Press Statement No. 16-2024 (OCC)_Media Urged to Observe Child Act When Reporting and Publishing About Children

KUALA LUMPUR (13 AUGUST 2024) – The Children’s Commissioner (CC) expresses deep concern over recent media coverage of a 12-year-old boy who drove a car and a 14-year-old girl who posed as a doctor. Both children were portrayed in a distressing manner, despite not being fully accountable for their actions. The boy’s offence resulted from parental negligence, and the Royal Malaysia Police (RMP) confirmed that the girl had previously received psychiatric treatment but did not continue with follow-up care.

Section 15(2) of the Child Act 2001 [Act 611] explicitly prohibits the media from reporting or publishing images of children involved in legal conflicts, those under protection and rehabilitation, or those beyond control, at any stage of their case. Violating this section is a criminal offence, punishable by a fine of up to ten thousand ringgit, imprisonment for up to five years, or both, under Section 15(3) of Act 611.

Malaysia, as a signatory to the Convention on the Rights of the Child since 1995, is committed to ensuring that no child is subjected to degrading treatment, even if the child conflicts with the law, as outlined in Article 37 of the Convention. The CC acknowledges that the RMP took measures to protect the identities of the two children; however, the media’s reporting and publication were beyond the RMP’s control.

The CC strongly urges the media to adhere to Act 611 in all reporting involving children. The persistent media violations without reprimand are a serious concern. Therefore, the CC calls for strict enforcement of Section 15 of Act 611 to prevent such incidents from recurring. The CC is prepared to collaborate with the Malaysian Press Institute to provide training for the media on legal literacy concerning children’s rights.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki
Children’s Commissioner
13 August 2024

—–

Media Digesa Mematuhi Akta Kanak-Kanak dalam Pelaporan dan Penyiaran Media mengenai Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR (13 OGOS 2024) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK) melahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung liputan media baru-baru ini mengenai seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang ditahan kerana memandu kereta dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang menyamar sebagai seorang doktor. Kedua-dua kanak-kanak tersebut ditampilkan di media dengan cara yang menyedihkan walaupun mereka tidak sepenuhnya bertanggungjawab di atas tindakan mereka. Kesalahan kanak-kanak lelaki terbabit berlaku disebabkan oleh kecuaian ibu bapanya, sementara Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut pernah menerima rawatan psikiatri namun beliau tidak melakukan rawatan susulan.

Seksyen 15(2) Akta Kanak-Kanak [Akta 611] jelas melarang pihak media daripada melaporkan atau menyiarkan gambar kanak-kanak yang terlibat dalam perundangan, yang dilindungi dan berada dalam pemulihan, atau yang bertindak di luar kawalan, dalam mana-mana tahap kes sekali pun. Pelanggaran kepada peruntukan ini merupakan satu kesalahan jenayah, yang boleh dihukum dengan denda sehingga sepuluh ribu ringgit, penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, selaras Seksyen 15(2) Akta 611.

Malaysia, sebagai salah sebuah negara pihak kepada Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) sejak tahun 1995 komited dalam memastikan bahawa tiada kanak-kanak dikenakan layanan yang menjatuhkan maruah walaupun kanak-kanak tersebut berkonflik dengan undang-undang, seperti yang digariskan oleh Perkara 37 CRC. Selain itu, PKK juga mengambil maklum bahawa PDRM telah mengambil langkah yang sewajarnya dalam melindungi identiti kanak-kanak yang terbabit, namun pelaporan dan penyiaran media yang berlaku adalah berada di luar kawalan PDRM.

Sehubungan itu, PKK menggesa supaya pihak media mematuhi Akta 611 dalam semua pelaporan yang melibatkan kanak-kanak. Pelanggaran undang-undang yang berterusan oleh pihak media tanpa sebarang tindakan adalah sangat membimbangkan. Oleh itu, PKK menyeru supaya penguatkuasaan yang tegas dibuat kepada Seksyen 15 Akta 611 bagi menghalang insiden seumpama ini daripada berulang. PKK bersedia untuk bekerjasama dengan Institut Akhbar Malaysia (MPI) dalam menyediakan latihan kepada pihak media bagi memberi kefahaman undang-undang berkaitan hak kanak-kanak.

-TAMAT-

Dr Farah Nini Dusuki
Pesuruhjaya Kanak-Kanak

13 Ogos 2024

Tags: No tags

Comments are closed.