(lanjutan: 14 Jun 2024) PANGGILAN PERUNDING PENYELIDIKAN

Tajuk kajian: Kajian dan Analisis Mengenai Pendekatan Sosiobudaya Hukuman Koperal di Institusi Pendidikan di Malaysia

Jawatan Penyelidik Konsultan

Tempoh Projek 12 bulan dari tarikh surat pelantikan atau dari penyempurnaan kajian

Jangkaan Tarikh Mula Jun 2024

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia sedang mencari Penyelidik Konsultan untuk menjalankan Kajian dan Analisis Mengenai Pendekatan Sosiobudaya Hukuman Koperal di Institusi Pendidikan di Malaysia. Terma Rujukan (TOR) dilampirkan untuk rujukan anda.

Jika anda ingin dipertimbangkan, sila lengkapkan Research Application Form dan lampirkan dokumen tersebut di dalam bahasa Inggeris:

  1. Surat iringan dengan penerangan ringkas tentang pengalaman terdahulu yang berkaitan dengan penilaian projek. [maksimum 1 M/S]
  2. Pecahan ringkas kos berdasarkan belanjawan yang ditetapkan [maksimum 1 M/S]
  3. Sekurang-kurangnya 2 laporan akhir yang setanding penilaian seperti tawaran kajian ini.
  4. Curriculum vitae (CV) yang memperincikan persijilan, akreditasi dsb.
  5. Pelan kerja cadangan ringkas yang memperincikan garis masa penilaian dan metodologi proses penilaian. [2 M/S maksimum]

serahkan kepada:

Melalui E-mel:
luqman@suhakam.org.my
lee@suhakam.org.my

ATAU

Pos kepada:
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
Tingkat 11, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

PENTING: Borang permohonan mestilah bertaip komputer. Permohonan bertulis tangan dan tidak lengkap akan ditolak.

TARIKH TUTUP: 4.30pm pada 14 Jun 2024

Suruhanjaya berusaha untuk mengakui semua permohonan dalam masa yang munasabah. Kami adalah majikan yang member peluang dan kesaksamaan; oleh itu semua permohonan akan dinilai dengan teliti berdasarkan merit. Sila hubungi Encik Luqman Nul-Hakeem Mohammad di talian 03-2612 5620 atau Cik Lee Shok Yan di talian 03-2612 5708 untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut.

Tags: No tags

Comments are closed.