Talian NUR helpline which was specially dedicated to children and handled by trained staff with psycho-social qualifications. The current Talian Kasih does not have a special dedicated line as such. The Government should also undertake more efforts to ensure the children’s safety particularly those who live in the rural areas. Talian Kasih 15999 hotline and the WhatsApp number 019-2615999 should be promoted through all forms of social media platforms, television, radio, advertisement board at all public areas including highways, mosques, temples, schools, hospitals, supermarkets, buses and train stations. MWFCD is also urged to make full use of the provisions in the Child (Amendment) Act 2016 on the appointment of assistant protector amongst NGOs.

The Children’s Commissioner stresses that it is pertinent for the foster families to register themselves with the Department of Social Welfare (JKM). This is to allow JKM to monitor the child’s well-being and safety, and to provide necessary advice if the biological parents decide to take the child back into their care. While foster care is encouraged, JKM should provide the proper procedures for those who wish to do so in order to protect the child, should the legal guardian (parents of the child) wish to take the child back into their care.

The community is also urged to be a more caring society. Each of us has a responsibility to report to the authorities if any child in our neighbourhood is suspected of being abused by their parent or guardian. Private and government doctors must also report child abuse cases if they found elements of child abuse while giving treatment. In order to stop violence against children, it will require serious cooperation from all parties.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

1 February 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (1 FEBRUARI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal berasa dukacita akan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun di Taman Krubong Jaya, Melaka dipercayai akibat didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya. Difahamkan bahawa kes tersebut sedang disiasat dan adalah diharapkan pihak yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman yang setimpal.

Berikutan pandemik COVID-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP), kanak-kanak telahpun menghadapi kesukaran dalam memperolehi hak-hak asas mereka termasuk pendidikan dan beriadah yang sempurna. Adalah sangat mengecewakan apabila mengetahui terdapat ramai kanak-kanak yang tidak dapat hidup dalam persekitaran yang selamat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah merekodkan sejumlah 4,349 kes penderaan fizikal, seksual dan emosi ke atas kanak-kanak tahun lepas, termasuk 2,287 kes keganasan rumahtangga. Kementerian juga mengesahkan jumlah kes tinggi terutamanya ketika pelaksanaan pelbagai PKP. Ia juga telah dilaporkan dalam berita bahawa kes sumbang mahram telah meningkat ketika tempoh PKP. Sebuah Mahkamah di Malaysia telah menjatuhkan hukuman penjara selama 1050 tahun dan 24 sebatan ke atas seorang lelaki kerana telah merogol anak tirinya yang berusia 12 tahun sebanyak 105 kali dalam tempoh 2 tahun. Semua ini menunjukkan keganasan terhadap kanak-kanak adalah masih sangat ketara di negara kita.

Oleh yang demikian, Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM menggesa KPWKM untuk mengembalikan semula fungsi Talian NUR yang sebelum ini didedikasikan khas untuk kanak-kanak dan dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dengan kelayakan psikososial. Talian Kasih yang ada hari ini  tidak mempunyai talian khusus seperti itu. Kerajaan juga hendaklah memfokuskan usaha yang lebih bagi menjamin keselamatan kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Talian Kasih 15999 serta nombor WhatsApp 019-2615999 hendaklah dipromosikan melalui semua bentuk platform media sosial, televisyen, radio, papan iklan di semua tempat awam termasuk lebuh raya, masjid-masjid, kuil-kuil, sekolah-sekolah, hospital-hospital, pasaraya-pasaraya, dan stesen-stesen bas dan keretapi. KWPKM juga digesa untuk  menggunakan peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 berhubung perlantikan Pembantu Pelindung dalam kalangan NGO-NGO.

Pesuruhjaya Kanak-kanak SUHAKAM menekankan bahawa adalah mustahak untuk semua keluarga pelihara (foster) mendaftarkan diri dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Hal ini untuk membolehkan JKM memantau keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta memberi nasihat yang bersesuaian sekiranya ibu bapa kandung ingin mengambil kembali anak mereka untuk dijaga. Walaupun pengambilan anak pelihara adalah amat digalakkan, JKM hendaklah menyediakan prosedur yang sesuai kepada mereka yang ingin berbuat demikian bagi melindungi kanak-kanak sekiranya penjaga yang sah (ibu bapa kandung kanak-kanak) ingin mengambil semula kanak-kanak untuk dijaga.

Masyarakat juga digesa untuk menjadi masyarakat yang lebih prihatin. Setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika didapati ada kanak-kanak dalam kawasan kejiranan yang disyaki didera oleh ibu bapa atau penjaganya.  Para doktor swasta dan kerajaan juga mesti melaporkan kes penderaan kanak-kanak jika menemui unsur-unsur penderaan kanak-kanak ketika memberikan rawatan. Kerjasama yang serius dari semua pihak diperlukan demi menghentikan keganasan terhadap kanak-kanak.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

1 Februari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 5-2021_SUHAKAM Urges the Government to Provide Free COVID-19 Vaccine for All

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) urges the Government to provide free COVID-19 vaccine for all including the vulnerable communities, refugees, migrants, stateless persons, the detainees in the detention centres and prison inmates, without discrimination based on their nationality status.

SUHAKAM notes that the Government has established the Special Committee on Ensuring Access to COVID-19 Vaccine Supply (JKJAV) in 2020 to look into the matters relating to the procurement and distribution of the COVID-19 vaccine. According to the updates provided by the Government in December 2020, the current supply of the COVID-19 vaccine will allow 82.8% of Malaysians to receive the vaccine.

The right to health is a basic human right enjoyed by everyone. The access to healthcare, including vaccines, is an essential aspect of the right to health. The vulnerable communities, the refugees, migrant and undocumented workers and stateless persons face the risk of falling through the cracks in the current health system for many reasons including their status and nationality, and inability to afford the healthcare costs. It was reported that there are approximately 2.5 million documented migrant workers in the country, and this does not include the number of undocumented migrant workers as there is no clear data on this. In addition, there have been cases of COVID-19 infections in the detention centres and prisons. It is therefore important to take this into consideration when the Government distributes the COVID-19 vaccine.

SUHAKAM stresses that COVID-19 does not discriminate, it affects everyone including these vulnerable communities. SUHAKAM takes note of the news reports in the first week of January 2021 that JKJAV planned to suggest free vaccination for migrant workers in the country. In this regard, SUHAKAM hopes that JKJAV will look into this matter and ensure free COVID-19 vaccination for all including migrant and undocumented workers, refugees, stateless persons and the detainees in the detention centres and prison inmates.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

26 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa Kerajaan untuk memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua termasuk golongan rentan, pelarian, migran, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan dalam pusat tahanan dan banduan dalam penjara tanpa diskriminasi berdasarkan status kewarganegaraan mereka.

SUHAKAM mengambil maklum bahawa Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada tahun 2020 bagi meneliti perkara-perkara berkaitan perolehan dan pengagihan vaksin COVID-19. Menurut perkembangan yang dimaklumkan oleh Kerajaan pada bulan Disember 2020, bekalan vaksin COVID-19 pada masa ini akan membolehkan 82.8% rakyat Malaysia menerima vaksin tersebut.

Hak kepada kesihatan adalah hak asasi yang sepatutnya dinikmati oleh semua. Akses kepada penjagaan kesihatan, termasuk vaksin adalah satu aspek penting bagi hak kepada kesihatan. Golongan rentan, pelarian, pekerja migran dan pekerja tanpa dokumen dan orang tanpa kewarganegaraan menghadapi risiko dipinggirkan dalam sistem kesihatan sedia ada atas pelbagai sebab termasuk status dan kewarganegaraan mereka, dan ketidakmampuan untuk menanggung kos penjagaan kesihatan. Ia telah dilaporkan bahawa terdapat lebih kurang 2.5 juta pekerja migran berdokumen di negara ini, dan ini tidak termasuk bilangan pekerja migran tanpa dokumen kerana tiada data yang jelas tentang perkara ini. Tambahan pula, terdapat kes jangkitan COVID-19 di pusat tahanan dan penjara. Oleh itu, adalah penting agar perkara ini dipertimbangkan apabila Kerajaan mengagihkan vaksin COVID-19.

SUHAKAM menekankan bahawa COVID-19 tidak mendiskriminasi dan ia memberikan kesan kepada semua termasuk golongan rentan. SUHAKAM mengambil maklum tentang beberapa laporan berita pada minggu pertama Januari 2021 yang menyatakan bahawa JKJAV merancang untuk mencadangkan agar vaksinasi percuma diberikan kepada pekerja migran dalam negara. Dalam hal ini, SUHAKAM berharap JKJAV akan memperhalusi perkara ini dan memastikan agar vaksinasi percuma diberikan kepada semua termasuk pekerja migran, pekerja tanpa dokumen, pelarian, orang tanpa kewarganegaraan, tahanan dalam pusat tahanan dan banduan dalam penjara.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

26 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 4-2021_International Day of Education

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (24 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commemorates the International Day of Education which falls on 24 January every year. This year’s theme ‘Recover and Revitalize Education for the COVID-19 Generation’ is apt as it portrays one of the main challenges faced by many around the world including Malaysia, which is access to education.

Equal access to education is the most basic human right provided under Article 12 of the Federal Constitution. The COVID-19 pandemic has not only caused severe health and economic impacts, it has also posed challenges for students in accessing education. While schools and universities has resorted to technological solutions to conduct online classes and lectures for students, this did not ensure access to education for all as the underprivileged students faced difficulties in accessing online education due to the lack of access to internet or technological devices. In this regard, SUHAKAM commends the noble efforts by various parties including non-governmental organizations and Members of Parliament and State Legislative Assemblies to provide laptops and tablets for the underprivileged students.

SUHAKAM notes that RM47.2 billion has been allocated to the Ministry of Education and RM11.6 billion to the Ministry of Higher Education in Budget 2021 to provide quality education in the country. In the midst of the pandemic, the Government should also focus on the mitigation of the learning loss and prevent dropouts particularly among the vulnerable groups in the country. In this regard, SUHAKAM urges both Ministries to expedite the improvement of the educational facilities and provide the necessary assistance to enable online education and a conducive learning environment for all in every corner of Malaysia, leaving no one behind. SUHAKAM also calls for the implementation of precautionary measures and strict implementation of the standard operating procedures (SOPs) to ensure the safety of students who are involved with examinations and required to attend school in person.

SUHAKAM is of the view that human rights education is an integral part of the efforts to eliminate racial polarisation and discrimination in the national education system. As an effort to promote the inclusion of human rights education in schools, SUHAKAM, in collaboration with the Ministry of Education, has so far implemented the Human Rights Best Practices (ATHAM) program in 469 schools throughout Malaysia. Furthermore, SUHAKAM adopted its 2021-2025 Strategic Plan in 2020 and one of its strategic objectives is to eliminate racism through education. Despite the challenges posed by the COVID-19 pandemic to the implementation of human rights education, SUHAKAM is committed to work with the Ministry of Education to expand and improve the implementation of human rights education in Malaysia.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

24 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) memperingati Hari Pendidikan Antarabangsa yang disambut pada 24 Januari setiap tahun. Tema Hari Pendidikan Antarabangsa bagi tahun ini – “Memulihkan dan Menggiatkan Semula Pendidikan untuk Generasi COVID-19” adalah sesuai kerana ia menggambarkan salah satu cabaran utama yang dihadapi oleh ramai orang di seluruh dunia termasuk Malaysia iaitu akses kepada pendidikan.

Akses pendidikan yang sama rata adalah hak asasi yang termaktub di bawah Artikel 12 Perlembagaan Persekutuan. Pandemik COVID-19 bukan hanya mengakibatkan impak buruk terhadap kesihatan dan ekonomi, ia juga memberikan cabaran kepada pelajar dari segi akses kepada pendidikan. Walaupun sekolah dan universiti telah menggunakan teknologi maklumat bagi mengadakan kelas dan kuliah secara maya untuk pelajar, bukan semua pelajar yang mendapat akses kepada pendidikan. Pelajar yang kurang bernasib baik menghadapi kesukaran dalam mengakses pendidikan secara maya disebabkan ketiadaan akses kepada internet atau peralatan elektronik. Dalam hal ini, SUHAKAM memuji usaha murni pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang menyediakan bantuan komputer riba dan tablet kepada pelajar yang kurang berkemampuan.

SUHAKAM mengambil maklum bahawa peruntukan sebanyak RM47.2 bilion telah diberikan kepada Kementerian Pendidikan dan RM11.6 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi dalam Belanjawan 2021 bagi menyediakan pendidikan berkualiti dalam negara. Di tengah-tengah pandemik ini, Kerajaan perlu memberi fokus kepada usaha mitigasi bagi pembelajaran yang ketinggalan dan mengelakkan keciciran (dropout) terutamanya di kalangan golongan rentan dalam negara ini. Dalam hal ini, SUHAKAM menggesa kedua-dua Kementerian untuk mempercepatkan penambahbaikan kemudahan pendidikan dan menyediakan bantuan bagi membolehkan pendidikan secara maya dan persekitaran pendidikan yang kondusif untuk semua di seluruh Malaysia, tanpa meninggalkan sesiapa. SUHAKAM turut menyeru kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan langkah-langkah pencegahan yang ketat bagi memastikan keselamatan pelajar yang terlibat dalam peperiksaan dan perlu hadir ke sekolah.

SUHAKAM berpandangan bahawa pendidikan hak asasi manusia adalah satu bahagian penting dalam usaha menghapuskan polarisasi kaum dan diskriminasi dalam sistem pendidikan. Sebagai usaha untuk mempromosikan keterangkuman pendidikan hak asasi manusia di sekolah, SUHAKAM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan setakat ini telah melaksanakan program Amalan Terbaik Hak Asasi Manusia (ATHAM) di 469 sekolah di seluruh Malaysia. Tambahan pula, SUHAKAM telah menerima pakai Pelan Strategik 2021-2025 pada tahun 2020 dan salah satu daripada objektif strategiknya adalah menghapuskan diskriminasi kaum melalui pendidikan. Walaupun terdapat cabaran yang timbul daripada pandemik COVID-19 dalam melaksanakan pendidikan hak asasi manusia, SUHAKAM komited untuk bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memperluas dan menambah baik pendidikan hak asasi manusia di Malaysia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 3-2021_Amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355)

KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned over the recent news reports regarding the possibility for the Government to introduce heavier punishments on a specific group of people, particularly the lesbians, gays, bisexuals and transgender (LGBT) through amendments to the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction) Act 1965 (Act 355).

Currently, Act 355 provides that Syariah courts are empowered to impose maximum sentences of imprisonment not exceeding three years, any fine not exceeding RM5,000, or with whipping not exceeding six strokes or with any combination thereof for offences under the Islamic law. 

With regard to the proposed heavier punishments under Act 355, SUHAKAM reiterates that all forms of torture and other cruel, inhuman or degrading treatment including whipping are absolutely prohibited under international human rights standards, particularly the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Over the years, SUHAKAM has called for the repeal of corporal punishment in all laws, both civil and Syariah, to be in compliance with the international human rights standards. The imposition of the punishment of whipping on female offenders under the State Syariah Enactments violates the equality provision (Article 8) of the Federal Constitution since the federal Criminal Procedure Code exempts female offenders from the punishment of whipping for offences under federal law.

SUHAKAM stresses that all individuals, regardless of their sexual orientation or gender identity, should have the same fundamental rights as enshrined in the Federal Constitution including their right to privacy and to live with dignity. SUHAKAM notes that the Government has responded in Parliament in November 2020 that the proposed amendments to Act 355 would be further discussed with the other States in early 2021. In this regard, SUHAKAM calls upon the Government to reconsider the proposal to amend Act 355 and ensure that it is in line with the international human rights standards. SUHAKAM further recommends that the Government adopt a more compassionate approach by respecting human rights for all through continuous dialogues and awareness raising programmes with the relevant stakeholders.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

20 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap laporan berita baru-baru ini bahawa Kerajaan mungkin meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) bagi memperkenalkan hukuman yang lebih berat ke atas golongan tertentu terutamanya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Buat masa ini, Akta 355 memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa untuk mengenakan hukuman maksimum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, denda tidak melebihi RM5,000, atau sebatan  tidak melebihi enam sebatan atau apa-apa gabungan hukuman tersebut bagi kesalahan-kesalahan di bawah hukum syarak.

Berhubung dengan cadangan hukuman lebih berat di bawah Akta 355, SUHAKAM menekankan bahawa segala bentuk penyeksaan dan layanan atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah termasuk sebatan adalah dilarang sama sekali di bawah piawaian hak asasi manusia antarabangsa terutamanya Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Selama ini, SUHAKAM menyeru kepada pemansuhan hukuman sebatan dalam semua undang-undang Sivil dan Syariah agar ianya selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Pengenaan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita di bawah Enakmen Syariah Negeri adalah bertentangan dengan peruntukan kesamarataan dalam (Perkara 8) Perlembagaan Persekutuan memandangkan Kanun Prosedur Jenayah persekutuan mengecualikan pesalah wanita daripada hukuman sebatan bagi kesalahan di bawah undang-undang persekutuan. 

 SUHAKAM menekankan bahawa setiap individu, tanpa mengira orientasi seks atau identiti gender mereka, seharusnya mendapat hak asasi yang sama sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan termasuk hak privasi dan hak kepada kehidupan yang bermaruah. SUHAKAM mengambil maklum bahawa Kerajaan telah memberi maklum balas di Parlimen pada November 2020 bahawa cadangan pindaan ke atas Akta 355 akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama negeri-negeri lain pada awal tahun 2021. Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk mempertimbangkan semula cadangan pindaan Akta 355 dan memastikan agar ia selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa. SUHAKAM turut mencadangkan agar Kerajaan mengguna pakai pendekatan yang lebih prihatin dengan menghormati prinsip hak asasi manusia untuk semua termasuk melalui sesi dialog yang berterusan dan program kesedaran bersama pihak berkepentingan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

(OCC) Press Statement No. 1-2021_Alleged Rape in Police Lock-up

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (18 JANUARY 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled with the recent news of a 16 year-old girl who was allegedly raped by a male detainee in the lock-up at a police station in Sarawak.

The aforementioned case raises concerns on the Government’s lack of measures and mechanisms to protect children, even in detention. According to the Child Act 2001, a child is defined as those below the age of 18 years. The Children’s Commissioner would also like to emphasise that Malaysia, as a State Party to the Convention on the Rights of the Child (CRC), has the obligations to undertake the necessary actions to protect children’s rights.

Based on the information received from SUHAKAM’s office in Sarawak, the girl has lodged a police report of the unfortunate incident. It is of utmost importance that the investigation be carried out in the best interest of the child as such incident should not have occurred especially when the child was under the supervision of the law enforcement officers. More often than not, when a child comes into conflict with the law, there is a tendency to forget the fact that children are first and foremost victims and fundamental care to protect them is highly necessary.

While I understand that this case is now under investigation, I am of the view that the police should take serious and immediate actions to address this matter including by reviewing its standard operating procedures (SOPs) for the lock-up and improving its facilities such as the CCTVs to ensure children’s rights are protected. The Office of the Children’s Commissioner (OCC) will continue to follow up on this matter and make the necessary recommendations to ensure the right of the child and their safety are protected.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Children’s Commissioner

18 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (18 JANUARI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merakamkan rasa dukacita dan kecewa dengan berita yang dilaporkan baru-baru ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol oleh seorang tahanan lelaki di salah sebuah lokap balai polis di Sarawak.

Kes tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap kurangnya pelaksanaan dan mekanisma perlindungan oleh Kerajaan untuk melindungi kanak-kanak, termasuk kanak-kanak dalam tahanan. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Pesuruhjaya Kanak-Kanak juga ingin menekankan bahawa Malaysia, sebagai sebuah Negara Pihak bagi Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), mempunyai kewajipan untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi melindungi hak kanak-kanak.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pejabat SUHAKAM di Sarawak, kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden malang tersebut. Adalah amat penting bagi satu siasatan dijalankan demi kepentingan kanak-kanak kerana kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku, terutamanya apabila kanak-kanak tersebut berada di bawah pengawasan pegawai penguatkuasa undang-undang. Acap kali, kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang ada kecenderungan untuk dilupakan, walhal pada hakikatnya, kanak-kanak adalah mangsa dan penjagaan asas untuk melindungi mereka amat diperlukan.

Saya difahamkan bahawa kes ini sedang dalam siasatan, saya berpendapat bahawa pihak polis hendaklah mengambil tindakan serius dan segera untuk menangani perkara tersebut termasuk mengkaji semula semua garis panduan (SOP) bagi lokap dan mempertingkatkan fasilitinya seperti kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan hak kanak-kanak dilindungi. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) akan terus membuat pemantauan susulan terhadap isu ini dan akan memanjangkan cadangan yang sesuai dalam memastikan hak serta keselamatan kanak-kanak dilindungi.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

18 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No.2 -2021 Proclamation of Emergency

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (13 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concern on the Proclamation of Emergency announced recently by the Government, which is currently effective from 11 January 2021 until 1 August 2021.

The Proclamation of Emergency, which was issued to contain COVID-19 is unjustifiable, since the Government has just imposed the movement control orders from 13 until 26 January 2021. SUHAKAM notes that the number of COVID-19 cases has been on the rise since the past few months. However, the current measures undertaken by the Government including the movement control orders and strict adherence to the standard operating procedures (SOPs) by everyone may be sufficient to contain the pandemic. 

SUHAKAM also notes that during the Emergency period, Parliament and the State Legislative Assemblies will be prorogued (suspended) until further notice. SUHAKAM stresses that Parliament is the central institution of democracy and it is a body entrusted with the oversight function to ensure that the Government is fully accountable to the people. In view of the aforementioned announcement, SUHAKAM is concerned about the lack of check and balance on the concentration of executive powers of the Government during the period of Emergency. 

In this regard, SUHAKAM urges the Government to uphold their duty and responsibility to respect the rule of law and continue to protect the fundamental liberties of the citizens as guaranteed under the Federal Constitution in its efforts to contain the pandemic. SUHAKAM emphasises that the state of Emergency should be guided by human rights principles and should not be used for any purpose other than to respond to the COVID-19 pandemic. SUHAKAM also calls upon the Government to provide timely and effective measures to support the enjoyment of core economic and social rights of the people, particularly the vulnerable communities affected by the state of Emergency and the movement control orders. These measures include the provision of support for livelihood, food, education, social protection and health.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

13 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berkenaan pengumuman Proklamasi Darurat oleh Kerajaan baru-baru ini yang bermula daripada 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Proklamasi Darurat yang dikeluarkan bagi membendung wabak COVID-19 tidak boleh dijustifikasikan memandangkan Kerajaan baru sahaja melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan daripada 13 hingga 26 Januari 2021. SUHAKAM mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa bulan ini. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan dan pematuhan yang ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh rakyat dilihat mencukupi untuk membendung penularan wabak tersebut. 

SUHAKAM turut mengambil maklum bahawa dalam tempoh Darurat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditangguhkan (digantung) sehingga dimaklumkan kelak. SUHAKAM menekankan bahawa Parlimen adalah institusi utama demokrasi dan merupakan badan yang diamanahkan dengan fungsi pengawasan bagi memastikan Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat. Melihat kepada pengumuman ini, SUHAKAM bimbang tentang ketiadaan semak imbang terhadap penumpuan kuasa eksekutif Kerajaan sepanjang tempoh Darurat.

Dalam hal ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan agar mendukung tugas dan tanggungjawab mereka dalam menghormati kedaulatan undang-undang dan terus melindungi kebebasan asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mengawal wabak ini. SUHAKAM menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak COVID-19. SUHAKAM turut menyeru Kerajaan untuk mengatur langkah-langkah yang efektif bagi menyokong pemenuhan hak ekonomi dan sosial rakyat terutamanya golongan rentan yang terjejas oleh Darurat dan perintah kawalan pergerakan. Langkah-langkah ini termasuk peruntukan sokongan kelangsungan hidup, makanan, pendidikan, perlindungan sosial dan kesihatan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

13 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 1 – 2021 Freedom of Association

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (9 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concerns regarding the recent news reports on the Registrar of Societies (RoS)’s rejection of the application for registration by both PEJUANG and the Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) as political parties.

SUHAKAM stresses that the freedom of association is a fundamental liberty guaranteed to every citizen under Article 10(1)(c) of the Federal Constitution and the same rights enjoyed under Article 20(1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).  In this regard, SUHAKAM is of the view that there is a need to review the Societies Act 1966 as it contains provisions which may be deemed as inconsistent with the principles of human rights, particularly the right to freedom of association.

The Societies Act 1966 is an Act enacted to govern matters relating to the registration of societies. In accordance with the Act, matters relating to the registration of societies are under the purview of the RoS. In the past, SUHAKAM has made recommendations on reforms to be made to the Societies Act which included, among others, the following:  the proportionate exercise of the powers by the RoS for the purpose of the said Act, the review on the absolute discretion of the Minister to declare a society unlawful, the provision of a specific timeframe for the RoS’ decision on a registration application and communication to the applicant on the decision, and the obligation for RoS to furnish reasons for declining or not responding to an application for registration of associations.

Aside from the recommendations above, SUHAKAM proposes that the registration of societies including political parties be administered by an independent entity instead of a government department. This would further guarantee the impartiality and neutrality in the administration of matters relating to the registration of societies. 

In line with the Federal Constitution and the spirit of democracy, SUHAKAM calls upon the Government to review the Societies Act 1966 and SUHAKAM stands ready to assist the Government on this matter. In the interim, SUHAKAM hopes that the RoS carries out its functions and duties in a fair-minded and human rights compliant approach.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

9 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (9 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap laporan media baru-baru ini berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai parti politik.

SUHAKAM menekankan bahawa kebebasan berpersatuan adalah kebebasan asas yang dijamin kepada setiap rakyat di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan hak yang sama dinikmati di bawah Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).  Sehubungan itu, SUHAKAM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang boleh dianggap tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia terutamanya hak berpersatuan.

Akta Pertubuhan 1966 merupakan Akta yang digubal untuk mentadbir urus perkara berkaitan dengan pendaftaran pertubuhan. Menurut Akta ini, hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa RoS. Sebelum ini, SUHAKAM telah mengesyorkan agar pembaharuan dibuat ke atas Akta Pertubuhan dan antaranya termasuk pelaksanaan kuasa secara wajar oleh RoS untuk tujuan Akta tersebut, kajian semula terhadap budi bicara mutlak Menteri untuk mengisytiharkan suatu pertubuhan itu sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, peruntukan tempoh masa yang tertentu untuk RoS membuat keputusan terhadap suatu permohonan pendaftaran dan makluman kepada pemohon berhubung  keputusan tersebut, dan kewajipan RoS untuk memberikan alasan bagi penolakan atau tidak memberi maklum balas terhadap permohonan pendaftaran pertubuhan. 

Selain daripada syor-syor yang dinyatakan di atas, SUHAKAM mencadangkan agar pendaftaran pertubuhan termasuk parti politik ditadbir urus oleh entiti bebas dan bukan jabatan Kerajaan. Ini akan turut menjamin kesaksamaan dan sifat berkecuali dalam tadbir urus hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan. 

Selaras dengan Perlembagaan Persekutan dan semangat demokrasi, SUHAKAM menyeru agar Kerajaan mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 dan SUHAKAM sentiasa bersedia untuk membantu Kerajaan dalam perkara ini. Buat masa ini, SUHAKAM berharap agar RoS menjalankan fungsi dan tugasnya berdasarkan pendekatan yang adil dan selaras dengan hak asasi manusia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

9 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Decriminalise suicide attempt by amending the Penal Code / Kenyataan Media SUHAKAM: Pemansuhan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dengan pindaan Kanun Keseksaan

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (5 FEBRUARY 2020) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned bythe conviction and sentencing of a disabled man who attempted suicide in Kuala Terengganu.

The person with disabilities (PWD) in question was convicted without legal representation. Since 2019, the Government has made several statements which indicate the intention to decriminalise suicide by amending Sections 305, 306 and 309 of the Penal Code.

The Government anticipates that the tabling of this Bill will be possible by mid-2020.In light of this, SUHAKAM strongly believes that the PWD should not have been arrested and charged in the first place. Suicide is often the last resort for those experiencing deep emotional anguish who feel that they have no other alternatives.

The Commission believes that survivors of attempted suicide should be accorded the support and rehabilitation they need rather than to be treated like criminals.

SUHAKAM calls upon the Attorney-General to review this case and to refer it to the High Court to revise the conviction. SUHAKAM would also support the High Court’s move to revise the conviction on its own motion.

SUHAKAM also supports the Malaysian Bar Council’s call for a moratorium on all cases related to suicide until the Penal Code is amended, as has been the practice with the mandatory death penalty.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
5 February 2020

_______________________
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (5 Februari 2020) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangannya berhubung sabitan dan hukuman terhadap seorang lelaki kurang upaya atas cubaan membunuh diri di Kuala Terengganu.

Tertuduh yang merupakan orang kurang upaya (OKU) telah dijatuhi hukuman tanpa diwakili oleh peguam. Sejak tahun 2019, Kerajaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan niat untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah dengan membuat pindaan kepada Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.

Kerajaan menjangkakan untuk membentang Rang Undang-undang ini pada pertengahan tahun 2020. Oleh yang demikian, SUHAKAM percaya bahawa penahanan dan pendakwaan terhadap OKU tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan.

Tindakan membunuh diri merupakan pilihan terakhir bagi mereka yang mengalami tekanan emosi dan merasa bahawamereka tidak mempunyai pilihan lain. Suruhanjaya percaya bahawa mereka yang terselamat dari cubaan membunuh diri harus diberikan sokongan dan pemulihan yang diperlukan daripada dilayan seperti penjenayah.

SUHAKAM menyeru agar Peguam Negara mengkaji semula kes ini dan merujuknya ke Mahkamah Tinggi agar sabitan ini diubah. SUHAKAM turut menyokong agar Mahkamah Tinggi boleh mengkaji semula sabitan melalui usulnya sendiri.

SUHAKAM juga menyokong seruan Majlis Peguam Malaysia agar kes yang melibatkan cubaan membunuh diri diberikan moratorium sehingga Kanun Keseksaan dipinda sebagaimana yang dilaksanakan terhadap hukuman mati mandatori.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
5 Februari 2020

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Announcement of the Public Inquiry into the Disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy / Kenyataan Media SUHAKAM: Pengumuman Siasatan Awam Terhadap Kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2020) – In accordance with its statutory mandate and powers, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) will conduct a public inquiry into the cases of missing persons / the disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy to assist the authorities with their ongoing investigation.

The Panel of Inquiry will be chaired by Commissioner Dato Seri Hishamuddin Yunus and assisted by Commissioners Mr. Jerald Joseph and Dr. Madeline Berma. The hearings will commence from February 18 at the Inquiry Room, Level 13, SUHAKAM.

In relation to this, SUHAKAM calls for individuals with relevant and important information to come forward to have their statements recorded by SUHAKAM from now to 14 February 2020. Through this inquiry, SUHAKAM intends to fully investigate to its best ability what has transpired in order to identify and make the best possible recommendations to the appropriate parties.

Notwithstanding SUHAKAM’s investigation, the Commission calls on the authorities to fully and expeditiously investigate all cases where there is a reasonable suspicion that an enforced disappearance may have occurred. SUHAKAM underlines that ready availability of information on issues of public concern is of vital importance in a democratic society with an avowed commitment to transparency.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
26 January 2020
___________________________

KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2020) – Selaras dengan mandat dan kuasanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Dato’ Seri Hishamuddin Yunus dan dibantu oleh Pesuruhjaya Encik Jerald Joseph dan Dr. Madeline Berma. Sesi pendengaran akan bermula dari 18 Februari di Bilik Inkuiri, Aras 13, SUHAKAM.

SUHAKAM menyeru individu-individu yang mempunyai maklumat penting dan berkaitan untuk hadir dan memberikan rakaman keterangan kepada SUHAKAM bermula dari sekarang sehingga 14 Februari 2020. Melalui siasatan ini,SUHAKAM akan menyiasat sepenuhnya apa yang telah terjadi dengan sebaik mungkin bagi mengenalpasti dan membuat syor-syor kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Meskipun siasatan ini dijalankan oleh SUHAKAM, Suruhanjaya menyeru agar pihak berkuasa segera menyiasatdengan sepenuhnya semua kes yang mana kehilangan paksa berkemungkinan telah berlaku. SUHAKAM menekankan bahawa maklumat yang melibatkan kepentingan awam amat penting dalam masyarakat demokratik yang menyatakan komitmen terhadap ketelusan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
26 Januari 2020