UN AND SUHAKAM SIGN MOU TO ADVANCE HUMAN RIGHTS AND SDGs IN MALAYSIA
4 October, Putrajaya – The United Nations in Malaysia and the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) signed a Memorandum of Understanding (MoU) on advancing Human Rights and the achievement of the Sustainable Development Goals (SDGs).
The signatories were Ms. Karima El Korri, UN Resident Coordinator for Malaysia, Singapore and Brunei Darussalam and YBhg. Professor Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, Chairman of SUHAKAM.
Speaking at the signing ceremony, Ms. El Korri said, “The signing of this MoU marks a new milestone in the UN’s partnership with SUHAKAM, by codifying the working relationships between the UN and its agencies, and the Commission. It is especially timely given the appointment of a new set of Commissioners, and I pay tribute to the new Chairman Professor Dato’ Dr. Rahmat for his leadership in bringing this to fruition”.
The signing of the MoU is an important step towards enhancing cooperation between the UN and SUHAKAM. In signing the document, the two organizations agreed to collaborate and strengthen the exchange of information in six priority areas:
- Malaysia’s engagement with the UN human rights mechanisms
- Promotion of human rights and human rights education
- Human rights advocacy
- Exchange of information in fields of mutual interest
- Protection of human rights defenders
- Strengthening the availability of human rights data linked to the SDGs
Professor Dato’ Dr. Rahmat added, “SUHAKAM and UN in Malaysia have specific but complementary roles in supporting the Government of Malaysia to plan and implement effective strategies, towards advancing human rights and meeting the sustainable goals for all in Malaysia”.
Both organizations will work together to draw focus on human rights in Malaysia and to support the country’s participation in international human rights mechanisms. This includes the Universal Periodic Review, ratification or accession of human rights treaties, visits of the UN Special Rapporteurs, and the implementation of the recommendations of the human rights mechanisms; and encouraging multi-stakeholder engagement.
In addition, the MoU aims to promote knowledge sharing, organize activities to commemorate international days relevant to human rights, the promotion of civic space to protect and promote human rights, and support the availability and strengthening of human rights data linked to implementation of the SDGs in Malaysia.
The signing ceremony was attended by representatives from UN agencies and Commissioners of SUHAKAM.
-ENDS-
PBB DAN SUHAKAM MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN UNTUK MEMAJUKAN HAK ASASI MANUSIA DAN MATLAMAT PEMBANGUNAN MAMPAN (SDG) DI MALAYSIA
4 Oktober, Putrajaya – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia (UN Malaysia) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam memajukan Hak Asasi Manusia dan mengukuhkan pelaksanaan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Memorandum tersebut telah ditandatangani oleh Puan Penyelaras Residen PBB untuk Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam, Karima El Korri dan Pengerusi SUHAKAM, Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad.
Ketika berucap, Puan Karima El Korri menyatakan “MoU ini menandakan satu kejayaan baharu dalam kerjasama antara PBB dan SUHAKAM, dengan mengkodifikasikan hubungan kerjasama antara agensi-agensi PBB dan SUHAKAM. Ia amat tepat pada masanya seiring pelantikan Pesuruhjaya yang baharu, dan saya merakamkan penghargaan kepada Pengerusi SUHAKAM Prof. Dato’ Dr. Rahmat atas komitmen beliau dalam menjayakan perkara ini”.
MoU tersebut merupakan langkah penting ke arah meningkatkan kerjasama antara PBB dan SUHAKAM. Kedua-dua organisasi bersetuju untuk bekerjasama dan mengukuhkan pertukaran maklumat dalam enam bidang utama antaranya:
- Penglibatan Malaysia dengan mekanisme hak asasi manusia PBB;
- Promosi dan pendidikan hak asasi manusia;
- Advokasi hak asasi manusia;
- Pertukaran maklumat dalam bidang kepentingan bersama;
- Perlindungan pembela hak asasi manusia; dan
- Memperkukuh ketersediaan data hak asasi manusia yang berkaitan dengan SDG.
Prof. Dato’ Dr. Rahmat menambah, “SUHAKAM dan PBB di Malaysia mempunyai peranan khusus yang saling melengkapi dalam menyokong Kerajaan Malaysia untuk merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan, ke arah memajukan hak asasi manusia dan memenuhi matlamat yang mampan untuk semua di Malaysia”.
Kedua-dua organisasi akan bekerjasama untuk memberi tumpuan kepada hak asasi manusia di Malaysia dan menyokong penyertaan negara dalam mekanisme hak asasi manusia antarabangsa. Ini termasuk Penilaian Berkala Sejagat (UPR), ratifikasi atau penyertaan dalam triti hak asasi manusia, lawatan Pelapor Khas PBB, dan pelaksanaan syor mekanisme hak asasi manusia; dan menggalakkan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan.
Di samping itu, MoU ini bertujuan untuk menggalakkan perkongsian pengetahuan, menganjurkan aktiviti untuk memperingati hari antarabangsa yang berkaitan dengan hak asasi manusia, meningkatkan kesedaran sivik dalam melindungi dan mempromosi hak asasi manusia, dan menyokong ketersediaan dan pengukuhan data hak asasi manusia yang berkaitan dengan pelaksanaan SDG di Malaysia.
Majlis menandatangani perjanjian itu telah dihadiri oleh wakil dari agensi PBB dan Pesuruhjaya SUHAKAM.
-TAMAT-