Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (27 SEPTEMBER 2021) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is saddened by the Government’s decision to appeal and file an application to stay the execution of the Kuala Lumpur High Court’s judgment on the granting of automatic citizenship to children born abroad to Malaysian women married to foreign spouses – the Suriani Kempe Case. That decision had, in fact been supported by five ministers, namely the Ministry of Women, Family and Community Development (KPWKM); Prime Minister’s Department (Parliament & Law); Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC); Ministry of Communications and Multimedia (KKMM); and Ministry of Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development, Sarawak (KWKPK).
The Minister of Home Affairs had stated, in Parliament, the Government’s intention to amend the Federal Constitution (FC) but, in subsequent press release had stated that an appeal to the High Court’s decision was submitted to avoid the Government from being subjected to contempt of court, as well to comply with the provisions of the FC. The Ministry also said that the decision of Suriani Kempe case was in conflict with the decision of the Mahisha Sulaiha case in 2020 and the Federal Court decision on CTEB (Chan Tai Ern Bermillo) case which was decided on early this year. The same press release had also informed that the Attorney General would seek an audience with the Deputy YDPA on the matter.
The CC however finds the argument given by Ministry of Home Affairs is untenable because:
- High Courts are not bound to another High Court’s decision;
- The CTEB case must be distinguished with that of Suriani Kempe’s, as CTEB was on illegitimate child whose mother was a foreigner and was then legitimated by subsequent marriage of the biological father and mother;
- The issue of the High Court Judge Suriani Kempe’s case, having to amend the Constitution is irrelevant, as a Judge has the power to interpret the provisions of the law, including the FC, for justice to prevail.
The Judge was, in fact, interpreting Article 8(2) of the FC which is seen to be in conflict with Article 14(1) (b). By not appealing and instead opting to enforce the High Court decision, the Government would be seen to be serving the best interest of children according to Article 3 of the Convention of the Rights of Child (CRC), as well as ending the denial of mothers and children their citizenship, who have suffered for far too long. The issue has since been discussed in Parliament where many MPs also supported the recent High Court’s decision and had urged the Government not to proceed with the appeal.
The CC reiterates there is real issue of gender discrimination in relation to nationality under Article 14(1)(b) of the FC, to children born overseas whose mother is Malaysian and foreign father. The CC acknowledges that any amendment to the FC requires the approval of the Conference of Rulers in accordance with Article 159(5). However, that should not be the reason to delay the amendment, as any delays ultimately translate to continued denial of these women’s rights and further suffering amongst their children. The CC appeals to the Government, and MOHA in particular, to expedite the application for citizenship process under Article 14 and 15 of the FC, thereby parties involved would not need to take matters to court until the FC is amended.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
27 September 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (27 SEPTEMBER 2021) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) berasa dukacita dengan keputusan Kerajaan untuk mengemukakan rayuan dan memfailkan permohonan untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung pemberian kewarganegaraan secara automatik kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh wanita warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan warga asing – kes Suriani Kempe. Keputusan Mahkamah itu bahkan telah disokong oleh lima orang menteri, iaitu dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM); Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang); Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM); dan Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Sarawak (KWKPK).
Menteri Dalam Negeri telah menyatakan di Parlimen, akan hasrat Kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan (PP). Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan media beliau berikutnya, beliau telah menyatakan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dibuat bagi mengelakkan Kerajaan dari dikaitkan dengan tindakan menghina Mahkamah, serta demi mematuhi peruntukan PP. Kementerian juga mengatakan bahawa keputusan kes Suriani Kempe adalah bertentangan dengan keputusan kes Mahisha Sulaiha pada tahun 2020 dan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan kes CTEB (Chan Tai Ern Bermillo) yang diputuskan pada awal tahun ini. Di dalam kenyataan media yang sama juga, adalah difahami bahawa Peguam Negara akan menghadap Timbalan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) berhubung perkara ini.
CC bagaimanapun berpandangan bahawa hujah yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah tidak kukuh kerana:
- Mahkamah Tinggi adalah tidak terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang lain;
- Kes CTEB mesti dibezakan dengan kes Suriani Kempe, kerana CTEB adalah berkenaan anak tidak sah taraf yang mana ibunya adalah warganegara asing, yang kemudiannya telah disahtarafkan oleh perkahwinan terkemudian bapa kandung dan ibunya;
- Berhubung isu Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes Suriani Kempe yang dikatakan telah meminda PP, ia adalah tidak relevan untuk dipertikaikan, memandangkan seorang Hakim adalah berhak untuk menafsirkan peruntukan undang-undang, termasuk PP, agar keadilan dapat ditegakkan.
Hakim tersebut bahkan telah mentafsirkan Perkara 8 (2) PP yang dilihat bertentangan dengan Perkara 14 (1) (b). Dengan tidak memfailkan rayuan dan sebaliknya memilih untuk menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi tersebut (Suriani Kempe), pihak Kerajaan akan dilihat telah mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak berdasarkan Perkara 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), serta menamatkan penafian hak para ibu dan anak-anak mereka kepada kewarganegaraan, yang telah menderita dalam tempoh yang cukup lama. Isu ini juga telah dibahas di Parlimen di mana ramai ahli parlimen juga telah menyokong keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini (Suriani Kempe), dan telah mendesak Kerajaan untuk tidak meneruskan rayuan.
CC mengulangi bahawa sememangnya terdapat isu diskriminasi gender yang jelas berhubung kewarganegaraan dalam peruntukan di bawah Perkara 14 (1) (b) PP, kepada kanak-kanak yang lahir di luar negara oleh ibunya yang berwarganegara Malaysia dan ayah berwarganegara asing. CC akur bahawa setiap pindaan pada PP memerlukan persetujuan dari Majlis Raja-Raja berlandaskan Perkara 159 (5) PP. Walaubagaimanapun, itu tidak sewajarnya menjadi alasan untuk menangguhkan pindaan tersebut, kerana setiap kelewatan akhirnya akan menyebabkan penindasan berterusan terhadap hak-hak wanita ini dan memanjangkan penderitaan dalam kalangan anak-anak mereka. CC memohon kepada pihak Kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri khususnya, untuk mempercepatkan proses permohonan kewarganegaraan berdasarkan Perkara 14 dan 15 PP, agar pihak-pihak yang terlibat tidak perlu membawa permohonan mereka ke muka pengadilan sehingga PP dipinda.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
27 September 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my