Press Statement No. 5-2022 (OCC) _Temporary Documentation to Stateless Children

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (13 APRIL 2022)   –   The Children’s Commissioner (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal welcomes the recent announcement by the Sarawak Minister of Women, Childhood, Community Well-Being Development, Dato Sri Fatimah Abdullah on the decision to issue temporary documentation to stateless children. The issuance of such documentation purportedly aims to enable stateless children in Sarawak to access public schools and medical services at the same fee rate as Malaysian citizens.

This move marks a major administrative shift in favor of stateless children. Since its inception, the Office of the Children’s Commissioner (OCC) has received numerous complaints related to statelessness, including delays in school admissions, denied admission, steep education and medical costs. These are contrary to Malaysia’s international obligation as a state party to the Convention on the Rights of the Child (CRC), to ensure that all institutions make the best interest of children a primary consideration in all actions.

According to Section 28 of the CRC, Malaysia is obliged to ensure all children in Malaysia, including the undocumented children are able to access free education. The 8th Prime Minister of Malaysia Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md. Yasin has previously stated on the 15th of May 2021 that education should be made available to all children. The 9th Prime Minister of Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri has also previously stated in his speech at the 2021 World Children’s Day on the 17th November 2021 that each child has the right to proper education and a conducive environment to grow up, achieve their full potential and chase their dreams.

The CC implores the Federal Government to cooperate with the Sarawak Government in their progressive efforts by ensuring that education and health authorities recognizes the temporary documentation. In addition to violations of their right to a nationality, stateless persons are often subject to many other human rights violations and thus, the CC appeals to the Federal Government to adopt the same measure to be implemented to all states.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

13 April 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 APRIL 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menyambut baik kenyataan terbaharu Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengenai keputusan untuk mengeluarkan dokumen sementara kepada kanak-kanak tanpa warganegara. Pengeluaran dokumen sementara bertujuan untuk membolehkan kanak-kanak tanpa warganegara di Sarawak untuk mendapat akses ke sekolah-sekolah awam dan perkhidmatan perubatan pada kadar yuran yang sama seperti warganegara Malaysia.

Langkah ini merupakan perubahan baik pentadbiran utama yang memihak kepada kanak-kanak tanpa warganegara. Sejak penubuhannnya, Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) telah menerima banyak aduan berkaitan isu tiada kewarganegaraan, termasuk kelewatan dalam pendaftaran persekolahan, penolakan kemasukan ke sekolah, kesukaran mendapatkan akses kepada pendidikan dan kos perubatan yang tinggi. Perkara ini bertentangan dengan kewajipan antarabangsa Malaysia selaku negara pihak kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), untuk memastikan semua institusi menjadikan kepentingan terbaik kanak-kanak sebagai pertimbangan utama dalam semua tindakan.

Berdasarkan Seksyen 28 CRC, Malaysia wajib memastikan agar semua kanak-kanak di Malaysia, termasuk kanak-kanak tanpa dokumen memperolehi akses kepada pendidikan percuma. Perdana Menteri Malaysia Ke-8, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Md. Yasin sebelum ini pada 15 Mei 2021 pernah menyatakan bahawa pendidikan harus diberikan kepada semua kanak-kanak. Perdana Menteri Malaysia Ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri juga pernah menyatakan dalam ucapan beliau pada Hari Kanak-Kanak 2021 pada 17 November 2021 bahawa setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya dan persekitaran yang kondusif untuk tumbesaran, mencapai potensi penuh dan mengejar impian mereka.

CC memohon Kerajaan Persekutuan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha progresif mereka memastikan pihak-pihak berkepentingan dalam hal ehwal pendidikan dan kesihatan mengiktiraf dokumen sementara. Selain daripada pencabulan hak kepada kewarganegaraan, orang tanpa kewarganegaraan sering terdedah kepada pencabulan hak asasi manusia yang lain. Oleh itu, CC merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk menerima pakai langkah yang sama untuk dilaksanakan di semua negeri.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

13 April 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.