PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (4 AUGUST 2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) had received a complaint, in relation to the death of 36 year old Kim Shih Keat in Kluang Prison, Johor, on 28 June 2022.
In line with its power as defined under the Human Rights Commission Act 1999 [Act 597], SUHAKAM has initiated an investigation and, thus far, obtained detailed information from the family of the deceased, as well as recorded statements from prison officers and the prisoner’s cellmates at the Kluang Prison on 2 August 2022.
SUHAKAM takes a serious view of death in custody (DIC) cases and continues to engage with the relevant stakeholders to develop Standard Operating Procedures (SOPs) and, to enact or review of relevant laws in addressing this issue. SUHAKAM is of the view that all DIC cases should be investigated through an inquest process which is transparent and comprehensive in manner. SUHAKAM wishes to reiterate the importance of Custodial Health Unit (CHU) in Police Detention Centres which aims to monitor and manage the health of those detained, to minimise the risk of DICs. This initiative was initiated by SUHAKAM in collaboration with the Royal Police Malaysia (PDRM) and Ministry of Health (MOH).
SUHAKAM had published the report on “Deaths in Police Custody: a Thematic Study on Lock-Up Conditions and Factors Contributing to Death” in 2016, and “The Right to Health in Prison in Malaysia” in 2017. Both reports highlighted the importance of on-going monitoring and management of detainees’ health while they are in detention.
The right to life is guaranteed in Article 5(1) of the Federal Constitution, Article 3 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and Article 6 of the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR). DIC remains, as it always has been, a major focus and SUHAKAM stands ready to work with the authorities to identify ways and means to reduce the risk of DICs.
-END-
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
4 August 2022
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (4 OGOS 2022) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) telah menerima aduan berkenaan kes kematian Kim Shih Keat, 36 tahun, yang ditemui mati di Penjara Kluang, Johor pada 28 Jun 2022.
Selaras dengan bidang kuasanya, SUHAKAM telah bertindak di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 [Akta 597] menjalankan siasatan dan telah merekodkan maklumat terperinci daripada keluarga mendiang serta membuat lawatan ke Penjara Kluang pada 2 Ogos 2022 untuk mendapatkan keterangan lanjut serta merekodkan keterangan anggota penjara dan juga rakan sel yang berkenaan.
SUHAKAM memandang serius isu kematian dalam tahanan dan sering mengadakan perbincangan dengan kesemua pihak berkepentingan untuk merangka prosedur operasi standard (SOP) dan juga penggubalan atau pindaan undang-undang yang perlu untuk mengatasi isu ini. SUHAKAM berpendirian bahawa kesemua kematian dalam tahanan seharusnya disiasat secara terbuka dan menyeluruh melalui prosiding inkues. SUHAKAM ingin menekankan akan kepentingan penubuhan Unit Kesihatan Dalam Tahanan Polis yang berperanan untuk memantau dan menguruskan perkhidmatan kesihatan di pusat tahanan polis bagi mengurangkan risiko kejadian kematian dalam tahanan. Inisiatif ini dimulakan oleh SUHAKAM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pada 2016, SUHAKAM telah menerbitkan laporan bertajuk “Kematian Dalam Tahanan Polis: Satu Kaji Selidik Mengenai Keadaan Lokap dan Faktor-faktor Penyumbang kepada Kematian” dan pada 2017 SUHAKAM juga telah menerbitkan laporan bertajuk “Hak Kepada Kesihatan di dalam Penjara: Laporan dan Hasil Kaji Selidik di Malaysia” yang mana kedua-dua laporan ini menekankan akan kepentingan untuk memantau serta menguruskan kesihatan tahanan semasa mereka berada dalam tahanan.
Hak kepada nyawa adalah dijamin di bawah Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutuan, Perkara 3 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Perkara 6 Kovenan Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR). Isu kematian dalam tahanan akan kekal menjadi fokus utama dan SUHAKAM sentiasa bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa mencari jalan dan cara untuk mengurangkan risiko kematian dalam tahanan.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
4 Ogos 2022
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my