Kenyataan Media No. 24-2026_ SUHAKAM Gesa Kejelasan Dan Pematuhan Tegas Terhadap Perlembagaan Dalam Proses Pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM

KUALA LUMPUR (25 APRIL 2026) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) notes the recent developments concerning the appointment of the Chief Commissioner of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and statement by the Prime Minister that a list of candidates for the position has been presented to His Majesty the Yang di-Pertuan Agong. This development raises grave concern on the constitutionality of the process and calls for the importance of ensuring that the appointment process continues to be carried out strictly in accordance with the Constitution and the applicable statutory framework. SUHAKAM therefore stresses that the Prime Minister bears the constitutional responsibility to advise on this appointment and must discharge this duty with firmness, clarity, and fidelity to the law. The proper exercise of this responsibility is essential to preserving constitutional order and maintaining public confidence in national institutions

SUHAKAM wishes to stress here that Malaysia is a constitutional monarchy founded upon the principle of the supremacy of the Federal Constitution and the rule of law. Within this constitutional framework, the Yang di-Pertuan Agong acts in accordance with constitutional provisions, including the well-established principle that His Majesty’s in the exercise of his functions shall act on the advice of the Prime Minister or the Cabinet, except in very limited and clearly defined circumstances. This is clearly spelt out in Article 40 of the Federal Constitution.

Sehubungan itu, Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dengan jelas memperuntukkan bahawa Ketua Pesuruhjaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Apabila peruntukan ini dibaca bersama Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan, jelas bahawa kuasa pelantikan sebenar diberikan oleh Perlembagaan dan undang-undang kepada Perdana Menteri. Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam proses pelantikan adalah bersifat formal atau istiadat semata-mata. Baginda hendaklah menerima sesiapa yang dinasihatkan oleh Perdana Menteri, untuk dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya. Walau bagaimanapun, Baginda tidak terhalang daripada memberikan pandangan atau nasihat, atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai pilihan Perdana Menteri; namun begitu, nasihat atau pilihan Perdana Menteri adalah muktamad. Sebarang penyimpangan daripada kerangka perlembagaan ini adalah tidak selaras dengan dan melanggar Perlembagaan Persekutuan, serta menjejaskan sistem pemerintahan demokrasi Malaysia.

Pada masa yang sama, SUHAKAM dengan penuh takzim menekankan kesucian Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi Persekutuan. Semua institusi negara, termasuk institusi diraja, mempunyai peranan yang berbeza dan penting, yang harus dilaksanakan dalam had perlembagaan masing-masing. Pematuhan terhadap batasan ini adalah penting bagi menjamin kestabilan, akauntabiliti dan penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang.

SUHAKAM turut mengambil maklum desakan yang semakin ketara untuk reformasi institusi bagi memperkukuh kebebasan SPRM, termasuk pelaksanaan proses pelantikan yang lebih telus dan berasaskan merit. Pertimbangan juga wajar diberikan kepada mekanisme seperti penelitian atau pengawasan Parlimen bagi memastikan pelantikan adalah tertakluk kepada semakan yang sewajarnya dan bebas daripada pengaruh yang tidak wajar. Kebebasan dan kredibiliti SPRM bukan sahaja bergantung kepada individu yang dilantik, tetapi juga kepada integriti dan kesahan proses pelantikan itu sendiri. Sebarang persepsi penyimpangan daripada Perlembagaan berisiko menghakis kepercayaan awam terhadap usaha memerangi rasuah dan tadbir urus secara keseluruhan.

SUHAKAM menyeru pematuhan penuh dan tegas terhadap Perlembagaan Persekutuan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dalam pelantikan Ketua Pesuruhjaya yang baharu, di samping mendorong reformasi bermakna bagi meningkatkan ketelusan, akauntabiliti dan integriti institusi dalam jangka panjang.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

25 April 2026

Tags: No tags

Comments are closed.