Press Statement No. 21-2023_Children’s Commissioner Is Deeply Concerned Over SAR Registration Issue and Its Impact on Children / Kenyataan Media No.21-2023_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Sangat Bimbang Berhubung Isu Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kesan Terhadap Kanak-Kanak

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (26 JUNE 2023)   –   The Children’s Commissioner (CC) expresses deep concern regarding the ongoing registration issue surrounding Sekolah Agama Rakyat (SAR) and its adverse impact on the children involved. SAR plays a vital role in providing religious education and guidance to a significant number of children in Malaysia. However, several SARs in different regions are facing challenges in the registration process. Consequently, this has led to various difficulties and uncertainties for the affected children, their families, and the respective SAR administrations.

Based on our observation records, the issue lies in the fact that more than 90% of the SARs visited in Pahang and Selangor are experiencing obstacles in the registration process. In contrast, SARs visited in Perak have successfully registered, thanks to the state government’s implementation of the ‘Mesra-SAR’ approach since 2008.

SARs can register with the Ministry of Education Malaysia (MOE) or the State Islamic Religious Affairs Department. While many SARs have submitted their applications, they are still awaiting approval. Some SARs have resorted to operating on temporary registrations granted three years ago or even earlier. This situation exposes these schools to legal consequences and renders them ineligible for financial assistance, necessary infrastructure, and qualified teaching personnel.

CC urges the relevant authorities, including the MOE and the State Islamic Religious Affairs Departments, to expedite the registration process for SARs. It is crucial to create a conducive environment where SARs can operate legally, ensuring the provision of proper education and support for students.

CC also propose that the State Islamic Religious Affairs Departments collaborate with the State Zakat Centre and the State Islamic Religious Council to provide financial assistance to SARs facing difficulties in meeting the requirements stipulated by the state local authorities and the fire department for operating their schools.

CC will closely monitor and engage with the relevant stakeholders to effectively address this matter. CC calls for collaborative efforts between the federal government, state government, educational institutions, and civil society organizations to find effective solutions that uphold the educational rights and well-being of the affected children.

-END-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner  26 June 2023
———————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (26 JUN 2023)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) sangat bimbang berhubung isu berpanjangan pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan kesan buruk kepada kanak-kanak yang terlibat. SAR memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan dan bimbingan agama kepada sejumlah besar kanak-kanak di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat SAR di banyak kawasan menghadapi cabaran untuk mendaftar. Hal ini menyebabkan pelbagai kesukaran dan ketidakpastian kepada kanak-kanak yang terkesan, keluarga, serta pentadbiran SAR yang terlibat.

Berdasarkan rekod pemerhatian, fakta menunjukkan bahawa lebih daripada 90% SAR dikunjungi di Pahang dan Selangor mempunyai kekangan dalam proses pendaftaran. Sebaliknya, SAR yang dikunjungi di Perak telah berjaya mendaftar dengan baik, berkat pelaksanaan pendekatan ‘Mesra-SAR’ oleh kerajaan negeri sejak 2008.

SAR boleh mendaftar sama ada dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri. Walaupun banyak SAR telah mengemukakan permohonan, mereka masih menunggu kelulusan. Sesetengah SAR telah memilih untuk beroperasi menggunakan pendaftaran sementara yang diberikan tiga tahun yang lalu atau malahan lebih awal dari itu. Keadaan ini mendedahkan sekolah-sekolah tersebut kepada risiko perundangan dan menyebabkan mereka tidak layak untuk memperoleh bantuan kewangan, infrastruktur yang diperlukan, dan tenaga pengajar yang berkelayakan.

CC menyeru pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk KPM dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, untuk mempercepatkan proses pendaftaran SAR. Ia adalah mustahak untuk mencipta persekitaran kondusif supaya SAR boleh beroperasi secara sah, menyediakan pendidikan yang jitu dan menyokong kebajikan pelajar.

CC juga mencadangkan supaya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri bekerjasama dengan Pusat Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri untuk memberikan bantuan kewangan kepada SAR yang menghadapi kesulitan untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan negeri dan Jabatan Bomba untuk pengoperasian sekolah mereka.

CC akan memantau lebih dekat serta menjalankan libat urus bersama pihak berkepentingan berkaitan untuk menangani isu ini secara lebih efektif. CC menyeru usahasama antara kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, institusi pendidikan, dan organisasi masyarakat sivil untuk mencari penyelesaian yang ampuh demi menegakkan hak pendidikan dan kesejahteraan kanak-kanak yang terkesan.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

26 Jun 2023

Tags: No tags

Comments are closed.