PS

Press Statement No. 7-2023_ SUHAKAM Committed to Assisting the Government to Implement Human Rights Reforms in a Timely Manner / Kenyataan Media No.7-2023_ SUHAKAM Komited Bantu Kerajaan Laksana Reformasi Hak Asasi Manusia Dalam Tempoh Terdekat

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (10 MARCH 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) fully supports the Government’s move in proposing law reforms in two major areas of concern to us, the proposal to decriminalise minor drug offences by providing rehabilitation and in the sphere of education, secondary education would be compulsory for all children.

In line with SUHAKAM’s proposal on prison reform, the proposed drug law reform would assist in reducing overcrowding issues in prisons and provide a more humane and wholistic solution to minor drug offenders instead of incarceration. Any form of jail sentence is a stigma and brings along a host of social problems within the family and community. 

In tandem with drug law reforms, there is an urgent need to enhance prison reforms to address other issues such as access to healthcare, education, and vocational training for prisoners, as well as addressing issues related to prison conditions and the treatment of prisoners.

Similarly, the Ministry of Education’s decision to make secondary education compulsory and available freely for all children is a significant step towards promoting equal opportunity and addressing the gender issues relating to child marriages.  By making secondary education compulsory, the government would ensure that every child in Malaysia, irrespective of their socioeconomic background, has access to education up to finishing secondary school. Access to education is a fundamental human right, and it’s crucial for the development and well-being of individuals and society.

We urge greater participation from all stakeholders to ensure effective and comprehensive of drafting new laws. As a National Human Rights Institution (NHRI), SUHAKAM committed to assisting the government to implement human rights reforms in a timely manner.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 March 2023

—————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (10 MAC 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menyokong sepenuhnya langkah Kerajaan ke arah  pembaharuan undang-undang yang menjadi keutamaan iaitu cadangan untuk menyahjenayahkan kesalahan dadah kecil dengan pemulihan serta dalam aspek pendidikan, dengan mewajibkan pendidikan menengah kepada semua kanak-kanak.

Sejajar dengan syor SUHAKAM mengenai reformasi penjara, cadangan pembaharuan undang-undang terhadap dadah akan membantu mengurangkan kesesakan di dalam penjara serta menyediakan solusi yang menyeluruh serta lebih berperikemanusiaan berbanding hukuman pemenjaraan kepada pesalah kecil dadah. Sebarang bentuk hukuman penjara merupakan stigma dan membawa pelbagai masalah sosial dalam keluarga dan masyarakat.

Seiring dengan pembaharuan undang-undang dadah, terdapat keperluan mendesak untuk menambahbaik reformasi penjara untuk menangani isu-isu seperti akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, dan latihan vokasional kepada banduan, serta isu-isu berkaitan keadaan penjara dan rawatan banduan.

Begitu juga dengan keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mewajibkan pendidikan menengah kepada semua kanak-kanak. Langkah ini akan menggalakkan peluang yang sama rata dan menangani isu gender yang berkaitan dengan perkahwinan kanak-kanak. Dengan mewajibkan pendidikan menengah, kerajaan dapat memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia, tanpa mengira latar belakang sosioekonomi, mempunyai akses kepada pendidikan sehingga tamat sekolah menengah. Akses kepada pendidikan merupakan hak asasi manusia, dan sangat penting untuk pembangunan dan kesejahteraan individu dan masyarakat.

SUHAKAM menggesa agar penyertaan yang meluas daripada semua pihak berkepentingan untuk memastikan penggubalan undang-undang baharu yang berkesan dan komprehensif. Sebagai sebuah Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, SUHAKAM komited untuk membantu kerajaan melaksanakan reformasi hak asasi manusia dalam tempoh yang terdekat.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

10 Mac 2023

327099774_958563065322259_3796043742659132934_n

Notis Permohonan: Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75

SUHAKAM mengalakkan belia berumur 18 - 29 tahun untuk memohon sebagai Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 yang terdiri daripada 12 belia yang dipilih berdasarkan pertimbangan kepada faktor jantina, umur, geografi, etnik, dan kebudayaan. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:

* Berumur 18 - 29 tahun (pada 1 Mac 2023).

* Minimum 2 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia di peringkat tempatan, nasional, serantau, dan antarabangsa.

* Penguasaan bahasa inggeris (peringkat kerja)

Mandat Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan berlangsung sehingga penghujung tahun 2023. Ahli Kumpulan Penasihat Belia Hak Asasi Manusia ke-75 akan menjalankan tugas secara sukarela (tanpa bayaran) dan dijangka untuk memperuntukkan secara 2 jam setiap minggu dalam menjalankan tugas.

Untuk memohon sila lengkapkan borang ini https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdyUp534eYX-cF24VWxo4WHPoebBNgDZnY1HGol-N4PgL0DBg/viewform sebelum Selasa, 14 Mac 2023 (06:59 AM Masa Kuala Lumpur).

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.ohchr.org/en/youth/call-applications-human-rights-75-youth-advisory-group  atau hantar sebarang pertanyaan ke OHCHR-Youth@un.org

vacancies SPMH

Panggilan bagi Permohonan Jawatan Special Procedures Mandate Holders (SPMH) yang akan dilantik semasa Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) ke-53

SUHAKAM mengalakkan semua individu yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan untuk memohon jawatan SPMH yang akan dilantik semasa HRC 53 pada 19 Jun - 14 Julai 2023.

Jawatan yang boleh dipohon adalah:

1. Independent Expert on Human Rights and International Solidarity

2. Special Rapporteur on Minority Issues

3. Special Rapporteur on Human Rights of Migrants

4. Special Rapporteur on the Promotion and Protection of Human Rights and Fundamental Freedoms while Countering Terrorism

Calon yang berminat perlu mengantar surat permohonan melalui prosedur aplikasi dalam talian pada 5 April 2023 pada 12PM waktu Geneva// 7PM waktu Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut sila layari: https://www.ohchr.org/en/hr-bodies/hrc/sp/hrc53  

PS

Press Statement No 6-2023_ SUHAKAM Welcomes Government’s Decision to Grant Citizenship of Children Born Overseas / Kenyataan Media No 6-2023_ SUHAKAM Sambut Baik Keputusan Kerajaan Beri Kerakyatan kepada Anak Lahir di Luar Negara

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (19 FEBRUARY 2023) –The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the Government’s decision to amend the Federal Constitution to enable a child born abroad by a Malaysian mother with a non-Malaysian spouse be granted citizenship by operation of law, as jointly announced by the Minister of Home Affairs and the Minister in the Prime Minister’s Department (Law and Institutional Reform).


This signifies an important step in fulfilling the rights of children and women in Malaysia in accordance with the country’s obligations as a party to the Convention on the Rights of the Child and the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women. With the proposed amendment, the government has taken a positive step toward ensuring the human rights of every Malaysian, regardless of gender or place of birth, are recognized and protected.


Based on the previous Minister’s statement, there were 2352 citizenship applications received between 2018 and 2021 from Malaysian mothers for their children. The issue of statelessness has caused the children to face many hardships, such as limited access to basic services including education and healthcare. The affected families also suffered great emotional distress and social stigma.


SUHAKAM urges the Government to also address other statelessness issues involving adopted and foundling children in Malaysia, Orang Asli, natives of Sabah and Sarawak, children born out of wedlock or unregistered marriages, undocumented persons, and others. In 2022, SUHAKAM has received 138 complaints involving statelessness issues.


SUHAKAM deeply appreciates the Government’s commitment to upholding human rights and social justice in Malaysia and is ready to work together to ensure that this new decision is implemented effectively.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad
Pengerusi SUHAKAM
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
19 February 2023

———————–

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (19 FEBRUARI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menghargai dan menyambut baik keputusan Kerajaan sebagaimana yang diumumkan bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan pasangan bukan warganegara Malaysia.

Keputusan ini merupakan langkah penting dalam memenuhi hak kanak-kanak dan wanita di Malaysia selaras tanggungjawab Malaysia sebagai ahli kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita. Dengan cadangan pindaan tersebut, kerajaan telah mengambil langkah positif ke arah memastikan hak asasi manusia setiap warga Malaysia, tidak kira jantina atau tempat lahir, diiktiraf dan dilindungi.

Berdasarkan pengumuman Menteri sebelum ini terdapat 2352 permohonan kewarganegaraan diterima antara tahun 2018 sehingga 2021 daripada ibu warganegara Malaysia untuk anak mereka. Isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan ini telah menyebabkan pelbagai kesukaran, seperti akses yang terhad kepada perkhidmatan asas termasuk pendidikan dan penjagaan kesihatan. Hal ini juga telah menyebabkan tekanan emosi yang besar dan stigma sosial bagi keluarga yang terkesan.

SUHAKAM juga ingin menyeru Kerajaan untuk memberi perhatian serius dan  menyelesaikan isu tanpa kewarganegaraan lain yang melibatkan anak angkat di Malaysia, kanak-kanak baru lahir yang dijumpai, Orang Asli, Orang Asal di Sabah dan Sarawak, anak tidak sah taraf atau yang lahir dari perkahwinan yang tidak didaftarkan, orang tanpa dokumen dan lain-lain. Bagi tahun 2022, SUHAKAM telah menerima sebanyak 138 aduan melibatkan isu tanpa kewarganegaraan.

SUHAKAM amat  menghargai komitmen Kerajaan dalam menjamin hak asasi manusia dan keadilan sosial di Malaysia, serta sedia membantu dan bekerjasama untuk memastikan keputusan baru ini dilaksana dengan cepat dan berkesan.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)19 Februari 2023

PS

Press Statement No.5-2023_SUHAKAM Welcomes Minister’s Announcement to Shift Children Out from Immigration Depot / Kenyataan Media No. 5-2023_SUHAKAM Sambut Baik Tindakan KDN Mengenai Tahanan Kanak-kanak di Depot Imigresen

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (17 FEBRUARY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) welcomes the announcement made by the Minister of Home Affairs, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, that the children in the immigration depots will soon be placed under the care of non-governmental organizations that specialise in child welfare.

The decision is in line with SUHAKAM’s recommendation to the Government to implement Alternatives to Detention (ATD) for children in immigration depot. SUHAKAM hopes that with the positive announcement, the enforcement authorities will ensure that children will never be placed at the immigration depots anymore.

As a party to the Convention on the Rights of the Child, Malaysia is obliged to ensure that the detention of a child shall be used as a measure of last resort, in particular when they were detained together with their parents or guardians due to immigration offenses.

SUHAKAM has consistently raised concerns about the detention of children in immigration facilities, where the authorities must ensure the welfare and best interests of the children are look into. It is also important that these children are not subjected to further trauma or harm during the process of being transferred.

SUHAKAM will continue to monitor the implementation of ATD and advocate for the rights and well-being of all children in Malaysia and hopes the government is consistent in upholding children’s well-being regardless of their immigration status.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)17 February 2023

—————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (17 FEBRUARI 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengalu-alukan keputusan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyatakan kanak-kanak di depot imigresen akan ditempatkan di bawah jagaan organisasi bukan kerajaan yang khusus menjaga kebajikan kanak-kanak.

Keputusan itu selaras dengan saranan SUHAKAM kepada Kerajaan untuk melaksanakan Alternatif kepada Tahanan (ATD) bagi kanak-kanak di depot imigresen. SUHAKAM berharap dengan pengumuman ini, pihak penguatkuasa akan memastikan bahawa kanak-kanak tidak akan ditempatkan di depot imigresen lagi selepas ini.

Sebagai penandatangan kepada Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak, Malaysia bertanggungjawab untuk memastikan penahanan kanak-kanak adalah sebagai langkah terakhir, terutamanya apabila mereka ditahan bersama ibu bapa atau penjaga mereka kerana kesalahan imigresen.

SUHAKAM secara konsisten menyuarakan kebimbangan mengenai penahanan kanak-kanak di depot tahanan imigresen, di mana pihak berkuasa perlu memastikan kebajikan dan kepentingan terbaik kanak-kanak terpelihara. Adalah amat penting untuk kanak-kanak tidak mengalami trauma atau menghadapi bahaya semasa proses pemindahan.

SUHAKAM akan terus memantau pelaksanaan ATD serta menyokong hak dan kesejahteraan kanak-kanak di Malaysia. SUHAKAM juga berharap Kerajaan akan terus konsisten dalam menegakkan kesejahteraan kanak-kanak tanpa mengira status imigresen mereka.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)17 Februari 2023

FMT

Detained children to be moved out of immigration depot

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/16/detained-children-to-be-moved-out-of-immigration-depot/

PUTRAJAYA: Children detained at immigration depots will soon be removed from the depots and placed in the care of organisations that specialise in child welfare, says home minister Saifuddin Nasution Ismail.

He said he has already identified the profile of the children, their numbers and where they were detained.

“Very soon, I will bring them out. I have been dealing with NGOs that are involved in providing welfare services to children,” he told reporters last night.

The human rights commission of Malaysia (Suhakam) had recently expressed concern about the welfare of 36 children housed at the Lenggeng depot. The children were among 67 Indonesian migrants rounded up in a raid on an illegal settlement in Nilai Spring on Feb 1.

Speaking of a Bangladeshi child who was found in a container at Westport in Port Klang last month, Saifuddin said the child would be sent home next week.

The eight-year-old from Chittagong, Bangladesh, had accidentally wandered into a container and was locked inside for six days before being spotted by Malaysian authorities. He was taken to hospital and is currently under the care of an NGO.

Saifuddin said the ministry had managed to locate the child’s family “and I have informed my counterpart in Bangladesh that the kid will be sent back. All the documentation process at the embassy has also been done”.

11

Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mempelawa anda untuk menyertai Pertandingan Mereka Cipta Kemeja-T SUHAKAM bertemakan “Hak kepada Alam Sekitar yang Bersih, Sihat dan Mampan”! Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan umur, serlahkan bakat kreativiti anda dan menangi hadiah menarik!Tarikh akhir penyertaan adalah sehingga 15 Mei 2023. Untuk maklumat lanjut, sila layari di pautan berikut:

https://suhakam.org.my/wp-content/uploads/simple-file-list/Terma-dan-Syarat-Pertandingan_Latest.pdf

Berita_Harian

Diskriminasi masyarakat punca bekas banduan sukar hidup di luar penjara, ulangi jenayah

https://origin.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1062001/diskriminasi-masyarakat-punca-bekas-banduan-sukar-hidup-di-luar

KAJANG: Sesetengah bekas banduan sering dipinggirkan dan dipandang rendah oleh masyarakat, menyebabkan mereka sukar untuk mendapat pekerjaan dan tempat tinggal.

Justeru, Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal meminta masyarakat agar tidak terus menghukum bekas banduan yang sudah menerima hukuman atas kesalahan lampau.

“Bagi sesetengah bekas banduan, perkara ini (dipinggirkan masyarakat) menyukarkan kehidupan dan menyebabkan mereka mengulangi semula jenayah untuk terus hidup,” katanya pada Program ‘Youturn Day: Welcoming Prisoners Back To The Society’ di Penjara Kajang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Datuk Ibrisam Abdul Rahman serta Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Jabatan Penjara, Timbalan Komisioner Penjara, Zawari Abd Rashid.

Merujuk konsep Malaysia MADANI diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Noor Aziah berkata, madani juga boleh dirujuk sebagai memaafkan dan memberi peluang.

“Kita tahu penjara ada mengeluarkan bahan industri seperti makanan, jadi pihak industri boleh ambil mereka (bekas banduan) bekerja, beri mereka peluang kedua,” katanya.

Beliau berharap program dianjurkan di Penjara Kajang hari ini dapat meningkatkan kesedaran pihak yang berkepentingan supaya proses integrasi dapat diutamakan dan ditekankan.

“Program ini inisiatif Malaysian CARE yang diilhamkan daripada Projek Reben Kuning, bertujuan menggalakkan peluang sama rata kepada bekas banduan, mengiktiraf pendamaian bersama keluarga bagi membina asas yang kukuh untuk bekas banduan.

“Ia juga untuk memberi inspirasi kepada masyarakat supaya menyokong penyepaduan semula bekas banduan,” katanya.

Sementara itu, Ibrisam berkata, sistem penjara negara sudah beralih daripada hanya melaksanakan hukuman, berubah menjadi tempat pemulihan dan pembinaan semula insan.

“Melalui Reformasi Penjara yang disokong oleh Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Penjara gigih berusaha meningkatkan bukan sahaja aspek layanan, kemudahan fizikal dan integrasi, malah turut mengemukakan cadangan berkaitan pemantauan dan pemulihan dalam komuniti.

“Perubahan ke arah bentuk pertuduhan dan hukuman alternatif oleh mahkamah juga bukan sahaja akan membantu meningkatkan keberkesanan pemulihan, tetapi turut mengurangkan kesesakan di penjara,” katanya.

Beliau berkata, kesesakan di penjara kini lebih 10 peratus daripada kapasiti, manakala 15 peratus daripada banduan yang dibebaskan secara terus tanpa pemulihan dalam komuniti, kembali ke penjara dalam tempoh tiga tahun.

“Melalui sistem parol, hanya 0.4 peratus daripada mereka kembali ke penjara. Memulihkan pesalah dalam komuniti dan bukannya menghantar mereka ke penjara juga dapat mengurangkan perbelanjaan,” katanya.

Katanya lagi, semua pihak terutama masyarakat sebenarnya mempunyai peranan untuk memastikan bekas banduan berjaya kembali ke dalam masyarakat.

“Jabatan Penjara amat berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang telah menyediakan pekerjaan untuk banduan dan bekas banduan. Kami berharap lebih banyak lagi syarikat akan turut serta. Bagi setiap bekas banduan yang diupah, kerajaan memberikan pengecualian cukai sehingga RM4,000.

“Dengan kerjasama antara agensi kerajaan, majikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan keluarga banduan, kita seharusnya dapat mencapai matlamat untuk mempunyai dua pertiga banduan menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2030,” katanya.

PS

Press Statement No. 4-2023_SUHAKAM Cooperation with the Prisons Department Towards Prison Reform / Kenyataan Media No. 4-2023_ Kerjasama SUHAKAM dan Jabatan Penjara ke arah Reformasi Penjara

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (9 FEBRUARY 2023) – SUHAKAM paid a courtesy call on the Commissioner General of Prisons, Dato’ Haji Nordin Bin Haji Muhamad, on 7 February 2023, and as part of the ongoing joint effort working towards prison reforms, we had a fruitful dialogue with the Commissioner General of Prisons and his senior officers.

Issues relating to overcrowding and recidivism were discussed and we are pleased to note that positive steps have been taken by the Prisons including, intensifying their Community-based Correctional programme to be participated by two-thirds of inmates before 2030. We support the move and urge the government reconsider the current practice of sending drug users to prison and instead consider treatment, as this would seriously reduce recidivism and maintain family support within the community.

The Prison Department has indicated to SUHAKAM its support for a reformist policy of rehabilitation as opposed to punishment which would require the support and buy in from all the other stakeholders within the criminal justice system.

SUHAKAM supports any move towards reform in the area of rehabilitation programs for all incarcerated persons in particular those who have committed light offenses. SUHAKAM, therefore, calls for the incorporation of restorative justice practices into the criminal justice system as recommended by the United Nations “Basic Principles on the Use of Restorative Justice Programme in Criminal Matters (2000)”.

SUHAKAM looks forward to proposing further additional areas for prison reform and working with the Prisons Department to ensure the basic rights of prison staff and inmates are safeguarded. SUHAKAM was also delighted to be informed by the Commissioner General of Prisons that all prison officials have been trained on the United Nations Standard Minimum Rules for the Treatment of Prisoners or popularly known as The Nelson Mandela Rules.

The Prison Department’s support to the “YouTurn Day: Welcoming Back to The Society” organized by SUHAKAM and Malaysian Care on 9 February 2023 is also a good model for cooperation between government agencies, National Human Rights Institution, Civil Society organisations and other relevant stakeholders that can lead to tangible progress on human rights issues. SUHAKAM also hopes that other enforcement agencies will follow the lead of the Prison Department in this regard.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

9 February 2023

————————

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (9 FEBRUARI 2023) SUHAKAM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Komisoner Jeneral Penjara Malaysia, Dato’ Haji Nordin Bin Haji Muhamad, pada 7 Februari 2023 serta berkesempatan mengadakan dialog di antara beliau dan pegawai-pegawai kanannya. Kunjungan hormat ini adalah sebagai usaha bersama ke arah  Reformasi Penjara.

Di antara isu yang dibincangkan adalah mengenai kesesakan dan residivis. SUHAKAM mengambil maklum langkah-langkah positif telah diambil oleh pihak penjara termasuk, menyasarkan dua pertiga banduan yang layak menjalani Pemulihan dalam Komuniti menjelang tahun 2030. Kami menyokong langkah itu dan menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan semula amalan menghukum pengguna dadah di penjara sebaliknya  mempertimbangkan mereka untuk rawatan. Ini akan membantu mengurangkan residivisme dan mengekalkan sokongan keluarga dalam masyarakat.

Jabatan Penjara telah menyatakan kepada SUHAKAM sokongannya terhadap dasar reformasi pemulihan berbanding hukuman, yang memerlukan sokongan daripada semua pihak berkepentingan lain dalam sistem keadilan jenayah.

SUHAKAM menyokong semua langkah ke arah pembaharuan dalam bidang program pemulihan untuk semua orang yang dipenjarakan, terutamanya mereka yang telah melakukan kesalahan ringan. Oleh itu, SUHAKAM menyeru agar amalan keadilan restoratif diintegrasi ke dalam sistem keadilan jenayah seperti yang disyorkan di dalam “Prinsip Asas tentang Penggunaan Program Keadilan Restoratif dalam Hal Jenayah” Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi  (2000).

SUHAKAM sentiasa bersedia mengemukakan pelbagai penambahbaikan di bawah Reformasi Penjara dan bekerjasama dengan Jabatan Penjara untuk memastikan hak asasi kakitangan penjara dan banduan dilindungi. SUHAKAM juga berbesar hati apabila dimaklumkan oleh Komisioner Jeneral Penjara bahawa semua pegawai penjara telah dilatih mengenai Peraturan Minimum Standard Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Layanan terhadap Tahanan atau lebih dikenali sebagai Peraturan Mandela.

Sokongan Jabatan Penjara kepada Program “YouTurn Day: Welcoming Back to The Society” anjuran SUHAKAM dan Malaysian Care pada 9 Februari 2023 juga merupakan tauladan yang baik untuk kerjasama antara agensi kerajaan, Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan, organisasi Masyarakat Sivil dan pihak berkepentingan lain yang membawa kepada kemajuan ketara dalam isu hak asasi manusia. SUHAKAM juga berharap agensi penguatkuasaan lain akan mencontohi Jabatan Penjara dalam hal ini.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

9 Februari 2023

PS

Press Statement No. 3-2023_SUHAKAM is Gravely Concerned with the Children Detention at the Lenggeng Immigration Depot / Kenyataan Media No. 3-2023_SUHAKAM Bimbang Mengenai Tahanan Kanak-Kanak di Depoh Imigresen Lenggeng

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARY 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is gravely concerned with the conditions and welfare of the 36 children which are currently placed at the Lenggeng Immigration Depot following the arrest of 67 Indonesian migrants by the Immigration Department after a wee early hours raid conducted at a settlement in Nilai Spring on 1 February 2023.

While mindful of the immigration duty to enforce the immigration law, SUHAKAM would like to stress Malaysia’s obligation to the Convention of the Rights of the Child (CRC) in securing the best interest of the children.

In this respect, SUHAKAM calls for immediate counselling support to be provided to these children by the authorities concerned. It is also hoped that the authority will respond to the short-term needs of the affected children. The vulnerability and sensitivity of children should always be prioritised in any immigration policy decisions. The early hours of the morning raid may have a profound effect on the children’s mental state.

SUHAKAM also recommends that the Government execute the Alternative to Detention (ATD) program which has been approved by Cabinet as a solution to temporarily house the children in a place that is safe and conducive to the health and well-being of the children while waiting for their immigration status to be determined.

SUHAKAM support the Malaysian Government’s recent initiative to extend the Labour Recalibration Programme 2.0 that regularises undocumented migrants as legal foreign workers in the economic sector of our country. The initiative with the collaboration of the Indonesian government is viewed as a progressive move to resolve the long-standing immigration issues in Malaysia.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 February 2023
—————-

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (3 FEBRUARI 2023)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) amat bimbang dengan keadaan dan kebajikan 36 kanak-kanak yang kini ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng berikutan penahanan 67 warga Indonesia oleh Jabatan Imigresen selepas serbuan awal pagi yang dijalankan di sebuah penempatan di Nilai Spring pada   1 Februari 2023.

Di samping memperakui tanggungjawab Jabatan Imigresen untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen, SUHAKAM ingin menekankan tanggungjawab Malaysia terhadap Konvensyen Hak Kanak-kanak (CRC) dalam menjamin kepentingan terbaik untuk kanak-kanak.

Sehubungan itu, SUHAKAM menyeru agar sokongan kaunseling segera diberikan kepada kanak-kanak berkenaan oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga diharap akan menyediakan  keperluan jangka pendek kanak-kanak terbabit. Kerentanan dan kesensitifan kanak-kanak harus sentiasa diutamakan dalam sebarang keputusan dasar imigresen. Serbuan pada awal pagi akan memberikan kesan yang mendalam terhadap keadaan mental kanak-kanak.

SUHAKAM juga menyarankan Kerajaan melaksanakan program Alternatif kepada Penahanan (ATD) yang telah diluluskan oleh Kabinet sebagai penyelesaian untuk menempatkan kanak-kanak di tempat sementara yang selamat dan kondusif untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak sementara menunggu status imigresen mereka ditentukan.

SUHAKAM menyokong inisiatif Kerajaan Malaysia melanjutkan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang memberi peluang kepada migran tanpa dokumen untuk menukar status kepada pekerja migran yang sah dalam sektor ekonomi negara kita. Inisiatif dengan kerjasama Kerajaan Indonesia itu dilihat sebagai langkah progresif untuk menyelesaikan isu imigresen yang berlarutan di Malaysia.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

3 February 2023