PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (28 JUNE 2023) – The recent move by the Ministry of Home Affairs to amend the provisions of the Federal Constitution in easing the citizenship application of children born overseas of Malaysian mothers with foreign spouses is a significant shift toward the trajectory of ending gender-discriminatory nationality.
However, in the attempt to comprehensively overhaul the provision of citizenship enunciated in the Federal Constitution, it is willfully dangerous in conflating the intention that seeks to refine the intricate practice of the acquisition of citizenship and ensure greater inclusivity with the potential for discrimination and exclusion of certain groups.
The proposed amendment is seemingly detached from the necessity to take into consideration the contextual circumstances of the factors that render individuals especially children statelessness in the first place. The government has the primary obligation to remove the barriers whilst at the same time upholding its reins in securing national interests and state sovereignty over citizenship regulations.
Moreover, children should be regarded as full rights-holder individuals that have the right to acquire citizenship. On the other hand, the proposed amendments aggravate the subsumption of their rights under their parents. The proposed amendments should be crafted through the lens of having the effect of reducing statelessness and the best interest of the children conjunctively.
The Federal Constitution is without a doubt, a rights-based piece of founding document that reflects our founding fathers’ aspiration for human rights in guiding our nations. This is exemplified by our former Prime Minister, Tun Abdul Razak Hussein on his explanation found in Hansard when proposing a safety valve resulting in Article 15A of the Federal Constitution to retain protection or safeguard against statelessness in the event of hardships and interests of the child to be conferred the citizenship.
We urge further detailed consultations with all the relevant stakeholders to ensure that all the previous shortcomings and weaknesses in the law and Federal Constitution be addressed with less ambiguity and more clarity.
-END-
Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner 28 June 2023
—————–
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (28 JUN 2023) – Langkah terkini oleh Kementerian Dalam Negeri untuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk memudahkan permohonan kewarganegaraan bagi kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan asing merupakan pindaan ulung dalam usaha mengakhiri diskriminasi gender di dalam mendapatkan hak kewarganegaraan.
Walaubagaimanapun, usaha menjalankan pindaan terhadap peruntukan kewarganegaraan dengan niat untuk menyempurnakan amalan yang rumit dalam mendapatkan taraf kewarganegaraan secara menyeluruh ini turut berisiko untuk mendiskriminasikan dan mengenepikan kumpulan tertentu.
Pindaan yang dicadangkan dilihat mengabaikan keperluan untuk mengambil kira keadaan dan faktor yang menyebabkan individu, terutamanya kanak-kanak menjadi tiada kewarganegaraan. Kerajaan mempunyai tanggungjawab besar untuk menghapuskan kekangan tersebut, dan pada masa yang sama mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara dalam mengawalselia peraturan berkenaan kewarganegaraan.
Selain itu, kanak-kanak sepatutnya dianggap sebagai individu pemegang hak sepenuhnya (full-rights holder) yang mempunyai hak untuk memperoleh kewarganegaraan. Walau bagaimanapun, pindaan yang dicadangkan menyukarkan mereka untuk memperoleh hak daripada ibu bapa mereka. Pindaan yang dicadangkan sewajarnya dirangka dari perspektif dua-hala iaitu dengan mengambil kira natijah untuk mengurangkan kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan memelihara kepentingan terbaik kanak-kanak.
Perlembagaan Persekutuan merupakan dokumen asas yang berpaksikan hak asasi manusia serta mencerminkan aspirasi bapa-bapa pengasas kita agar hak asasi manusia menjadi panduan di dalam membimbing bangsa. Hal ini ditekankan secara jelas oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein, dalam Hansard ketika mencadangkan langkah perlindungan khusus kepada kanak-kanak dengan memasukkan Artikel 15A Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan menganugerahkan kewarganegaraan kepada kanak-kanak di dalam situasi di mana mereka terdedah kepada keadaan menjadi tiada kewarganegaraan, dan adalah menjadi kepentingan terbaik kanak-kanak untuk diberikan kewarganegaraan.
Kami menggesa satu rundingan yang terperinci dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memastikan semua kelemahan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan ditangani dengan lebih jelas.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak 28 Jun 2023