Press Statement No. 23-2021_SUHAKAM Calls for a Revival of the National Suicide Registry Malaysia (NSRM)

PRESS STATEMENT

KUALA LUMPUR (30 JUNE 2021) – The Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) is alarmed with the rise of suicide and attempted suicides, which seem to coincide with the COVID-19 pandemic since early last year. The pandemic has taken a toll on the physical wellbeing and mental health of many people, particularly those who experienced sudden loss of income. There are many risk factors which may lead to suicidal thoughts and suicides including medical, psychosocial or financial distress, which are further compounded by social isolation, the lack of family support or inability to access counselling or mental health services.

Often, suicides in Malaysia are recorded as “accidental death” rather than “suicide”, whereby psycho-social support, which would otherwise be provided to the suicide victim’s family, is not adequately rendered and may risk another member developing suicidal thoughts. Whilst the manifestation of suicides is often attributed to mental health reasons, societal and communal roles should also be considered in efforts to address this public health issue.

From a rights perspective, it is SUHAKAM’s view that health services especially mental health support must be made available to those in need, especially anyone who may be having suicidal thoughts. Equal access to timely and appropriate care and assistance should be provided to those who are most vulnerable, including children, the poor, downtrodden and marginalised, as that would be afforded to the general Malaysian society. Information on early signs of mental health problems and access to mental health care and support ought to be disseminated, while stigma against those with mental health problems should be recognized and banished, once and for all.

SUHAKAM calls for a revival of the establishment of the National Suicide Registry Malaysia (NSRM), which was initiated in 2007 to provide the public with access to data on suicides in the country. Quality data collection system that includes age, gender, ethnicity, state, and the manner in which the suicide is carried out, will facilitate the development of effective policies and long-term solutions in preventing suicides in the society.

In the interest of reducing socioeconomic pressures on the society during the COVID-19 pandemic, SUHAKAM calls for expedient vaccination rollout, expansion of voluntary testing and early detection, and targeted movement control orders. This will allow for more sectors of the society to regain access to work and livelihoods, resumption of schools and return to some normalcy in their lives, and possibly to a reduction in the incidence of suicides.

In line with the Government’s commitment to meet Goal 3 of the Sustainable Development Goals (SDGs), which is to “Ensure healthy lives and promote well-being for all at all ages”, Government Ministries, agencies, NGOs/CSOs and members of the society at large, have respective and vital roles to play in overcoming or reducing the occurrence of suicides, overall.

-END-

Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM)

30 June 2021

Media queries: Contact Mrs. Norashikin Hamzah at 03-2612 5687 / 019-621 5336 or shikin@suhakam.org.my

KENYATAAN MEDIA

KUALA LUMPUR (30 JUN 2021) – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bimbang dengan peningkatan kes cubaan bunuh diri dan bunuh diri, yang kelihatan seolah-olah seiring dengan pandemik COVID-19 sejak awal tahun lalu.  Pandemik ini telah memberi kesan kepada keadaan fizikal dan kesihatan mental ramai orang, terutama mereka yang kehilangan punca pendapatan secara mengejut.  Terdapat banyak faktor risiko yang boleh menjurus kepada pemikiran untuk membunuh diri dan tindakan bunuh diri termasuk perubatan, psikososial atau tekanan kewangan, yang ditambah lagi dengan pengasingan sosial, kekurangan sistem sokongan keluarga atau ketidakmampuan untuk mendapatkan kaunseling atau sokongan kesihatan mental.

Bunuh diri di Malaysia kebiasaanya direkodkan sebagai “kematian akibat kemalangan” daripada direkodkan sebagai “bunuh diri”, menyebabkan sokongan psiko-sosial, yang sewajarnya diberikan kepada keluarga mangsa bunuh diri, tidak diberikan dengan secukupnya dan mungkin mendedahkan ahli keluarga lain untuk turut sama memikirkan mengenai bunuh diri.  Walaupun tindakan bunuh diri sering dikaitkan dengan alasan kesihatan mental, peranan masyarakat dan komuniti juga harus diberikan perhatian dalam usaha mengatasi masalah kesihatan umum ini.

Daripada perspektif hak, SUHAKAM berpandangan bahawa perkhidmatan kesihatan terutamanya sokongan kesihatan mental harus disediakan bagi mereka yang memerlukan, terutamanya kepada mereka yang pernah terlintas untuk membunuh diri.  Akses yang saksama kepada jagaan dan bantuan yang tepat pada masanya harus diberikan kepada mereka yang paling rentan, termasuk kanak-kanak, orang miskin, tertindas dan terpinggir, kerana ia seharusnya tersedia untuk masyarakat Malaysia secara umumnya. Maklumat mengenai tanda-tanda awal masalah kesihatan mental dan akses kepada penjagaan dan sokongan kesihatan mental harus disebar luas, sementara stigma terhadap mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental perlu diperakui dan disisihkan serta merta.

SUHAKAM menggesa agar Daftar Bunuh Diri Kebangsaan (NSRM) yang telah diperkenalkan pada tahun 2007 dapat ditubuhkan semula bagi membolehkan orang ramai mengakses data berkaitan kes bunuh diri di negara ini. Sistem pengumpulan data yang berkualiti merangkumi maklumat mengenai umur, jantina, kumpulan etnik, negeri dan cara bunuh diri, akan membantu pembangunan jalan penyelesaian jangka masa panjang dalam mencegah cubaan bunuh diri dalam masyarakat.

Bagi mengurangkan tekanan sosioekonomi yang dialami oleh masyarakat semasa pandemik COVID-19, SUHAKAM menggesa agar program vaksinasi dipercepatkan, ujian secara sukarela dan saringan awal dikembangkan, dan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan secara bersasar. Dengan ini, lebih banyak sektor masyarakat akan dapat meneruskan pekerjaan and sumber pencarian, sekolah akan dapat dibuka semula dan masyarakat akan dapat menjalani kehidupan seperti biasa, dan kemungkinan besar akan membantu dalam mengurangkan kejadian bunuh diri.

Selari dengan komitmen Kerajaan untuk memenuhi Matlamat Pembangunan Lestari 3, iaitu “memastikan kehidupan yang sihat dan mempromosi kesejahteraan semua orang di semua peringkat umur”, kementerian dan agensi Kerajaan, badan bukan kerajaan dan organisasi masyarakat sivil serta masyarakat umum mempunyai peranan yang penting bagi mengatasi atau mengurangkan kejadian bunuh diri secara menyeluruh.

-TAMAT-

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

30 Jun 2021

Pertanyaan Media: Sila hubungi Pn. Norashikin Hamzah melalui 03-2612 5687 / 019-621 5336 atau shikin@suhakam.org.my

Tags: No tags

Comments are closed.