PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (22 MARCH 2022) – The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is appalled with a live news coverage by an online newspaper portal showing the face of the three children whose parents died due to electrocution accident in an apartment at Taman Tringkap Puncak, Cameron Highlands on 10 March 2022.
In the news coverage, the eldest of the three children was seen being interviewed by the media with various questions about the incident. Article 16 and 3 of the Convention on the Rights of the Child (CRC) stated that children have the right to privacy, and in all actions concerning children, the best interests of the child shall be given primary consideration. Interviewing children who are still grieving their parents’ death forces them to relive the traumatizing experience, and this invades their privacy and violates the principle of the children’s best interest. One of the examples was the news coverage by the Borneo Post Online and their social media live video posted on 16 March 2022.
The coverage has obviously revealed the image of the children violates Section 15 (1) and Section 15 (2) of the Child Act 2001 [Act 611], which stated that mass media is restricted from reporting or publishing names, addresses, or educational institutions or include any particulars that lead to the identification of any child involved in a case which could put the child through psychological stress.
In view of the above, the CC urges for the following actions:
- The online newspaper portal that covered the story to promptly take down or delete the video;
- All media practitioners must uphold the principles of children’s best interests and respect children’s dignity and privacy particularly during live news. If interview is needed, there should be no harm to any child; avoid questions, attitudes or comments that are judgemental, insensitive to cultural values, that place a child in danger or expose a child to humiliation, or that reactivate the pain of traumatic events;
- The Ministry of Communications and Multimedia Malaysia (MCMM) should issue a directive/circular to all media practitioners on the ethical journalism when interviewing the children and the Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD) should take stern action to those who violates the law;
- The Social Welfare Department (SWD) must ensure that the Protector/Assistant Protector who has been assigned to protect these children performs their responsibilities properly until the children are safe in their new foster home. Arrangements must be made by the protector to avoid any media interview if deemed necessary and to prevent the picture of a child from being recorded in any manner on tape or film or by any electronic medium and all media coverage involving children should in compliance with children’s rights;
- The SWD must also ensure that these children are given regular counselling sessions to restore their self-confidence after the tragic incident; and
- The public should play their responsibility in deleting the video and be mindful in sharing video involving children.
The CC urges all parties, particularly the media professionals to be more sensitive and responsible in reporting news on children. Each of us have the important responsibility to avoid causing further harm to the child’s well-being and development. The CC stands ready to have more engagement with not only journalists but also with media Chief Editors as well as owners of news portals or news agencies to address this issue. The CC reiterates that it is crucial for all media organizations to abide to the editorial policy and guidelines on reporting about children in order to protect the interest and welfare of the minors.
-END-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner
22 March 2022Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (22 MAC 2022) – Pesuruhjaya Kanak-kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) kurang senang melihat liputan berita secara langsung yang dibuat oleh satuportal akhbar dalam talian yang mendedahkan wajah tiga orang kanak-kanak yang kematian ibu bapa akibat renjatan elektrik di sebuah pangsapuri di Taman Tringkap Puncak, Cameron Highland pada 10 Mac 2022.
Dalam liputan berita tersebut, anak sulung daripada tiga beradik itu dilihat telah ditemubual oleh pihak media dengan pelbagai soalan berkaitan kejadian tersebut. Perkara 16 dan 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak kepada privasi dan apa-apa tindakan yang melibatkan kanak-kanak, kepentingan terbaik mereka perlu diutamakan. Menemubual kanak-kanak yang masih bersedih atas kematian ibu bapa memaksa mereka mengingati semula pengalaman tragik tersebut dan ia mencabuli privasi serta menyalahi prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak. Salah satu contoh ialah liputan berita yang dibuat secara langsung oleh Borneo Post Online yang disiarkan melalui akaun sosial media mereka pada 16 Mac 2022.
Liputan yang jelas mendedahkan imej kanak-kanak tersebut menyalahi Seksyen 15 (1) dan Seksyen 15 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611], yang menyatakan bahawa media adalah disekat daripada melapor atau menyiar nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang direncanakan untuk membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam sesuatu kes yang boleh merisikokan kanak-kanak kepada tekanan psikologi.
Justeru, CC menggesa tindakan segera diambil bagi perkara berikut:
- Portal akhbar dalam talian yang terlibat dalam liputan cerita tersebut segera menurun atau memadamkan video itu;
- Semua pengamal media hendaklah mematuhi prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak dan menghormati maruah dan privasi kanak-kanak terutamanya ketika membuat liputan berita secara langsung. Jika temubual diperlukan, hendaklah dipastikan ia tidak memudaratkan mana-mana kanak-kanak; elakkan soalan, sikap atau komen yang menghakimi, tidak sensitif kepada nilai budaya, yang meletakkan kanak-kanak dalam bahaya atau mendedahkan kanak-kanak kepada penghinaan, atau yang membuat kanak-kanak mengingat semula kesedihan dan penderitaan akibat kejadian yang dialami;
- Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) hendaklah mengeluarkan satu arahan/pekeliling kepada semua syarikat pengamal media berhubung etika kewartawanan ketika menemubual kanak-kanak dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) harus mengambil tindakan tegas terhadap pengamal media yang melanggar undang-undang yang berkaitan;
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memastikan Pegawai Pelindung yang telah ditugaskan untuk melindungi kanak-kanak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna sehingga kanak-kanak selamat berada di rumah penjaga mereka yang baharu. Jika perlu, Pegawai Pelindung hendaklah mengelak sebarang temubual media dan menghalang gambar kanak-kanak daripada dirakam dalam apa-apa cara sama ada melalui pita atau filem atau mana-mana media elektronik, dan semua liputan media yang melibatkan kanak-kanak mestilah mematuhi hak kanak-kanak;
- JKM juga perlu memastikan kanak-kanak tersebut diberi sesi kaunseling secara berkala bagi memulihkan keyakinan diri selepas kejadian tragik itu; dan
- Orang ramai perlu memadam video tersebut dan lebih berhati-hati dalam berkongsi video yang melibatkan kanak-kanak.
CC menggesa semua pihak, khususnya pengamal media untuk lebih peka dan bertanggungjawab dalam membuat laporan berita mengenai kanak-kanak, dan kita mempunyai peranan penting bagi mengelakkan kemudaratan yang lebih besar ke atas kesejahteraan dan pembangunan kanak-kanak. CC bersedia untuk mengadakan libat urus secara aktif bukan sahaja dengan pihak wartawan tetapi juga dengan Ketua Pengarang Media serta pemilik portal berita atau agensi berita bagi menangani isu ini. CC menekankan kepentingan bagi semua organisasi media untuk mematuhi dasar penyuntingan berita dan garis panduan ketika membuat laporan mengenai kanak-kanak bagi melindungi kepentingan dan kebajikan golongan bawah umur.
-TAMAT-
Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak
22 Mac 2022
Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my