PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (15 NOVEMBER 2022) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) commends the swift action of the Royal Malaysia Police (RMP) in investigating the viral video of a mother carrying a child, whilst zipping down a flying fox line in Kuala Kubu Bharu. SUHAKAM hopes that further investigation will be carried out to identify if there is any element of non-compliance in adhering to the standard operating procedures (SOP) in operating these extreme recreational activities.
SUHAKAM urges for parents and/or guardian to be more attentive in ensuring the safety of their children. The operators of extreme sports should strictly comply with their operation guidelines, rules and regulations to ensure the safety of their clients. The clients, themselves, should also bear responsibility to adhere to all safety requirements to prevent any untoward incident.
Between 2019 to 2022, SUHAKAM received 96 cases related to parental/ guardian negligence/abandonment involving children. Parental negligence and abandonment is a crime under the Child Act 2001 [Act 611]. The parents and/or guardian are liable for any injury or death to their children unless all measures to ensure the safety of the children has been taken.
SUHAKAM recommends for a holistic framework be developed by the Department of Social Welfare (JKM) to better address the abandonment and negligence cases involving children. In line with Section 29A Act 611, members of the public are encouraged to report cases of abandonment/negligence to the police through the emergency response service 999 or JKM via Talian Kasih 15999 or through WhatsApp at 019-2615999, as part of collective efforts in curbing this issue.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
15 November 2022
Media queries: Contact Ms. Norasshikin Hamzah at 03-2612 5687/019-6215336 or shikin@suhakam.org.my
———-
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (15 NOVEMBER 2022) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menghargai usaha pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengambil tindakan pantas membuka kertas siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan aksi seorang wanita mendukung anak ketika melakukan aktiviti “flying fox” di Kuala Kubu Bharu, Selangor. SUHAKAM juga berharap agar siasatan dapat dijalankan terhadap pengusaha premis tersebut bagi mengenalpasti sama ada terdapat unsur-unsur ketidakpatuhan kepada piawaian operasi standard (SOP) dalam mengendalikan pusat rekreasi aktiviti lasak.
SUHAKAM menggesa agar semua ibu bapa dan/atau penjaga untuk lebih serius dalam memastikan keselamatan kanak-kanak. Pengusaha sukan rekreasi lasak perlu mematuhi sepenuhnya garis panduan dan peraturan dalam memastikan keselamatan pengguna. Pengguna juga bertanggungjawab untuk mematuhi segala aspek keselamatan yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.
Antara tahun 2019 hingga 2022, SUHAKAM telah menerima sebanyak 96 kes yang melibatkan dakwaan pengabaian/kecuaian ibu bapa/penjaga terhadap kanak-kanak. Pengabaian dan kecuaian ibu bapa merupakan satu jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611]. Kecederaan atau kematian kanak-kanak bukan merupakan suatu pengabaian atau kecuaian hanya jika segala langkah dalam memastikan keselamatan kanak-kanak tersebut telah diambil.
SUHAKAM mengesyorkan agar satu kerangka yang holistik diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar kes yang melibatkan pengabaian dan/atau kecuaian dapat ditangani dengan lebih baik. Selaras dengan Seksyen 29A, Akta 611, masyarakat awam turut digalakkan untuk melaporkan kes pengabaian/kecuaian kepada pihak PDRM melalui talian kecemasan 999 atau JKM di Talian Kasih 15999 atau melalui aplikasi whatsapp di 019-2615999 sebagai satu usaha kolektif dalam membendung isu sebegini.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
15 November 2022
Pertanyaan media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-26125687/019-6215336 atau melalui emel shikin@suhakam.org.my