ANNOUNCEMENT

KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA LAPORAN TAHUNAN SUHAKAM 2022   

Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang berdaftar dengan  Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang 221601 hingga 221614 bagi menyertai sebut harga berikut :  

NO. SEBUT HARGA            : SHM.001/1/18 Jilid 5 (2)

TAJUK SEBUT HARGA       : Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2022 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

TARIKH IKLAN                  : 28 Julai 2023

TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA    :   14 Ogos 2023 (sebelum 12.00 tengah hari)

JUMLAH CETAKAN : i) Bahasa Malaysia   : 800 naskah   ii) Bahasa Inggeris     : 800 naskah

          • Dokumen Sebut Harga yang dihantar secara fizikal yang telah lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga di Unit Perolehan SUHAKAM, Tingkat 11, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengah hari pada 14 Ogos 2023.

          • Tawaran yang lewat tidak akan diterima; 

          Syarikat yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai  berikut :   

            1.  

            1. En. Syamsul Azhar Bin Zamani (syamsul@suhakam.org.my) 03-2612 5615 

            2. En. Ahmad Firdaus Bin Abd. Shukor (firdaus@suhakam.org.my) 03-2612 5650 

            11

            Call for Nominations: United Nations Human Rights Prize 2023

            The 2023 UN Human Rights Prize is now open for nominations!

            The Prize is an honorary award given to those who have made outstanding achievement to promote and defend human rights and fundamental freedoms as embodied in the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and other United Nations human rights treaties.

            Since 1968, The Prize has been granted every five-year interval at a special award ceremony in the General Assembly in December, as part of the annual commemoration of Human Rights Day. This year, the Prize corresponds with the 75th anniversary of the Universal Declaration of Human Rights and will take place at the UN Headquarters in New York in December 2023

            However, to date, no individual or organization from Malaysia has been awarded the prize. Now is our opportunity to have a Malaysian as the recipient of the Prize and to set a precedent for Malaysia in the field of human rights!

            Your participation in nominating qualified persons or organizations for the United Nations Human Rights Prize 2023 is highly encouraged.

            The deadline for submission of nominations on 16 April 2023, 11.59 a.m Malaysia Kuala Lumpur Time.

            Nominations may be made by submitting the online nomination form at https://bit.ly/HRPrize2023.

            More information on the Prize, including mandating resolution and previous recipients can be accessed at: https://www.ohchr.org/en/about-us/what-we-do/un-human-rights-prize

            For additional information, please contact humanrightsprize@un.org

            ——————————

            Panggilan untuk Pencalonan: Anugerah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2023

            Anugerah Hak Asasi Manusia PBB 2023 kini dibuka untuk pencalonan!

            Anugerah ini merupakan anugerah kehormat yang diberikan kepada mereka yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan asasi seperti yang terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan instrumen hak asasi manusia PBB yang lain.

            Sejak 1968, Anugerah ini telah diberikan pada setiap lima tahun sekali di majlis anugerah khas semasa Perhimpunan Agung pada Disember, sebagai sebahagian daripada sambutan memperingati Hari Hak Asasi Manusia. Pada tahun ini, anugerah tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) yang akan berlangsung di Ibu Pejabat PBB di New York pada Disember 2023.

            Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada individu atau organisasi daripada Malaysia yang pernah menerima anugerah tersebut. Ini adalah peluang kita untuk mendapatkan pemenang dari Malaysia sebagai penerima anugerah dan mencipta sejarah kepada Malaysia dalam arena hak asasi manusia!

            SUHAKAM mengalu-alukan usaha anda untuk mencalonkan individu atau organisasi yang berkelayakan untuk Anugerah Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023. 

            Tarikh akhir pencalonan adalah pada 16 April 2023, 11:59 pagi Waktu Malaysia, Kuala Lumpur.

            Pencalonan boleh dibuat dengan melengkapkan borang pencalonan dalam talian di https://bit.ly/HRPrize2023.

            Maklumat lanjut mengenai Anugerah, termasuk resolusi dan penerima sebelumnya boleh diakses di: https://www.ohchr.org/en/about-us/what-we-do/un-human-rights-prize

            Untuk maklumat tambahan sila hubungi humanrightsprize@un.org

            327099774_958563065322259_3796043742659132934_n

            Notis Permohonan: Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75

            SUHAKAM mengalakkan belia berumur 18 - 29 tahun untuk memohon sebagai Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 yang terdiri daripada 12 belia yang dipilih berdasarkan pertimbangan kepada faktor jantina, umur, geografi, etnik, dan kebudayaan. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

            * Berumur 18 - 29 tahun (pada 1 Mac 2023).

            * Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia di peringkat tempatan, nasional, serantau, dan antarabangsa.

            * Penguasaan bahasa inggeris (peringkat kerja)

            Mandat Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023. Ahli Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan menjalankan tugas secara sukarela (tanpa bayaran) dan dijangka untuk memperuntukkan secara 2 jam setiap minggu dalam menjalankan tugas.

            Untuk memohon sila lengkapkan borang ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyUp534eYX-cF24VWxo4WHPoebBNgDZnY1HGol-N4PgL0DBg/viewform sebelum Selasa, 14 Mac 2023 (06:59 AM Masa Kuala Lumpur).

            Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.ohchr.org/en/youth/call-applications-human-rights-75-youth-advisory-group  atau hantar sebarang pertanyaan ke OHCHR-Youth@un.org

            vacancies SPMH

            Panggilan bagi Permohonan Jawatan Special Procedures Mandate Holders (SPMH) yang akan dilantik semasa Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-53

            SUHAKAM mengalakkan semua individu yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan SPMH yang akan dilantik semasa HRC 53 pada 19 Jun - 14 Julai 2023.

            Jawatan yang boleh dipohon adalah:

            1. Independent Expert on Human Rights and International Solidarity

            2. Special Rapporteur on Minority Issues

            3. Special Rapporteur on Human Rights of Migrants

            4. Special Rapporteur on the Promotion and Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms while Countering Terrorism

            Calon yang berminat perlu mengantar surat permohonan melalui prosedur aplikasi dalam talian pada 5 April 2023 pada 12PM waktu Geneva// 7PM waktu Kuala Lumpur.

            Maklumat lanjut sila layari: https://www.ohchr.org/en/hr-bodies/hrc/sp/hrc53  

            11

            Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”

            Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mempelawa anda untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”! Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan umur, serlahkan bakat kreativiti anda dan menangi hadiah menarik!Tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 15 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari di pautan berikut:

            https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/simple-file-list/Terma-dan-Syarat-Pertandingan_Latest.pdf

            EDITORIAL

            EDITORIAL SERVICE WANTED / PERKHIDMATAN PENYUNTING @ EDITORIAL DIKEHENDAKI

            SUHAKAM kini sedang mencari individu yang berpengalaman dan berkelayakan untuk tugasan menyunting Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tahun 2022 (Bahasa Malaysia & Inggeris).

            Tanggungjawab:

            • Menyediakan perkhidmatan penyuntingan/editorial dan pembacaan pruf untuk Laporan Tahunan SUHAKAM 2022 di dalam Bahasa Malaysia dan/atau Bahasa Inggeris. (anggaran sekitar 300-350 halaman muka surat)
            • Mengenalpasti dan mencadangkan pembetulan kepada kesilapan dalam ejaan, tatabahasa, penggunaan istilah dan isi kandungan.
            • Memperbaiki aliran bahasa laporan tanpa kehilangan makna dan maksud teks asal.
            • Menyelaraskan data dan fakta yang disediakan dalam graf, jadual dan jadual lain.
            • Memastikan kerja penyuntingan/editorial disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan oleh SUHAKAM.

            Kemahiran yang diperlukan:

            • Cemerlang dalam Bahasa Malaysia bertulis dan/atau bahasa Inggeris.
            • Kemahiran bahasa yang baik untuk menjadikan ianya sebuah laporan menarik.
            • Keupayaan untuk memenuhi tarikh akhir yang ketat.
            • Berkebolehan bekerja dengan berbilang dokumen serentak.
            • Berpengetahuan mengenai subjek hak asasi manusia adalah kelebihan tambahan.

            Pemohon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan anda bersama-sama resume anda dengan menyatakan profil, kelayakan dan pengalaman anda, serta disertakan dengan satu atau dua muka surat contoh kerja editorial anda yang terdahulu (sebelum dan selepas suntingan dalam Bahasa Malaysia & Bahasa Inggeris).

            Semua permohonan dan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui e-mel kepada penerbitan@suhakam.org.my sebelum atau pada 9 Januari 2023. Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dimaklumkan. Sila hubungi di talian 03-2612 5615/5686 untuk pertanyaan lanjut.