Kenyataan Media
KUALA LUMPUR (7 FEBRUARY 2024) — SUHAKAM acknowledges and commends the Indonesian Embassy’s initiative in organizing the voting process for the Indonesian General Elections 2024 (PEMILU) in Malaysia. The establishment of multiple voting centers across Malaysia on 12th February 2024, highlights the strong democratic values shared by both nations.
The historical relationship between Malaysia and Indonesia is deeply rooted in mutual support and cooperation, especially in preserving democratic processes. This collaboration is a vital component of not only our bilateral ties but also the broader ASEAN community, committed to fostering a culture of dialogue and respect for human rights. ASEAN’s dedication to human rights, as enshrined in the ASEAN Charter and the ASEAN Human Rights Declaration, corresponds closely with the principles outlined in the Universal Declaration of Human Rights (UDHR). Supporting democratic processes, such as the forthcoming Indonesian election in Malaysia, serves as a tangible expression of these shared values.
It is pertinent to emphasize the right to vote as a fundamental human right, integral to democratic governance, civic participation, and regional stability. Although Malaysia is not a signatory to the International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR), the core principles within it resonates with our own dedication to human rights and democracy. Article 25 of the ICCPR explicitly states that every citizen has the right to engage in the conduct of public affairs, directly or through freely chosen representatives, and to vote and be elected at genuine periodic elections. This underscores the universality of the voting right, transcending national boundaries and political affiliations.
Therefore, to ensure a conducive environment for the Indonesian electoral process in Malaysia SUHAKAM calls upon Malaysian authorities to provide in assistance to smoothen the voting process, ought to mirror the noble principles under the ASEAN Charter, ASEAN Human Rights Declaration as encapsulated in the UDHR, which are symbiotically reflected in PEMILU’s model on multiple voting centres proposed to be implemented locally via-a-vis the Indonesian General Election 2024. By providing a free, fair, and unhindered election, we demonstrate our shared values and commitment to human rights and democracy and showcase regional solidarity and support for our Indonesian neighbours.
SUHAKAM also encourages all Malaysians to display their support and understanding during this crucial event, further extending the spirit of goodwill and unity in the ASEAN community. SUHAKAM extends our best wishes to all Indonesian voters in Malaysia. The participation significantly contributes to the democratization of the region and reflects both country’s mutual commitment to upholding human rights and democratic principles.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
7 February 2024
——————
Mendukung Demokrasi dan Hak Asasi Manusia-Menyokong Pilihan Raya Umum Indonesia di Malaysia
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (7 FEBRUARI 2024) — SUHAKAM memuji inisiatif Kedutaan Besar Indonesia dalam pengurusan proses pengundian Pemilihan Umum Indonesia 2024 (PEMILU) di Malaysia. Penubuhan pusat-pusat pengundian di seluruh Malaysia pada 12 Februari 2024 mencerminkan nilai-nilai demokrasi yang kukuh antara kedua-dua negara.
Hubungan baik antara Malaysia dan Indonesia berakar umbi daripada sokongan dan kerjasama, terutamanya dalam pemeliharaan proses demokrasi. Kerjasama ini adalah komponen penting bukan sahaja dalam hubungan bilateral tetapi juga sebagai sebahagian daripada komuniti ASEAN yang komited dalam pengukuhan budaya dan penghormatan hak asasi manusia. Iltizam ASEAN terhadap hak asasi manusia, sebagaimana termaktub dalam Piagam ASEAN dan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia ASEAN adalah selaras dengan prinsip-prinsip yang termaktub dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). Sokongan terhadap proses demokrasi pilihanraya Indonesia yang akan dijalankan di Malaysia ini jelas menggambarkan nilai yang dikongsi bersama.
Adalah penting untuk menekankan bahawa hak mengundi adalah hak asas yang penting untuk tadbir urus demokrasi, penyertaan sivik, dan kestabilan serantau. Meskipun Malaysia tidak menandatangani Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR), prinsip teras Kovenan ini jelas terpamer dalam dedikasi Malaysia terhadap hak asasi manusia dan demokrasi. Artikel 25 ICCPR menyatakan bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal negara secara langsung atau melalui wakil yang dipilih secara bebas dan berhak untuk mengundi dan dipilih melalui pilihan raya yang sah. Ini membuktikan bahawa kesejagatan hak mengundi adalah melangkaui sempadan dan juga pegangan politik.
Justeru, untuk memastikan proses pilihan raya Indonesia yang kondusif di Malaysia, SUHAKAM menyeru pihak berkuasa untuk membantu kelancaran proses pilihan raya tersebut. Ini seharusnya mencerminkan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Piagam ASEAN, Deklarasi Hak Asasi Manusia ASEAN sebagaimana yang terangkum dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) sepertimana yang dicadangkan dalam model PEMILU melalui kepelbagaian pusat pengundian untuk Pemilihan Umum Indonesia 2024. Dengan pilihan raya yang bebas, adil, dan tanpa halangan, Malaysia menunjukkan nilai dan komitmen terhadap hak asasi manusia, demokrasi serta solidariti melalui sokongan serantau kepada negara jiran.
SUHAKAM menggalakkan rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada peristiwa penting ini dan memupuk semangat muhibah dan perpaduan dalam Komuniti ASEAN. SUHAKAM mengucapkan selamat mengundi kepada semua pengundi warganegara Indonesia di Malaysia. Penglibatan ini adalah sumbangan yang signifikan kepada proses demokrasi serantau dan mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam menegakkan hak asasi manusia dan prinsip demokrasi.
-TAMAT-
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
7 Februari 2024