PS

Press Statement No. 15-2021 (OCC)_CC Lauds the Decision of the Court of Appeal on the Government’s Motion for Stay in the Suriani Kempe Case

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (24 DECEMBER 2021)   –   The Children’s Commissioner, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, lauds the decision of the Court of Appeal in the Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & 2 Ors v Suriani Kempe & 6 Ors (Court of Appeal, Civil Appeal No. W-01(NCvC)(A)-531-09/2021), in dismissing the Government’s motion for a stay in the execution of the High Court decision. Following this, the Government should ensure that the National Registration Department complies with the recent ruling by issuing the children with all relevant documents, giving effect to their citizenship forthwith whilst the proposed amendment is still in progress.

Due to their status as non-citizens, these children have been experiencing difficulties in accessing public education and health services and their situation is worsened by the COVID-19 pandemic where they face difficulties entering the country to reunite with family members based locally due to documentation issues. These are instances of discrimination at the expense of innocent children. The Court of Appeal’s decision is welcome by many, especially these children as well as civil society organisations, and highlight the important role played by Courts as a key institution for check and balance, to uphold the best interest of children, consistent with Malaysia’s international obligations under Article 3 of the Convention the Rights of the Child (CRC).

On 16th December 2021, the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), in his written reply to a question in Parliament stated that the Government has formed a committee to conduct a 6-month study on proposed amendments to Article 14(1)(b) of the Federal Constitution. The CC welcomes this decision as such amendments would remove any ambiguity on the machinations of Article 14(1)(b) of the Federal Constitution. However, CC is of the opinion that 6 months is too long and urges for a swift and judicious resolution to this long-standing issue. On the heels of these developments, a proper consultation with relevant groups is needed and CC hopes that a constitutional amendment will be taken to the next Parliament session

CC wishes to highlight this constitutional amendment concerning children’s right to nationality would enable Malaysia to comply with the non-discrimination principle as enunciated in the Article 2 of CRC and Article 1 of the Convention of the Elimination of all Forms of Discrimination against Women (CEDAW) and serve the purpose of guaranteeing Malaysian women the exercise and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

24 December 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 DISEMBER 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan dalam Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & 2 Lagi v Suriani Kempe & 6 Lagi (Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. W-01(NCvC)(A)-531-09/2021), menolak usul Kerajaan untuk penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Berikutan keputusan ini, pihak Kerajaan perlu memastikan Jabatan Pendaftaran Negara segera mengeluarkan dokumen-dokumen yang perlu untuk mendaftarkan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara sementara syor pindaan masih berjalan.

Oleh kerana status mereka bukan warganegara, kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan awam dan situasi ini diburukkan lagi oleh pandemic COVID-19 kerana mereka sukar untuk memasuki negara untuk bertemu ahli keluarga yang berada di dalam negara kerana isu-isu dokumentasi. Ini merupakan beberapa keadaan yang melibatkan diskriminasi terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah. Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Rayuan ini diterima baik oleh banyak pihak, terutamanya kanak-kanak dan organisasi-organisasi yang memperjuangkan hak asasi, ini pentingnya peranan penting mahkamah sebagai institusi semak dan imbang dalam menegakkan kepentingan kanak-kanak, bertepatan dengan obligasi antarabangsa Malaysia di bawah Perkara 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Pada 16 Disember 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parliamen dan Undang-Undang), dalam jawapan kepada soalan di Parlimen, telah menjelaskan bahawa penubuhan sebuah jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian selama 6 bulan berkaitan pindaan kepada Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. PKK menyambut baik keputusan ini kerana ia dapat menjelaskan kesamaran dalam interpretasi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, PKK berpendapat bahawa tempoh 6 bulan adalah terlalu lama dan berharap agar penyelesaian segara dan adil dapat dibuat kepada isu yang sudah tertangguh sekian lama ini. Dalam perkembangan ini, PKK berharap pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dapat dibawa ke sesi Parliamen yang seterusnya.

PKK ingin menekankan bahawa pindaan kepada Perlembagaan berkaitan hak kerakyatan kanak-kanak akan menunjukkan pematuhan Malaysia kepada prinsip tiada diskriminasi selaras dengan Perkara 2 CRC dan Perkara 1 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskrimnasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang memberi jaminan kepada wanita Malaysia untuk menikmati dan mendapat hak dan kebebasan asasi.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

24 Disember 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 14-2021 (OCC)_The Death of a 5-year-old Boy due to Alleged Abuse

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (10 DECEMBER 2021)   –   The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is saddened by the recent death of a 5-year-old boy in Taman Nusa Bestari, Johor due to alleged abuse by his mother and stepfather.

It was reported that the couple who has two more children, an 8-year-old daughter and a 2-year-old son, had a prior case under Section 31(1)(a) of the Child Act 2001 for child neglect and Section 15(1)(a) of the Dangerous Drug Act 1952 for drug abuse. The CC is puzzled as to why the 5-year-old boy and two other siblings were still in the couple’s care even though they have been charged for child abuse of their eldest daughter, and the case is still pending.

Pursuant to Section 18 of the Child Act 2001, any Protector, Assistant Protector, or police officer who is satisfied on reasonable grounds that a child is in need of care and protection, may take the child into temporary custody, unless the Protector, Assistant Protector, or police officer is satisfied that the taking of proceedings in relation to the child is undesirable in the best interests of the child; or the proceedings are about to be taken by some other person. Article 20(1) of the CRC also states that a child temporarily or permanently deprived of his or her family environment, or in whose own best interests cannot be allowed to remain in that environment, shall be entitled to special protection and assistance provided by the State. Therefore, it is the CC’s view that the children should have been removed and placed in a safer environment by any Protector, Assistant Protector, or police officer before they become victims or have the risk of becoming victims of the couple.

Child abuse and violence are of persisting global concern, including in Malaysia. Based on Berita Harian Online Newspaper dated 8 July 2021, JKM statistics reported that there were 2040 child abuse cases between January to April 2021. JKM   also presented its statistic to OCC on 8 April 2021 where it showed that biological mothers are reported to be the highest individuals responsible for child abuse, where it increased to 9.8% (148 cases) in 2020 compared to 2019. Therefore, the CC calls on JKM to take this matter seriously and adopt proper approaches and measures to curb the issues in ensuring that all children are protected from any forms of violence. The Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) through the Children Division also is urged to take appropriate intervention as to whether JKM (Protector) had been negligent in its supervision and exercising its powers, as MWFCD is responsible for the provision of care, protection, and rehabilitation of children to ensure their well-being.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

10 December 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 DISEMBER 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) menzahirkan rasa sedih dengan kematian kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun di Taman Nusa Bestari, Johor baru-baru yang didakwa telah didera oleh ibu kandung dan bapa tirinya.

Pasangan yang mempunyai dua anak lain iaitu seorang anak perempuan berusia 8 tahun dan seorang anak lelaki berusia 2 tahun dilaporkan mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian kanak-kanak dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah. Menjadi satu persoalan mengapa kanak-kanak berkenaan dibenarkan berada di bawah jagaan pasangan tersebut walaupun mereka telah didakwa atas kesalahan mendera anak perempuan sulung mereka dan kes itu masih belum selesai.

Menurut Seksyen 18 Akta Kanak-Kanak 2001, mana-mana pelindung, penolong pelindung, atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan munasabah bahawa kanak-kanak memerlukan penjagaan dan perlindungan, boleh membawa kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara, melainkan pelindung, penolong pelindung, atau pegawai polis berpuas hati bahawa pengambilan prosiding berhubung dengan kanak-kanak itu adalah tidak diingini demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu; atau prosiding akan diambil oleh orang lain. Perkara 20(1) CRC juga menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak yang dilucutkan secara sementara atau kekal dari persekitaran keluarganya, atau untuk kepentingan terbaiknya sendiri tidak boleh dibenarkan tinggal dalam persekitaran itu, berhak mendapat perlindungan dan bantuan khas yang disediakan oleh kerajaan. Oleh itu, CC berpandangan bahawa kanak-kanak itu sepatutnya telah dikeluarkan dan ditempatkan dalam persekitaran yang lebih selamat oleh mana-mana pelindung, penolong pelindung atau pegawai polis sebelum mereka menjadi mangsa atau mempunyai risiko menjadi mangsa pasangan itu.

Penderaan dan keganasan terhadap kanak-kanak adalah isu yang membimbangkan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Berdasarkan laporan Berita Harian Online bertarikh 8 Julai 2021, statistik JKM melaporkan bahawa terdapat 2040 kes penderaan kanak-kanak berlaku antara Januari hingga April 2021. JKM turut membentangkan statistiknya kepada OCC pada 8 April 2021 yang menunjukkan bahawa ibu kandung merupakan individu paling tinggi yang bertanggungjawab terhadap penderaan kanak-kanak dan ia meningkat kepada 9.8% (148 kes) pada tahun 2020 berbanding 2019. Sehubungan itu, CC menyeru JKM untuk serius menangani perkara ini dan mengambil pendekatan dan langkah yang sewajarnya untuk membendung isu tersebut bagi memastikan semua kanak-kanak dilindungi daripada sebarang bentuk keganasan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Bahagian Kanak-Kanak di JKM juga digesa untuk campur tangan dan menyiasat sama ada pelindung JKM telah cuai dalam penyeliaan dan menjalankan kuasanya, kerana KPWKM bertanggungjawab untuk menyediakan penjagaan, perlindungan, dan pemulihan kanak-kanak bagi menjamin kesejahteraan mereka.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

10 Disember 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 40-2021_Budget for SUHAKAM to Carry Out the Full Range of Its Core Function

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (1 DECEMBER 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) underscores that the Parliament has a critical role in the promotion and protection of human rights. As such, SUHAKAM expresses support for Members of Parliament in raising matters that affect the rights of the people of Malaysia as well as on those that impact the effective delivery of SUHAKAM’s statutory functions.

In connection to the issue raised by Member of Parliament concerning SUHAKAM’s budget allocation during the Parliament sitting on 22 November 2021, SUHAKAM reiterates its call for the government to ensure that SUHAKAM receives adequate funding and afforded the necessary powers, to enable it to safely, independently and effectively promote and protect human rights in Malaysia. SUHAKAM had recently undergone the reaccreditation process by the Sub-Committee on Accreditation (SCA) of the Global Alliance of the National Human Rights Institutions (GANHRI), in which the SCA reminded that adequate funding should, to a reasonable degree, ensure gradual and progressive realisation of the improvement of the institution’s operations and the fulfilment of its mandate. In addition, it also stated that where NHRIs has been designated with additional responsibilities by the State, additional financial resources should be provided to enable it to assume the responsibilities of discharging these functions. Aside from the fact that SUHAKAM currently must address a wider range and increasingly complex human rights issues in the country, based on subsection 5(2) of the SUHAKAM Act 1999 (Act 597), the government appointed a dedicated Children’s Commissioner since April 2019 as part of the reforms undertaken by the government in protecting the rights of children. Therefore, the Government should consequently provide SUHAKAM with all the necessary support.

With respect to enhancing its independence, SUHAKAM is working closely with the Legal Affairs Division (BHEUU) of the Prime Minister’s Department towards amending the SUHAKAM Act 1999, among others, changes sought on SUHAKAM’s capacity as an independent NHRI as well as SUHAKAM’s Annual Report where the Section 21 of its enabling Act does not specifically mention that the Annual Report has to be debated in Parliament. SUHAKAM is of the view that it is crucial for Members of Parliament to critically discuss human right issues of public interest in Malaysia and propose possible solutions to these issues, especially since Putrajaya had pledged to prioritise human rights in its application and, subsequently, its election as a member to the Human Rights Council (HRC) under the auspices of the United Nations for the 2022-2024 term.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

1 December 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (1 DISEMBER 2021)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menegaskan bahawa Parlimen mempunyai peranan yang penting dalam promosi dan perlindungan hak asasi manusia. Oleh yang demikian, SUHAKAM ingin menyatakan sokongan kepada Ahli Parlimen yang mengetengahkan isu-isu yang memberi kesan kepada hak rakyat Malaysia termasuk apa jua yang memberikan impak kepada keberkesanan SUHAKAM dalam menjalankan fungsinya.

Berhubung isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen mengenai peruntukan belanjawan SUHAKAM semasa sidang Parlimen pada 22 November 2021, SUHAKAM mengulangi seruannya kepada Kerajaan untuk memastikan agar SUHAKAM menerima peruntukan yang mencukupi dan diberikan dengan kuasa-kuasa yang perlu untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia secara selamat, bebas dan efektif. Baru-baru ini SUHAKAM telah menjalani proses reakreditasi oleh Jawatankuasa Kecil Akreditasi (SCA) Pakatan Global bagi Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (GANHRI), di mana SCA mengingatkan bahawa dana yang mencukupi seharusnya pada tahap yang munasabah, dapat memastikan penambahbaikan operasi institusi secara beransur-ansur dan progresif serta membolehkan ia memenuhi mandatnya. Turut dinyatakan bahawa NHRI yang telah diberikan tanggungjawab tambahan oleh Negara, perlu disediakan dengan sumber kewangan tambahan bagi membolehkan ia menjalankan tanggungjawab untuk memenuhi fungsi-fungsi ini. Selain daripada fakta bahawa SUHAKAM kini harus memberi perhatian kepada isu-isu yang lebih luas dan kompleks di negara ini, berasaskan subseksyen 5(2) Akta SUHAKAM 1999 (Akta 597), Kerajaan telah melantik Pesuruhjaya Kanak-kanak sejak April 2019 sebagai sebahagian daripada pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam melindungi hak kanak-kanak. Oleh yang demikian, Kerajaan seharusnya menyediakan segala sokongan yang diperlukan oleh SUHAKAM.

Dalam mempertingkatkan kebebasannya, SUHAKAM bekerjasama rapat dengan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri untuk meminda Akta SUHAKAM 1999, antaranya, pindaan peruntukan berkaitan kapasiti SUHAKAM sebagai NHRI yang bebas dan juga Laporan Tahunan SUHAKAM yang mana Seksyen 21 Akta SUHAKAM tidak secara khusus menyatakan bahawa Laporan Tahunan SUHAKAM perlu dibahaskan di Parlimen. SUHAKAM berpendapat bahawa amat penting untuk Ahli Parlimen membincangkan secara kritis, isu-isu hak asasi manusia yang melibatkan kepentingan awam di Malaysia dan mengesyorkan penyelesaian yang bersesuaian terhadap isu-isu ini, terutamanya setelah Putrajaya berikrar untuk mengutamakan hak asasi dalam permohonannya dan seterusnya mendapat pelantikan sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia (MHAM) di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi penggal 2022-2021.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

1 Disember 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 13-2021 (OCC)_World Children’s Day 2021

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2021)   –   In commemorating the World Children’s Day with the 2021 theme, “A Better Future for Every Child”, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, the Children’s Commissioner (CC) of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) wishes to reiterate that all children should be treated equally and to be protected against all forms of discrimination.

The COVID-19 pandemic has immensely impacted on the rights and lives of our children in many ways. Data by the Health Ministry reported by the media on 12 October 2021 showed that a total of 410,762 children aged 17 and below in Malaysia contracted COVID-19 which is a dramatic increase from 12,620 infected children last year. During this difficult time, we have also witnessed other challenges faced by children including the loss of learning, rise of child abuse cases, mental health issues, orphaned children, and their families pushed into poverty.

The CC applauds the Government for allocating the highest ever allocation of RM52.6 billion for education in 2022 and a total of RM25 million through Malaysian Family Foundation, to help children who were made orphans by the COVID-19 pandemic. This demonstrates the seriousness of the government to address future welfare and academic development of our children. In strategising the utilisation of these allocations, the CC advises the Government to develop a comprehensive post pandemic plan to overcome the ramifications of the pandemic, to benefit all children in Malaysia, regardless of their status.

In line with the Article 2 of the Convention on the Rights of the Child (CRC), States Parties shall respect and ensure the rights set forth in the Convention to each child within their jurisdiction without discrimination of any kind. In view of this, the CC calls on the Government to ensure that the 2022 National Budget and the Malaysia’s National Recovery Plan (NRP) be driven by the principles of the best interest of the child, their survival and development, non-discrimination and the views of child. Therefore, towards a better future of every child in Malaysia, the CC emphasises that the same principles to be consistently applied and integrated into all policies, programmes, legislation as well as judicial decisions affecting the child.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

20 November 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 NOVEMBER 2021)   –   Dalam memperingati Hari Kanak-Kanak Sedunia dengan tema 2021, “Masa Depan Yang Lebih Baik untuk Setiap Kanak-Kanak”, Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin menekankan semula bahawa semua kanak-kanak harus dilayan sama rata dan dilindungi daripada segala bentuk diskriminasi.

Pandemik COVID-19 telah memberi impak yang besar kepada hak dan kehidupan anak-anak kita dalam pelbagai aspek. Data Kementerian Kesihatan yang dilaporkan media pada 12 Oktober 2021 menunjukkan seramai 410,762 kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah di Malaysia dijangkiti COVID-19 iaitu peningkatan mendadak daripada 12,620 kanak-kanak yang dijangkiti tahun lepas. Dalam waktu yang sukar ini, kita juga telah menyaksikan cabaran lain yang dihadapi oleh kanak-kanak termasuk kehilangan pembelajaran, peningkatan kes penderaan kanak-kanak, isu kesihatan mental, kanak-kanak yang menjadi yatim piatu, dan keluarga mereka yang dilanda kemiskinan.

CC memuji pihak kerajaan kerana memberi peruntukan tertinggi sebanyak RM52.6 bilion untuk pendidikan pada tahun 2022 dan sejumlah RM25 juta melalui Yayasan Keluarga Malaysia, untuk membantu kanak-kanak yang menjadi yatim piatu akibat pandemik COVID-19. Ini menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk menangani kebajikan masa depan dan pembangunan akademik anak-anak kita. Dalam menyusun strategi penggunaan peruntukan ini, CC menasihatkan Kerajaan untuk membangunkan pelan pasca pandemik yang komprehensif untuk mengatasi kesan wabak tersebut, untuk memberi manfaat kepada semua kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira status mereka.

Selaras dengan Perkara 2 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan memastikan hak-hak yang dinyatakan dalam Konvensyen diberikan kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa sebarang bentuk diskriminasi. Sehubungan itu, CC menyeru Kerajaan untuk memastikan Bajet Negara 2022 dan Pelan Pemulihan Negara (NRP) Malaysia dipacu oleh prinsip-prinsip kepentingan kanak-kanak, kelangsungan hidup dan perkembangan mereka, prinsip tanpa diskriminasi dan pandangan kanak-kanak. Oleh itu, ke arah mencorakkan masa depan yang lebih baik bagi setiap kanak-kanak di Malaysia, CC menekankan bahawa prinsip yang sama harus diterapkan dan disepadukan secara konsisten ke dalam semua dasar, program, perundangan serta keputusan kehakiman yang melibatkan kanak-kanak itu.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

20 November 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 39-2021_SUHAKAM is Concerned with the Case of Nagaenthran K. Dharmalingam

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (10 NOVEMBER 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the case of Nagaenthran K. Dharmalingam who was originally set to be executed today for attempting to bring 42.72 grams of heroin into Singapore in 2009. SUHAKAM deeply regrets the decision of the Government of Singapore to execute Nagaenthran, despite the assessment conducted by a medical expert showing that he had some level of intellectual disability.

SUHAKAM reiterates its stand that the mandatory imposition of the death penalty violates the basic right to life, as enshrined in international human rights laws as it constitutes an arbitrary deprivation of life. It also denies judges the possibility of considering the facts of the offence or the characteristics of each individual offender.

SUHAKAM emphasizes that the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) makes exception for the imposition of the death penalty only for the ‘most serious’ crimes and this has been repeatedly interpreted by the Human Rights Committee responsible for the interpretation of the Covenant that drug offences do not meet this threshold. SUHAKAM wishes to reiterate its call for the total abolition of the death penalty in the country, in line with the belief in a person’s fundamental right to life.

SUHAKAM therefore calls on the Government of Singapore to move in the direction of universal consciousness towards taking all necessary measures to abolish the death penalty, and recommends that a moratorium on the use of the death penalty be put in place that will at the very least, demonstrate some semblance of respect for human dignity and to the enhancement and progressive development of human rights in the nation. We also call all governments in ASEAN to also move in this direction towards the abolishing the death penalty.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

10 November 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 NOVEMBER 2021)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan berkenaan kes Nagaenthran K. Dharmalingam yang pada asalnya dijadualkan untuk menjalani hukuman mati pada hari ini di atas cubaan untuk menyeludup 42.72 gram heroin ke Singapura pada tahun 2009. SUHAKAM amat kecewa dengan keputusan Kerajaan Singapura yang memutuskan untuk menjalankan hukuman mati ke atas Nagaenthran meskipun penilaian oleh pakar perubatan menunjukkan bahawa Nagaenthran mengalami kurang upaya intelektual.

SUHAKAM mengulangi pendiriannya bahawa mengenakan hukuman mati mandatori melanggar hak kepada kehidupan sepertimana yang termaktub dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa kerana ia merupakan penafian hak kepada kehidupan secara sebarangan. Hukuman mati mandatori juga menafikan kemungkinan untuk para hakim mempertimbangkan fakta-fakta kesalahan ataupun ciri-ciri setiap pesalah.

SUHAKAM menekankan bahawa Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik membuat pengecualian untuk mengenakan hukuman mati hanya bagi jenayah ‘paling serius’ dan Jawatankuasa Hak Asasi Manusia yang bertanggungjawab untuk mentafsirkan Kovenan tersebut telah berulang kali menyatakan bahawa kesalahan berkaitan dadah tidak memenuhi kategori tersebut. SUHAKAM dengan ini mengulangi seruannya untuk pemansuhan sepenuhnya hukuman mati di negara ini, selari dengan kepercayaan terhadap hak asasi seseorang untuk hidup.

Oleh itu, SUHAKAM menyeru Kerajaan Singapura untuk bergerak seiring dengan kesedaran sejagat ke arah pengambilan langkah-langkah yang perlu untuk memansuhkan hukuman mati dan mengesyorkan agar moratorium terhadap hukuman mati dilaksanakan, sekurang-kurangnya untuk menunjukkan penghormatan terhadap maruah manusia dan bagi meningkat dan membangun secara progresif hak asasi manusia di dalam negara. SUHAKAM juga menyeru Kerajaan di ASEAN untuk turut sama bergerak selari ke arah pemansuhan hukuman mati.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 November 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 38-2021_International Day for the Eradication of Poverty

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (17 OCTOBER 2021)   –   The International Day for the Eradication of Poverty is observed on 17 October annually to encourage all States to promote and undertake, as appropriate in the national context, concrete activities to eradicate poverty. The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) observed that, in Malaysia, the incidence of poverty persists among those who are economically and socially vulnerable including the daily wage workers, contract workers, single parents, indigenous peoples, and persons with disabilities, among others.

The COVID-19 pandemic, combined with the lack of a comprehensive social protection system has exacerbated the insecurity and vulnerability of these groups, and their inability to protect against interruption or loss of income due to the movement restrictions enforced during the pandemic.  It was reported that the number of poor households increased from 405,400 in 2019 to 639,800, a year later. According to the Department of Statistics, Malaysia, the true impact of the pandemic would be better evidenced by the Household Income and Basic Amenities (HIS/BA) Survey which would be conducted in 2022.

In line with this year’s theme, “Building Forward Together: Ending Persistent Poverty, Respecting all People and our Planet”, SUHAKAM calls the Government to adopt a human rights-based approach in its effort to eradicate poverty. This should include active participation of vulnerable communities in decisions that affect them, Government commitment to fulfill its obligations as duty-bearers, ensuring principles of non-discrimination and equality are met; and empowering every individual to claim and exercise their rights. The UN Special Rapporteur on extreme poverty and human rights had reported in 2019, that there are at least 110 different social support programs spread across more than 20 ministries and agencies in Malaysia. Whilst acknowledging the Government’s efforts to mitigate the impact of the COVID-19 pandemic and to eradicate extreme poverty through the National Recovery Plan and the Twelfth Malaysia Plan (2021-2025), it is crucial to note that a more coordinated strategy is needed to ensure that all the plans can be delivered effectively.

SUHAKAM calls for all stakeholders to play their role towards the realization and protection of the rights of the vulnerable communities and to ensure that they are able to enjoy, at the very least, the minimum standards of a dignified life set forth by the Universal Declaration of Human Rights (UDHR).

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

17 October 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (17 OKTOBER 2021)  –  Hari Antarabangsa bagi Pembasmian Kemiskinan diperingati pada 17 Oktober setiap tahun bagi menggalakkan setiap negara untuk mempromosi dan menjalankan aktiviti membasmi kemiskinan, yang bersesuaian dengan konteks negara. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mendapati bahawa di Malaysia, kemiskinan terus wujud dalam kalangan mereka yang kurang bernasib baik dari segi ekonomi dan sosial antaranya termasuk pekerja gaji harian, pekerja kontrak, ibu atau bapa tunggal, orang asli dan orang kurang upaya.

Pandemik COVID-19 serta kekurangan sistem perlindungan sosial yang menyeluruh, telah memburukkan lagi kerentanan golongan tersebut dan menjejaskan kebolehan mereka untuk melindungi diri daripada gangguan atau kehilangan mata pencarian yang disebabkan oleh kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan semasa pandemik. Terdapat laporan yang menyatakan bilangan isi rumah miskin telah meningkat daripada 405,400 pada tahun 2019 kepada 639,800 pada tahun 2020. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, impak sebenar pandemik lebih tepat digambarkan menggunakan Tinjauan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas yang akan dilaksanakan pada tahun 2022.

Selari dengan tema tahun ini “Building Forward Together: Ending Persistent Poverty, Respecting all People and our Planet”, SUHAKAM menyeru Kerajaan untuk menerima pakai pendekatan berteraskan hak asasi manusia dalam usaha untuk membasmi kemiskinan. Ini termasuk penglibatan aktif golongan rentan dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka, komitmen Kerajaan sebagai pemegang amanah untuk memenuhi tanggungjawabnya, memastikan prinsip tiada diskriminasi dan kesaksamaan dipenuhi; dan memperkasakan setiap individu untuk menuntut dan menjalankan hak mereka. Pelapor Khas PBB mengenai kemiskinan dan hak asasi manusia telah melaporkan pada 2019 bahawa terdapat sekurang- kurangnya 110 program sokongan sosial yang berbeza melibatkan 20 kementerian dan agensi di Malaysia. Sementara mengakui usaha Kerajaan untuk mengurangkan impak pandemik COVID-19 dan untuk mengurangkan kemiskinan tegar melalui Pelan Pemulihan Kebangsaan dan Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), penting untuk mengambil maklum bahawa strategi yang lebih selaras diperlukan bagi memastikan semua rancangan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SUHAKAM menyeru agar semua pihak berkepentingan memainkan peranan masing-masing ke arah merealisasi dan melindungi hak komuniti rentan bagi memastikan mereka dapat menikmati sekurang-kurangnya standard minimum kehidupan yang bermaruah yang ditetapkan oleh Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

17 Oktober 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 37-2021_SUHAKAM Congratulates the Government on its election as a Member of the Human Rights Council

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (15 OCTOBER 2021)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) congratulates the Malaysian Government on its election as a member of the Human Rights Council for the term 2022 – 2024 with 183 votes. This is the third term for Malaysia since the Council first convened in June 2006. With its election to the Human Rights Council, the Government has also been entrusted with the responsibility to play a more influential role in the field of international human rights and to fulfil its obligation towards ensuring the enjoyment of human rights for all in Malaysia.

With the threat posed to human rights across the globe either due to the pandemic, climate crisis, or ongoing conflicts, among others, it is essential for Malaysia as a member of the Council to seriously look at those issues through the human rights lens and to engage with the other members of the Council and its Special Procedures. The Human Rights Council would aim to obtain the support and commitment of UN Member States to undertake steps to mitigate the human rights violations and to seek for more sustainable solutions.

SUHAKAM sees this as an opportunity for all human rights advocates, including the Commission itself, to strengthen its engagement with the Government and work with the Government to implement its Voluntary Pledges and Commitments.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

15 October 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (15 OKTOBER 2021)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Malaysia atas kejayaannya menjadi ahli Majlis Hak Asasi Manusia dengan 183 undian untuk penggal 2022-2024. Ini merupakan penggal ketiga untuk Malaysia sejak sidang pertama Majlis tersebut pada Jun 2006. Dengan pemilihannya ke Majlis Hak Asasi Manusia, Kerajaan diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memainkan peranan yang lebih signifikan dalam arena hak asasi manusia antarabangsa dan disamping memenuhi kewajipan ke arah memastikan hak asasi manusia dapat dinikmati sepenuhnya di Malaysia.

Dengan ancaman kepada hak asasi manusia di seluruh dunia, antaranya yang diakibatkan oleh pandemik, crisis iklim atau konflik yang berterusan, adalah penting untuk Malaysia sebagai ahli Majlis untuk secara serius menangani isu-isu ini melalui kaca mata hak asasi manusia dan menjalankan usaha sama dengan ahli-ahli dan juga Prosedur Khas Majlis. Majlis Hak Asasi Manusia bermatlamat untuk mendapatkan sokongan dan komitmen Negara Anggota PBB bagi mengambil langkah untuk mengatasi pencabulan hak asasi manusia dan mencari penyelesaian yang lebih mampan.

SUHAKAM melihat ini sebagai satu peluang kepada semua pembela hak asasi manusia, termasuk Suruhanjaya sendiri, untuk mengukuhkan libat urus dan bekerjasama dengan Kerajaan bagi melaksanakan janji dan komitmen sukarelanya.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

15 Oktober 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my