SUHAKAM kini sedang mencari individu yang berpengalaman dan berkelayakan untuk tugasan menyunting Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2022 (Bahasa Malaysia & Inggeris).
Tanggungjawab:
- Menyediakan perkhidmatan penyuntingan/editorial dan pembacaan pruf untuk Laporan Tahunan SUHAKAM 2022 di dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. (anggaran sekitar 300-350 halaman muka surat)
- Mengenalpasti dan mencadangkan pembetulan kepada kesilapan dalam ejaan, tatabahasa, penggunaan istilah dan isi kandungan.
- Memperbaiki aliran bahasa laporan tanpa kehilangan makna dan maksud teks asal.
- Menyelaraskan data dan fakta yang disediakan dalam graf, jadual dan jadual lain.
- Memastikan kerja penyuntingan/editorial disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh SUHAKAM.
Kemahiran yang diperlukan:
- Cemerlang dalam Bahasa Malaysia bertulis dan/atau bahasa Inggeris.
- Kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan ianya sebuah laporan menarik.
- Keupayaan untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat.
- Berkebolehan bekerja dengan berbilang dokumen serentak.
- Berpengetahuan mengenai subjek hak asasi manusia adalah kelebihan tambahan.
Pemohon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan anda bersama-sama resume anda dengan menyatakan profil, kelayakan dan pengalaman anda, serta disertakan dengan satu atau dua muka surat contoh kerja editorial anda yang terdahulu (sebelum dan selepas suntingan dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris).
Semua permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada penerbitan@suhakam.org.my sebelum atau pada 9 Januari 2023. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Sila hubungi di talian 03-2612 5615/5686 untuk pertanyaan lanjut.