Press Statement No. 18-2022_SUHAKAM Welcomes, with Respect and Gratitude of the Decree Made by the Malay Rulers / Kenyataan Media No. 18-2022_SUHAKAM Menjunjung Kasih Titah Raja-Raja Melayu

Kenyataan Media

KUALA LUMPUR (2 DECEMBER  2022) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjunjung kasih, dengan rasa hormat dan terima kasih atas titah Raja-Raja Melayu pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260. Dekri yang menggesa pemimpin politik untuk berhenti memainkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut dan kepentingan untuk kita semua memelihara keharmonian kaum dan kestabilan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sejajar dengan itu, SUHAKAM menjunjung seruan perpaduan yang mana Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan 2021-2030 telah menggariskan 12 strategi, antaranya, usaha yang berterusan untuk membangunkan warganegara yang patriotik dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan rakyat.

Justeru itu, SUHAKAM ingin mengingatkan bahawa prinsip-prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara harus menjadi kunci untuk memupuk keharmonian dan perpaduan kaum dan rakyat harus bersama-sama berusaha untuk menghayati prinsip tersebut.

SUHAKAM juga bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman dilindungi dan bebas daripada sebarang campur tangan dari pihak luar dan tekanan politik.

Oleh yang demikian, SUHAKAM menyeru tadbir urus yang baik dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan menggesa Kerajaan baharu ini untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, etnik dan kewarganegaraan mereka, di mana setiap orang berhak dilayan dengan hormat dan bermaruah.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi SUHAKAM

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

2 December 2022

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (2 DISEMBER 2022)  –  Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menjunjung kasih, dengan rasa hormat dan terima kasih atas titah Raja-Raja Melayu pada mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-260. Dekri yang menggesa pemimpin politik untuk berhenti memainkan isu perkauman atau agama dengan tujuan menghasut dan kepentingan untuk kita semua memelihara keharmonian kaum dan kestabilan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Sejajar dengan itu, SUHAKAM menjunjung seruan perpaduan yang mana Dasar Perpaduan Negara dan Pelan Tindakan 2021-2030 telah menggariskan 12 strategi, antaranya, usaha yang berterusan untuk membangunkan warganegara yang patriotik dan demokratik berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh perpaduan rakyat.

Justeru itu, SUHAKAM ingin mengingatkan bahawa prinsip-prinsip yang digariskan dalam Rukun Negara harus menjadi kunci untuk memupuk keharmonian dan perpaduan kaum dan rakyat harus bersama-sama berusaha untuk menghayati prinsip tersebut.

SUHAKAM juga bersetuju dan menyokong prinsip pengasingan kuasa bagi memastikan integriti dan kebebasan badan kehakiman dilindungi dan bebas daripada sebarang campur tangan dari pihak luar dan tekanan politik.

Oleh yang demikian, SUHAKAM menyeru tadbir urus yang baik dan penghormatan terhadap hak asasi manusia dan menggesa Kerajaan baharu ini untuk memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang, etnik dankewarganegaraan mereka, di mana setiap orang berhak dilayan dengan hormat dan bermaruah.

-TAMAT-

Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad

Pengerusi

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

2 Disember 2022

Tags: No tags

Comments are closed.