PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (4 MAY 2021) – Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with recent reports of poor conduct of some teachers, tinting the image of this noble profession. These included teachers’ sexually harassing a student activist on social media by using foul language and body shaming her, and the toxic culture of teachers covering up for one another when a complaint arises. A few weeks earlier, the occurrence of “period spot checks” came to light, causing parents and public, alike, much distress and disbelief.
Teachers play an important role in realizing vision of the Education Act 1996 that aims to “develop the potential of individuals in a holistic and integrated manner so as to produce individuals who are intellectually, spiritually, emotionally and physically balanced and harmonious, based on a firm belief in and devotion to God”.
The Commissioner urges the Minister of Education to take action against teachers who sexually harass female students using foul languages and sexual undertones. Action also be taken against teachers who harass students who are brave enough to stand up for their rights. Teachers are role models and must realise that their actions, or non-actions, would impact upon the lives of their students for many years. Teachers must respect children’s rights and treat them with dignity, at all times.
The Children’s Commissioner reminds and insists that schools must be made safe places for children, and more measures should be instituted so that children will enjoy their time learning, gaining useful and wholesome education that will last their lifetime. The Children Commissioner reiterates that the function of schools, the training of teachers and the education system should be reviewed so that vision of the Education Act, as well the principles of the CRC will be achieved.
-END-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Children Commissioner
4 May 2021
Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (4 MEI 2021) – Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan laporan terbaru berhubung tingkah laku buruk sesetengah guru, yang mencemarkan imej profesion yang mulia ini. Tingkah laku tersebut termasuklah guru memperlecehkan seorang aktivis pelajar secara seksual di media sosial dengan menggunakan bahasa yang kotor dan mengejek tubuh pelajar, dan budaya toksik dalam kalangan guru yang saling melindungi antara satu sama lain apabila terdapat aduan terhadap guru. Beberapa minggu sebelum ini, kewujudan insiden “pemeriksaan haid” yang telah didedahkan, menyebabkan para ibu bapa dan masyarakat umum, tertekan dan seakan tidak percaya.
Guru memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan visi Akta Pendidikan 1996 yang bertujuan untuk “memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan”.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak menggesa Menteri Pendidikan untuk mengambil tindakan terhadap guru yang telah menganiaya pelajar perempuan secara seksual menggunakan bahasa yang tidak senonoh dan berbaur lucah. Tindakan juga mesti diambil terhadap guru-guru yang mengganggu aktivitis pelajar tersebut yang cukup berani mempertahankan hak kanak-kanak. Guru adalah teladan dan mesti menyedari bahawa tindakan mereka atau tiada tindakan oleh mereka akan memberi kesan kepada kehidupan pelajar mereka selama bertahun-tahun. Guru mesti menghormati hak kanak-kanak dan melayan mereka dengan bermaruah, setiap masa.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengingatkan dan menegaskan bahawa sekolah mesti dijadikan tempat yang selamat untuk kanak-kanak, dan lebih banyak mekanisme hendaklah dirancang dan dilaksanakan agar kanak-kanak dapat menikmati masa mereka belajar, memperoleh pendidikan yang bermanfaat dan sihat yang akan berlangsung seumur hidup mereka. Pesuruhjaya Kanak-Kanak mengulangi bahawa fungsi sekolah, latihan guru dan sistem pendidikan hendaklah dikaji semula sehingga visi Akta Pendidikan, dan juga prinsip CRC dapat dicapai.
-END-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal
Pesuruhjaya Kanak-Kanak
4 Mei 2021
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my