SUHAKAM’s Press Statement: Negative Portrayals of Undocumented or Irregular Migrants, Refugees & Asylum Seekers / Kenyataan Media SUHAKAM: Persepsi Negatif kepada Pendatang Asing Tidak Berdokumen atau Tanpa Izin, Pelarian & Pencari Suaka

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (14 JUNE 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is concerned with recent statements, portraying migrants, undocumented or irregular migrants, refugees, and asylum seekers as a threat to the safety and security of the country and pose a risk to the health of Malaysians. Strong-armed enforcement upon these communities have, once again, caused a stir and calls have grown for Government to rethink its approach to the situation, to avoid further infringements upon human rights principles or aggravating the current public health crises.

Since Malaysia is not a state party to the 1951 Convention Relating to the Status of Refugees and its Optional Protocol of 1967, its national laws do not differentiate between refugees, asylum seekers, and undocumented migrants. Often, they are, mistakenly, considered as a matter of national security concern. SUHAKAM wishes to reiterate that clear differentiation should be made between migrants (including those undocumented) and refugees/asylum seekers. Whilst migrant workers move to another country temporarily for economic reasons; refugees/asylum seekers are those who are unable or unwilling to return to their country of origin owing to a well-founded fear of being persecuted for reasons of race, religion, nationality, member of a particular social group, or political opinion.

The lack of legal status is a prominent factor resulting in undocumented migrants, refugees, and asylum seekers being exposed to exploitation and prone to being arrested and detained. SUHAKAM reminds the Government of its commitment to Article 56 of the ASEAN Consensus on the Protection and Promotion of the Rights of Migrant Workers, to closely cooperate to resolve the cases of migrant workers who, frequently become undocumented due to no fault of their own. Instilling fear through threats of arrests and detention of undocumented foreigners is counter-productive, in light of on-going efforts to overcome the Pandemic and the urgency to achieve herd immunity. It is also important to recognise the role of UNHCR, and the issuance of UNHCR cards which affords refugees and asylum seekers with some protection and ‘legality’ to remain in the country.

The Malaysian Government has been condemning xenophobia at international fora and should do the same in the country. We should work towards typifying the spirit of empathy and humanity that Malaysians are known for. The Government should commit to strictly observe the international principle of non-refoulement of refugees/asylum seekers, and instead undertake to protect and provide the migrant and refugee community with necessary assistance to be able to live their lives in dignity, able to seek work, access to education, healthcare and shelter whilst in the country.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

14 June 2021

____________________

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (14 JUN 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan kenyataan baru-baru ini yang memberi gambaran bahawa pendatang asing tidak berdokumen atau tanpa izin, pelarian, dan pencari suaka memberi ancaman kepada keselamatan negara, dan menimbulkan risiko kepada kesihatan rakyat Malaysia. Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap komuniti-komuniti ini, sekali lagi, menyebabkan kekecohan dan Kerajaan diseru untuk mempertimbangkan semula pendekatan terhadap situasi ini, bagi mengelakkan pelanggaran berterusan prinsip hak asasi manusia atau memburukkan lagi krisis kesihatan awam semasa.

Memandangkan Malaysia bukan negara pihak kepada Konvensyen 1951 Berkaitan Status Pelarian dan Protokol Pilihan 1967, undang-undang negara ini tidak membezakan antara pelarian, pencari suaka, dan pendatang asing yang tidak berdokumen. Pendatang asing tanpa dokumen sering disalah anggap sebagai isu keselamatan negara. SUHAKAM ingin menekankan bahawa perbezaan yang jelas perlu dibuat antara pendatang asing (termasuk yang tidak berdokumen) dan pelarian/pencari suaka. Pekerja asing adalah mereka yang berpindah ke negara lain buat sementara waktu atas sebab-sebab ekonomi; manakala pelarian/pencari suaka adalah mereka yang tidak boleh atau tidak mahu pulang ke negara asal kerana takut dianiaya atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, ahli kumpulan sosial tertentu, atau pendapat politik.

Ketiadaan status yang sah di sisi indang-undang merupakan faktor utama yang mengakibatkan pendatang asing tanpa dokumen, pelarian, dan pencari suaka terdedah kepada eksploitasi serta berisiko ditangkap dan ditahan. SUHAKAM ingin mengingatkan Kerajaan tentang komitmennya terhadap Perkara 56 Konsensus ASEAN mengenai Perlindungan dan Promosi Hak Pekerja Asing, untuk bekerjasama bagi menyelesaikan kes-kes pekerja asing yang menjadi tidak berdokumen bukan kerana kesalahan mereka sendiri. Menakutkan warga asing tidak berdokumen melalui ancaman tangkapan dan penahanan adalah tidak produktif dalam usaha untuk mengatasi pandemik dan mencapai imuniti berkelompok dengan segera. Adalah penting untuk mengiktiraf peranan UNHCR serta pemberian kad UNHCR yang dapat memberi perlindungan dan ‘kesahan’ kepada pelarian dan pencari suaka untuk berada di negara ini.

Kerajaan Malaysia mengutuk xenofobia di peringkat antarabangsa dan seharusnya melakukan perkara yang sama di negara ini. Kita perlu berusaha ke arah memurnikan nilai empati dan kemanusiaan yang sedia ada dalam kalangan rakyat Malaysia. Kerajaan harus komited untuk menghormati prinsip non-refoulment pelarian/pencari suaka, dan sebaliknya berjanji untuk melindungi dan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh komuniti pendatang dan pelarian agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan bermaruah, mampu mencari kerja, mendapat akses kepada pendidikan, penjagaan kesihatan dan tempat tinggal selagi mereka berada di negara ini.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

14 Jun 2021

Tags: No tags

Comments are closed.