PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (21 JUNE 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is expressing concerns regarding potential issues surrounding overseas postal voting and actively working towards resolving these concerns. SUHAKAM has identified several challenges, including the high cost associated with postal voting, difficulties in receiving and returning the ballot papers, a limited registration period for overseas postal voters, and the relatively short duration of election campaigns. These challenges have the potential to hinder overseas voters from timely receipt and return of their ballot papers, thus impeding their participation in the electoral process.
SUHAKAM strongly upholds the voting rights and democratic participation of all Malaysians, as guaranteed by Article 119 of the Federal Constitution, as well as reflected in Article 21 of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and Article 25(b) of the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR).
With the State elections drawing near, SUHAKAM emphasizes the urgency of addressing these issues before the election takes place. We urge the Election Commission (EC) to seriously consider the recommendations put forth, as they are crucial for ensuring fair and inclusive participation for all overseas postal voters. The protection of the rights of Malaysians residing abroad is imperative, and appropriate measures must be implemented to facilitate their seamless exercise of the right to vote.
SUHAKAM remains committed to engaging with all key stakeholders to advocate for the voting rights and democratic participation of all Malaysians. We believe that strengthening the electoral system and addressing the challenges faced by overseas postal voters will contribute to a more inclusive and robust democracy in Malaysia. For more detailed information, please visit our website at https://suhakam.org.my/publications/research-thematic-reports/.
-END-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Chairman
Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
21 June 2023
——————-
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (21 JUN 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyuarakan kebimbangan mengenai isu-isu berkaitan dengan undi pos luar negara dan berusaha aktif untuk menangani isu tersebut. SUHAKAM telah mengenal pasti beberapa cabaran, termasuk kos yang tinggi berkaitan dengan undi pos, kesukaran dalam menerima dan mengembalikan kertas undi, tempoh pendaftaran terhad bagi pengundi pos luar negara, dan tempoh kempen pilihan raya yang singkat. Cabaran-cabaran ini berpotensi menghalang pengundi luar negara daripada menerima dan mengembalikan kertas undi mereka dengan tepat pada waktunya, seterusnya menghalang penyertaan mereka dalam proses pilihan raya.
SUHAKAM menyatakan pendirian yang tegas dalam isu hak mengundi dan penyertaan demokratik semua rakyat Malaysia, seperti yang dijamin oleh Artikel 119 Perlembagaan Persekutuan, serta terdapat di dalam Artikel 21 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan Artikel 25(b) Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).
Dengan mengambil kira Pilihan Raya Negeri yang semakin dekat, SUHAKAM menekankan kepentingan untuk menangani isu-isu ini sebelum pilihan raya tersebut berjalan. Kami menyeru agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan dengan serius, kerana ia penting untuk memastikan penyertaan yang adil dan inklusif semua pengundi pos luar negara. Perlindungan hak asasi rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah penting, dan langkah-langkah yang sesuai harus dilaksanakan untuk memudahkan mereka melaksanakan hak mengundi dengan lancar.
SUHAKAM akan terus memberikan komitmen mengadakan libaturus dengan semua pihak berkepentingan demi advokasi hak mengundi dan penyertaan demokratik semua rakyat Malaysia. Kami percaya bahawa pengukuhan sistem pilihan raya dan menangani cabaran yang dihadapi oleh pengundi melalui pos luar negara akan menyumbang kepada demokrasi yang lebih inklusif dan teguh di Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SUHAKAM di https://suhakam.org.my/publications/research-thematic-reports/.
-TAMAT-
Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
21 Jun 2023