Jawatan Kosong di SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) yang ditubuhkan oleh Parlimen melalui Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 adalah merupakan sebuah Institusi Kebangsaan Hak Asasi Manusia (NHRI) yang dipertanggungjawabkan untuk memupuk kesedaran dan mempertahankan hak asasi manusia. SUHAKAM ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berinovatif, berdedikasi dan berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

TIMBALAN SETIAUSAHA KUMPULAN KHIDMAT KORPORAT GRED 54
KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48 (BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 (BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)
PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 (BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN)
PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 (BAHAGIAN MEDIA DAN PROMOSI)
PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41 (BAHAGIAN KOORDINASI ANTARABANGSA)
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (BAHAGIAN MEDIA DAN PROMOSI)
PEMANDU KENDERAAN GRED H11 (BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN)

Calon-calon yang berminat adalah diminta untuk mengemukakan surat permohonan yang lengkap seperti maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, surat rujukan majikan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) melalui pos atau melalui serahan tangan sebelum atau pada 10 Mei 2024 (Jumaat) kepada:

Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(U.P.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungai Puan Nurulhidayati Masdim di talian 03-2612 5600 (Samb. 5607).

Tags: No tags

Comments are closed.