SUHAKAM mengalakkan belia berumur 18 - 29 tahun untuk memohon sebagai Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 yang terdiri daripada 12 belia yang dipilih berdasarkan pertimbangan kepada faktor jantina, umur, geografi, etnik, dan kebudayaan. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
* Berumur 18 - 29 tahun (pada 1 Mac 2023).
* Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia di peringkat tempatan, nasional, serantau, dan antarabangsa.
* Penguasaan bahasa inggeris (peringkat kerja)
Mandat Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023. Ahli Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan menjalankan tugas secara sukarela (tanpa bayaran) dan dijangka untuk memperuntukkan secara 2 jam setiap minggu dalam menjalankan tugas.
Untuk memohon sila lengkapkan borang ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyUp534eYX-cF24VWxo4WHPoebBNgDZnY1HGol-N4PgL0DBg/viewform sebelum Selasa, 14 Mac 2023 (06:59 AM Masa Kuala Lumpur).
Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.ohchr.org/en/youth/call-applications-human-rights-75-youth-advisory-group atau hantar sebarang pertanyaan ke OHCHR-Youth@un.org