PS

Press Statement No.2 -2021 Proclamation of Emergency

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (13 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concern on the Proclamation of Emergency announced recently by the Government, which is currently effective from 11 January 2021 until 1 August 2021.

The Proclamation of Emergency, which was issued to contain COVID-19 is unjustifiable, since the Government has just imposed the movement control orders from 13 until 26 January 2021. SUHAKAM notes that the number of COVID-19 cases has been on the rise since the past few months. However, the current measures undertaken by the Government including the movement control orders and strict adherence to the standard operating procedures (SOPs) by everyone may be sufficient to contain the pandemic. 

SUHAKAM also notes that during the Emergency period, Parliament and the State Legislative Assemblies will be prorogued (suspended) until further notice. SUHAKAM stresses that Parliament is the central institution of democracy and it is a body entrusted with the oversight function to ensure that the Government is fully accountable to the people. In view of the aforementioned announcement, SUHAKAM is concerned about the lack of check and balance on the concentration of executive powers of the Government during the period of Emergency. 

In this regard, SUHAKAM urges the Government to uphold their duty and responsibility to respect the rule of law and continue to protect the fundamental liberties of the citizens as guaranteed under the Federal Constitution in its efforts to contain the pandemic. SUHAKAM emphasises that the state of Emergency should be guided by human rights principles and should not be used for any purpose other than to respond to the COVID-19 pandemic. SUHAKAM also calls upon the Government to provide timely and effective measures to support the enjoyment of core economic and social rights of the people, particularly the vulnerable communities affected by the state of Emergency and the movement control orders. These measures include the provision of support for livelihood, food, education, social protection and health.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

13 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berkenaan pengumuman Proklamasi Darurat oleh Kerajaan baru-baru ini yang bermula daripada 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021.

Proklamasi Darurat yang dikeluarkan bagi membendung wabak COVID-19 tidak boleh dijustifikasikan memandangkan Kerajaan baru sahaja melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan daripada 13 hingga 26 Januari 2021. SUHAKAM mengambil maklum bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 sejak beberapa bulan ini. Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan dan pematuhan yang ketat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh rakyat dilihat mencukupi untuk membendung penularan wabak tersebut. 

SUHAKAM turut mengambil maklum bahawa dalam tempoh Darurat, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan ditangguhkan (digantung) sehingga dimaklumkan kelak. SUHAKAM menekankan bahawa Parlimen adalah institusi utama demokrasi dan merupakan badan yang diamanahkan dengan fungsi pengawasan bagi memastikan Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap rakyat. Melihat kepada pengumuman ini, SUHAKAM bimbang tentang ketiadaan semak imbang terhadap penumpuan kuasa eksekutif Kerajaan sepanjang tempoh Darurat.

Dalam hal ini, SUHAKAM menggesa Kerajaan agar mendukung tugas dan tanggungjawab mereka dalam menghormati kedaulatan undang-undang dan terus melindungi kebebasan asasi rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam usaha mengawal wabak ini. SUHAKAM menekankan bahawa Darurat seharusnya berpandukan prinsip hak asasi manusia dan tidak patut digunakan untuk tujuan lain selain daripada menangani wabak COVID-19. SUHAKAM turut menyeru Kerajaan untuk mengatur langkah-langkah yang efektif bagi menyokong pemenuhan hak ekonomi dan sosial rakyat terutamanya golongan rentan yang terjejas oleh Darurat dan perintah kawalan pergerakan. Langkah-langkah ini termasuk peruntukan sokongan kelangsungan hidup, makanan, pendidikan, perlindungan sosial dan kesihatan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

13 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 1 – 2021 Freedom of Association

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (9 JANUARY 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses its concerns regarding the recent news reports on the Registrar of Societies (RoS)’s rejection of the application for registration by both PEJUANG and the Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) as political parties.

SUHAKAM stresses that the freedom of association is a fundamental liberty guaranteed to every citizen under Article 10(1)(c) of the Federal Constitution and the same rights enjoyed under Article 20(1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).  In this regard, SUHAKAM is of the view that there is a need to review the Societies Act 1966 as it contains provisions which may be deemed as inconsistent with the principles of human rights, particularly the right to freedom of association.

The Societies Act 1966 is an Act enacted to govern matters relating to the registration of societies. In accordance with the Act, matters relating to the registration of societies are under the purview of the RoS. In the past, SUHAKAM has made recommendations on reforms to be made to the Societies Act which included, among others, the following:  the proportionate exercise of the powers by the RoS for the purpose of the said Act, the review on the absolute discretion of the Minister to declare a society unlawful, the provision of a specific timeframe for the RoS’ decision on a registration application and communication to the applicant on the decision, and the obligation for RoS to furnish reasons for declining or not responding to an application for registration of associations.

Aside from the recommendations above, SUHAKAM proposes that the registration of societies including political parties be administered by an independent entity instead of a government department. This would further guarantee the impartiality and neutrality in the administration of matters relating to the registration of societies. 

In line with the Federal Constitution and the spirit of democracy, SUHAKAM calls upon the Government to review the Societies Act 1966 and SUHAKAM stands ready to assist the Government on this matter. In the interim, SUHAKAM hopes that the RoS carries out its functions and duties in a fair-minded and human rights compliant approach.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

9 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (9 JANUARI 2021)   –   Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap laporan media baru-baru ini berhubung tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menolak permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sebagai parti politik.

SUHAKAM menekankan bahawa kebebasan berpersatuan adalah kebebasan asas yang dijamin kepada setiap rakyat di bawah Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan dan hak yang sama dinikmati di bawah Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).  Sehubungan itu, SUHAKAM berpandangan bahawa terdapat keperluan untuk mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 kerana ia mengandungi peruntukan-peruntukan yang boleh dianggap tidak selaras dengan prinsip hak asasi manusia terutamanya hak berpersatuan.

Akta Pertubuhan 1966 merupakan Akta yang digubal untuk mentadbir urus perkara berkaitan dengan pendaftaran pertubuhan. Menurut Akta ini, hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa RoS. Sebelum ini, SUHAKAM telah mengesyorkan agar pembaharuan dibuat ke atas Akta Pertubuhan dan antaranya termasuk pelaksanaan kuasa secara wajar oleh RoS untuk tujuan Akta tersebut, kajian semula terhadap budi bicara mutlak Menteri untuk mengisytiharkan suatu pertubuhan itu sebagai pertubuhan yang menyalahi undang-undang, peruntukan tempoh masa yang tertentu untuk RoS membuat keputusan terhadap suatu permohonan pendaftaran dan makluman kepada pemohon berhubung  keputusan tersebut, dan kewajipan RoS untuk memberikan alasan bagi penolakan atau tidak memberi maklum balas terhadap permohonan pendaftaran pertubuhan. 

Selain daripada syor-syor yang dinyatakan di atas, SUHAKAM mencadangkan agar pendaftaran pertubuhan termasuk parti politik ditadbir urus oleh entiti bebas dan bukan jabatan Kerajaan. Ini akan turut menjamin kesaksamaan dan sifat berkecuali dalam tadbir urus hal ehwal berkaitan pendaftaran pertubuhan. 

Selaras dengan Perlembagaan Persekutan dan semangat demokrasi, SUHAKAM menyeru agar Kerajaan mengkaji semula Akta Pertubuhan 1966 dan SUHAKAM sentiasa bersedia untuk membantu Kerajaan dalam perkara ini. Buat masa ini, SUHAKAM berharap agar RoS menjalankan fungsi dan tugasnya berdasarkan pendekatan yang adil dan selaras dengan hak asasi manusia.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

9 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Decriminalise suicide attempt by amending the Penal Code / Kenyataan Media SUHAKAM: Pemansuhan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dengan pindaan Kanun Keseksaan

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (5 FEBRUARY 2020) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned bythe conviction and sentencing of a disabled man who attempted suicide in Kuala Terengganu.

The person with disabilities (PWD) in question was convicted without legal representation. Since 2019, the Government has made several statements which indicate the intention to decriminalise suicide by amending Sections 305, 306 and 309 of the Penal Code.

The Government anticipates that the tabling of this Bill will be possible by mid-2020.In light of this, SUHAKAM strongly believes that the PWD should not have been arrested and charged in the first place. Suicide is often the last resort for those experiencing deep emotional anguish who feel that they have no other alternatives.

The Commission believes that survivors of attempted suicide should be accorded the support and rehabilitation they need rather than to be treated like criminals.

SUHAKAM calls upon the Attorney-General to review this case and to refer it to the High Court to revise the conviction. SUHAKAM would also support the High Court’s move to revise the conviction on its own motion.

SUHAKAM also supports the Malaysian Bar Council’s call for a moratorium on all cases related to suicide until the Penal Code is amended, as has been the practice with the mandatory death penalty.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
5 February 2020

_______________________
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (5 Februari 2020) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangannya berhubung sabitan dan hukuman terhadap seorang lelaki kurang upaya atas cubaan membunuh diri di Kuala Terengganu.

Tertuduh yang merupakan orang kurang upaya (OKU) telah dijatuhi hukuman tanpa diwakili oleh peguam. Sejak tahun 2019, Kerajaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan niat untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah dengan membuat pindaan kepada Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.

Kerajaan menjangkakan untuk membentang Rang Undang-undang ini pada pertengahan tahun 2020. Oleh yang demikian, SUHAKAM percaya bahawa penahanan dan pendakwaan terhadap OKU tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan.

Tindakan membunuh diri merupakan pilihan terakhir bagi mereka yang mengalami tekanan emosi dan merasa bahawamereka tidak mempunyai pilihan lain. Suruhanjaya percaya bahawa mereka yang terselamat dari cubaan membunuh diri harus diberikan sokongan dan pemulihan yang diperlukan daripada dilayan seperti penjenayah.

SUHAKAM menyeru agar Peguam Negara mengkaji semula kes ini dan merujuknya ke Mahkamah Tinggi agar sabitan ini diubah. SUHAKAM turut menyokong agar Mahkamah Tinggi boleh mengkaji semula sabitan melalui usulnya sendiri.

SUHAKAM juga menyokong seruan Majlis Peguam Malaysia agar kes yang melibatkan cubaan membunuh diri diberikan moratorium sehingga Kanun Keseksaan dipinda sebagaimana yang dilaksanakan terhadap hukuman mati mandatori.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
5 Februari 2020

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Announcement of the Public Inquiry into the Disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy / Kenyataan Media SUHAKAM: Pengumuman Siasatan Awam Terhadap Kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2020) – In accordance with its statutory mandate and powers, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) will conduct a public inquiry into the cases of missing persons / the disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy to assist the authorities with their ongoing investigation.

The Panel of Inquiry will be chaired by Commissioner Dato Seri Hishamuddin Yunus and assisted by Commissioners Mr. Jerald Joseph and Dr. Madeline Berma. The hearings will commence from February 18 at the Inquiry Room, Level 13, SUHAKAM.

In relation to this, SUHAKAM calls for individuals with relevant and important information to come forward to have their statements recorded by SUHAKAM from now to 14 February 2020. Through this inquiry, SUHAKAM intends to fully investigate to its best ability what has transpired in order to identify and make the best possible recommendations to the appropriate parties.

Notwithstanding SUHAKAM’s investigation, the Commission calls on the authorities to fully and expeditiously investigate all cases where there is a reasonable suspicion that an enforced disappearance may have occurred. SUHAKAM underlines that ready availability of information on issues of public concern is of vital importance in a democratic society with an avowed commitment to transparency.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
26 January 2020
___________________________

KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2020) – Selaras dengan mandat dan kuasanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Dato’ Seri Hishamuddin Yunus dan dibantu oleh Pesuruhjaya Encik Jerald Joseph dan Dr. Madeline Berma. Sesi pendengaran akan bermula dari 18 Februari di Bilik Inkuiri, Aras 13, SUHAKAM.

SUHAKAM menyeru individu-individu yang mempunyai maklumat penting dan berkaitan untuk hadir dan memberikan rakaman keterangan kepada SUHAKAM bermula dari sekarang sehingga 14 Februari 2020. Melalui siasatan ini,SUHAKAM akan menyiasat sepenuhnya apa yang telah terjadi dengan sebaik mungkin bagi mengenalpasti dan membuat syor-syor kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Meskipun siasatan ini dijalankan oleh SUHAKAM, Suruhanjaya menyeru agar pihak berkuasa segera menyiasatdengan sepenuhnya semua kes yang mana kehilangan paksa berkemungkinan telah berlaku. SUHAKAM menekankan bahawa maklumat yang melibatkan kepentingan awam amat penting dalam masyarakat demokratik yang menyatakan komitmen terhadap ketelusan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
26 Januari 2020