PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (19 JUNE 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) warmly welcomes the recent announcement that Malaysia has moved out of the lowest tier in the U.S Department of State’s 2023 Trafficking in Persons (TIP) Report for 2023. Malaysia’s upgraded status to the Tier 2-Watch List category signifies significant progress in addressing human trafficking issues compared to previous years.
SUHAKAM commends the concerted efforts of the Malaysian government and all stakeholders in improving the country’s TIP ranking. The measures taken by the government reflect a firm commitment to combat human trafficking and recognize the importance of moving out of Tier 3 to avoid potential sanctions on local products.
While acknowledging and commending this noteworthy accomplishment, it is crucial to emphasize the ongoing commitment required in the fight against human trafficking. Despite the progress made, there is still much work to be done to combat this grave violation of human rights. SUHAKAM urges the Malaysian government to continue prioritizing efforts to prevent human trafficking, protect victims, and ensure accountability for perpetrators.
As an organization dedicated to promoting and protecting human rights, including the fight against human trafficking, SUHAKAM remains steadfast in supporting initiatives aimed at eradicating this heinous crime. Collaboration between the government, civil society organizations, and relevant stakeholders is important to realize the objectives of the National Action Plan on Anti-Trafficking in Persons 2021-2025 (NAPTIP 3.0) and the National Action Plan on Forced Labor 2021-2025 (NAPFL). Such collaborations will undoubtedly strengthen Malaysia’s response to human trafficking, safeguard the well-being and rights of all individuals within the country, and contribute to the elimination of this deplorable practice.
SUHAKAM reiterates the importance of the Government intensifying its efforts to prevent and combat human trafficking and smuggling of migrants. We emphasize the need for full protection and assistance for trafficked and smuggled victims at all stages, in accordance with the international standards set by the United Nations Protocol to Prevent, Suppress and Punish Trafficking in Persons, Especially Women and Children, as a protocol to the United Nations Convention against Transnational Organized Crime.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
19 June 2023
————————
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (19 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan pengumuman terbaru bahawa Malaysia telah keluar dari peringkat terendah dalam Laporan Pemerdagangan Orang (TIP) 2023 Jabatan Negara Amerika Syarikat tahun 2023. Status Malaysia yang dinaik taraf kepada Tahap 2 menandakan kemajuan yang ketara dalam menangani isu pemerdagangan orang berbanding tahun-tahun sebelumnya.
SUHAKAM memuji usaha bersepadu Kerajaan Malaysia dan semua pihak berkepentingan dalam meningkatkan kedudukan TIP negara. Langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan mencerminkan komitmen yang kukuh untuk memerangi pemerdagangan orang dan mengiktiraf kepentingan untuk keluar dari Tahap 3 bagi mengelakkan sekatan eksport produk-produk tempatan.
Dalam mengakui dan memuji pencapaian yang amat bermakna ini, adalah penting untuk menekankan komitmen berterusan yang diperlukan dalam memerangi pemerdagangan orang. Walaupun terdapat perkembangan dan kemajuan yang telah dilakukan, masih terdapat usaha yang perlu dilakukan untuk memerangi pelanggaran hak asasi manusia yang serius ini. SUHAKAM menggesa kerajaan untuk terus mengutamakan usaha untuk mencegah pemerdagangan orang, melindungi mangsa, dan memastikan pelaku bertanggungjawab.
Sebagai sebuah organisasi yang komited dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia, termasuk memerangi pemerdagangan orang, SUHAKAM tetap teguh dalam menyokong inisiatif yang bertujuan untuk membasmi jenayah ini. Kerjasama antara Kerajaan, organisasi masyarakat sivil dan pihak berkepentingan yang relevan adalah penting untuk merealisasikan objektif Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Antipemerdagangan Orang 2021-2025 (NAPTIP 3.0) dan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Buruh Paksa 2021-2025 (NAPFL). Kerjasama sedemikian akan mengukuhkan tindak balas Malaysia terhadap pemerdagangan orang, melindungi kesejahteraan dan hak semua individu di dalam negara, dan menyumbang kepada penghapusan amalan yang terkutuk ini.
SUHAKAM mengulangi saranannya kepada Kerajaan untuk meningkatkan usaha bagi menghalang dan menerajui pembasmian pemerdagangan orang dan penyeludupan migran, dan memastikan perlindungan sepenuhnya serta bantuan kepada mangsa-mangsa pemerdagangan dan penyeludupan di setiap peringkat, selari dengan standard antarabangsa yang ditetapkan oleh Protokol PBB untuk Mencegah, Menyekat dan Menghukum Pemerdagangan Orang, Terutama Wanita dan Kanak-kanak, iaitu sebagai protokol kepada Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menentang Jenayah Terancang Merentas Negara.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
19 Jun 2023