PS

Press Statement No. 3-2022 (OCC) _CC Emphasized that Unilateral Conversion Contravenes Article 12(4) of the FC

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (21 FEBRUARY 2022)   –   The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) commends the Kuala Lumpur High Court decision today in allowing the habeas corpus application by a mother who has been separated from her three (3) children by the father since 2019. The Court further ordered that the three (3) children who are now under the care of the Social Welfare Department be released forthwith to the sole custody, care, and control of the mother. Earlier, it was alleged that the children were unilaterally converted to Islam by the Perlis religious authorities, at the request of their father in July 2020, and that the mother was unaware of the conversion as she was recovering in a domestic abuse shelter. The mother has been unable to gain control of her children although the Court in December 2019 and March 2021, had given the mother full custody.

The CC wishes to highlight that the separation of a child from his or her parents violates Article 9 of the Convention on the Rights of the Child (CRC) and this right must be respected and taken into consideration in the assessment of the child’s best interests.

In relation to the unilateral conversion, the CC reiterates the Federal Court’s decision in the case of Indira Gandhi in 2018 that as far as children are concerned, conversion to another religion must be done with consent of both parents as provided by Article 12(4) of the Federal Constitution (FC). The word “parent” in Article 12(4) of the FC has been interpreted to include “both parents” and the Guardianship of Infants Act 1961 [Act 351] by virtue of Section 5 recognises that both parents have equal rights in respect of the child. Section 5(2) of Act 351 further provides that “the mother of an infant shall have the like powers of applying to the Court in respect of any matter affecting the infant as are possessed by the father”. Thus, the consent of both parents is necessary in determining the religion of the child. It must be emphasized that unilateral conversion contravenes Article 12(4) of the FC.

The children have been denied the right to live with their mother for the past three (3) years and therefore, the CC appeals to all parties concerned to abide by the Court’s decision and allow the children to be reunited with their mother.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

21 February 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (21 FEBRUARI 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) memuji keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang membenarkan permohonan habeas corpus seorang ibu yang telah dipisahkan daripada tiga (3) orang anaknya oleh bapa mereka sejak 2019. Mahkamah turut memerintahkan agar ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, yang kini dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat dilepaskan kepada penjagaan mutlak, perlindungan dan kawalan oleh ibu mereka. Kanak-kanak tersebut sebelum ini didakwa telah diislamkan secara sepihak oleh pihak berkuasa agama Perlis, atas permintaan bapa mereka pada Julai 2020, dan ibu mereka tidak mengetahui tentang pertukaran agama tersebut kerana beliau sedang dalam proses pemulihan di sebuah rumah perlindungan keganasan rumah tangga. Beliau gagal mendapatkan penjagaan anak-anaknya walaupun telah mendapat perintah hak jagaan penuh Mahkamah pada Disember 2019.

CC ingin menekankan bahawa pemisahan seorang kanak-kanak daripada ibu bapanya adalah menyalahi Perkara 9 Konvensyen Mengenai Kanak-kanak (CRC) dan hak ini hendaklah dihormati serta dipertimbangkan dalam penilaian berkaitan kepentingan terbaik kanak-kanak.

Berhubung isu pertukaran agama secara sepihak, CC ingin menekankan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Indira Gandhi pada tahun 2018 bahawa apabila ia melibatkan kanak-kanak, penukaran kepada agama lain hendaklah dibuat dengan persetujuan kedua ibu bapa seperti yang termaktub dalam Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan (PP). Perkataan “ibu bapa” dalam Perkara 12(4) PP telah ditafsirkan untuk turut menyertakan “kedua ibu bapa”, dan Akta Penjagaan Kanak-kanak 1961 [Akta 351] merujuk kepada Seksyen 5 telah mengiktiraf dengan lebih lanjut bahawa “ibu kepada kanak-kanak hendaklah mempunyai kuasa yang sama dalam memohon kepada Mahkamah berhubung apa-apa perkara yang memberi kesan kepada kanak-kanak sepertimana kuasa yang dimiliki bapa”. Oleh itu, persetujuan kedua ibu bapa adalah perlu dalam menentukan agama anak. Adalah ditegaskan bahawa pertukaran agama secara sepihak adalah bertentangan dengan Perkara 12(4) PP.

Kanak-kanak tersebut telah dinafikan hak untuk hidup bersama ibu mereka selama tiga (3) tahun. Oleh yang demikian, CC memohon agar semua pihak yang terlibat untuk mematuhi keputusan Mahkamah, dan membenarkan kanak-kanak tersebut disatukan semula dengan ibu mereka.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

21 Februari 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 2-2022_SUHAKAM is Concerned with the Longstanding Forced Labour Issue in Malaysia

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (19 FEBRUARY 2022)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with the longstanding forced labour issue in Malaysia that has been widely reported in local and foreign media. Forced labour is a serious human rights violation and infringes the legal guarantee provided by Article 6 of the Federal Constitution of Malaysia which prohibits all forms of slavery and forced labour. In addition, such practises contravene the Anti-Trafficking in Persons and Anti-Smuggling of Migrants Act 2007 (ATIPSOM) that criminalises forced labour which is a form of exploitation of human beings. The issuance of numerous Withhold Release Orders (WRO) by the United States Customs and Border Protection (CBD) to Malaysian companies over alleged forced labour practices signal the urgent need for Malaysia to immediately put in place effective measures to circumvent and remedy forced labour practices that is occurring in Malaysia or involving Malaysian companies.

SUHAKAM commends the launching of Malaysia’s first-ever National Action Plan on Forced Labour (NAPFL) 2021-2025 in 2021 to address and eradicate compulsory labour. The standards set forth by the International Labour Organisation (ILO) Protocol of 2014 to the Forced Labour Convention 1930 that Malaysia has agreed to ratify, should anchor the NAPFL. In addition, SUHAKAM urges for tangible outcomes including in law reform and effective remedy to be in place the earliest possible. SUHAKAM looks forward for the NAPFL to critically address, among others, more stringent requirements for companies to implement effective due diligence procedures and grievance mechanisms, particularly in their employment practices. Notwithstanding the legal provisions to be enforced by the Government, private companies have a responsibility to comply with national labour laws and international labour standards to ensure human rights compliance throughout their entire supply chain framework and must immediately take the lead in demonstrating that they can stand up to comply with the international human rights and labour standards. These should address the various sectors including the medical supplies industry, agricultural (including plantations), construction and manufacturing sectors.

SUHAKAM reiterates its call on the Government to ensure transparency by making public the full report of the Special Independent Committee on Foreign Worker Management. Notwithstanding this, SUHAKAM urges the Government to expedite the implementation of the Committee’s recommendations which considered issues of unethical, unhealthy, and unfair practices in the recruitment of foreign workers including the need to make workers recruitment transparent by introducing an end-to-end online system for hiring foreign workers. For long term measures to be successful, the Government is encouraged to have more meaningful consultations with the relevant stakeholders including NGOs.

SUHAKAM further calls on the Government to expedite the development of Malaysia’s National Action Plan on Business and Human Rights (NAPBHR) which will establish responsibility on the part of business entities to respect human rights that not only deals with labour issues but also impresses on the accountability of business practices to people and planet. The NAPBHR should be strictly guided by the UN Guiding Principles on Business and Human Rights.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 February 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (19 FEBRUARI 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan terhadap isu berpanjangan buruh paksa di Malaysia yang mendapat laporan meluas media tempatan dan luar negara. Buruh paksa adalah pencabulan hak asasi manusia yang serius dan melanggar jaminan peruntukan di bawah Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang melarang segala bentuk perhambaan dan kerja paksa. Amalan sebegini juga bercanggah dengan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) yang menjenayahkan kerja paksa sebagai satu bentuk eksploitasi terhadap manusia. Pengeluaran beberapa Perintah Sekatan Pelepasan (WRO) oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat kepada syarikat Malaysia berhubung dakwaan amalan buruh paksa menunjukkan bahawa Malaysia perlu segera melaksanakan langkah efektif untuk segera membasmi dan menangani amalan buruh paksa yang sedang berlaku di Malaysia atau yang melibatkan syarikat Malaysia.

SUHAKAM menyambut baik pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan mengenai Buruh Paksa (NAPFL) 2021-2025 yang pertama di Malaysia pada 2021 untuk menangani dan membasmi buruh paksa. Standard yang ditetapkan oleh Protokol Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 2014 kepada Konvensyen Buruh Paksa 1930 yang akan diratifikasi oleh Malaysia, harus menjadi kayu ukur NAPFL. Di samping itu, SUHAKAM menggesa untuk natijah yang lebih nyata dicapai dengan segera, termasuk pembaharuan undang-undang dan remedi. SUHAKAM berharap agar NAPFL kritis menangani, antaranya, keperluan yang lebih ketat bagi syarikat untuk melaksanakan usaha wajar yang efektif dan mekanisma aduan, khususnya dalam amalan pekerjaan mereka. Walau apa jua peruntukan undang-undang yang akan dikuatkuasakan oleh Kerajaan, syarikat swasta mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi undang-undang buruh kebangsaan dan standard buruh antarabangsa bagi memastikan pematuhan hak asasi manusia di seluruh rangka kerja rantaian bekalan mereka dan perlu segera menjadi contoh terbaik dalam pematuhan standard hak asasi manusia dan buruh antarabangsa. Ini juga bagi menangani pelbagai sektor termasuk industri bekalan perubatan, pertanian (termasuk perladangan), pembinaan dan sektor pembuatan.

SUHAKAM mengulangi seruan kepada Kerajaan untuk memastikan ketelusan dengan mengumumkan laporan penuh Jawatankuasa Bebas Khas Pengurusan Pekerja Asing. Kerajaan perlu mempercepatkan pelaksanaan saranan Jawatankuasa yang mengambil kira isu amalan tidak beretika, tidak sihat dan tidak adil dalam pengambilan pekerja asing termasuk keperluan untuk pengambilan pekerja asing dijalankan telus dengan memperkenalkan sistem dalam talian sepenuhnya. Bagi memastikan langkah-langkah jangka panjang ini berjaya dilaksanakan, Kerajaan digalakkan untuk mengadakan perundingan yang lebih bermakna dengan pihak berkepentingan termasuk NGO.

SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mempercepatkan pembangunan Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) yang akan meletakkan tanggungjawab ke atas entiti perniagaan untuk menghormati hak asasi manusia yang bukan hanya untuk menangani isu buruh tetapi juga menekankan akauntabiliti amalan perniagaan kepada manusia dan alam. NAPBHR harus teguh berpandukan Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (UNGP).

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

19 Februari 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 2-2022 (OCC) _The Case of a 15 Year-old Girl Stabbing Her Own Newborn Baby

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (13 FEBRUARY 2022)   –   The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) is saddened by the case of a 15-year-old girl stabbing her own newborn baby in Cukai, Kemaman. It is understood that the girl was a rape victim, and her family was unaware that she was pregnant, as she has been missing from home. The girl has dropped out from school soon after the MCO was implemented due to lack of access to online learning.

The Office of the Children’s Commissioner (OCC) was informed that the girl is now under police custody and currently being detained in a police lock-up. While the CC is aware that the case is being investigated, detaining a 15-year-old girl who had just given birth is clearly not in the best interest of the child. The CC if of the view that the approach taken in dealing with a child who is in conflict with the law should be in line with the Convention on the Right of the Child (CRC) to which Malaysia is a Party. The CC believes that the girl is definitely suffering from a horrible mental health condition that led her to act in such a way.

The CC stresses that:

  1. It is paramount that the girl must first be given proper postpartum treatment including psychological treatment before taking her through the prosecution process. The Social Welfare Department (SWD) should ensure that both treatments are given appropriately to the girl;
  2. The girl should be given the necessary legal aid, in particular, the right to a legal representative (lawyer) as well as a Social Welfare Officer who would act as her probation officer and protector. The SWD is urged to arrange for the legal aid to be provided to the girl on a pro bono basis;
  3. The children in conflict with the law must be treated in accordance with the provisions under the Child Act 2001 (Act 611) and the CRC. By virtue of Section 83A of Act 611, a child being arrested should not be handcuffed, and the parents or guardian must be informed of the child’s whereabouts. Under the same Act and the CRC, the child’s identity should be protected and not be disclosed. Furthermore, the child’s right to consult a counsel of his or her choice should be fulfilled. In addition, children in detention should not be placed with an adult who has been charged with an offence.

The CC is concerned with the statement issued by the Deputy Minister of MWFCD through social media, which has since been deleted that the girl did not suffer from any mental health conditions and the CC believes that a comprehensive psychological assessment on the mental health of the girl should be conducted before such statement is issued. In this instance, the CC also wishes to reiterate that the child/ girl is a rape victim, irrespective of consent and this is a statutory rape case under the Section 375 of the Penal Code. The CC emphasizes that the principle of the best interest of the child, as envisioned in Article 3 of the CRC, should be applied in all criminal cases involving children.

This incident has again highlighted the importance of a comprehensive syllabus of sex, sexuality, and reproductive education which must be developed by the Ministry of Education (MoE) with cooperation and collaboration with the Ministry of Health (MoH) and the Ministry of Women, Family and Community Development (MWFCD). This syllabus should be taught to all children in all government and private schools. More effective collaboration and coordination should be fostered among relevant Government agencies such as MoE, Ministry of Communication and Multimedia (MCM) and MFWCD to intensify efforts in promoting greater awareness among children regarding such education through various medium, including social media.

The CC also urges the Government to implement effective program in providing emotional support to all pregnant teenagers/girls in a safe environment. The MWFCD must publicize services provided by SWD so that families of pregnant teenagers/girls will be more prepared to address the situation.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

13 February 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 FEBRUARI 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal (CC) berasa dukacita berhubung kes seorang kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun yang menikam bayi lelakinya yang baru dilahirkan di Cukai, Kemaman. Difahamkan bahawa kanak-kanak itu merupakan mangsa rogol dan keluarganya tidak mengetahui bahawa kanak-kanak itu hamil kerana dia sudah lama tidak pulang ke rumah. Kanak-kanak itu telah berhenti sekolah tidak lama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan akibat tidak mempunyai akses kepada pembelajaran dalam talian.

Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) dimaklumkan bahawa kanak-kanak itu berada dalam tahanan polis dan kini sedang ditahan di lokap. Walaupun CC maklum bahawa kes sedang dalam siasatan, menahan kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun tersebut yang baru sahaja melahirkan bayi amat jelas bukan cara terbaik dalam menjaga kepentingan terbaik kanak-kanak. CC berpandangan bahawa pendekatan yang diambil dalam mengendalikan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang hendaklah selaras dengan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang mana Malaysia merupakan negara pihak CRC. CC percaya bahawa kanak-kanak itu telah mengalami kondisi kesihatan mental yang teruk sehingga membawanya bertindak sedemikian rupa.

CC menekankan bahawa:

  1. Amat penting untuk kanak-kanak itu terlebih dahulu diberi rawatan selepas melahirkan termasuk rawatan psikologi sebelum proses pendakwaan dijalankan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memastikan kanak-kanak itu diberi kedua-dua rawatan tersebut dengan sewajarnya;
  2. Kanak-kanak itu perlu diberi bantuan guaman, terutamanya hak kepada peguam dan juga Pegawai Kebajikan Masyarakat yang akan berperanan sebagai pegawai pelindung. Pihak JKM digesa untuk mengaturkan agar bantuan guaman dapat diberikan kepada kanak-kanak secara pro bono;
  3. Urusan bagi kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang harus dikendalikan selaras dengan peruntukan dalam Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611) dan CRC. Berdasarkan Seksyen 83A Akta 611, kanak-kanak yang ditahan tidak boleh digari, dan ibu bapa atau penjaga kanak-kanak hendaklah dimaklumkan berhubung keberadaan kanak-kanak tersebut. Di bawah Akta yang sama dan CRC, identiti kanak-kanak perlu dilindungi dan tidak boleh didedahkan. Hak kanak-kanak untuk berunding dengan peguam pilihannya harus dipenuhi. Selain itu, kanak-kanak dalam tahanan tidak boleh bergaul bersama tahanan dewasa yang telah didakwa dengan sesuatu kesalahan.

CC khuatir dengan kenyataan yang dikeluarkan Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui sosial media, yang mana ia telahpun dipadam, bahawa kanak-kanak itu tidak mengalami sebarang masalah kesihatan mental. CC percaya penilaian psikologi yang menyeluruh terhadap kesihatan mental kanak-kanak itu perlu dilakukan sebelum kenyataan sedemikian dibuat. Dalam hal ini, CC ingin menegaskan bahawa kanak-kanak perempuan tersebut adalah mangsa rogol, tidak kira sama ada secara sukarela dan ia adalah kes rogol statutori di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan. CC menekankan bahawa prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak, seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 3 CRC, hendaklah diaplikasikan dalam semua kes jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Insiden ini sekali lagi menjelaskan bahawa pentingnya silibus pendidikan kesihatan seks, seksualiti dan reproduktif yang komprehensif diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama dan kolaborasi bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan KPWKM. Silibus ini hendaklah diajar kepada semua kanak-kanak di semua sekolah kerajaan atau swasta. Kerjasama dan koordinasi yang lebih efektif haruslah dipupuk dalam kalangan agensi Kerajaan yang berkaitan seperti KKM, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan KPWKM bagi mempergiatkan usaha untuk meningkatkan kesedaran kanak-kanak mengenai pendidikan tersebut melalui pelbagai medium, termasuk media sosial.

CC juga menggesa Kerajaan untuk melaksanakan program yang lebih efektif dalam memberikan sokongan emosi kepada semua remaja/kanak-kanak perempuan yang hamil, dalam persekitaran yang selamat. KPWKM perlu lebih menyebar luas perkhidmatan yang disediakan oleh JKM agar keluarga kepada remaja/kanak-kanak perempuan yang hamil lebih bersedia dalam menangani situasi ini.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

13 Februari 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

TENDER

Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2021 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

NO. SEBUT HARGA : SHM.001/1/18 Jilid 5 ( 1 )

TAJUK SEBUT HARGA : Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Mereka Bentuk, Mencetak Dan Membekal Laporan Tahunan 2021 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

TARIKH IKLAN : 28 Januari 2022
TARIKH KEMUKAKAN SEBUT HARGA : 11 Februari 2022 (sebelum 12.00 tengah hari)

JUMLAH CETAKAN :
i) Bahasa Malaysia : 1000 naskah
ii) Bahasa Inggeris : 1000 naskah

PS

Press Statement No. 1-2022: SUHAKAM Calls for the Government to Immediately Review and Reform all Laws and Policies on Citizenship

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2022)   –   The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned on the case of Rohana Abdullah, a stateless woman raised by a Malaysian who has been struggling with her citizenship issue after reportedly being abandoned by her biological Indonesian mother and Malaysian father when she was two months old. Abandoned children always suffer from discrimination and were denied basic rights such as access to education and medical care.

SUHAKAM commends the Prime Minister’s gesture to assist Rohana and welcomes the Home Minister’s move to investigate this matter, but hopes that the Ministry of Home Affairs will not only focus on citizenship applications on a case by case basis but instead, take a holistic approach to address all citizenship issues involving stateless persons in Malaysia. Stateless persons have been struggling with the denial of fundamental human rights and dignity and it is incumbent upon the State to find an immediate resolution to bridge this gap, in respect of the rights of the children. Currently, children separated from their biological parents and born out of wedlock are mostly affected by the citizenship law in Malaysia. While Malaysia’s provisions relating to citizenship adhere to the principle of jus sanguinis, they are strictly conditioned on proof of the legality of marriage of biological parents and place of birth of the child.

Article 8(2) of the UN Convention on the Rights of the Child (CRC) obliges Malaysia to re-establish speedily, a child’s identity in the event they were illegally deprived of some or all the elements of his or her identity. In addition, SUHAKAM has consistently advised the Government to withdraw its reservation on the right to nationality under Article 7(1) of the CRC and ratify the International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR) which contains the same guarantee under Article 24(2). The Federal Constitution (FC) of Malaysia contains a strong legal safeguard against statelessness as provided in the Second Schedule of the FC which states that “every person born within the Federation who is not a citizen of any other country is a citizen of Malaysia by operation of law”. The Federal Court landmark case of CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran Dan Kematian Malaysia (2021) clarifies that ‘citizenship by operation of law’ is a fundamental and constitutional right. In addition, section 19B of Part III of the Second Schedule of the FC clearly provides that every person born in Malaysia who is not proven to be a citizen of any other country and who does not acquire any other citizenship is a citizen of Malaysia by operation of the law. In cases like this, the documentation required by the National Department of Registration (NRD) must be reasonable and in line with the provisions of the FC as stateless persons are generally lack of any proper and formal form of identification.

Stateless communities in Malaysia are unable to enjoy their inherent rights such as education, health care, employment, social security, freedom of movement and many others, which could also lead to serious social problems. If not addressed, the cycle of statelessness will also be endless for their future generations. Therefore, in addressing this long-standing issue, SUHAKAM calls for the Government to immediately review and reform all laws and policies on citizenship and to adopt more transparent procedures in facilitating the application of citizenship to reduce and prevent statelessness in the country.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 January 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my


KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (20 JANUARY 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) prihatin dengan kes Rohana Abdullah, wanita tak bernegara yang dibesarkan oleh warganegara Malaysia dan dilaporkan telah ditinggalkan oleh ibu kandung warganegara Indonesia dan bapa kandung warganegara Malaysia sejak berusia dua bulan. Kanak-kanak yang ditinggalkan begini sering didiskriminasi dan dinafikan hak asasi seperti akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan.

SUHAKAM memuji niat Perdana Menteri menawarkan bantuan kepada Rohana dan menyambut baik tindakan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat isu ini namun berharap agar Kementerian Dalam Negeri tidak hanya memberikan tumpuan kepada kes-kes tertentu sebaliknya mengambil pendekatan menyeluruh untuk menangani semua isu yang melibatkan orang tak bernegara di Malaysia. Hak asasi dan maruah diri mereka dinafikan dan adalah menjadi kewajipan negara untuk mencari penyelesaian segera bagi merapatkan jurang ini demi kepentingan hak kanak-kanak. Pada masa ini, kanak-kanak yang terpisah daripada ibubapa kandung dan dilahirkan luar nikah adalah yang paling terjejas dengan undang-undang kewargannegaraan di Malaysia. Meskipun peruntukan berhubung kewarganegaraan di Malaysia mematuhi prinsip jus sanguinis, kewarganegaraan ditentukan oleh bukti status perkahwinan yang sah ibu dan bapa kandung serta tempat kelahiran kanak-kanak tersebut.

Di bawah Perkara 8(2) Konvensyen mengenai hak Kanak-kanak PBB (CRC) Malaysia harus mengembalikan segera identiti seorang kanak-kanak sekiranya sebahagian atau kesemua elemen identiti mereka dilucutkan secara tidak sah. SUHAKAM konsisten menasihati Kerajaan menamatkan reservasi kepada hak kerakyatan di bawah Perkara 7(1) CRC dan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang mengandungi jaminan yang sama di bawah Perkara 24(2). Perlembagaan Persekutuan (PP) Malaysia mengandungi perlindungan yang kukuh terhadap ketiadaan kewarganegaraan dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa “tiap-tiap orang yang lahir di Persekutuan dan pada masa dia lahir tidak menjadi warganegara mana-mana negara ialah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang”. Kes Mahkamah Persekutuan CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran Dan Kematian Malaysia (2021) menjelaskan bahawa ‘kewarganegaraan melalui kuasa undang-undang’ merupakan hak asasi dan hak perlembagaan. Malah Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa tiap-tiap orang yang lahir di Malaysia dan tiada bukti menjadi warganegara mana-mana negara ialah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

Komuniti tak bernegara di Malaysia tidak dapat menikmati hak asasi seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan, keselamatan sosial, kebebasan bergerak dan banyak lagi yang boleh menjurus kepada masalah sosial yang lebih serius. Jika tidak ditangani, kitaran tak bernegara akan terus berpanjangan sehingga generasi mereka yang akan datang. Sehubungan itu, bagi menangani isu yang telah wujud sekian lama ini, SUHAKAM menyeru Kerajaan segera mengkaji semula dan memperbaharui semua undang-undang dan dasar mengenai kewarganegaraan dan mengamalkan prosedur yang lebih telus untuk memudahkan permohonan kewarganegaraan seterusnya mengurangkan serta mengekang isu orang tak bernegara di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

20 January 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

SuhakamLogo-2048x1463

KE ARAH REALISASI HAK ASASI UNTUK SEMUA

14 JAN 2022

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ialah sebuah Suruhanjaya bebas, yang ditubuhkan oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), untuk membantu mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia. Seksyen 2 Akta 597 mentakrifkan "hak asasi manusia" sebagai kebebasan asasi yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan. Di samping itu, Akta 597 memberi kuasa kepada SUHAKAM untuk mengguna pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948 dalam menjalankan fungsinya, selagi ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, SUHAKAM diberi mandat oleh Seksyen 4(1) Akta 597 untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan berhubungan dengan hak asasi manusia; untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam triti dan surat cara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; dan juga menyiasat aduan mengenai pelanggaran hak asasi manusia.

Dalam melaksanakan tugasnya selama lebih 20 tahun, jelas bahawa kapasiti dan keberkesanan SUHAKAM dalam melaksanakan peranan dan fungsinya adalah bergantung kepada kebebasan dan keupayaannya untuk bertindak dengan penuh hemat. SUHAKAM mengambil langkah yang tepat bukan sahaja untuk memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan dalam Prinsip Paris ,[1]malah yang lebih penting, untuk mengekalkan kredibilitinya dalam kalangan masyarakat Malaysia sebagai sebuah institusi yang melaksanakan tugasnya secara saksama dan tanpa rasa gentar atau berat sebelah dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia. Oleh itu, dalam mengambil kira setiap pandangan yang diberikan oleh pihak berkepentingan daripada golongan yang berbeza ekstrem dan aspirasi, keputusan dan pendirian SUHAKAM mengenai hak asasi manusia dibuat secara bebas dan selaras dengan garis yang ditentukan oleh Akta 597. Selain itu, berpandukan Seksyen 7(4) Akta 597, SUHAKAM berusaha sebaik mungkin untuk membuat semua keputusan secara sepersetujuan oleh kesemua ahli-ahli Suruhanjaya.

Walau bagaimanapun, salah faham oleh pihak tertentu tentang status, peranan dan fungsi SUHAKAM masih berterusan. Ia menjadi semakin ketara sejak kebelakangan ini berdasarkan reaksi individu dan kumpulan tertentu berikutan tindakan berani SUHAKAM memberi perhatian kepada isu yang mungkin dilihat oleh sesetengah pihak sebagai "kontroversi" dan tidak sesuai dengan konteks sosial di Malaysia. Malah ada yang mendakwa SUHAKAM hanya memperjuangkan isu songsang dan mengabaikan isu teras hak asasi manusia yang menjejaskan kehidupan komuniti akar umbi.

Sehubungan itu, selaras dengan moto SUHAKAM iaitu “Hak Asasi Untuk Semua”, SUHAKAM ingin membetulkan beberapa tanggapan salah tentang SUHAKAM dan cara kerjanya dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di Malaysia:

“SUHAKAM berpaksikan barat”

Tidak dinafikan, SUHAKAM menerima kritikan daripada pelbagai pihak berkepentingan di negara ini berikutan perbezaan persepsi dan apa yang mereka harapkan terhadap SUHAKAM. Ada yang masih berpegang kepada pandangan bahawa SUHAKAM tidak memenuhi harapan mereka manakala yang lain terus melihat SUHAKAM sebagai 'pro-NGO' atau sebuah institusi yang mengikut konsep barat secara membuta tuli kerana kenyataan dan pendiriannya yang sering mengkritik pihak berkuasa atau dilihat sebagai mencabar relativisme budaya.

Realitinya, pendirian SUHAKAM mengambil kira konteks tempatan dan tidak dibuat secara bersendiri.

Sejak awal penubuhannya, SUHAKAM telah membangunkan cara kerja tersendiri, menyediakan platform rundingan untuk pihak berkepentingan dan menjemput individu dan kumpulan yang berkaitan untuk memberikan pandangan mereka mengenai isu hak asasi manusia yang berbangkit serta perubahan yang perlu dilakukan dalam negara bagi memastikan kemajuan hak asasi manusia yang lebih bermanfaat. Dalam menjalankan perundingan ini, SUHAKAM berusaha gigih untuk memastikan individu dan kumpulan tempatan, termasuk CSO pelbagai latar belakang terlibat sama selain daripada rakan serantau dan antarabangsa. Pihak berkepentingan yang terlibat termasuklah kumpulan agama, wanita, kanak-kanak, orang asli, orang kurang upaya dan banyak lagi. Salah satu contoh inisiatif SUHAKAM adalah untuk menambah baik keadaan tempat tahanan di Malaysia bagi memastikan ia memenuhi, antaranya Peraturan Minimum Standard PBB bagi Layanan Terhadap Tahanan. Selain orang dalam tahanan, SUHAKAM turut berunding dengan Kementerian, agensi dan pegawai yang berkaitan sejak bermulanya inisiatif ini. Hasilnya, syor-syor SUHAKAM kepada Kerajaan mengenai perkara ini bukan sahaja kepada penambahbaikan yang boleh melindungi hak orang dalam tahanan, tetapi juga hak pegawai dan kakitangan untuk mempunyai persekitaran kerja yang selamat, bersih dan sihat.

Contoh lain ialah kerja promosi SUHAKAM dalam memerangi penyeksaan. SUHAKAM telah memulakan inisiatif ini dan kini merupakan sebahagian daripada gabungan yang dikenali sebagai Gabungan ACT4CAT[2]. Selain SUHAKAM, ahli Gabungan ini terdiri daripada Majlis Peguam, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Amnesty International (AI), Lawyers for Liberty (LFL) dan Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN). Anggota Gabungan ini bekerjasama untuk menyokong ratifikasi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan dan Menjatuhkan Maruah (UNCAT)[3]. Gabungan ini aktif mencari CSO lain untuk menyertai inisiatif ini termasuk organisasi berasaskan kepercayaan/keagamaan. Pada tahun 2019, SUHAKAM telah menganjurkan dialog serantau mengenai UNCAT yang bertujuan untuk meneroka amalan terbaik Negara lain ke arah penyertaan dan pelaksanaan UNCAT pada peringkat domestik. Dalam mendapatkan pandangan dan perspektif yang lebih meluas mengenai isu ini, SUHAKAM menjemput wakil tempatan daripada agensi kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil, pengamal perubatan, NHRI dan ahli akademik untuk berdialog bagi memastikan isu ini mengambil kira konteks domestik.

Selain itu, pada 2016, SUHAKAM memulakan kajian mengenai diskriminasi terhadap golongan transgender di Kuala Lumpur dan Selangor berkaitan hak mereka untuk mendapatkan pekerjaan, penjagaan kesihatan, pendidikan, perumahan dan maruah. Perbincangan telah diadakan dengan pelbagai kumpulan termasuk organisasi berasaskan kepercayaan dan hak asasi manusia, serta individu yang bekerja dengan mereka. Laporan itu telah diterbitkan pada Mac 2019 dan salah satu daripada syornya adalah agar komuniti ini dapat menikmati hak asasi manusia sepenuhnya tanpa pengecualian dan diskriminasi.

Ini adalah antara contoh perundingan mengenai pelbagai isu hak asasi manusia yang dijalankan oleh SUHAKAM dan kesemuanya terdapat dalam laporan tahunan SUHAKAM sejak tahun 2000. Perundingan yang dijalankan adalah untuk memastikan pandangan dan konteks tempatan menjadi sebahagian daripada pertimbangan utama SUHAKAM.

“SUHAKAM tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan”

SUHAKAM berpegang kepada undang-undang penubuhannya, Akta 597, dalam menjalankan fungsinya termasuk untuk mempromosi dan melindungi hak asasi manusia seperti yang ditakrifkan dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan, dengan berpandukan UDHR. Sehubungan itu, SUHAKAM berusaha untuk memastikan perkara ini diterapkan dalam semua kerjanya.

Walau bagaimanapun, Seksyen 4(1)(b) Akta 597 memperuntukkan bahawa SUHAKAM juga bertanggungjawab “untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan serta tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil”. Berdasarkan peruntukan ini, SUHAKAM sentiasa memberikan syor kepada kerajaan tentang penambahbaikan undang-undang domestik bagi memastikan ia mencapai standard yang diterima secara sejagat untuk semua rakyat sepertimana yang ditetapkan dalam UDHR. Selain itu, SUHAKAM turut dirujuk dan dijemput oleh pelbagai Kementerian untuk terlibat dalam pelbagai jawatankuasa kajian undang-undang bagi memastikan perspektif hak asasi manusia dipertimbangkan dalam penggubalan dan kajian semula undang-undang. Antaranya termasuk Pasukan Projek Khas Draf Rang Undang-undang Anti-Gangguan Seksual (2019), Rang Undang-undang Anti-Diskriminasi terhadap Wanita, dan Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori. SUHAKAM turut terlibat dalam banyak jawatankuasa semakan undang-undang lain yang ditubuhkan oleh Kerajaan. 

Dalam hal ini, Kerajaan Malaysia telah menunjukkan komitmen yang kuat untuk membuat perubahan yang perlu; contohnya, penggubalan dan kajian semula Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82). Malah undang-undang tertinggi negara, Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah dipinda pada Julai 2001 untuk memasukkan istilah "jantina" sebagai asas tiada diskriminasi, selaras dengan komitmen antarabangsa Malaysia.

SUHAKAM akan terus memberikan bantuannya kepada kerajaan dalam memperbaharui undang-undang domestik sebagai refleksi kepada komitmen hak asasi manusia antarabangsa, termasuk hak yang dikategorikan sebagai hak yang tidak boleh dihadkan.

“Pendirian SUHAKAM bercanggah dengan ajaran agama dan budaya Malaysia”

SUHAKAM menghormati kebebasan beragama kerana ia merupakan hak asasi manusia. SUHAKAM juga menghormati bahawa Islam adalah agama Persekutuan, dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

SUHAKAM terganggu dengan dakwaan baru-baru ini kerana beberapa pendiriannya dilihat sebagai serangan halus terhadap kepercayaan agama tertentu. SUHAKAM menekankan bahawa dalam menentukan pendiriannya, SUHAKAM sering berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta UDHR, sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta 597.

SUHAKAM berpandangan bahawa semua agama menuntut kepada keadilan, kesaksamaan dan maruah yang juga merupakan tunjang kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta piawaian hak asasi manusia antarabangsa. Atas dasar keluhuran Perlembagaan Persekutuan Malaysia, amalan dalam beragama seharusnya akur kepada perlindungan hak asasi manusia sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Malahan, Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan dalam Perkara 75 Bahagian VI bahawa "'Jika mana-mana undang-undang Negeri tidak selaras dengan sesuatu undang-undang persekutuan, maka undang-undang persekutuan itu hendaklah mengatasi undang-undang Negeri dan undang-undang Negeri itu adalah tidak sah setakat yang tidak selaras itu."

“SUHAKAM hanya memperjuangkan isu songsang dan mengabaikan isu akar umbi sebenar”

SUHAKAM menekankan bahawa andaian ini adalah tidak berasas dan ternyata salah. SUHAKAM menjalankan tugasnya menangani pelbagai isu hak asasi manusia yang melibatkan hak ekonomi, sosial, budaya serta hak sivil dan politik. Berkenaan aduan yang diterima misalnya, antara tahun 2017-2021, SUHAKAM menerima sebanyak 4,510 aduan dari seluruh Malaysia. Berdasarkan aduan yang diterima, SUHAKAM menyiasat isu-isu seperti hak untuk mendapat taraf hidup yang memadai, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, keselamatan sosial, kewarganegaraan, diskriminasi kaum, kebebasan bergerak, bersuara, berhimpun, berpersatuan, beragama dan banyak lagi. SUHAKAM turut menyantuni masyarakat melalui sesi SUHAKAM Bersama Masyarakat (SBM) yang menyediakan platform bagi masyarakat setempat untuk menyuarakan tentang isu-isu hak asasi manusia yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Dalam menangani isu tematik tersebut, dan selaras dengan Perkara 8(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, SUHAKAM mengambil kira realiti kehidupan kumpulan rentan dan komuniti akar umbi. Mereka termasuk wanita, kanak-kanak, orang kurang upaya, orang asli, pelarian, migran, dan ramai lagi. SUHAKAM turut berpegang kepada pendirian bahawa semua manusia, tanpa mengira latar belakang mereka, dilahirkan bebas dan saksama dari segi nilai, maruah dan hak mereka.

Pelan Strategik Lima Tahun SUHAKAM 2021-2025 – yang boleh diakses secara umum dalam laman web rasmi SUHAKAM – menunjukkan bidang tumpuan hak asasi manusia secara meluas yang sedang ditangani oleh SUHAKAM, antaranya untuk memajukan hak ekonomi, sosial dan budaya terutamanya bagi kumpulan rentan, memerangi xenofobia, perkauman dan diskriminasi kaum, dan meningkatkan kesedaran mengenai hak kanak-kanak. Ini, bersama fakta bahawa laporan tahunan SUHAKAM yang merekodkan variasi tema hak asasi manusia serta kumpulan rentan yang ditangani oleh SUHAKAM – justeru menyangkal dakwaan tidak berasas ini.  

SUHAKAM akan terus menangani isu hak asasi manusia yang berbangkit di Malaysia tanpa rasa gentar atau berat sebelah. Ini termasuk untuk memberi perhatian kepada isu hak asasi manusia yang mungkin dilihat tidak popular oleh pihak tertentu. Di samping itu, sekiranya perlu, SUHAKAM akan bersuara bagi mana-mana pihak yang tertindas dan komuniti rentan di negara ini yang mungkin takut untuk bersuara akibat tekanan politik dan sosial. Dalam hal ini, SUHAKAM juga ingin menekankan keperluan untuk laporan tahunannya dibahaskan oleh Parlimen agar semua isu hak asasi manusia yang melibatkan golongan rentan di Malaysia dapat ditangani dengan berkesan oleh Kerajaan.

SUHAKAM secara konsisten telah menerima pakai pendirian yang bebas dan adil dalam menangani isu hak asasi manusia dan meskipun kenyataannya kadangkala kritikal terhadap beberapa dasar dan tindakan yang tidak selaras dengan prinsip dan norma hak asasi manusia antarabangsa, pendirian SUHAKAM sentiasa bersifat konstruktif dan didorong oleh keperluan untuk menyokong negara ini ke arah menjadi sebuah negara yang mempunyai piawaian dan prestasi hak asasi manusia yang boleh dicontohi.


[1] Principles relating to the Status of National Institutions (The Paris Principles) was adopted by General Assembly resolution 48/134 of 20 December 1993 . The Paris Principles set out the minimum standards that NHRIs must meet in aspects of, among others, NHRIs’ legal standing, independence, powers, mandate, and resources to be considered as credible and  effective. In June 2021, SUHAKAM was reaccredited ‘A’ status by the Sub-Committee on Accreditation (SCA) of the Global Alliance for National Human Rights Institutions (GANHRI) denoting that SUHAKAM fully complies with the Paris Principles. https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/statusofnationalinstitutions.aspx

[2] See more information about the ACT4CAT Coalition and its activities at https://www.facebook.com/ACT4CAT/

[3] The UNCAT which was adopted by the UN General Assembly on 10 December 1984, aims to prevent torture and other acts of cruel, inhuman, or degrading treatment or punishment; https://www.ohchr.org/en/professionalinterest/pages/cat.aspx

PS

Press Statement No. 1-2022 (OCC)_CC Saddened by Setbacks Faced by Children in Accessing School

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (13 JANUARY 2022)   –   The Children’s Commissioner (CC), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal is saddened with the recent news report on January 10, 2022, which featured several students from Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar in Sandakan crossing a dilapidated suspension bridge on their first day of school.

The report further affirms the CC’s discovery during a recent monitoring visit in Sandakan that children living in deeper remote areas and those without documentation face difficulties in accessing proper mainstream education. The CC commends the action of the Sandakan Town Council and the Implementation Coordination Unit, Prime Minister’s Department, for their coordinated and swift plans to assess the bridge for repair or reconstruction and hopes that such efforts will be expedited further. With the announced closure of the bridge, the CC also hopes that alternative measures, such as the provision of free-of-charge boats, will be implemented to assist children in attending schools. The CC further hopes that the Government, through Public Works Department, will continually inspect and ensure roads and bridges, infrastructure and public facilities under its purview and functions are safe, in good working condition and well-maintained at all times, as such facilities involve public and children’s lives and safety. Assessment and reconstruction efforts should not only be a reactive measure but must be proactive.

The COVID-19 pandemic has impacted children’s learning and well-being for almost two years and schools were closed during the enforcement of the Movement Control Order (MCO). With the reopening of schools, the CC implores for all relevant government agencies such as the Department of Education to ensure that all children, especially in rural areas are able to access education, by providing them with the necessary aids including transportation and an enabling school environment which ensures their safety and security.

The right of children to education is internationally recognised under the Article 28(1) of the Convention on the Rights of the Child (CRC). Fundamental to this right is the need under Article 28(1)(e) for States to implement measures that encourage regular attendance in school and to decrease drop-out rates. The importance of education is further in emphasised in Goal 4 of the United Nations Sustainable Development Goals (SDGs), which highlights the need for States to ensure equitable education for all.  While Malaysia has continued to maintain its reservation to the Article 28(1)(a) of the CRC on the obligation of States to provide free and compulsory primary education, access to education should nonetheless be a priority in its pursuit of accelerated development.  

The CC wishes to reiterate the need for the Government to increase its allocations for improving children’s access to education. Transparent reporting on the use of the budget for that purpose must also be available. Providing schools alone would not suffice. Access to schools should also be made a priority. With the two, the CC is confident that Malaysia will be able to further align itself towards achieving the goals of both the CRC and the SDGs.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

13 January 2022

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (13 JANUARI 2022)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK), Prof Dato’ Noor Aziah Mohd Awal menzahirkan dukacita dengan laporan akhbar pada 10 Januari 2022 yang memaparkan beberapa pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sibuga Besar di Sandakan yang terpaksa menggunakan jambatan usang pada hari pertama persekolahan.

Laporan ini mengesahkan lagi dapatan PKK semasa lawatan pemantauan baru-baru ini di Sandakan bahawa kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman dan mereka yang tidak berdokumen, menghadapi kekangan akses kepada pendidikan arus perdana yang baik. PKK menyambut baik tindakan Majlis Perbandaran Sandakan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, dalam kerjasama dan kepantasan mereka membuat penilaian bagi pembaikan atau pembinaan semula jambatan tersebut dan diharapkan usaha ini dapat dipercepatkan lagi. Dengan pengumuman penutupan jambatan tersebut, PKK berharap langkah alternatif seperti penyediaan bot secara percuma boleh dilaksanakan untuk membantu kanak-kanak ke sekolah. PKK juga berharap agar Kerajaan, melalui Jabatan Kerja Raya, akan terus memeriksa dan memastikan jalan raya, jambatan, infrakstruktur atau lain-lain kemudahan awam di bawah bidang kuasa dan fungsinya berada dalam keadaan yang baik dan disenggara secara berterusan. Usaha penilaian dan pembinaan semula perlu dilakukan secara proaktif dan bukan sahaja secara reaktif.

Wabak COVID-19 telah memberi impak kepada pembelajaran dan kesejahteraan kanak-kanak selama hampir dua tahun dan sekolah ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan pembukaan sekolah, PKK merayu semua agensi kerajaan yang terlibat seperti Jabatan Pendidikan untuk memastikan semua kanak-kanak, terutamanya mereka di kawasan pedalaman mendapat akses pendidikan dan memastikan mereka disediakan dengan bantuan seperti pengangkutan dan persekitaran sekolah yang menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Hak kepada pendidikan diiktiraf di peringkat antarabangsa di bawah Perkara 28(1) Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC). Asas kepada hak ini adalah keperluan di bawah Perkara 28(1)(e) untuk Negara pihak melaksanakan langkah-langkah yang mendorong kehadiran secara tetap ke sekolah dan menurunkan kadar keciciran. Matlamat 4 Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menekankan kepentingan pendidikan dan Negara pihak perlu memastikan Pendidikan yang saksama untuk semua. Walaupun Malaysia masih mengekalkan reservasi kepada Perkara 28(1)(a) mengenai tanggungjawab untuk menyediakan pendidikan rendah secara percuma, akses kepada pendidikan seharusnya menjadi keutamaan ke arah pembangunan yang semakin pesat.

PKK menekankan keperluan untuk Kerajaan menambah peruntukan bagi menambah baik akses kanak-kanak kepada pendidikan. Pelaporan yang telus mengenai penggunaan bajet untuk tujuan ini perlu disediakan. Pembinaan sekolah semata-mata adalah tidak mencukupi. Akses kepada pendidikan perlu diutamakan. Dengan pelaksanaan kedua-duanya, PKK yakin Malaysia dapat menjajarkan hala tujunya untuk mencapai matlamat-matlamat CRC dan SDGs.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

13 Januari 2022

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

ANNOUNCEMENT

SUHAKAM Mengalu-alukan Permohonan untuk Mengadakan Perbincangan/Konsultasi mengenai Isu Hak Asasi Manusia

SUHAKAM mengalu-alukan permohonan untuk mengadakan perbincangan/konsultasi mengenai isu hak asasi manusia daripada pihak berkepentingan sama ada sektor awam atau swasta. Permohonan rasmi boleh dipanjangkan ke:

SUHAKAM
Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
(Perhatian: Setiausaha)
Faks: +603-2612 5620
Emel: humanrights@suhakam.org.my

PS

Press Statement No. 15-2021 (OCC)_CC Lauds the Decision of the Court of Appeal on the Government’s Motion for Stay in the Suriani Kempe Case

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (24 DECEMBER 2021)   –   The Children’s Commissioner, Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, lauds the decision of the Court of Appeal in the Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & 2 Ors v Suriani Kempe & 6 Ors (Court of Appeal, Civil Appeal No. W-01(NCvC)(A)-531-09/2021), in dismissing the Government’s motion for a stay in the execution of the High Court decision. Following this, the Government should ensure that the National Registration Department complies with the recent ruling by issuing the children with all relevant documents, giving effect to their citizenship forthwith whilst the proposed amendment is still in progress.

Due to their status as non-citizens, these children have been experiencing difficulties in accessing public education and health services and their situation is worsened by the COVID-19 pandemic where they face difficulties entering the country to reunite with family members based locally due to documentation issues. These are instances of discrimination at the expense of innocent children. The Court of Appeal’s decision is welcome by many, especially these children as well as civil society organisations, and highlight the important role played by Courts as a key institution for check and balance, to uphold the best interest of children, consistent with Malaysia’s international obligations under Article 3 of the Convention the Rights of the Child (CRC).

On 16th December 2021, the Minister in the Prime Minister’s Department (Parliament and Law), in his written reply to a question in Parliament stated that the Government has formed a committee to conduct a 6-month study on proposed amendments to Article 14(1)(b) of the Federal Constitution. The CC welcomes this decision as such amendments would remove any ambiguity on the machinations of Article 14(1)(b) of the Federal Constitution. However, CC is of the opinion that 6 months is too long and urges for a swift and judicious resolution to this long-standing issue. On the heels of these developments, a proper consultation with relevant groups is needed and CC hopes that a constitutional amendment will be taken to the next Parliament session

CC wishes to highlight this constitutional amendment concerning children’s right to nationality would enable Malaysia to comply with the non-discrimination principle as enunciated in the Article 2 of CRC and Article 1 of the Convention of the Elimination of all Forms of Discrimination against Women (CEDAW) and serve the purpose of guaranteeing Malaysian women the exercise and equal enjoyment of human rights and fundamental freedoms.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Children’s Commissioner

24 December 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (24 DISEMBER 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak (PKK), Prof. Dato’ Noor Aziah Mohd Awal, menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan dalam Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara & 2 Lagi v Suriani Kempe & 6 Lagi (Mahkamah Rayuan, Rayuan Sivil No. W-01(NCvC)(A)-531-09/2021), menolak usul Kerajaan untuk penggantungan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi. Berikutan keputusan ini, pihak Kerajaan perlu memastikan Jabatan Pendaftaran Negara segera mengeluarkan dokumen-dokumen yang perlu untuk mendaftarkan kanak-kanak berkenaan sebagai warganegara sementara syor pindaan masih berjalan.

Oleh kerana status mereka bukan warganegara, kanak-kanak ini mengalami kesukaran dalam mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan dan pendidikan awam dan situasi ini diburukkan lagi oleh pandemic COVID-19 kerana mereka sukar untuk memasuki negara untuk bertemu ahli keluarga yang berada di dalam negara kerana isu-isu dokumentasi. Ini merupakan beberapa keadaan yang melibatkan diskriminasi terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah. Sehubungan itu, keputusan Mahkamah Rayuan ini diterima baik oleh banyak pihak, terutamanya kanak-kanak dan organisasi-organisasi yang memperjuangkan hak asasi, ini pentingnya peranan penting mahkamah sebagai institusi semak dan imbang dalam menegakkan kepentingan kanak-kanak, bertepatan dengan obligasi antarabangsa Malaysia di bawah Perkara 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.

Pada 16 Disember 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parliamen dan Undang-Undang), dalam jawapan kepada soalan di Parlimen, telah menjelaskan bahawa penubuhan sebuah jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian selama 6 bulan berkaitan pindaan kepada Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. PKK menyambut baik keputusan ini kerana ia dapat menjelaskan kesamaran dalam interpretasi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, PKK berpendapat bahawa tempoh 6 bulan adalah terlalu lama dan berharap agar penyelesaian segara dan adil dapat dibuat kepada isu yang sudah tertangguh sekian lama ini. Dalam perkembangan ini, PKK berharap pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan dapat dibawa ke sesi Parliamen yang seterusnya.

PKK ingin menekankan bahawa pindaan kepada Perlembagaan berkaitan hak kerakyatan kanak-kanak akan menunjukkan pematuhan Malaysia kepada prinsip tiada diskriminasi selaras dengan Perkara 2 CRC dan Perkara 1 Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskrimnasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang memberi jaminan kepada wanita Malaysia untuk menikmati dan mendapat hak dan kebebasan asasi.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya Kanak-Kanak

24 Disember 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my