2

Kenyataan Media No. 42-2026_SUHAKAM Mengalu-Alukan Perbahasan Laporan Tahunan 2024 Di Parlimen Dan Menyeru Tindakan Susulan Yang Konkrit

KUALA LUMPUR (9 JULY 2026) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan pembentangan dan perbahasan Laporan Tahunan 2024 di Dewan Rakyat pada 7 dan 8 Julai 2026 yang melibatkan penyertaan seramai 36 Ahli Parlimen yang membahaskan pelbagai isu hak asasi manusia yang memberi kesan kepada negara. Perbahasan ini mencerminkan komitmen berterusan Parlimen untuk memastikan hak asasi manusia terus menjadi komponen penting dalam tadbir urus negara dan kebertanggungjawaban demokrasi. SUHAKAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), atas usul membentangkan dan membahaskan Laporan Tahunan tersebut, sekali gus menegaskan komitmen Kerajaan dalam memajukan, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, kedaulatan undang-undang serta kepentingan awam. SUHAKAM turut merakamkan penghargaan khas kepada YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), atas penggulungan perbahasan serta komitmen berterusan beliau dalam memperkukuh agenda hak asasi manusia demi manfaat seluruh rakyat Malaysia. 

SUHAKAM records its sincere appreciation to YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform), for moving the motion to table and debate the Annual Report, reaffirming the Government’s commitment to advancing, protecting and fulfilling human rights in accordance with the Federal Constitution, the rule of law and the public interest. SUHAKAM also expresses its special gratitude to YB Tuan M. Kulasegaran A/L V. Murugeson, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform), for concluding the debate and for his unwavering dedication to advancing the human rights agenda for the benefit of all Malaysians.

Sepanjang perbahasan selama dua hari tersebut, Ahli-ahli Parlimen daripada kedua-dua belah pihak Dewan telah menunjukkan penglibatan yang amat memberangsangkan dengan membahaskan pelbagai isu hak asasi manusia serta reformasi institusi. Isu-isu utama yang dibangkitkan ialah:

  1. 1. Memperkukuh kuasa statutori SUHAKAM, termasuk meningkatkan fungsi penyiasatan dan pemantauan, memastikan maklum balas yang tepat pada masanya dan bersifat substantif terhadap syor-syor SUHAKAM oleh kementerian dan agensi, serta meningkatkan sokongan kewangan dan institusi bagi membolehkan Suruhanjaya melaksanakan mandatnya dengan lebih berkesan.
  2. 2. Melindungi hak kanak-kanak dan kumpulan rentan lain, termasuk wanita, warga emas, orang kurang upaya, Orang Asli dan masyarakat peribumi, serta pekerja migran, di samping memajukan reformasi sistem keadilan juvana dan memperkukuh perlindungan hak ekonomi, sosial dan budaya.
  3. 3. Menggubal kerangka perundangan dan dasar yang komprehensif berkaitan pelarian.
  4. 4. Memperkukuh pendidikan hak asasi manusia dan pembangunan kapasiti melalui pelaksanaan Pelan Tindakan Pendidikan Hak Asasi Manusia (ATHAM) 2.0, peluasan modul latihan hak asasi manusia serta pengintegrasian pendidikan hak asasi manusia dalam sistem pendidikan negara.
  5. 5. Memajukan reformasi penjara dan pusat tahanan, termasuk menambah baik keadaan tahanan, menangani isu kematian dalam tahanan, meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, serta memperkukuh program pemulihan, parol dan reintegrasi.
  6. 6. Melindungi hak dan kebajikan pekerja gig, termasuk memastikan keadaan pekerjaan yang adil, keselamatan pekerjaan, perlindungan sosial, jaminan pendapatan serta mekanisme penyelesaian pertikaian yang berkesan.
  7. 7. Menangani isu kewarganegaraan, dokumentasi dan akses kepada identiti sah, khususnya bagi individu yang berdepan halangan untuk mendapatkan dokumen pengenalan diri dan mengakses perkhidmatan awam yang penting.
  8. 8. Memperkukuh perlindungan hak asasi manusia dalam program pemulihan dan rawatan dadah dengan mengutamakan maruah insan, amalan berasaskan bukti serta penghormatan terhadap hak asasi manusia.
  9. 9. Menangani cabaran hak asasi manusia yang dihadapi oleh komuniti luar bandar dan kawasan yang kurang mendapat perkhidmatan, termasuk memastikan akses yang saksama kepada infrastruktur, perkhidmatan asas dan peluang pembangunan mampan.
  1. 10. Memperkukuh penyelarasan antara agensi, kesepaduan dasar serta kerjasama seluruh kerajaan dalam memajukan dan melindungi hak asasi manusia.
  2. 11. Menggalakkan kerjasama yang lebih erat antara Parlimen, Kerajaan dan institusi bebas bagi memastikan komitmen serta syor berkaitan hak asasi manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SUHAKAM mengalu-alukan perbahasan yang bersifat membina dan substantif ini, yang mencerminkan pengiktirafan semakin meluas bahawa isu hak asasi manusia merentasi semua sektor dan memerlukan tindakan yang selaras daripada Kerajaan, Parlimen serta semua pihak berkepentingan. SUHAKAM menegaskan bahawa Laporan Tahunan merupakan satu mekanisme kebertanggungjawaban yang penting bagi menilai situasi hak asasi manusia di negara ini, mengenal pasti cabaran sistemik serta mengemukakan syor-syor praktikal untuk memperkukuh perlindungan dan pemajuan hak asasi manusia. Laporan Tahunan 2024 ini memberi tumpuan kepada sebelas bidang utama, iaitu:

  1. a) Reformasi institusi dan pemerkasaan perlindungan hak asasi manusia.
  2. b) Hak kanak-kanak dan kumpulan rentan.
  3. c) Kewarganegaraan dan isu tanpa kerakyatan. .
  4. d) Pelarian dan migran.
  5. e) Kematian dalam tahanan dan keadaan pusat-pusat tahanan.
  6. f) Hak Orang Asli/Asal dan masyarakat peribumi serta tanah adat.
  7. g) Hak orang kurang upaya, hak wanita dan kesaksamaan gender.
  8. h) Pendidikan dan kesedaran hak asasi manusia.
  9. i) Reformasi perundangan dan dasar.
  10. j) Perniagaan dan hak asasi manusia.
  11. k) Penglibatan Malaysia dalam mekanisme hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

SUHAKAM menghargai maklum balas yang membina serta komitmen yang ditunjukkan oleh pelbagai kementerian dan agensi terhadap isu-isu hak asasi manusia yang mendesak. Sehubungan itu, SUHAKAM berharap agar segala keprihatinan, syor dan cadangan yang dibangkitkan sepanjang perbahasan Parlimen dapat diterjemahkan kepada dasar, reformasi perundangan dan langkah-langkah pentadbiran yang konkrit oleh kementerian dan agensi berkaitan. Pelaksanaan yang berkesan terhadap syor-syor tersebut akan terus memperkukuh institusi awam, meningkatkan akauntabiliti serta mempertingkatkan perlindungan hak dan maruah setiap individu di Malaysia. SUHAKAM kekal bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Kerajaan, Parlimen dan semua pihak berkepentingan dalam memantau kemajuan serta memperkukuh pendekatan berteraskan hak asasi manusia dalam tadbir urus negara

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

9 July 2026

1

[OCC] Kenyataan Media No. 40-2026_Pesuruhjaya Kanak-Kanak Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Insiden Tikaman Di Sekolah Dan Menyeru Perlindungan Privasi Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR (7 JULAI 2026) Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung insiden tikaman yang melibatkan pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor. Kami merakamkan simpati kepada kanak-kanak yang cedera dan mendoakan agar beliau segera sembuh sepenuhnya. Kami mengakui kesan emosi yang dialami oleh keluarga, warga sekolah serta semua kanak-kanak yang terjejas akibat insiden yang amat menyedihkan ini.

CC menegaskan bahawa mangsa dan individu yang didakwa melakukan perbuatan tersebut adalah kanak-kanak. Sehubungan itu, mereka berhak mendapat perlindungan serta jaminan yang diperuntukkan di bawah undang-undang Malaysia dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah disertai Malaysia sejak tahun 1995. Memandangkan kes ini masih dalam siasatan polis, adalah amat penting agar hak, maruah dan kepentingan terbaik setiap kanak-kanak yang terlibat dihormati sepenuhnya sepanjang proses perundangan.

CC amat bimbang dengan penyebaran meluas gambar, video, maklumat peribadi serta dakwaan yang belum disahkan berkaitan kanak-kanak yang terlibat melalui media sosial dan platform pemesejan. Tindakan sedemikian boleh mengakibatkan kesan psikologi yang berpanjangan, mendedahkan kanak-kanak kepada stigma masyarakat, mengganggu siasatan yang sedang dijalankan serta menjejaskan proses pemulihan dan integrasi semula ke dalam masyarakat pada masa hadapan.

Orang ramai, organisasi media serta semua pengguna platform dalam talian diingatkan bahawa Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001 melarang sebarang penerbitan atau penyebaran apa-apa maklumat yang boleh membawa kepada pengenalpastian identiti kanak-kanak yang terlibat dalam prosiding atau perkara yang dilindungi di bawah Akta tersebut. Larangan ini merangkumi nama, gambar, video, maklumat sekolah, maklumat keluarga, alamat atau apa-apa butiran lain yang boleh mendedahkan identiti kanak-kanak berkenaan. Mana-mana individu yang melanggar peruntukan ini melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

CC turut menyeru orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini, termasuk keadaan kesihatan, ketidakupayaan, kesihatan mental atau motif yang didakwa melibatkan kanak-kanak berkenaan. Spekulasi sedemikian adalah tidak bertanggungjawab, berisiko menjejaskan siasatan yang sedang berjalan, serta boleh meningkatkan stereotaip dan diskriminasi yang memudaratkan.

Laporan media baru-baru ini menunjukkan bahawa peguam yang mewakili suspek menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut merupakan seorang autistik.

Sekiranya maklumat ini disahkan, CC menegaskan bahawa ketidakupayaan sama sekali tidak boleh dijadikan alasan untuk stigma, memburukkan atau menghasut kebencian terhadap mana-mana kanak-kanak. Setiap kanak-kanak, termasuk kanak-kanak kurang upaya, berhak mendapat perlindungan yang sama di sisi undang-undang, penghormatan terhadap maruah, layanan tanpa diskriminasi serta akses kepada perkhidmatan sokongan yang bersesuaian.

Insiden ini juga wajar dijadikan peringatan mengenai kepentingan untuk memperkukuh langkah-langkah pencegahan keganasan di sekolah melalui pengenalpastian awal faktor risiko, penyediaan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial yang mudah diakses, mekanisme perlindungan kanak-kanak yang berkesan, kerjasama antara pihak sekolah, ibu bapa dan agensi berkaitan, serta intervensi yang tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang terdedah kepada risiko sebelum sesuatu krisis berlaku.

CC akan terus memantau perkembangan kes ini dengan teliti serta berinteraksi dengan pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan hak dan kebajikan semua kanak-kanak yang terlibat dilindungi selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Anti-Buli 2026, CRC serta undang-undang lain yang berkaitan.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menyeru setiap anggota masyarakat supaya bertindak secara bertanggungjawab dengan tidak berkongsi atau menyebarkan sebarang kandungan yang boleh mengenal pasti atau mengeksploitasi kanak-kanak. Melindungi kanak-kanak bukan sekadar memastikan keselamatan fizikal mereka, tetapi juga memerlukan perlindungan terhadap privasi, maruah dan masa depan mereka.

-TAMAT-

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

7 Julai 2026

2

Kenyataan Media No. 29-2026_SUHAKAM Seru Kesaksamaan Aksesibiliti Dan Inklusiviti Digital Yang Lebih Menyeluruh Sempena Hari Kesedaran Aksesibiliti Global 2026

KUALA LUMPUR (21 MEI 2026) Sempena Hari Kesedaran Aksesibiliti Global (Global Accessibility Awareness Day – GAAD) 2026, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menekankan akan kepentingan untuk memastikan akses yang sama rata kepada ruang digital, maklumat dan teknologi untuk semua individu, khususnya orang kelainan upaya (OKU).

GAAD disambut setiap tahun pada hari Khamis ketiga bulan Mei, GAAD menjadi peringatan global mengenai keperluan untuk memperkukuh aksesibiliti dan keterangkuman dalam persekitaran digital. Dalam memperluas ekosistem digitalnya, Malaysia harus memastikan aksesibiliti menjadi pertimbangan asas hak asasi manusia dan bukan sesuatu yang difikirkan kemudian hari.

Akses kepada maklumat, komunikasi, pendidikan, pekerjaan, perkhidmatan awam serta penyertaan dalam kehidupan awam kini semakin bergantung kepada platform dan teknologi digital. Namun begitu, orang kurang upaya masih berdepan pelbagai halangan kerana laman sesawang, aplikasi mudah alih, perkhidmatan dalam talian dan sistem komunikasi tidak mesra untuk diakses oleh mereka. SUHAKAM menegaskan bahawa aksesibiliti digital berkait rapat dengan prinsip kesaksamaan, maruah, tanpa diskriminasi dan penyertaan bermakna sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan bahkan diperkukuhkan melalui komitmen Malaysia di bawah Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (CRPD).

Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru untuk:

Agensi kerajaan memperkukuh tadbir urus digital yang inklusif dan memastikan semua platform digital awam mematuhi piawaian aksesibiliti sejagat.

ii. Sektor swasta, industri pembangun teknologi dan penyedia perkhidmatan mengintegrasikan ciri-ciri aksesibiliti dalam reka bentuk dan pembangunan produk serta perkhidmatan. Digital.

iii. Institusi pendidikan dan tempat kerja mempromosikan keterangkuman digital serta persekitaranpembelajaran dan pekerjaan yang boleh diakses.

iv. Masyarakat secara keseluruhannya memupuk kesedaran, empati dan kefahaman yang lebih mendalam terhadap pengalaman hidup orang kurang upaya.

SUHAKAM turut menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh antara pembuat dasar, organisasi masyarakat sivil, pejuang hak OKU dan pihak industri dalam membangunkan ekosistem digital yang tidak meminggirkan sesiapa.

Persekitaran digital yang inklusif dan mudah diakses adalah penting ke arah sebuah masyarakat yang adil, saksama dan berteraskan hak asasi manusia. Dalam mendepani kemajuan teknologi, Malaysia harus memastikan semua individu, tanpa mengira keupayaan mendapat penyertaan sepenuhnya dan sama rata dalam era digital.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

21 Mei 2026

Copy of Template PS 1 (Facebook Post (Landscape)) (1)

Press Statement No. 33-2023_A Gift For Our Children in Conjunction with Malaysia Day

A Gift For Our Children in Conjunction with Malaysia Day

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (15 SEPTEMBER 2023) – Since the establishment of the Office of the Children’s Commissioner in 2019, the highest complaints received by this office is child protection issues whilst protection connotes protection from sexual offences, abuse, and negligence. The complaints of sexual assault are chronically critical on account of the traditional resolution of problems done through the payment of penance (village mode), sodomy committed against students by teachers, and a few sexual and physical abuse cases against children in shelter homes. These are the few cases that were being reported, not to mention the cases that went unreported.

The abovementioned cases were successfully channelled and acted by the relevant authorities owing to this office’s role and function as an oversight body in coordinating all relevant parties to uphold justice and protect children. However, this office will continue to work restrictively if it is still inadequately resourced, nonindependence and with deficiency in capacity and complaint system.

Henceforth, the establishment of an independent Children Commission with its act is crucial in protecting and promoting the rights of all children in Malaysia holistically and systematically. To date, more than 50 countries worldwide have established their respective oversight bodies for children. It does not only limit at the national level namely New Zealand and Norway, but they could also be found at the local level such as Australia and the United States of America, taking into account the local context. Despite its children population is lesser than Malaysia, New Zealand and Australia are bequeathed with various oversight bodies for the rights of child at the national and local level, demonstrating the placement of children’s rights at the heart of every development in the countries.

In welcoming the 60th Malaysia Day tomorrow, it is timely that a gift of a Children Commission to the children of Malaysia be realised. A Children Commission that is endowed with the function and mandate enshrined in a specific act will become a body with the responsibility to advocate and enhance the rights of child, specifically children of the vulnerable community including persons with disabilities and rural communities in Sabah and Sarawak. Thus, OCC would like to appeal to have the gift for all children in Malaysia to be presented as the testimony of Malaysia Day that has been overdue.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

15 September 2023

———————

Hadiah Untuk Kanak-kanak Sempena Hari Malaysia

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 SEPTEMBER 2023) – Sejak Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) ditubuhkan pada tahun 2019, antara aduan tertinggi diterima OCC ialah berkaitan hak kanak-kanak kepada perlindungan, dan perlindungan yang dimaksudkan ialah daripada jenayah seksual, penderaan, pengabaian dan kecuaian. Aduan jenayah seksual amat kritikal kerana sebahagiannya melibatkan jumlah kanak-kanak yang ramai di kawasan pedalaman yang secara tradisinya kes diselesaikan secara pembayaran wang sogit (cara kampung), liwat melibatkan sejumlah pelajar sekolah oleh guru, dan beberapa kes pukul dan liwat terhadap penghuni oleh kakitangan di institusi rumah perlindungan kanak-kanak. Ini cumalah sebahagian kecil daripada kes yang dilaporkan dan jumlah kes yang tidak dilapor tentulah lebih banyak lagi.

Kes-kes di atas telah berjaya diketengahkan dan diambil tindakan wajar oleh semua pihak berwajib kerana OCC telah memainkan peranan menjadi badan yang menyelaras semua pihak berkaitan untuk saling bekerjasama bagi menegakkan keadilan dan memberi perlindungan kepada mangsa kanak-kanak. Walau bagaimanapun, OCC tidak dapat melakukan tugas ini secara meluas jika masih dikekang dengan peruntukan yang tidak mencukupi, tiada Akta sendiri, dan kapasiti dan sistem aduan yang penuh serba kekurangan.

Justeru itu, penubuhan Suruhanjaya kanak-kanak yang bebas dengan Akta tersendiri amat penting supaya perlindungan dan promosi hak semua kanak-kanak di Malaysia dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik. Telah ada lebih daripada 50 negara di dunia ini masing-masing memiliki sekurang-kurangnya satu badan pemantauan hak kanak-kanak. Sesetengah badan pemantauan hak kanak-kanak telah ditubuhkan di peringkat kebangsaan misalnya New Zealand dan Norway. Manakala di Australia dan Amerika Syarikat, setiap Kerajaan Negeri menubuhkan Suruhanjaya Kanak-Kanak mereka sendiri dengan mandat khusus berdasarkan acuan tempatan dalam negara mereka. Terdapat negara yang jumlah kanak-kanaknya jauh lebih sedikit berbanding Malaysia seperti New Zealand dan Australia, tetapi mereka mempunyai pelbagai badan pemantauan hak kanak-kanak di peringkat kebangsaan dan negeri kerana isu kanak-kanak merupakan antara isu terpenting negara mereka.

Malaysia bakal menyambut Hari Malaysia yang ke 60 esok. Sudah tiba masanya penubuhan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai satu hadiah khusus untuk kanak-kanak di Malaysia direalisasikan. Suruhanjaya Kanak-kanak yang dihasratkan dengan fungsi dan mandat yang termaktub dalam satu Akta khusus, akan menjadi satu-satunya badan yang bertanggungjawab memperjuangkan hak kanak-kanak, khususnya kanak-kanak golongan rentan termasuk kurang upaya dan tinggal di pedalaman Sabah dan Sarawak. Oleh itu OCC merayu agar hadiah untuk semua kanak-kanak ini benar-benar menjadi kenyataan sempena Hari Malaysia yang amat dinantikan.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

15 September 2023

PS

Press Statement No. 12-2021 (OCC)_CC is Saddened by the Government’s Decision to Appeal the Kuala Lumpur High Court’s Judgment on Suriani Kempe Case

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (27 SEPTEMBER 2021)   –   The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is saddened by the Government’s decision to appeal and file an application to stay the execution of the Kuala Lumpur High Court’s judgment on the granting of automatic citizenship to children born abroad to Malaysian women married to foreign spouses – the Suriani Kempe Case. That decision had, in fact been supported by five ministers, namely the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM); Prime Minister’s Department (Parliament & Law); Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC); Ministry of Communications and Multimedia (KKMM); and Ministry of Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development, Sarawak (KWKPK).

The Minister of Home Affairs had stated, in Parliament, the Government’s intention to amend the Federal Constitution (FC) but, in subsequent press release had stated that an appeal to the High Court’s decision was submitted to avoid the Government from being subjected to contempt of court, as well to comply with the provisions of the FC. The Ministry also said that the decision of Suriani Kempe case was in conflict with the decision of the Mahisha Sulaiha case in 2020 and the Federal Court decision on CTEB (Chan Tai Ern Bermillo) case which was decided on early this year. The same press release had also informed that the Attorney General would seek an audience with the Deputy YDPA on the matter.

The CC however finds the argument given by Ministry of Home Affairs is untenable because:

  1. High Courts are not bound to another High Court’s decision;
  2. The CTEB case must be distinguished with that of Suriani Kempe’s, as CTEB was on illegitimate child whose mother was a foreigner and was then legitimated by subsequent marriage of the biological father and mother;
  3. The issue of the High Court Judge Suriani Kempe’s case, having to amend the Constitution is irrelevant, as a Judge has the power to interpret the provisions of the law, including the FC, for justice to prevail.

The Judge was, in fact, interpreting Article 8(2) of the FC which is seen to be in conflict with Article 14(1) (b).  By not appealing and instead opting to enforce the High Court decision, the Government would be seen to be serving the best interest of children according to Article 3 of the Convention of the Rights of Child (CRC), as well as ending the denial of mothers and children their citizenship, who have suffered for far too long. The issue has since been discussed in Parliament where many MPs also supported the recent High Court’s decision and had urged the Government not to proceed with the appeal.

The CC reiterates there is real issue of gender discrimination in relation to nationality under Article 14(1)(b) of the FC, to children born overseas whose mother is Malaysian and foreign father. The CC acknowledges that any amendment to the FC requires the approval of the Conference of Rulers in accordance with Article 159(5). However, that should not be the reason to delay the amendment, as any delays ultimately translate to continued denial of these women’s rights and further suffering amongst their children.  The CC appeals to the Government, and MOHA in particular, to expedite the application for citizenship process under Article 14 and 15 of the FC, thereby parties involved would not need to take matters to court until the FC is amended.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

27 September 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (27 SEPTEMBER 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) berasa dukacita dengan keputusan Kerajaan untuk mengemukakan rayuan dan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pemberian kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing – kes Suriani Kempe. Keputusan Mahkamah itu bahkan telah disokong oleh lima orang menteri, iaitu dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM); dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Sarawak (KWKPK).

Menteri Dalam Negeri telah menyatakan di Parlimen, akan hasrat Kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (PP). Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan media beliau berikutnya, beliau telah menyatakan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dibuat bagi mengelakkan Kerajaan dari dikaitkan dengan tindakan menghina Mahkamah, serta demi mematuhi peruntukan PP. Kementerian juga mengatakan bahawa keputusan kes Suriani Kempe adalah bertentangan dengan keputusan kes Mahisha Sulaiha pada tahun 2020 dan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes CTEB (Chan Tai Ern Bermillo) yang diputuskan pada awal tahun ini. Di dalam kenyataan media yang sama juga, adalah difahami bahawa Peguam Negara akan menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perkara ini.

CC bagaimanapun berpandangan bahawa hujah yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah tidak kukuh kerana:

  1. Mahkamah Tinggi adalah tidak terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang lain;
  2. Kes CTEB mesti dibezakan dengan kes Suriani Kempe, kerana CTEB adalah berkenaan anak tidak sah taraf yang mana ibunya adalah warganegara asing, yang kemudiannya telah disahtarafkan oleh perkahwinan terkemudian bapa kandung dan ibunya;
  3. Berhubung isu Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes Suriani Kempe yang dikatakan telah meminda PP, ia adalah tidak relevan untuk dipertikaikan, memandangkan seorang Hakim adalah berhak untuk menafsirkan peruntukan undang-undang, termasuk PP, agar keadilan dapat ditegakkan.

Hakim tersebut bahkan telah mentafsirkan Perkara 8 (2) PP yang dilihat bertentangan dengan Perkara 14 (1) (b). Dengan tidak memfailkan rayuan dan sebaliknya memilih untuk menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut (Suriani Kempe), pihak Kerajaan akan dilihat telah mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak berdasarkan Perkara 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), serta menamatkan penafian hak para ibu dan anak-anak mereka kepada kewarganegaraan, yang telah menderita dalam tempoh yang cukup lama. Isu ini juga telah dibahas di Parlimen di mana ramai ahli parlimen juga telah menyokong keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini (Suriani Kempe), dan telah mendesak Kerajaan untuk tidak meneruskan rayuan.

CC mengulangi bahawa sememangnya terdapat isu diskriminasi gender yang jelas berhubung kewarganegaraan dalam peruntukan di bawah Perkara 14 (1) (b) PP, kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibunya yang berwarganegara Malaysia dan ayah berwarganegara asing. CC akur bahawa setiap pindaan pada PP memerlukan persetujuan dari Majlis Raja-Raja berlandaskan Perkara 159 (5) PP. Walaubagaimanapun, itu tidak sewajarnya menjadi alasan untuk menangguhkan pindaan tersebut, kerana setiap kelewatan akhirnya akan menyebabkan penindasan berterusan terhadap hak-hak wanita ini dan memanjangkan penderitaan dalam kalangan anak-anak mereka. CC memohon kepada pihak Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri khususnya, untuk mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan berdasarkan Perkara 14 dan 15 PP, agar pihak-pihak yang terlibat tidak perlu membawa permohonan mereka ke muka pengadilan sehingga PP dipinda.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

27 September 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my