KUALA LUMPUR (17 AUGUST 2024) – The Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia, Dr. Farah Nini Dusuki, has expressed sadness over the recent tragic road accidents involving underage motorcyclists. In an incident, a 12-year-old boy riding a three-wheeled motorcycle caused the death of a 13-month-old toddler in Kubang Kerian. In another, two 13-year-old boys lost their lives after colliding with each other while performing stunts in Elmina.
It was reported that in the first case, the road tax and insurance for the three-wheeled motorcycle had expired. In the second case, the accident occurred at 11:20 p.m. as the two teenagers were performing wheelies. These incidents starkly highlight the failure of parents or guardians to properly monitor their children’s activities, particularly at night.
Under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001, parents or guardians who neglect their child or act negligently in a manner likely to cause the child physical injury, or who permit the child to be neglected, can, upon conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgits, imprisonment for a term not exceeding twenty years, or both.
Additionally, under Section 39(5) of the Road Transport Act 1987, parents or guardians who cause or permit their child under 16 years old to drive a motor vehicle are guilty of an offence and, upon conviction, are liable to a fine not exceeding two thousand ringgits, imprisonment for a term not exceeding six months, or both.
According to statistics from the Bukit Aman Traffic Investigation and Enforcement Department, the number of road deaths and injuries among child motorcycle victims increased in 2023 compared to 2022, especially in the 6 to 10 age range, with cases rising from 97 to 111. The Ministry of Transport (MOT) and Road Transport Department (RTD) are reportedly drafting a new law related to the purchase of motorcycles by unlicensed riders. The CC urges that this draft law be expedited for tabling in the Dewan Rakyat.
In 2019, the police proposed to the MOT and RTD the implementation of a new motorcycle license category, referred to as ‘B3,’ which would restrict individuals aged 16 to 20 years to operating only electric bikes and low-powered mopeds not exceeding 70cc. This proposal was considered, and in 2021, the Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) endorsed a recommendation to study the idea. However, the status of this study remains unclear to date. The CC therefore calls on MIROS to provide a clear update on this matter.
The CC firmly reiterates that negligent parents and guardians must be held accountable for their failure to fulfill their duty of care. The deaths of these children were not merely accidents or matters of fate; they could have been prevented if their parents and guardians had exercised proper vigilance.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner
The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
17 August 2024
—-
Pastikan Ibu Bapa Atau Penjaga Bertanggungjawab Atas Kecuaian Mendedahkan Kanak-kanak Kepada Kemalangan Maut Atau Kecederaan Di Jalan Raya
KUALA LUMPUR (17 OGOS 2024) – Dr Farah Nini Dusuki, Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia berasa dukacita atas tragedi kemalangan jalan raya baru-baru ini melibatkan penunggang motosikal bawah umur. Dalam satu insiden, seorang kanak-kanak berumur 12 tahun menunggang sebuah motosikal roda tiga jenis telah menyebabkan kematian seorang bayi berusia 13 bulan di Kubang Kerian. Dalam satu insiden lain, dua kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun maut selepas bertembung antara satu sama lain ketika melakukan aksi menunggang motosikal secara berbahaya di Elmina.
Laporan menyatakan bahawa bagi kes pertama, cukai jalan dan insurans motosikal beroda tiga tersebut telah tamat tempoh. Bagi kes kedua, kejadian berlaku pada jam 11.20 malam ketika dua remaja terbabit melakukan aksi ‘wheelies’. Kedua-dua insiden ini jelas menunjukkan kegagalan ibu bapa atau penjaga dalam memantau aktiviti anak mereka terutamanya pada waktu malam.
Menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak mereka atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya anak mereka mengalami kecederaan fizikal atau yang membenarkan anak mereka terabai, boleh, sekiranya disabitkan kesalahan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun, atau kedua-duanya.
Tambahan pula, di bawah Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ibu bapa atau penjaga yang menyebabkan atau membenarkan anak mereka yang berusia di bawah 16 tahun memandu, suatu kenderaan motor, sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya.
Berdasarkan statistik daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, jumlah kemalangan maut dan kecederaan di jalan raya dalam kalangan kanak-kanak yang menjadi mangsa kemalangan motosikal meningkat pada tahun 2023 berbanding 2022, khususnya pada julat umur kanak-kanak di antara 6 hingga 10 tahun, dengan kes meningkat daripada 97 kepada 111. Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilaporkan sedang mendraf satu undang-undang baru berkaitan pembelian motosikal oleh penunggang tidak berlesen. Oleh itu, CC menyeru supaya draf undang-undang tersebut disiapkan dengan segera untuk pembentangan di Dewan Rakyat.
Pada 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyarankan pelaksanaan satu kategori lesen baru yang dirujuk sebagai ‘B3’ kepada MOT dan JPJ, yang mana akan mengehadkan individu berusia 16 hingga 20 tahun untuk hanya menggunakan motosikal elektrik dan motosikal ‘moped’ berkuasa rendah tidak melebihi 70cc. Saranan tersebut telah dipertimbangkan, dan pada 2021, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah menyokong suatu cadangan untuk mengkaji idea tersebut. Walau bagaimanapun, status penyelidikan tersebut masih tidak diketahui hingga kini. Justeru, CC menggesa MIROS supaya memaklumkan dengan jelas berhubung perkembangan kajian tersebut.
CC dengan tegas mengulangi pendirian beliau bahawa ibu bapa dan penjaga yang cuai hendaklah dipertanggungjawabkan atas kegagalan mereka dalam memenuhi peranan mereka sebagai penjaga kanak-kanak. Kematian kanak-kanak yang terbabit bukanlah hanya sekadar suatu kemalangan atau takdir yang tersurat, kerana ia boleh dielakkan sekiranya ibu bapa dan penjaga melaksanakan pemantauan sewajarnya.
-TAMAT-
Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
17 Ogos 2024