PS

Press Statement No. 22-2023_Elimination of Discrimination and Barriers Against Children Toward Citizenship / Kenyataan Media No.22-2023_Hapuskan Diskriminasi Dan Kekangan Terhadap Kanak-Kanak Untuk Menjadi Warganegara

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (28 JUNE 2023)   – The recent move by the Ministry of Home Affairs to amend the provisions of the Federal Constitution in easing the citizenship application of children born overseas of Malaysian mothers with foreign spouses is a significant shift toward the trajectory of ending gender-discriminatory nationality.

However, in the attempt to comprehensively overhaul the provision of citizenship enunciated in the Federal Constitution, it is willfully dangerous in conflating the intention that seeks to refine the intricate practice of the acquisition of citizenship and ensure greater inclusivity with the potential for discrimination and exclusion of certain groups.

The proposed amendment is seemingly detached from the necessity to take into consideration the contextual circumstances of the factors that render individuals especially children statelessness in the first place. The government has the primary obligation to remove the barriers whilst at the same time upholding its reins in securing national interests and state sovereignty over citizenship regulations.

Moreover, children should be regarded as full rights-holder individuals that have the right to acquire citizenship. On the other hand, the proposed amendments aggravate the subsumption of their rights under their parents. The proposed amendments should be crafted through the lens of having the effect of reducing statelessness and the best interest of the children conjunctively.

The Federal Constitution is without a doubt, a rights-based piece of founding document that reflects our founding fathers’ aspiration for human rights in guiding our nations. This is exemplified by our former Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein on his explanation found in Hansard when proposing a safety valve resulting in Article 15A of the Federal Constitution to retain protection or safeguard against statelessness in the event of hardships and interests of the child to be conferred the citizenship.

We urge further detailed consultations with all the relevant stakeholders to ensure that all the previous shortcomings and weaknesses in the law and Federal Constitution be addressed with less ambiguity and more clarity.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner  28 June 2023

—————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (28 JUN 2023)   –   Langkah terkini oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk memudahkan permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing merupakan pindaan ulung dalam usaha mengakhiri diskriminasi gender di dalam mendapatkan hak kewarganegaraan.

Walaubagaimanapun, usaha menjalankan pindaan terhadap peruntukan kewarganegaraan dengan niat untuk menyempurnakan amalan yang rumit dalam mendapatkan taraf kewarganegaraan secara menyeluruh ini turut berisiko untuk mendiskriminasikan dan mengenepikan kumpulan tertentu.

Pindaan yang dicadangkan dilihat mengabaikan keperluan untuk mengambil kira keadaan dan faktor yang menyebabkan individu, terutamanya kanak-kanak menjadi tiada kewarganegaraan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar untuk menghapuskan kekangan tersebut, dan pada masa yang sama mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara dalam mengawalselia peraturan berkenaan kewarganegaraan.

Selain itu, kanak-kanak sepatutnya dianggap sebagai individu pemegang hak sepenuhnya (full-rights holder) yang mempunyai hak untuk memperoleh kewarganegaraan. Walau bagaimanapun, pindaan yang dicadangkan menyukarkan mereka untuk memperoleh hak daripada ibu bapa mereka. Pindaan yang dicadangkan sewajarnya dirangka dari perspektif dua-hala iaitu dengan mengambil kira natijah untuk mengurangkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan memelihara kepentingan terbaik kanak-kanak.

Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen asas yang berpaksikan hak asasi manusia serta mencerminkan aspirasi bapa-bapa pengasas kita agar hak asasi manusia menjadi panduan di dalam membimbing bangsa. Hal ini ditekankan secara jelas oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, dalam Hansard ketika mencadangkan langkah perlindungan khusus kepada kanak-kanak dengan memasukkan Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan menganugerahkan kewarganegaraan kepada kanak-kanak di dalam situasi di mana mereka terdedah kepada keadaan menjadi tiada kewarganegaraan, dan adalah menjadi kepentingan terbaik kanak-kanak untuk diberikan kewarganegaraan.

Kami menggesa satu rundingan yang terperinci dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan semua kelemahan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan ditangani dengan lebih jelas.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak 28 Jun 2023

PS

Press Statement No. 21-2023_Children’s Commissioner Is Deeply Concerned Over SAR Registration Issue and Its Impact on Children / Kenyataan Media No.21-2023_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Sangat Bimbang Berhubung Isu Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kesan Terhadap Kanak-Kanak

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (26 JUNE 2023)   –   The Children’s Commissioner (CC) expresses deep concern regarding the ongoing registration issue surrounding Sekolah Agama Rakyat (SAR) and its adverse impact on the children involved. SAR plays a vital role in providing religious education and guidance to a significant number of children in Malaysia. However, several SARs in different regions are facing challenges in the registration process. Consequently, this has led to various difficulties and uncertainties for the affected children, their families, and the respective SAR administrations.

Based on our observation records, the issue lies in the fact that more than 90% of the SARs visited in Pahang and Selangor are experiencing obstacles in the registration process. In contrast, SARs visited in Perak have successfully registered, thanks to the state government’s implementation of the ‘Mesra-SAR’ approach since 2008.

SARs can register with the Ministry of Education Malaysia (MOE) or the State Islamic Religious Affairs Department. While many SARs have submitted their applications, they are still awaiting approval. Some SARs have resorted to operating on temporary registrations granted three years ago or even earlier. This situation exposes these schools to legal consequences and renders them ineligible for financial assistance, necessary infrastructure, and qualified teaching personnel.

CC urges the relevant authorities, including the MOE and the State Islamic Religious Affairs Departments, to expedite the registration process for SARs. It is crucial to create a conducive environment where SARs can operate legally, ensuring the provision of proper education and support for students.

CC also propose that the State Islamic Religious Affairs Departments collaborate with the State Zakat Centre and the State Islamic Religious Council to provide financial assistance to SARs facing difficulties in meeting the requirements stipulated by the state local authorities and the fire department for operating their schools.

CC will closely monitor and engage with the relevant stakeholders to effectively address this matter. CC calls for collaborative efforts between the federal government, state government, educational institutions, and civil society organizations to find effective solutions that uphold the educational rights and well-being of the affected children.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner  26 June 2023
———————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (26 JUN 2023)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) sangat bimbang berhubung isu berpanjangan pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kesan buruk kepada kanak-kanak yang terlibat. SAR memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan dan bimbingan agama kepada sejumlah besar kanak-kanak di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat SAR di banyak kawasan menghadapi cabaran untuk mendaftar. Hal ini menyebabkan pelbagai kesukaran dan ketidakpastian kepada kanak-kanak yang terkesan, keluarga, serta pentadbiran SAR yang terlibat.

Berdasarkan rekod pemerhatian, fakta menunjukkan bahawa lebih daripada 90% SAR dikunjungi di Pahang dan Selangor mempunyai kekangan dalam proses pendaftaran. Sebaliknya, SAR yang dikunjungi di Perak telah berjaya mendaftar dengan baik, berkat pelaksanaan pendekatan ‘Mesra-SAR’ oleh kerajaan negeri sejak 2008.

SAR boleh mendaftar sama ada dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Walaupun banyak SAR telah mengemukakan permohonan, mereka masih menunggu kelulusan. Sesetengah SAR telah memilih untuk beroperasi menggunakan pendaftaran sementara yang diberikan tiga tahun yang lalu atau malahan lebih awal dari itu. Keadaan ini mendedahkan sekolah-sekolah tersebut kepada risiko perundangan dan menyebabkan mereka tidak layak untuk memperoleh bantuan kewangan, infrastruktur yang diperlukan, dan tenaga pengajar yang berkelayakan.

CC menyeru pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk KPM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, untuk mempercepatkan proses pendaftaran SAR. Ia adalah mustahak untuk mencipta persekitaran kondusif supaya SAR boleh beroperasi secara sah, menyediakan pendidikan yang jitu dan menyokong kebajikan pelajar.

CC juga mencadangkan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bekerjasama dengan Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri untuk memberikan bantuan kewangan kepada SAR yang menghadapi kesulitan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan negeri dan Jabatan Bomba untuk pengoperasian sekolah mereka.

CC akan memantau lebih dekat serta menjalankan libat urus bersama pihak berkepentingan berkaitan untuk menangani isu ini secara lebih efektif. CC menyeru usahasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, institusi pendidikan, dan organisasi masyarakat sivil untuk mencari penyelesaian yang ampuh demi menegakkan hak pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak yang terkesan.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

26 Jun 2023

PS

Press Statement No.20-2023_Allegations Made Against the Chairman and Concerns Raised by Various NGOs Regarding the Internal Activities of SUHAKAM / Kenyataan Media No.20-2023_Dakwaan Terhadap Pengerusi serta Kebimbangan yang Dibangkitkan oleh Beberapa NGO mengenai Aktiviti Dalaman SUHAKAM

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (24 JUNE 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) would like to address the allegations made against the Chairman and concerns raised by various Non-Governmental Organisations (NGOs) regarding the internal activities of SUHAKAM.

It is imperative to address these allegations by conducting an inquiry undertaken by an independent body. Therefore, the Commission decided to refer this matter to the Legal Affairs Division (BHEUU) Prime Minister’s Department for advice and direction to ensure the inquiry remains transparent and independent.

We stand by our commitment to ensure an independent inquiry shall be conducted to preserve the trust and confidence of the public.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

24 June 2023

—————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin menangani beberapa dakwaan yang dibuat terhadap Pengerusi serta kebimbangan yang dibangkitkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengenai aktiviti dalaman SUHAKAM.

Pentingnya dakwaan sebegini ditangani dengan inkuiri yang dijalankan oleh badan bebas. Sehubungan itu, kami bersetuju untuk merujuk perkara ini kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri untuk nasihat dan panduan bagi memastikan inkuiri ini telus dan dan bebas.

Kami berpegang teguh dengan komitmen untuk memastikan inkuiri bebas dijalankan demi mengekalkan kepercayaan dan keyakinan masyarakat.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Jun 2023

PS

Press Statement No.19-2023_Concerns Regarding Overseas Postal Voting – Potential Issues Prior To State Election / Kenyataan Media No.19-2023_Kebimbangan Mengenai Undi Pos Luar Negara – Isu-Isu Potensi Sebelum Pilihan Raya Negeri

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (21 JUNE 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is expressing concerns regarding potential issues surrounding overseas postal voting and actively working towards resolving these concerns. SUHAKAM has identified several challenges, including the high cost associated with postal voting, difficulties in receiving and returning the ballot papers, a limited registration period for overseas postal voters, and the relatively short duration of election campaigns. These challenges have the potential to hinder overseas voters from timely receipt and return of their ballot papers, thus impeding their participation in the electoral process.

SUHAKAM strongly upholds the voting rights and democratic participation of all Malaysians, as guaranteed by Article 119 of the Federal Constitution, as well as reflected in Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and Article 25(b) of the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR).

With the State elections drawing near, SUHAKAM emphasizes the urgency of addressing these issues before the election takes place. We urge the Election Commission (EC) to seriously consider the recommendations put forth, as they are crucial for ensuring fair and inclusive participation for all overseas postal voters. The protection of the rights of Malaysians residing abroad is imperative, and appropriate measures must be implemented to facilitate their seamless exercise of the right to vote.

SUHAKAM remains committed to engaging with all key stakeholders to advocate for the voting rights and democratic participation of all Malaysians. We believe that strengthening the electoral system and addressing the challenges faced by overseas postal voters will contribute to a more inclusive and robust democracy in Malaysia. For more detailed information, please visit our website at https://suhakam.org.my/publications/research-thematic-reports/.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

21 June 2023

——————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (21 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyuarakan kebimbangan mengenai isu-isu berkaitan dengan undi pos luar negara dan berusaha aktif untuk menangani isu tersebut. SUHAKAM telah mengenal pasti beberapa cabaran, termasuk kos yang tinggi berkaitan dengan undi pos, kesukaran dalam menerima dan mengembalikan kertas undi, tempoh pendaftaran terhad bagi pengundi pos luar negara, dan tempoh kempen pilihan raya yang singkat. Cabaran-cabaran ini berpotensi menghalang pengundi luar negara daripada menerima dan mengembalikan kertas undi mereka dengan tepat pada waktunya, seterusnya menghalang penyertaan mereka dalam proses pilihan raya.

SUHAKAM menyatakan pendirian yang tegas dalam isu hak mengundi dan penyertaan demokratik semua rakyat Malaysia, seperti yang dijamin oleh Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan, serta terdapat di dalam Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Artikel 25(b) Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

Dengan mengambil kira Pilihan Raya Negeri yang semakin dekat, SUHAKAM menekankan kepentingan untuk menangani isu-isu ini sebelum pilihan raya tersebut berjalan. Kami menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dengan serius, kerana ia penting untuk memastikan penyertaan yang adil dan inklusif semua pengundi pos luar negara. Perlindungan hak asasi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah penting, dan langkah-langkah yang sesuai harus dilaksanakan untuk memudahkan mereka melaksanakan hak mengundi dengan lancar.

SUHAKAM akan terus memberikan komitmen mengadakan libaturus dengan semua pihak berkepentingan demi advokasi hak mengundi dan penyertaan demokratik semua rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa pengukuhan sistem pilihan raya dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pengundi melalui pos luar negara akan menyumbang kepada demokrasi yang lebih inklusif dan teguh di Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SUHAKAM di https://suhakam.org.my/publications/research-thematic-reports/.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 Jun 2023

PS

Press Statement No.18-2023_ Malaysia’s Improved Ranking in U.S. Trafficking in Persons Report Demonstrates Progress in Combating Human Trafficking / Kenyataan Media SUHAKAM No. 18-2023_Kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Orang AS Menunjukkan Kemajuan dalam Memerangi Pemerdagangan Manusia

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (19 JUNE 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) warmly welcomes the recent announcement that Malaysia has moved out of the lowest tier in the U.S Department of State’s 2023 Trafficking in Persons (TIP) Report for 2023. Malaysia’s upgraded status to the Tier 2-Watch List category signifies significant progress in addressing human trafficking issues compared to previous years.

SUHAKAM commends the concerted efforts of the Malaysian government and all stakeholders in improving the country’s TIP ranking. The measures taken by the government reflect a firm commitment to combat human trafficking and recognize the importance of moving out of Tier 3 to avoid potential sanctions on local products.

While acknowledging and commending this noteworthy accomplishment, it is crucial to emphasize the ongoing commitment required in the fight against human trafficking. Despite the progress made, there is still much work to be done to combat this grave violation of human rights. SUHAKAM urges the Malaysian government to continue prioritizing efforts to prevent human trafficking, protect victims, and ensure accountability for perpetrators.

As an organization dedicated to promoting and protecting human rights, including the fight against human trafficking, SUHAKAM remains steadfast in supporting initiatives aimed at eradicating this heinous crime. Collaboration between the government, civil society organizations, and relevant stakeholders is important to realize the objectives of the National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons 2021-2025 (NAPTIP 3.0) and the National Action Plan on Forced Labor 2021-2025 (NAPFL). Such collaborations will undoubtedly strengthen Malaysia’s response to human trafficking, safeguard the well-being and rights of all individuals within the country, and contribute to the elimination of this deplorable practice.

SUHAKAM reiterates the importance of the Government intensifying its efforts to prevent and combat human trafficking and smuggling of migrants. We emphasize the need for full protection and assistance for trafficked and smuggled victims at all stages, in accordance with the international standards set by the United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, as a protocol to the United Nations Convention against Transnational Organized Crime.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

19 June 2023
————————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (19 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan pengumuman terbaru bahawa Malaysia telah keluar dari peringkat terendah dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2023 Jabatan Negara Amerika Syarikat tahun 2023. Status Malaysia yang dinaik taraf kepada Tahap 2 menandakan kemajuan yang ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang berbanding tahun-tahun sebelumnya.

SUHAKAM memuji usaha bersepadu Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3 bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan.

Dalam mengakui dan memuji pencapaian yang amat bermakna ini, adalah penting untuk menekankan komitmen berterusan yang diperlukan dalam memerangi pemerdagangan orang. Walaupun terdapat perkembangan dan kemajuan yang telah dilakukan, masih terdapat usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi pelanggaran hak asasi manusia yang serius ini. SUHAKAM menggesa kerajaan  untuk terus mengutamakan usaha untuk mencegah pemerdagangan orang, melindungi mangsa, dan memastikan pelaku bertanggungjawab.

Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, termasuk memerangi pemerdagangan orang, SUHAKAM tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah ini. Kerjasama antara Kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan adalah penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL). Kerjasama sedemikian akan mengukuhkan tindak balas Malaysia terhadap pemerdagangan orang, melindungi kesejahteraan dan hak semua individu di dalam negara, dan menyumbang kepada penghapusan amalan yang terkutuk ini.

SUHAKAM mengulangi saranannya kepada Kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi menghalang dan menerajui pembasmian pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-kanak, iaitu sebagai protokol kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang Jenayah Terancang Merentas Negara.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 Jun 2023

PS

Press Statement No.17-2023_ Withdrawal of Defamation Suit to Facilitate Independent Investigation into Allegations / Kenyataan Media SUHAKAM No. 17-2023_ Penarikan Balik Saman Fitnah Untuk Membantu Siasatan Bebas Terhadap Dakwaan

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (16 JUNE 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) aims to provide accurate information and clarify its position regarding the recent withdrawal of a defamation suit filed by the Chairman of SUHAKAM against a senior officer within the Commission. SUHAKAM recognizes the importance of addressing concerns promptly and upholding the highest standards of integrity within the institution.

In response to the allegations brought to light through the media, it has been revealed that the Chairman has decided to withdraw the private defamation suit against the senior officer. The decision to withdraw the suit was made to enable an independent and impartial internal investigation into the allegations. SUHAKAM acknowledges the need to create an environment where individuals feel safe and encouraged to come forward with their concerns, free from fear of retaliation.

While SUHAKAM acknowledges its limited authority in investigating complaints against its own commissioners, the Commission remains fully committed to treating all complaints and allegations seriously, regardless of whether they involve members of the Commission or SUHAKAM staff. In this particular case, the internal investigation will be carried out by an independent body, ensuring a meticulous, impartial, and fair process in accordance with best practices.

SUHAKAM reiterates its unwavering commitment to safeguarding human rights, combating discrimination, and promoting inclusivity and equality. The Commission will continue its diligent efforts to uphold its role as a trusted and impartial authority in the protection and advancement of human rights in Malaysia.

-END-

—————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (16 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) komited untuk memberikan maklumat yang tepat dan menjelaskan pendirian berhubung penarikan balik saman fitnah yang difailkan Pengerusi SUHAKAM terhadap pegawai kanan Suruhanjaya baru-baru ini. SUHAKAM mengiktiraf kepentingan menangani perkara itu dengan segera dan menjunjung integriti dalam institusi.

Sebagai maklum balas kepada dakwaan yang didedahkan melalui media, yang telah menyatakan tentang penarikan saman fitnah peribadi oleh Pengerusi terhadap pegawai kanan itu. Keputusan untuk menarik balik saman itu dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman yang bebas dan saksama terhadap dakwaan tersebut. SUHAKAM mengakui keperluan untuk mewujudkan persekitaran yang selamat, bebas untuk mengemukakan sebarang aduan dan bebas daripada rasa takut dan berdendam.

Walaupun SUHAKAM mengakui kuasa terhadnya dalam menyiasat aduan terhadap Pesuruhjaya sendiri, Suruhanjaya tetap komited untuk menangani semua aduan dan dakwaan dengan serius, tidak kira sama ada ia melibatkan anggota Suruhanjaya atau kakitangan SUHAKAM. Dalam kes ini, siasatan dalaman akan dijalankan oleh badan bebas, bagi memastikan proses yang teliti, saksama dan adil bersandar kepada amalan terbaik.

SUHAKAM mengulangi komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk melindungi hak asasi manusia, memerangi diskriminasi, dan menggalakkan inklusif dan kesaksamaan. Suruhanjaya akan meneruskan usaha gigih untuk mempertahankan peranannya sebagai pihak berkuasa yang dipercayai dan tidak berat sebelah dalam perlindungan dan kemajuan hak asasi manusia di Malaysia.

-TAMAT-

PS

Press Statement No.16-2023_ SUHAKAM Acknowledges the Government’s Commitment to Human Rights in Malaysia / Kenyataan Media SUHAKAM No. 16-2023_ SUHAKAM Memperakui Komitmen Kerajaan Terhadap Isu Hak Asasi Manusia di Malaysia

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (15 JUNE 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) extend its appreciation to the Government for tabling and debating the 2020 SUHAKAM Annual Report during the 2nd meeting of the 2nd session of fifteenth Parliament in 2023. This momentous occasion marks the second time that SUHAKAM’s Annual Report has been deliberated in the House since its establishment in 1999.

It is hoped that this valuable debate of the Annual Report will continue in the years to come.

Over the course of three days, Members of Parliament raised a wide array of crucial human rights issues. These discussions included citizenship, education, preventive laws, prison reform, human trafficking, refugees, migrant workers in the agricultural sector, rights of senior citizens, alternatives to detention for children, and the rights of indigenous peoples in Sabah, Sarawak, and Peninsular Malaysia.

SUHAKAM acknowledges the recommendations made by Members of Parliament to promote human rights. These recommendations encompassed SUHAKAM’s active participation in two Parliamentary Select Committees namely PSC on Women, Children and Social Development and PSC on Human Rights, Elections and Institutional Reform, potential amendments to the SUHAKAM Act, the importance of international human rights treaties, the compatibility of human rights within the Islamic community, and the expeditious resolution of complaints.

The collaborative efforts between the Parliament and SUHAKAM, as reflected in the inclusion of the debate session, as well as the significant number of Members of Parliament who dedicated their time and energy to discuss the human rights issues outlined in the Report, are a testament of the paramount importance placed on human rights and the commitment of lawmakers to address any gaps or obstacles identified within it.

SUHAKAM remains resolute in its commitment to working closely with all stakeholders to further strengthen the protection and promotion of human rights in the country.

-END-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Chairman

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

15 June 2023
——————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan kerana membentangkan dan membahaskan Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 semasa mesyuarat kedua penggal kedua Parlimen ke-15 pada tahun 2023. Peristiwa penting ini merupakan kali kedua selepas Laporan Tahunan SUHAKAM dibahaskan buat kali pertama sejak penubuhan pada tahun 1999. SUHAKAM berharap agar perbahasan yang bermakna ini diteruskan untuk tahun yang akan datang.

Sepanjang tempoh tiga hari perbahasan, kesemua Ahli Parlimen yang terlibat membangkitkan pelbagai isu hak asasi manusia yang penting. Antaranya mengenai kewarganegaraan, pendidikan, undang-undang pencegahan, reformasi penjara, pemerdagangan manusia, pelarian, pekerja migran dalam sektor pertanian, hak warga emas, Alternatif untuk Penahanan (ATD) kanak-kanak, hak Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan hak Orang Asal di Sabah dan Sarawak.

SUHAKAM memperakui semua saranan pembahas dalam mempromosi hak asasi manusia. Antara syor merangkumi penyertaan aktif SUHAKAM dalam dua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat serta Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi, pindaan kepada Akta SUHAKAM, kepentingan triti hak asasi manusia antarabangsa, keserasian hak asasi manusia dalam kalangan masyarakat Islam, dan keperluan menyelesaikan aduan tepat pada masanya.

Kerjasama antara Parlimen dan SUHAKAM semasa sesi perbahasan ini telah menggambarkan kepentingan hak asasi manusia serta penglibatan sebahagian besar Ahli Parlimen yang meluangkan masa dan tenaga bagi membincangkan isu-isu berbangkit didalam laporan tahunan ini menunjukkan komitmen para penggubal undang-undang dalam memperbaiki jurang serta cabaran yang telah dikenalpasti.

SUHAKAM kekal komited untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan bagi mengukuhkan lagi promosi dan perlindungan hak asasi manusia di negara ini.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 Jun 2023