PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (2 DECEMBER 2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes, with respect and gratitude of the decree made by the Malay Rulers at 260th meeting of the Conference of Rulers. The decree of urging political leaders to stop playing up racial or religious issues with the purpose of incitement is vital to preserving racial harmony and stability of the multiracial society in Malaysia.
In furtherance to this, SUHAKAM echoes the call to unity which the National Unity Policy and Action Plan 2021-2030 outlines 12 strategies among others, continuous efforts to develop patriotic and democratic citizens based on the Federal Constitution and the Rukun Negara, aiming at fostering and strengthening the unity of the people.
Therefore, SUHAKAM would like to remind all that the principles outlined in the Rukun Negara should be the key to fostering racial harmony and unity, of which, together the people and nation have to strive living up to these principles.
SUHAKAM also subscribes to and supports the principle of separation of powers to ensure the integrity and independence of the judiciary are protected and free from any external interference and political pressure.
In this regard, SUHAKAM calls for good governance and respect for human rights and urges this new Government to foster the spirit of togetherness among Malaysians, regardless of their background, ethnicity and nationality, in which everyone deserves to be treated with respect and dignity.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
2 December 2022
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (2 DISEMBER 2022) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjunjung kasih, dengan rasa hormat dan terima kasih atas titah Raja-Raja Melayu pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260. Dekri yang menggesa pemimpin politik untuk berhenti memainkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut dan kepentingan untuk kita semua memelihara keharmonian kaum dan kestabilan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Sejajar dengan itu, SUHAKAM menjunjung seruan perpaduan yang mana Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan 2021-2030 telah menggariskan 12 strategi, antaranya, usaha yang berterusan untuk membangunkan warganegara yang patriotik dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan rakyat.
Justeru itu, SUHAKAM ingin mengingatkan bahawa prinsip-prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara harus menjadi kunci untuk memupuk keharmonian dan perpaduan kaum dan rakyat harus bersama-sama berusaha untuk menghayati prinsip tersebut.
SUHAKAM juga bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman dilindungi dan bebas daripada sebarang campur tangan dari pihak luar dan tekanan politik.
Oleh yang demikian, SUHAKAM menyeru tadbir urus yang baik dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan menggesa Kerajaan baharu ini untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, etnik dankewarganegaraan mereka, di mana setiap orang berhak dilayan dengan hormat dan bermaruah.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
2 Disember 2022