PS

(OCC) Press Statement No. 1-2021_Alleged Rape in Police Lock-up

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (18 JANUARY 2021)    –    The Children’s Commissioner of the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is appalled with the recent news of a 16 year-old girl who was allegedly raped by a male detainee in the lock-up at a police station in Sarawak.

The aforementioned case raises concerns on the Government’s lack of measures and mechanisms to protect children, even in detention. According to the Child Act 2001, a child is defined as those below the age of 18 years. The Children’s Commissioner would also like to emphasise that Malaysia, as a State Party to the Convention on the Rights of the Child (CRC), has the obligations to undertake the necessary actions to protect children’s rights.

Based on the information received from SUHAKAM’s office in Sarawak, the girl has lodged a police report of the unfortunate incident. It is of utmost importance that the investigation be carried out in the best interest of the child as such incident should not have occurred especially when the child was under the supervision of the law enforcement officers. More often than not, when a child comes into conflict with the law, there is a tendency to forget the fact that children are first and foremost victims and fundamental care to protect them is highly necessary.

While I understand that this case is now under investigation, I am of the view that the police should take serious and immediate actions to address this matter including by reviewing its standard operating procedures (SOPs) for the lock-up and improving its facilities such as the CCTVs to ensure children’s rights are protected. The Office of the Children’s Commissioner (OCC) will continue to follow up on this matter and make the necessary recommendations to ensure the right of the child and their safety are protected.

-END-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Children’s Commissioner

18 January 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (18 JANUARI 2021)   –   Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merakamkan rasa dukacita dan kecewa dengan berita yang dilaporkan baru-baru ini berkenaan seorang kanak-kanak perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol oleh seorang tahanan lelaki di salah sebuah lokap balai polis di Sarawak.

Kes tersebut menimbulkan kebimbangan terhadap kurangnya pelaksanaan dan mekanisma perlindungan oleh Kerajaan untuk melindungi kanak-kanak, termasuk kanak-kanak dalam tahanan. Menurut Akta Kanak-Kanak 2001, kanak-kanak ditakrifkan sebagai seseorang yang berumur di bawah 18 tahun. Pesuruhjaya Kanak-Kanak juga ingin menekankan bahawa Malaysia, sebagai sebuah Negara Pihak bagi Konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC), mempunyai kewajipan untuk melaksanakan tindakan yang diperlukan bagi melindungi hak kanak-kanak.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pejabat SUHAKAM di Sarawak, kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden malang tersebut. Adalah amat penting bagi satu siasatan dijalankan demi kepentingan kanak-kanak kerana kejadian seperti ini tidak seharusnya berlaku, terutamanya apabila kanak-kanak tersebut berada di bawah pengawasan pegawai penguatkuasa undang-undang. Acap kali, kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang ada kecenderungan untuk dilupakan, walhal pada hakikatnya, kanak-kanak adalah mangsa dan penjagaan asas untuk melindungi mereka amat diperlukan.

Saya difahamkan bahawa kes ini sedang dalam siasatan, saya berpendapat bahawa pihak polis hendaklah mengambil tindakan serius dan segera untuk menangani perkara tersebut termasuk mengkaji semula semua garis panduan (SOP) bagi lokap dan mempertingkatkan fasilitinya seperti kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan hak kanak-kanak dilindungi. Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) akan terus membuat pemantauan susulan terhadap isu ini dan akan memanjangkan cadangan yang sesuai dalam memastikan hak serta keselamatan kanak-kanak dilindungi.

-TAMAT-

Professor Dato’ Noor Aziah Hj. Mohd Awal

Pesuruhjaya Kanak-Kanak

18 Januari 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Decriminalise suicide attempt by amending the Penal Code / Kenyataan Media SUHAKAM: Pemansuhan cubaan bunuh diri sebagai kesalahan jenayah dengan pindaan Kanun Keseksaan

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (5 FEBRUARY 2020) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is deeply concerned bythe conviction and sentencing of a disabled man who attempted suicide in Kuala Terengganu.

The person with disabilities (PWD) in question was convicted without legal representation. Since 2019, the Government has made several statements which indicate the intention to decriminalise suicide by amending Sections 305, 306 and 309 of the Penal Code.

The Government anticipates that the tabling of this Bill will be possible by mid-2020.In light of this, SUHAKAM strongly believes that the PWD should not have been arrested and charged in the first place. Suicide is often the last resort for those experiencing deep emotional anguish who feel that they have no other alternatives.

The Commission believes that survivors of attempted suicide should be accorded the support and rehabilitation they need rather than to be treated like criminals.

SUHAKAM calls upon the Attorney-General to review this case and to refer it to the High Court to revise the conviction. SUHAKAM would also support the High Court’s move to revise the conviction on its own motion.

SUHAKAM also supports the Malaysian Bar Council’s call for a moratorium on all cases related to suicide until the Penal Code is amended, as has been the practice with the mandatory death penalty.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
5 February 2020

_______________________
KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (5 Februari 2020) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menzahirkan kebimbangannya berhubung sabitan dan hukuman terhadap seorang lelaki kurang upaya atas cubaan membunuh diri di Kuala Terengganu.

Tertuduh yang merupakan orang kurang upaya (OKU) telah dijatuhi hukuman tanpa diwakili oleh peguam. Sejak tahun 2019, Kerajaan telah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menunjukkan niat untuk memansuhkan cubaan bunuh diri sebagai satu kesalahan jenayah dengan membuat pindaan kepada Seksyen 305, 306 dan 309 Kanun Keseksaan.

Kerajaan menjangkakan untuk membentang Rang Undang-undang ini pada pertengahan tahun 2020. Oleh yang demikian, SUHAKAM percaya bahawa penahanan dan pendakwaan terhadap OKU tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan.

Tindakan membunuh diri merupakan pilihan terakhir bagi mereka yang mengalami tekanan emosi dan merasa bahawamereka tidak mempunyai pilihan lain. Suruhanjaya percaya bahawa mereka yang terselamat dari cubaan membunuh diri harus diberikan sokongan dan pemulihan yang diperlukan daripada dilayan seperti penjenayah.

SUHAKAM menyeru agar Peguam Negara mengkaji semula kes ini dan merujuknya ke Mahkamah Tinggi agar sabitan ini diubah. SUHAKAM turut menyokong agar Mahkamah Tinggi boleh mengkaji semula sabitan melalui usulnya sendiri.

SUHAKAM juga menyokong seruan Majlis Peguam Malaysia agar kes yang melibatkan cubaan membunuh diri diberikan moratorium sehingga Kanun Keseksaan dipinda sebagaimana yang dilaksanakan terhadap hukuman mati mandatori.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
5 Februari 2020

PS

SUHAKAM’s Press Statement: Announcement of the Public Inquiry into the Disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy / Kenyataan Media SUHAKAM: Pengumuman Siasatan Awam Terhadap Kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy

PRESS STATEMENT
KUALA LUMPUR (26 JANUARY 2020) – In accordance with its statutory mandate and powers, the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) will conduct a public inquiry into the cases of missing persons / the disappearance of Pastor Joshua Hilmy and Ruth Hilmy to assist the authorities with their ongoing investigation.

The Panel of Inquiry will be chaired by Commissioner Dato Seri Hishamuddin Yunus and assisted by Commissioners Mr. Jerald Joseph and Dr. Madeline Berma. The hearings will commence from February 18 at the Inquiry Room, Level 13, SUHAKAM.

In relation to this, SUHAKAM calls for individuals with relevant and important information to come forward to have their statements recorded by SUHAKAM from now to 14 February 2020. Through this inquiry, SUHAKAM intends to fully investigate to its best ability what has transpired in order to identify and make the best possible recommendations to the appropriate parties.

Notwithstanding SUHAKAM’s investigation, the Commission calls on the authorities to fully and expeditiously investigate all cases where there is a reasonable suspicion that an enforced disappearance may have occurred. SUHAKAM underlines that ready availability of information on issues of public concern is of vital importance in a democratic society with an avowed commitment to transparency.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)
26 January 2020
___________________________

KENYATAAN MEDIA
KUALA LUMPUR (26 JANUARI 2020) – Selaras dengan mandat dan kuasanya, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) akan menjalankan siasatan awam ke atas kehilangan Pastor Joshua Hilmy dan Ruth Hilmy bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Panel Siasatan akan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Dato’ Seri Hishamuddin Yunus dan dibantu oleh Pesuruhjaya Encik Jerald Joseph dan Dr. Madeline Berma. Sesi pendengaran akan bermula dari 18 Februari di Bilik Inkuiri, Aras 13, SUHAKAM.

SUHAKAM menyeru individu-individu yang mempunyai maklumat penting dan berkaitan untuk hadir dan memberikan rakaman keterangan kepada SUHAKAM bermula dari sekarang sehingga 14 Februari 2020. Melalui siasatan ini,SUHAKAM akan menyiasat sepenuhnya apa yang telah terjadi dengan sebaik mungkin bagi mengenalpasti dan membuat syor-syor kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Meskipun siasatan ini dijalankan oleh SUHAKAM, Suruhanjaya menyeru agar pihak berkuasa segera menyiasatdengan sepenuhnya semua kes yang mana kehilangan paksa berkemungkinan telah berlaku. SUHAKAM menekankan bahawa maklumat yang melibatkan kepentingan awam amat penting dalam masyarakat demokratik yang menyatakan komitmen terhadap ketelusan.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
26 Januari 2020