Kenyataan Media No.4-2024_SUHAKAM Membantah Pindaan Kewarganegaraan

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (9 MARCH 2024) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) reiterates its concerns and objections to the proposed series of amendments to the citizenship provisions of the Federal Constitution. However, SUHAKAM supports and welcomes the proposal to amend Article 14(1)(b) of the Federal Constitution to recognize gender equality. The response of the Home Affairs Minister, Dato’ Seri Saifuddin Nasution, stating that the National Registration Department (NRD) has been actively clearing the backlog of citizenship applications, is applauded and highly appreciated.

However, SUHAKAM’s major concern lies with the other five proposed amendments which will affect children born out of wedlock to Malaysian men, stateless children adopted by Malaysian parents, and foundlings. Our concerns revolve around the fact that such significant issues of citizenship provisions and rights must be enshrined in the Constitution and not left to the discretion of the Minister.

The major hurdle within the existing provisions is the bureaucracy and unresponsive attitude of the NRD towards applicants. There is already a significant trust deficit in the workings of the bureaucracy, and the thrust of the proposed amendments, which shifts constitutional rights to the discretion of civil servants, is highly unsatisfactory. It is without a doubt that the proposed amendments would exacerbate statelessness among children.

The proposed amendment to Section 19B Part III of the Second Schedule, requiring any person to register foundlings within one year, is regressive for the innocent child as it deprives them of citizenship due to parental or other third-party neglect.

SUHAKAM is appalled that despite strong objections, the Cabinet seems to have agreed to all the proposed amendments. SUHAKAM has repeatedly raised its concerns that these proposals would aggravate the challenges faced by intergenerational justice for stateless individuals in Malaysia. These proposed oppressive and regressive amendments would then create generational issues of statelessness, further burdening the State with individuals who are unable to fend for themselves and contribute to the nation.

In view of the aforementioned issues, SUHAKAM once again urges the Government to seriously adopt a holistic and comprehensive approach in addressing these citizenship issues. A thorough research on the potential impacts of these amendments should be conducted, and the Government must engage a strategic collective engagement of stakeholders, including civil society organizations (CSOs) and experts in children’s rights and statelessness, in an extensive consultation process. It is crucial that each amendment be carefully considered for its unique implications to ensure that the fundamental rights of all individuals, particularly children, are upheld.

Again, SUHAKAM reiterates that the right to a nationality is a fundamental human right, and as a State Party to the UN Convention on the Rights of the Child (CRC), the Government should ensure that there are no stateless children in the country by taking steps towards the elimination of statelessness.

At the same time, the indigenous populations of Sabah, Sarawak, and the Orang Asal have also expressed their concerns on the matter. Unfortunately, there are still indigenous people in the outskirts of Sabah who are permanent residents due to documentation issues. Subsequent to the proposed amendments, children from these couples will no longer be citizens by operation of law. CSOs from Sabah have frequently expressed such concerns, but still, no action has been taken to resolve the matter.

SUHAKAM stand is clear, and we must stop blaming the children’s history and instead make efforts to overcome statelessness while prioritizing the child’s best interests. After all, all children are innocent.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
9 March 2024

———–

SUHAKAM Membantah Pindaan Kewarganegaraan

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (9 MAC 2024) SUHAKAM tetap berpendirian tegas menyuarakan kebimbangan dan bantahan terhadap cadangan pindaan beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, SUHAKAM menyokong dan mengalu-alukan cadangan untuk meminda Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan bagi mengiktiraf kesaksamaan gender. Kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Saifuddin Nasution bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang menyelesaikan tunggakan permohonan kewargengraan secara aktif juga wajar diberi pujian.

Kebimbangan utama SUHAKAM adalah kepada lima cadangan pindaan lain yang akan menjejaskan anak-anak yang dilahirkan di luar perkahwinan bersama lelaki warganegara Malaysia, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia dan, kanak-kanak yang ditemui tanpa keluarga. Ini berkisar kepada isu penting seperti peruntukan hak kewarganegaraan yang seharusnya termaktub dalam Perlembagaan dan tidak sepatutnya diserahkan kepada budi bicara Menteri.

Halangan utama dalam peruntukan sedia ada adalah birokrasi dan sikap tidak responsif JPN terhadap pemohon. Wujud rasa tidak percaya yang ketara dalam kerja-kerja birokrasi, malah,  inti cadangan pindaan yang memindahkan hak-hak perlembagaan kepada budi bicara pegawai awam, adalah sangat tidak munasabah. Amat ketara bahawa pindaan yang dicadangkan akan memburukkan lagi situasi tanpa kewarganegaraan melibatkan kanak-kanak.

Cadangan pindaan kepada Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua, yang memerlukan mana-mana orang untuk mendaftarkan anak-anak yang ditemui dalam tempoh satu tahun, adalah langkah regresif untuk kanak-kanak yang tidak bersalah kerana ia menafikan hak kewarganegaraan mereka akibat pengabaian ibu bapa atau pihak ketiga yang lain.

SUHAKAM amat kecewa dengan jemaah kabinet yang telah bersetuju dengan semua pindaan yang dicadangkan meskipun terdapat bantahan secara besar-besaran terhadap perkara ini. SUHAKAM telah berulang kali mengutarakan kebimbangan bahawa cadangan ini akan memburukkan lagi cabaran yang dihadapi oleh individu tanpa kewarganegaraan di Malaysia. Cadangan pindaan yang menindas dan regresif ini akan terus mewujudkan isu-isu generasi tanpa kewarganegaraan yang tidak akan berkesudahan dan ia semakin membebankan negara kerana golongan ini tidak dapat berdikari dan menyumbang kepada negara.

Mengambil kira isu-isu yang dinyatakan, SUHAKAM sekali lagi menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan yang tegas dengan mengambil pendekatan yang holistik dan menyeluruh bagi menangani isu-isu kewarganegaraan ini. Penyelidikan menyeluruh tentang kesan pindaan ini perlu dijalankan dan penglibatan kolektif strategik pihak berkepentingan, termasuk organisasi masyarakat sivil (CSO) dan pakar dalam hak kanak-kanak dan tanpa kewarganegaraan perlu dilaksanakan dalam proses perundingan yang lebih meluas. Adalah penting agar setiap pindaan dipertimbangkan dengan teliti mengambil kira implikasinya yang unik untuk memastikan hak asas semua individu, terutamanya kanak-kanak dapat dipertahankan.

Sekali lagi SUHAKAM ingin menegaskan bahawa hak untuk kewarganegaraan adalah hak asasi manusia, dan sebagai Negara Pihak kepada Konvensyen Tentang Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC), Kerajaan harus memastikan bahawa tiada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di negara ini dengan mengambil langkah ke arah penghapusan tanpa kewarganegaraan.

Dalam masa yang sama, masyarakat dari Sabah, Sarawak dan orang Asal juga telah menyatakan kebimbangan mereka tentang perkara ini. Antara perkara yang amat dikesali adalah Orang Asal di pinggir negeri Sabah hanya dapat menjadi penduduk tetap kerana masalah dokumentasi. Cadangan pindaan ini akan mengakibatkan kanak-kanak dari pasangan ini tidak dapat menjadi warganegara melalui kuatkuasa undang-undang. CSO dari Sabah sering menyuarakan kebimbangan mereka namun  tiada tindakan diambil untuk menyelesaikan perkara ini.

Pendirian SUHAKAM adalah jelas dan kita harus berhenti menyalahkan sejarah kanak-kanak ini sebaliknya harus berusaha untuk mengatasi tanpa kewarganegaraan dengan mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak kerana mereka tidak berdosa

.-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
9 Mac 2024

Tags: No tags

Comments are closed.