PS

SUHAKAM Press Statement No. 15-2023_ SUHAKAM Annual Report 2020 Highlights Crucial Human Rights Issues in Malaysia / Kenyataan Media SUHAKAM No. 15-2023_ Laporan Tahunan SUHAKAM 2020 Membangkitkan Isu Hak Asasi Manusia yang Meruncing di Malaysia

Kenyataan Media 

KUALA LUMPUR (25 MAY 2023) – The SUHAKAM Annual Report for the year 2020 has been tabled in Parliament and is scheduled to be debated on June 6, 2023. This report sheds light on pressing human rights concerns in Malaysia in particular those which occurred during the Covid-19 pandemic. A dedicated chapter on Covid-19 and human rights highlights issues and steps in addressing the impact of the pandemic on human rights.  

The report highlights promotional and awareness raising of human rights activities which include development of human rights module for the Royal Malaysia Police and the Institute of Teacher Education. There was a total of 756 complaints were received during the Movement Control Order (MCO) and Conditional Movement Control Order (CMCO), with 375 complaints received by the Headquarters Office and 311 and 70 complaints from the Sabah and Sarawak Office, respectively. 

The report also addresses six thematic areas namely Indigenous People, human trafficking, refugees and asylum seekers, business and human rights, Islam and human rights and racism, racial discrimination, and xenophobia as well as other human rights issues.  

The designation of the inaugural Children’s Commissioner in 2019, along with the establishment of the Office of the Children’s Commissioner (OCC), highlights key areas of concern including child statelessness, the right to education, child marriage, and recommendations for the removal of reservations to the Convention on the Rights of the Child (CRC). 

SUHAKAM appreciates Prime Minister YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim’s unwavering support for human rights and YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, the Minister in charge of Law and Institutional Reform, for her unstinting and consistent emphasis on the importance of tabling and debating the SUHAKAM Annual Report in Parliament. We earnestly hope that the Members of Parliament will take this opportunity to debate and deliberate critical issues on human rights.  

For detailed information on the SUHAKAM Annual Report, please visit www.suhakam.org.my .The website provides comprehensive information about the report, including its findings, recommendations, and additional resources in relation to human rights issues in Malaysia. 

-TAMAT- 

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad 

Pengerusi SUHAKAM 

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 

25 May 2023 

————–

KENYATAAN MEDIA 

KUALA LUMPUR (25 MEI 2023) – Laporan Tahunan SUHAKAM untuk tahun 2020 telah dibentangkan di Parlimen dan dijadualkan untuk perbahasan pada 6 Jun 2023. Laporan ini memberi fokus kepada isu hak asasi manusia yang meruncing di Malaysia khususnya ketika pandemik Covid-19. Bab khusus mengenai Covid-19 dan hak asasi manusia mengetengahkan pelbagai isu dan langkah dalam menangani kesan wabak tersebut terhadap hak asasi manusia. 

Laporan tersebut juga mengetengahkan mengenai aktiviti promosi dan peningkatan kesedaran hak asasi manusia termasuk pembangunan modul hak asasi manusia untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Pendidikan Guru (IPG). Sejumlah 756 aduan diterima sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dengan 375 aduan di Ibu Pejabat, 311 dan 70 aduan masing-masing daripada Pejabat Sabah dan Sarawak. 

Laporan itu juga membincangkan enam bidang tematik iaitu Orang Asli, pemerdagangan manusia, pelarian dan pencari suaka, perniagaan dan hak asasi manusia, Islam dan hak asasi manusia, perkauman, diskriminasi kaum dan xenofobia serta isu hak asasi manusia yang lain. 

Pelantikan Pesuruhjaya Kanak-Kanak yang pertama pada 2019, disusuli dengan penubuhan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) memberi fokus kepada bidang utama iaitu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan, hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan, perkahwinan kanak-kanak serta cadangan untuk menarik balik reservasi di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC). 

SUHAKAM menghargai sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim terhadap hak asasi manusia serta YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), atas komitmen yang konsisten dan bersungguh-sungguh dalam menekankan keperluan agar Laporan Tahunan SUHAKAM dibentangkan dan seterusnya dibahaskan di Parlimen.  Besar harapan kami agar Ahli-ahli Parlimen mengambil peluang ini untuk membahaskan dan membincangkan isu-isu kritikal mengenai hak asasi manusia. 

Untuk maklumat terperinci mengenai Laporan Tahunan SUHAKAM, sila layari www.suhakam.org.my . Laman web ini menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai laporan tersebut, termasuk hasil dapatan, syor dan maklumat tambahan berkaitan isu hak asasi manusia di Malaysia. 

-TAMAT- 

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad 

Pengerusi  

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 

25 Mei 2023 

PS

Press Statement No.14- 2023_A Call to Action in Ensuring Child Safety in a Childcare Centre / Kenyataan Media No.14-2023 _Seruan untuk Tindakan dalam Memastikan Keselamatan Kanak-Kanak di Pusat Jagaan Kanak-Kanak

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (18 MAY 2022)   –   The recent occurrence of child abuse or neglect cases allegedly perpetrated by childcare providers or babysitters was deeply disturbing and alarming. The unimaginable harshness and callous indifference shown towards children by the foregoing cases should serve as a painful lesson to all segments of society and impart a sense of urgency and seriousness to the primary caregivers.

Although the state has the primary obligation in safeguarding the rights of the children, the protection for children cannot be secured without the parents and guardians being vigilant of their own extensive responsibilities towards children and the efforts to meet the needs of children. It is vitally important that parents and guardians are aware of the competency of individuals who are not only in contact with their children but also entrusted with them. The onus is on the parents or guardians to equip themselves with knowledge in looking for childcare centres/ providers that meet the requirements prescribed by the law and regulated by the Department of Social Welfare Malaysia (JKM).

The CC is appealing to the community to take an active role in supporting governmental agencies by reporting unlicensed/ unregistered childcare centres to JKM. The community should also be conscious of their collective responsibility and the impact of their action in helping which will lend support to tackle the prevalence of child abuse incidents in unlicensed and licensed childcare centres whilst the care system is rapidly expanding.

CC would like to urge children of mature age to be made aware of the various children’s issues that affect them directly or indirectly. The knowledge and information about children’s rights should be disseminated commensurate with their age. Their ability to understand not only their safety but also that of their peers is pertinent to inform report instances of child abuse to other adults when they are in the position of being victimised or witnessing abuse.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

18 May 2023
—————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (18 MEI 2023)   –   Kejadian kes penderaan kanak-kanak baru-baru ini yang didakwa dilakukan oleh pengasuh dan penjaga pusat penjagaan kanak-kanak amat membimbangkan. Sikap tidak berperikemanusiaan dan pengabaian terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam paparan kes terkini hendaklah menjadi pengajaran kepada semua lapisan masyarakat  bahawa perhatian yang serius perlu diberikan kepada penjaga utama kanak-kanak.

Walaupun kerajaan mempunyai kewajipan dalam melindungi hak kanak-kanak, perlindungan ini tidak dapat dijamin tanpa tanggungjawab ibu bapa dan penjaga dalam memastikan keperluan kanak-kanak dipenuhi. Ibu bapa dan penjaga perlu cakna tentang tahap kecekapan individu yang mempunyai hubungkait serta yang telah diamanahkan untuk menjaga anak-anak mereka. Sehubungan itu, ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan seperti mencari pusat penjagaan kanak-kanak/pengasuh yang memenuhi syarat yang ditetapkan oleh undang-undang dan dikawal selia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

PKK menyeru kepada masyarakat agar memainkan peranan yang aktif dalam menyokong agensi kerajaan dengan melaporkan pusat penjagaan kanak-kanak yang tidak berlesen atau tidak berdaftar kepada JKM. Masyarakat harus sedar akan tanggungjawab kolektif mereka dan impak daripada tindakan mereka dalam menyokong usaha mengekang insiden penderaan kanak-kanak daripada terus berlaku di pusat penjagaan kanak-kanak, sama ada berlesen atau tidak berlesen.

PKK juga ingin menggesa kanak-kanak yang telah mencapai usia matang diberikan kesedaran yang meluas mengenai isu kanak-kanak yang memberikan kesan secara langsung atau tidak langsung kepada mereka.

Pengetahuan dan maklumat mengenai hak kanak-kanak harus disebarkan, setara dengan usia mereka. Keupayaan mereka untuk memahami tentang keselamatan diri dan rakan mereka adalah penting dalam membantu melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak kepada orang dewasa apabila mereka menjadi mangsa atau menyaksikan kejadian penderaan.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

18 Mei 2023

11

Call for Nominations: United Nations Human Rights Prize 2023

The 2023 UN Human Rights Prize is now open for nominations!

The Prize is an honorary award given to those who have made outstanding achievement to promote and defend human rights and fundamental freedoms as embodied in the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and other United Nations human rights treaties.

Since 1968, The Prize has been granted every five-year interval at a special award ceremony in the General Assembly in December, as part of the annual commemoration of Human Rights Day. This year, the Prize corresponds with the 75th anniversary of the Universal Declaration of Human Rights and will take place at the UN Headquarters in New York in December 2023

However, to date, no individual or organization from Malaysia has been awarded the prize. Now is our opportunity to have a Malaysian as the recipient of the Prize and to set a precedent for Malaysia in the field of human rights!

Your participation in nominating qualified persons or organizations for the United Nations Human Rights Prize 2023 is highly encouraged.

The deadline for submission of nominations on 16 April 2023, 11.59 a.m Malaysia Kuala Lumpur Time.

Nominations may be made by submitting the online nomination form at https://bit.ly/HRPrize2023.

More information on the Prize, including mandating resolution and previous recipients can be accessed at: https://www.ohchr.org/en/about-us/what-we-do/un-human-rights-prize

For additional information, please contact humanrightsprize@un.org

——————————

Panggilan untuk Pencalonan: Anugerah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

Anugerah Hak Asasi Manusia PBB 2023 kini dibuka untuk pencalonan!

Anugerah ini merupakan anugerah kehormat yang diberikan kepada mereka yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi seperti yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan instrumen hak asasi manusia PBB yang lain.

Sejak 1968, Anugerah ini telah diberikan pada setiap lima tahun sekali di majlis anugerah khas semasa Perhimpunan Agung pada Disember, sebagai sebahagian daripada sambutan memperingati Hari Hak Asasi Manusia. Pada tahun ini, anugerah tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang akan berlangsung di Ibu Pejabat PBB di New York pada Disember 2023.

Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada individu atau organisasi daripada Malaysia yang pernah menerima anugerah tersebut. Ini adalah peluang kita untuk mendapatkan pemenang dari Malaysia sebagai penerima anugerah dan mencipta sejarah kepada Malaysia dalam arena hak asasi manusia!

SUHAKAM mengalu-alukan usaha anda untuk mencalonkan individu atau organisasi yang berkelayakan untuk Anugerah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023. 

Tarikh akhir pencalonan adalah pada 16 April 2023, 11:59 pagi Waktu Malaysia, Kuala Lumpur.

Pencalonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang pencalonan dalam talian di https://bit.ly/HRPrize2023.

Maklumat lanjut mengenai Anugerah, termasuk resolusi dan penerima sebelumnya boleh diakses di: https://www.ohchr.org/en/about-us/what-we-do/un-human-rights-prize

Untuk maklumat tambahan sila hubungi humanrightsprize@un.org

PS

Press Statement No.12- 2023_Children Commissioner’s Concern Over the Government’s Decision to Exclude Nicotine from the Poison Act 1952 / Pesuruhjaya Kanak-kanak Kesal Keputusan Kerajaan Mengecualikan Nikotin daripada Akta Racun 1952

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023) – The Children Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) expresses deep concern over the recent decision made by the government to remove nicotine from the scheduled list of controlled substances under the Poison Act 1952 [Act 366]. The decision may result in children having unrestricted access to nicotine-containing liquids and gels, which could lead to adverse health effects without any legal consequences.

As Member States to the Convention on the Rights of the Child 1989 (CRC), Malaysia is committed to ensuring that every child has access to the highest attainable standard of health as stated in Article 24 of the CRC. Under Section 2(f) of the same article, Malaysia is obligated to implement preventive health care measures to promote and protect this right. The removal of nicotine from the controlled substances list may implicitly permit the use of nicotine-related products by individuals under 18 years of age, as the prohibitive nature of Section 17 of Act 366 would no longer apply.

This decision goes against the spirit of the Child Act 2001, which acknowledges that children require special safeguards, care, and assistance, including protection from a smoke and nicotine-infested environment. It is the State’s responsibility to ensure that children are not exposed to anything that may endanger their physical and emotional health. Despite ample evidence linking nicotine and toxic substances of e-cigarettes to brain development damage, the government’s decision puts children in Malaysia at a higher risk of nicotine addiction.

While the CC recognizes the government’s efforts to reduce tobacco consumption by increasing tobacco taxes, this should not be confused with opening the floodgates to new users of nicotine-related products, especially children. It remains questionable whether taxing buyers of e-cigarettes will truly generate revenue and positively contribute to the economy. Concurrently, the delisting of nicotine will lead to more cases of lung-related diseases and injuries, adding to the already strained public healthcare system and increasing healthcare expenditure. This directly contradicts the Ministry of Health’s goal of reducing the number of smokers from 40% to 15% by 2025.

The CC strongly urges the government to continue its commitment to building a smoke-free environment, as started by its predecessor. Neglecting this commitment will have intergenerational consequences on children’s health and the environment, putting the concept of ‘Malaysia Madani’ in jeopardy. This concept focuses on sustainable development, encompassing not only economic aspects but also social and environmental well-being.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner 

4 April 2023

——————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat kesal dengan keputusan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada senarai berjadual bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 [Akta 366] baru-baru ini. Keputusan tersebut boleh menyebabkan kanak-kanak mendapat akses tanpa had terhadap cecair dan gel yang mengandungi nikotin, yang seterusnya membawa kesan buruk kepada kesihatan tanpa sebarang sekatan undang-undang. 

Malaysia sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC) berperanan memastikan bahawa setiap kanak-kanak mendapat akses kepada tahap kesihatan tertinggi yang boleh dicapai seperti yang termaktub dalam Artikel 24 CRC. Di bawah Seksyen 2(f) artikel yang sama, Malaysia wajib melaksanakan langkah pencegahan dalam penjagaan kesihatan bagi mempromosi dan melindungi hak ini.  Mengeluarkan nikotin daripada senarai bahan terkawal secara tersiratnya membolehkan produk berkaitan dengan nikotin digunakan oleh individu yang berusia di bawah 18 tahun, memandangkan larangan oleh Seksyen 17 Akta 336 tidak lagi terpakai.

Keputusan tersebut bertentangan dengan semangat Akta Kanak-Kanak 2001 yang mengakui bahawa kanak-kanak memerlukan perlindungan khusus, penjagaan dan bantuan, termasuklah daripada asap dan persekitaran yang dicemari oleh nikotin. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memastikan bahawa kanak-kanak tidak terdedah kepada perkara yang memudaratkan kesihatan fizikal dan emosi mereka. Walaupun terdapat banyak bukti yang mengaitkan nikotin dan bahan toksik dari e-rokok dengan kerosakan perkembangan otak, namun kerajaan tetap mengambil keputusan tersebut yang meletakkan kanak-kanak dalam risiko ketagihan nikotin yang tinggi.

CC juga mengambil maklum mengenai usaha kerajaan untuk mengurangkan pengambilan tembakau dengan menaikkan cukai tembakau, hal ini tidak wajar dikelirukan dengan pembukaan ruang kepada kebanjiran produk yang berkaitan dengan nikotin kepada pengguna baru, terutama kanak-kanak. Ia menjadi keraguan sama ada kenaikan cukai kepada pembeli e-rokok benar-benar akan menjana pendapatan dan memberi sumbangan positif kepada ekonomi negara. Pada masa yang sama, mengeluarkan nikotin daripada senarai akan membawa kepada pertambahan kes penyakit yang berkaitan dengan paru-paru, serta membebankan sistem kesihatan awam, dan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan. Perkara ini jelas bercanggah dengan matlamat Kementerian Kesihatan untuk mengurangkan jumlah perokok daripada 40% kepada 15% menjelang tahun 2025.

CC menggesa kerajaan untuk terus memenuhi komitmen membina persekitaran bebas asap rokok seperti yang telah diusahakan dahulu. Pengabaian kepada komitmen ini akan membawa kesan yang berpanjangan kepada kesihatan dan persekitaran kanak-kanak, sekaligus menggugat konsep ‘Malaysia Madani’. Konsep ini memberi tumpuan kepada pembangunan mampan yang merangkumi tidak hanya aspek ekonomi tetapi juga kesejahteraan sosial dan alam sekitar.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

4 April 2023

PS

Press Statement No. 11- 2023_SUHAKAM Welcomes the Passing of the Abolition of the Mandatory Death Penalty for 11 Offenses / Kenyataan Media No.11-2023_SUHAKAM Mengalu-alukan Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori bagi 11 Kesalahan

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the passing of the abolition of the mandatory death penalty for 11 mandatory offenses. The decision to remove the mandatory death penalty is consistent with the Commission’s advocacy efforts and aligns with Article 5 of the Federal Constitution, which outlines a comprehensive framework for safeguarding the fundamental liberties of all Malaysians.

SUHAKAM takes pride in the fact that past and present Commissioners were part of the “Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty” that provided input to the Bill. The Commission thanks the members of the Committee for their efforts in shaping this important legislation.

SUHAKAM believes that the elimination of the mandatory death penalty is a positive step towards the ratification of the United Nation Convention Against Torture and Other Cruel, Inhuman, or Degrading Treatment or Punishment (UNCAT).

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

4 April 2023

—————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (4 APRIL 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan pemansuhan hukuman mati mandatori bagi 11 kesalahan. Keputusan tersebut sejajar dengan usaha advokasi Suruhanjaya serta Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan kerangka komprehensif untuk melindungi kebebasan asasi semua rakyat Malaysia.

SUHAKAM berbangga dengan penglibatan Pesuruhjaya dan mantan Pesuruhjaya sebagai ahli Jawantankuasa Khas untuk Mengkaji Hukuman Alternatif Kepada Hukuman Mati Mandatori dalam memberikan input kepada Rang Undang-undang tersebut. Suruhanjaya menghargai semua ahli Jawatankuasa atas usaha mereka ke arah penggubalan undang-undang yang penting ini.

SUHAKAM percaya bahawa penghapusan hukuman mati mandatori merupakan suatu langkah positif ke arah ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Zalim, Tidak Berperikemanusiaan, atau Menjatuhkan Maruah (UNCAT).

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

4 April 2023

PS

Press Statement No. 10- 2023_SUHAKAM Commends the Johor Pardon Board for Releasing a Death Row Prisoner / Kenyataan Media No. 10-2023_SUHAKAM Menyambut Baik Keputusan Lembaga Pengampunan Johor Atas Pembebasan Banduan Akhir

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (24 MARCH 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) would like to express our sincere gratitude to various parties who have contributed to the release and reunion of Chong Yun Fak after 29 years on death row and 34 years in prison. We would like to extend our appreciation to DYMM Sultan of Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, the Attorney General Tan Sri Idrus bin Harun, Prisons Department, human rights activists, and family members for their tireless efforts in securing his release.

We commend all parties involved for their compassionate and merciful approach towards this case. However, this is not an isolated case and there are many other prisoners in similar situations, and we urge immediate steps be taken to review all cases involving prisoners held in death row or long-term incarceration.

SUHAKAM believes that justice must be served, but we also believe that compassion and mercy should be taken into account, particularly in cases where circumstances warrant it. To expedite the abolishment of the death penalty in Malaysia, we urge the government to release the report and recommendations of the Special Committee to Review Alternative Sentences to the Mandatory Death Penalty. This would enable legislators, policymakers, and society to take necessary steps towards this crucial goal.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 March 2023

————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 MAC 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin mengucapkan terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah mendorong kepada pembebasan dan pertemuan semula Chong Yun Fak selepas menjalani hukuman penjara selama 34 tahun dan 29 tahun sebagai banduan akhir. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Peguam Negara Tan Sri Idrus bin Harun, Jabatan Penjara, aktivis hak asasi manusia, dan ahli keluarga atas usaha gigih untuk memastikan beliau dibebaskan.

Kami menghargai semua pihak yang terlibat atas pendekatan yang penuh belas kasihan terhadap kes ini. Walaubagaimanapun, ini bukan kes terpencil dan terdapat ramai lagi banduan yang berada dalam situasi yang sama. Oleh demikian, kami menggesa supaya tindakan segera dapat diambil untuk mengkaji semula kes-kes yang melibatkan banduan akhir atau banduan yang dipenjarakan dalam tempoh jangkamasa yang panjang.

SUHAKAM percaya bahawa keadilan perlu ditegakkan, tetapi kami juga percaya bahawa belas kasihan harus diambil kira, terutama melibatkan kes-kes yang memerlukan. Untuk mempercepatkan usaha untuk memansuhkan hukuman mati di Malaysia, kami menyeru kerajaan untuk mengeluarkan laporan dan syor Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori. Tindakan ini akan membolehkan penggubal undang-undang, pembuat dasar, dan masyarakat mengambil langkah yang perlu untuk mencapai matlamat penting ini.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

24 Mac 2023

PS

Press Statement No. 9- 2023_Stateless Children Deprived of the Right to Education – A Call For Action / Kenyataan Media No.9-2023_ Seruan Untuk Tindakan – Kanak-Kanak Tanpa Warganegara Tidak Mendapat Hak Kepada Pendidikan

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (21 MARCH 2023) –The Children’s Commissioner, Dr Farah Nini Dusuki, has expressed concern over the recent announcement by the Ministry of Education (MOE) regarding the enrolment requirements for the 2024/2025 academic session. The MOE’s directive stipulates that only Malaysian citizen’s children born between 2.1.2017 and 1.1.2018 are eligible to apply for enrolment, implying that non-Malaysian children are excluded from this right.

This decision contradicts the Convention on the Rights of the Child 1989 (CRC), which guarantees the right to education for all children regardless of their legal status or nationality. Access to education is a basic human right and essential for building inclusive societies, promoting peace, and achieving sustainable development.

Despite the Ministry’s aspiration for all children in Malaysia to have access to education, as outlined in their 2018 Circular No. (3), this decision runs counter to that goal and the principles of the CRC.

The Children’s Commissioner urgently calls upon government and relevant authorities to take immediate action to ensure that all children, regardless of their legal status, have access to education in government schools. Furthermore, the Commissioner invites civil society organizations, the private sector, and individuals to join in advocating for the rights of stateless children and promoting their access to education. Together, we can create a better future for all children.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Children’s Commissioner

21 March 2023

————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (21 MAC 2023) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr. Farah Nini Dusuki, menyatakan kebimbangan terhadap pengumuman oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai syarat pendaftaran kemasukan sekolah untuk sesi akademik 2024/2025. Arahan KPM tersebut menetapkan hanya kanak-kanak warganegara Malaysia yang dilahirkan antara 2.1.2017 sehingga 1.1.2018 layak memohon untuk kemasukan sekolah, telah mengecualikan secara tidak langsung kanak-kanak bukan warganegara Malaysia.

Pengumuman ini bercanggah dengan Konvensyen Hak Kanak-Kanak 1989 (CRC), yang menjamin hak pendidikan bagi semua kanak-kanak tanpa mengira status atau kewarganegaraan mereka. Akses kepada pendidikan adalah hak asasi manusia yang penting dalam membina masyarakat yang inklusif, mempromosikan keamanan, dan mencapai pembangunan mampan.

Walaupun menjadi asprasi KPM bagi memastikan semua kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang pendidikan sebagaimana yang terdapat di dalam Surat Siaran Bilangan 3 Tahun 2018, pengumuman ini dilihat bercanggah dengan aspirasi tersebut serta prinsip CRC.

Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa pihak kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mengambil langkah segera bagi memastikan semua kanak-kanak tanpa mengira status, mempunyai akses kepada pendidikan di sekolah kerajaan. Organisasi masyarakat sivil, sektor swasta, dan individu turut diseru agar bersama-sama memperjuangkan hak kanak-kanak tanpa warganegara dan mempromosikan akses pendidikan kepada mereka. Usaha dari semua pihak dapat membina masa depan yang lebih baik kepada semua kanak-kanak.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

21 Mac 2023

PS

Press Statement No. 8- 2023_Launch of the SUHAKAM’s Research Report ‘Human Rights and Statelessness in Peninsular Malaysia’ / Kenyataan Media No.8-2023_Pelancaran Laporan Penyelidikan Suhakam Hak Asasi Manusia dan Tiada Kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (14 MARCH 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) held a launch of The SUHAKAM’s Research Report ‘Human Rights and Statelessness in Peninsular Malaysia’ as part of its initiatives to produce evidence-based findings and recommendations on the issue of statelessness.

Since 2015, SUHAKAM has received 1,291 complaints related to statelessness. While there have been significant efforts to understand statelessness from a legal and broader macro perspective, less attention has been paid to understanding the micro, intersectional lived experiences of stateless persons. To bridge this gap, SUHAKAM appointed Assist. Prof. Dr Melati Nungsari in 2021 to conduct a comprehensive study assessing the legal, policy, administrative, institutional frameworks, and processes that impact access to citizenship in Malaysia.

In her special address, Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said acknowledged the seriousness of statelessness as a global issue that hinders development and nation-building. She expressed particular concern for stateless children’s access to basic rights, emphasized the importance of taking a strategic approach to address the issue, and called for collaboration between all stakeholders in Malaysia.

Deputy Minister in the Prime Ministers’ Department (Law and Institutional Reform) YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh delivered the keynote address and emphasized Malaysia’s membership in the UN Human Rights Council for the term 2022 to 2024, bearing a greater responsibility to ensure pledges and commitments made at the international level are translated into concrete action at the domestic level, for genuine improvement and enjoyment of human rights for all. The government is moving forward in addressing the issue of statelessness to achieve the Sustainable Development Goals target and in line with the “Masyarakat Madani” concept, ensuring that “no one is left behind”.

A forum moderated by Mr Ragunath Kesavan, SUHAKAM’s Commissioner, featured esteemed panelists from various backgrounds and expertise Prof. Emeritus Datuk Dr. Hj. Shad Saleem Faruqi, Tunku Abdul Rahman Chair as Professor of Constitutional Law, Ms. Jasmine Wong Senior Associate from Mah Weng Kwai & Associates, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Vice Chair of SUHAKAM, and Ms. Maalini Ramalo, Director for Social Protection at Development of Human Resources in Rural Areas Malaysia (DHRRA Malaysia). The forum discussed the legal and administrative barriers faced at the Ministry of Home Affairs (MOHA), in particular, the National Registration Department (NRD) as the ultimate authority in granting citizenship.  This also includes improvement of policy and laws, Standard Operating Procedure (SOP) in application, time frame of application and way forward. The research report will be distributed in hardcopy to members of parliament, government agencies, academics, and non-governmental organizations.

The report can be accessed here:

https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2023/03/SUHAKAM_Statelessness.pdf

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 March 2023

————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (14 MAC 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) melancarkan Laporan Penyelidikan ‘Hak Asasi Manusia dan Tiada Kewarganegaraan di Semenanjung Malaysia’ sebagai salah satu inisiatif untuk mengenengahkan syor serta hasil kajian berasaskan fakta mengenai isu tiada kewarganegaraan.

SUHAKAM telah menerima sebanyak 1,291 aduan mengenai isu tiada kewarganegaraan sejak tahun 2015. Pelbagai usaha untuk mendalami isu ini dari perspektif perundangan dan makro yang lebih luas, walaubagaimanapun, kurang perhatian diberikan kepada pengalaman hidup individu tiada kewarganegaraan tersebut. Untuk merapatkan jurang berhubung isu ini, SUHAKAM melantik Prof. Madya Dr Melati Nungsari pada tahun 2021 untuk menjalankan kajian mendalam bagi menilai dari aspek perundangan, dasar, pentadbiran, kerangka institusi dan proses yang memberi kesan kepada akses kewarganegaraan di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) YB Dato’ Sri Azalina Othman Said dalam ucapan khas beliau, bersetuju bahawa isu tiada kewarganegaraan adalah isu global yang serius yang menghalang pembangunan dan pembinaan sesebuah negara bangsa. Beliau turut menyatakan kebimbangan mengenai isu akses dan hak asasi manusia golongan kanak-kanak tiada warganegara, serta menekankan kepentingan untuk mengambil pendekatan strategik bagi menangani isu tersebut seterusnya menyeru kerjasama antara semua pihak berkepentingan di Malaysia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh menyampaikan ucaptama beliau dengan menekankan peranan Malaysia sebagai salah sebuah ahli anggota di dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022 hingga 2024. Tanggungjawab yang berat dalam memastikan ikrar dan komitmen yang dibuat di peringkat antarabangsa diterjemahkan kepada tindakan yang kukuh di peringkat domestik, untuk penambahbaikan agar dapat hak asasi manusia dapat dinikmati untuk semua. Kerajaan akan meneruskan usaha menangani isu tiada kewarganegaraan bagi mencapai sasaran Matlamat Pembangunan Mampan seiring dengan konsep “Masyarakat Madani”, dalam memastikan “tiada sesiapa yang tertinggal”.

Encik Ragunath Kesavan, Pesuruhjaya SUHAKAM mengendalikan forum bersama ahli-ahli panel termasuk Prof. Emeritus Datuk Dr Hj. Shad Saleem Faruqi, Pemegang Kerusi Tunku Abdul Rahman dan Pensyarah Undang-undang Perlembagaan, Puan Jasmine Wong, Penasihat Kanan dari Mah Weng Kwai & Associates, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Naib Pengerusi SUHAKAM dan Cik Maalini Ramalo, Pengarah Perlindungan Sosial di Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia).

Forum tersebut membincangkan mengenai karenah birokrasi di peringkat Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memegang kuasa mutlak dalam menentukan status kewarganegaraan. Selain itu, perbincangan turut mengandungi isu mengenai penambahbaikan polisi dan undang-undang, tempoh masa dan prosedur operasi standard permohonan serta langkah yang perlu dibuat pada masa hadapan.  Laporan kajian akan dikemukakan kepada ahli parlimen, agensi kerajaan, ahli akademik dan organisasi bukan kerajaan.

Laporan kajian boleh diakses melalui pautan:

https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/2023/03/SUHAKAM_Statelessness.pdf

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 Mac 2023