327099774_958563065322259_3796043742659132934_n

Notis Permohonan: Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75

SUHAKAM mengalakkan belia berumur 18 - 29 tahun untuk memohon sebagai Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 yang terdiri daripada 12 belia yang dipilih berdasarkan pertimbangan kepada faktor jantina, umur, geografi, etnik, dan kebudayaan. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

* Berumur 18 - 29 tahun (pada 1 Mac 2023).

* Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia di peringkat tempatan, nasional, serantau, dan antarabangsa.

* Penguasaan bahasa inggeris (peringkat kerja)

Mandat Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023. Ahli Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan menjalankan tugas secara sukarela (tanpa bayaran) dan dijangka untuk memperuntukkan secara 2 jam setiap minggu dalam menjalankan tugas.

Untuk memohon sila lengkapkan borang ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyUp534eYX-cF24VWxo4WHPoebBNgDZnY1HGol-N4PgL0DBg/viewform sebelum Selasa, 14 Mac 2023 (06:59 AM Masa Kuala Lumpur).

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.ohchr.org/en/youth/call-applications-human-rights-75-youth-advisory-group  atau hantar sebarang pertanyaan ke OHCHR-Youth@un.org

vacancies SPMH

Panggilan bagi Permohonan Jawatan Special Procedures Mandate Holders (SPMH) yang akan dilantik semasa Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-53

SUHAKAM mengalakkan semua individu yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan SPMH yang akan dilantik semasa HRC 53 pada 19 Jun - 14 Julai 2023.

Jawatan yang boleh dipohon adalah:

1. Independent Expert on Human Rights and International Solidarity

2. Special Rapporteur on Minority Issues

3. Special Rapporteur on Human Rights of Migrants

4. Special Rapporteur on the Promotion and Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms while Countering Terrorism

Calon yang berminat perlu mengantar surat permohonan melalui prosedur aplikasi dalam talian pada 5 April 2023 pada 12PM waktu Geneva// 7PM waktu Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut sila layari: https://www.ohchr.org/en/hr-bodies/hrc/sp/hrc53  

11

Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mempelawa anda untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”! Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan umur, serlahkan bakat kreativiti anda dan menangi hadiah menarik!Tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 15 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari di pautan berikut:

https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/simple-file-list/Terma-dan-Syarat-Pertandingan_Latest.pdf

EDITORIAL

EDITORIAL SERVICE WANTED / PERKHIDMATAN PENYUNTING @ EDITORIAL DIKEHENDAKI

SUHAKAM kini sedang mencari individu yang berpengalaman dan berkelayakan untuk tugasan menyunting Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2022 (Bahasa Malaysia & Inggeris).

Tanggungjawab:

  • Menyediakan perkhidmatan penyuntingan/editorial dan pembacaan pruf untuk Laporan Tahunan SUHAKAM 2022 di dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. (anggaran sekitar 300-350 halaman muka surat)
  • Mengenalpasti dan mencadangkan pembetulan kepada kesilapan dalam ejaan, tatabahasa, penggunaan istilah dan isi kandungan.
  • Memperbaiki aliran bahasa laporan tanpa kehilangan makna dan maksud teks asal.
  • Menyelaraskan data dan fakta yang disediakan dalam graf, jadual dan jadual lain.
  • Memastikan kerja penyuntingan/editorial disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh SUHAKAM.

Kemahiran yang diperlukan:

  • Cemerlang dalam Bahasa Malaysia bertulis dan/atau bahasa Inggeris.
  • Kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan ianya sebuah laporan menarik.
  • Keupayaan untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat.
  • Berkebolehan bekerja dengan berbilang dokumen serentak.
  • Berpengetahuan mengenai subjek hak asasi manusia adalah kelebihan tambahan.

Pemohon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan anda bersama-sama resume anda dengan menyatakan profil, kelayakan dan pengalaman anda, serta disertakan dengan satu atau dua muka surat contoh kerja editorial anda yang terdahulu (sebelum dan selepas suntingan dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris).

Semua permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada penerbitan@suhakam.org.my sebelum atau pada 9 Januari 2023. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Sila hubungi di talian 03-2612 5615/5686 untuk pertanyaan lanjut.

Poster FOE 2022

Launch: #ThereIsHelp FOE in Malaysia

SUHAKAM, Centre for Independent Journalism Malaysia (CIJ) and Lawyers for Liberty (LFL) will be launching a #ThereIsHelp Search Prompt for Freedom of Expression as an effort to provide access to information to important resources in a timely manner when it is needed the most via Twitter platform.

The launch will be held today at 9.00am and feel free to join the discussion to discuss about  #ThereIsHelp freedom of expression via Twitter Spaces, with CIJ, LFL and Twitter representative at the following date and time:

Date: 30 May 2022

Time: 4.00PM (MY time)Link : https://twitter.com/i/spaces/1djxXPpwQAXxZ?s=20

ANNOUNCEMENT

Auditor Required for Expenditure Verification

As the Project “Responding to Covid19 by Meeting the Human Rights Needs of Vulnerable Communities in Malaysia” approaches its conclusion, an auditor is required to conduct an expenditure verification of the 19-month project. The expenditure verification is expected to begin in the first week of April until 21 April (final report submitted to SUHAKAM without further amendments). Please refer to the Terms of Reference (TOR) attached and submit your quotation to firdaus@suhakam.org.my; nicole@suhakam.org.my (cc) by Friday 25 March 2022.