Kenyataan Media No.47-2023_SUHAKAM Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Usul Pindaan Kewarganegaraan di Malaysia

KUALA LUMPUR (18 DECEMBER 2023) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) has serious concerns on the Government’s proposal to amend several citizenship provisions under Part II of the Second Schedule of the Federal Constitution purportedly to prevent the misuse of acquiring Malaysian citizenship. We have to date not been provided with any data or information of such abuse or misuse in the applications.

SUHAKAM is of the view that amendments to the Federal Constitution must be premised on a humane approach to enhance clarify and streamline the process of citizenship applications. We wish to emphasize that the proposed amendments, particularly the proposal to abrogate Sections 1(e) and 2(3) in Part II of the Second Schedule, could adversely affect vulnerable groups like children born out of wedlock, stateless children adopted by Malaysian parents, and foundlings. These changes risk deepening the challenges faced by generational stateless individuals in Malaysia.

These proposed amendments would then create generational issues of statelessness further burdening the State with such people unable to fend for themselves and unable to be productive and contribute to the nation.

Moving forward, SUHAKAM urges the Government to adopt a holistic and considerate approach in addressing these citizenship issues. This includes conducting thorough research on the potential impacts of these amendments and engaging in a comprehensive consultation process with a diverse range of stakeholders, including civil society organizations and experts in children’s rights and statelessness. It’s crucial that each amendment be carefully considered for its unique implications to ensure that the fundamental rights of all individuals, particularly children, are upheld.

Nationality is fundamental to human rights, particularly for children, as it lays the foundation for accessing other vital basic rights such as education and healthcare. Guaranteeing each child has a nationality extends beyond providing legal identity; it safeguards their future and empowers them to contribute fully to society. It is crucial that the proposed citizenship amendments undergo thorough examination and revision to ensure alignment with human rights values reflecting the Government’s commitment to principles of justice and equality. This approach will ultimately enable every child in Malaysia to experience a healthy, educated, and fulfilled life.

END-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 December 2023

——————-

SUHAKAM Menzahirkan Kebimbangan Terhadap Usul Pindaan Kewarganegaraan di Malaysia

KUALA LUMPUR (18 DISEMBER 2023) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangan dengan cadangan Kerajaan untuk meminda beberapa peruntukan mengenai kewarganegaraan di bawah Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang dikatakan bertujuan mencegah penyalahgunaan permohonan kewarganegaraan Malaysia. Sehingga kini, SUHAKAM masih tidak diberikan sebarang data atau maklumat mengenai penyalahgunaan atau penyelewangan permohonan tersebut. 

SUHAKAM berpendapat bahawa pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan perlu berlandaskan pendekatan yang berperikemanusiaan untuk kejelasan dan penyelarasan proses permohonan yang lebih baik. SUHAKAM ingin menekankan bahawa pindaan yang dicadangkan, khususnya cadangan untuk membatalkan Seksyen 1(e) dan 2(3) dalam Bahagian II Jadual Kedua, boleh memberi impak negatif kepada kumpulan rentan seperti anak tidak sah taraf, anak tanpa kewarganegaraan yang diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia dan, kanak-kanak yang dijumpai/terabai. Perubahan ini memberi cabaran yang lebih sukar kepada individu tanpa kewarganegaraan dari satu generasi ke satu generasi di Malaysia.

Pindaan yang dicadangkan ini akan mewujudkan isu tanpa kewarganegaraan yang berpanjangan dan semakin membebankan kerana mereka tidak dapat berdikari, produktif serta menyumbang kepada negara.

Dalam melangkah ke hadapan, SUHAKAM menggesa Kerajaan untuk mengambil pendekatan holistik dan bertimbang rasa dalam menangani isu-isu kewarganegaraan sebegini. Ini termasuk menjalankan penyelidikan menyeluruh mengenai impak pindaan ini dan mengadakan proses perundingan yang komprehensif dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk organisasi masyarakat sivil dan pakar dalam bidang hak kanak-kanak dan tanpa kewarganegaraan. Adalah penting untuk memastikan setiap satu pindaan dipertimbangkan dengan teliti dengan mengambil kira implikasinya yang unik bagi memastikan hak asasi setiap individu, terutamanya kanak-kanak dapat dilindungi.

Kewarganegaraan adalah asas kepada hak asasi manusia, terutamanya bagi kanak-kanak, kerana ia merupakan asas kepada akses hak asasi yang penting seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan. Memastikan setiap kanak-kanak memiliki kewarganegaraan bukan sekadar memberikan identiti dari segi undang-undang; ia juga untuk melindungi masa depan dan membolehkan mereka untuk menyumbang sepenuhnya dalam masyarakat. Pindaan kewarganegaraan yang dicadangkan ini perlu disemak secara menyeluruh, selaras dengan nilai-nilai hak asasi manusia yang mencerminkan komitmen Kerajaan terhadap prinsip keadilan dan kesaksamaan. Pendekatan ini akan membolehkan setiap kanak-kanak untuk menikmati kehidupan yang sihat, berilmu dan lebih bermakna.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

18 Disember 2023

Tags: No tags

Comments are closed.